Friday, June 5, 2009

Ini diplomasi ala-todak ke?

Bila baca portal Brendon Preira, bingung saya dibuatnya. Dia kata, Lee Kuan Yew nak rantau-rantau ke Tanah Melayu minggu depan. Itu tak jadi hal. Yang jadi halnya, atas diplomasi apa Lee Kuan Yew ni boleh berjumpa pemimpin-pemimpin di peringkat negeri? Dia nak mengadap Agong dan Sultan-Sultan, ok. Dia menemui Najib dan Muhyiddin, pun ok.

Tapi, bila dia pun akan jumpa presiden MCA dan Naib-Naib Presiden UMNO, secara asing-asing, atas hukum diplomasi mana Kerajaan Malaysia gunakan untuk izinkan perjumpaan ini? Kitab diplomasi mana Lee Kuan Yew gunakan maka menteri Singapura boleh jumpa pemimpin pada peringkat parti secara berasingan daipada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN?

Lagi pening kepala bila Lee Kuan Yew juga akan jumpa MB Selangor, MB Perak, MB Kelantan dan KM Pulau Pinang. Apa pasal diplomasi macam ni boleh kita izinkan? Apa istimewanya dia ni sampai Malaysia beri laluan kepada semua kehendaknya di Tanah Melayu ni?

Apa dah jadi dengan Malaysia? Lee Kuan Yew diizinkan jumpa pemimpin Malaysia di peingkat negeri secara senang-senang aje. Kita ni macam mana ni? Apa hal yang kita ni macam kena pukau dek Singapura?

Saya ni tak lah pandai sangat. Tapi, bayangkan seorang menteri kanan Malaysia rantau-rantau ke Singapura. Boleh tak menteri tu diizinkan jumpa pemimpin masyaakat Melayu, jumpa pihak parti pembangkang dan bagai-bagai lagi? Tentu mustahil kan?

Kalau gitu, apa pasal mudah sangat Lee Kuan Yew rantau-rantau jumpa orang PKR, jumpa orang PAS, jumpa Presiden MCA dan bagai-bagai? Kalau senang sangat, suruhlah jumpa Hindaf, Ayah Pin, Chief Along dan lain-lainnya. Itu baru diplomasi gila namanya!

Dalam kajian antarabangsa, Machiavelli ada mengatakan, kedaulatan dan kepentingan negara mesti dijaga secara penuh cemburu. Kerajaan mesti waspada gerakan jirannya. Kerajaan mesti curiga pada apa jua detik dan detak yang dilakukan oleh jirannya. Kerajaan mesti tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang memang jelas sentiasa jadi duri dalam daging.

Itu Machiavelli cakap. Kita ni macam mana ya? Tak cemburu ke? Tak hairan ke? Tak tertanya-tanya ke apa halnya Lee Kuan Yew diizinkan rantau-rantau macam tu? Kalau tanya saya, ini tak betul. Tapi, sapa lah saya? Atau, sapa lah rakyat jelata kan? Lantak lah, tentu pemerintah lagi bijaksana kan? – http://politica-net.blogspot.com

8 comments:

Alias Mohd Yusof said...

hmmm... dengan Lee Kuan Yew pun takut. Mengapa kita takut dengan bayang-bayang sendiri.

Parpu Kari said...

SALAM TUAN PUNYA BLOG, DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

MasKesumaSari said...

Selalunya perbuatan ini dinamakan 'buang tabiat' yang di sabitkan dengan orang yang dah nak mati. Tak tahu mungkin kah LKY telahpun sampai pada masa yang dia ingin membuat a trip down the memory lane sebelum ajalnya. Allah sahaja yang tahu.

sanee said...

aku heran jugak dengan Najib 1Malaysia, lembab dan lemah sangat ka dia ni..hmmmmm..tau tak la aku denagn peminpin Melayu hari ni..bacul sanagt..baik umno..baik pas..pkr aku lagi malieh nak komen..

Najib pi la negara jiran kita mintak jumpa pembaangkang depa pulak..

keris panjang said...

Kita mmg suka diperkotak katikkan..fikiran dunia ke3..ckp saja berdegar2..

Ray said...

mungkin ini petanda yg pulau yg dilanda todak ni dah semput terkejar kejar menang dlm perlumbaan 100m laju

baru sedar bahawa membangun negara haruslah saperti triathlon - slow and steady

oleh kerana sedarn ini, maka ia niat merisik risik jika inikah masa sesuai utk kembali kepangkuan Malaysia

Tun Dr M - tidak akan terima
Paklah - tak perlu, kerana boleh dipujuk rayu dgn pujian
Najib - peluang keemasan

Hang Jebat said...

Ini kerja bodoh! Siapa Lee Kuan Yew nak sibuk-sibuk jumpa orang sana sini? Hebat sangat ke dia tu? Di Singapura dah perfect ke? Apa jadi dengan Melayu kata sana? Dah berpuluh-puluh tahun barulah ada seorang Melayu yang naik pangkat Brigedier Jeneral dalam tenteranya! Orang Melayu Singapura tak kisah sebab kebanyakan mereka datang dari Indonesia - bukan Melayu original macam kita di Malaysia.

minyak sawit said...

hahaha....aku suka penulisan ni....
lau xbg nnt org pas pkr cakap kerajaan sekat mereka.....cakap kerajaan jahat........macam2 tuduhan dileparkan...........................