Friday, May 8, 2009

Lancarkan gerakan sepadu selamatkan remaja Melayu

Tiga wanita terkorban dek kes ragut. Kejam memang kejam. Tapi, jangan kita salahkan polis. Kita gesa kerajaan, mulakanlah gerakan bersepadu membanteras jenayah remaja, daripada kes rempit, kes ragut, kes ponteng sekolah, kes lepak, kes hidu gam, menghisap dadah dan sebagainya.

Kerahkan polis, Rela, askar, penguatkuasa agama dan seluruh agensi kemasyarakatan lainnya, termasuk yang di bawah tanggungjawab Shahrizat supaya hapuskan jenayah remaja dengan segera.

Pendek kata gerakan bersepadu ini perlu membabitkan seluruh agensi dan kementerian membabitkan penguatkuasaan undang-undang, pembangunan dan kesejahteraan insan serta belia dan sukan.

Mula-mula sekali lakukan gerakan sepadu di Putrajaya. Siasat betapa seriusnya kes ponteng sekolah, kongsi gelap, penagihan dadah, bohsia, rempit, lepak dan lain-lainnya di Ibu Pentadbiran Negara ini. Buat lawatan mengejut ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di Putrajaya. Buat serbuan waktu malam bagaimana sesetengah remajanya lepak dan khayal. Kerahkan seluruh jabatan di Putrajaya kerana majoriti penghuni di sana adalah kakitangan kerajaan. Lepas itu buat pengisian minda dan program kesedaran yang berjadual dan berterusan. Jangan fasiliti di Putrajaya saja yang world class tapi remajanya third class dan menuju kehancuran.

Adakan juga gerakan bersepadu ini di seluruh negara. Pastikan pendekatan dan sasarannya. Libatkan ahli parti pemerintah di semua peringkat. Jangan hanya pandai cakap tapi buat kerja segan silu.

Jika tidak, hancur bangsa Melayu. Baik Melayu bandar baik Melayu kampung. Remaja dan belia Melayu kini seolah-olah jadi sasaran kehancuran yang distrategikan oleh tangan yang ghaib. Siapa mereka jangan peduli. Yang mesti dibuat, bertindak sekarang dan dengan segera. – http://politica-net.blogspot.com

5 comments:

Omong said...

Luaskan penglibatan anak remaja diruang sukan jika mereka mempunyai bakat.

Awasi pengedar dadah yang merosakkan anak remaja - Mat Rempit dan juga gadis Boh Sia.

Yang telah melanggar undang-undang, wajibkan mereka menjalani program "community service" untuk beberapa jam.

Mereka boleh 'berjasa' di rumah rumah warga tua ataupun di rumah anak anak yatim.

Bekerja di ladang menyemai padi dan sebagainya.

Ataupun membersihkan kawasan kawasan awam.

Ini sebagai "hukuman" penyedaran.

politica said...

Brother
Ini cadangan yang baik. Kita tunggu apa orang lain akan komen. Lepas tu saya akan publish komen anda. OK. Salam

Abu said...

Buat ja hukuman sekeras yang mungkin..mencegah lebih baik dari mengubati...bila hukuman berat takut la sket nk buat jenayah...ISA kan ader..hantar jer puak2 remaja jahanam ni p ISA...

Abu said...

setakat community service mereka x heran dah..kt sekolah ponteng kelas kna community service gak..apa nk heran...lpas abis berkhidmat mereka akan buat lg...kalau mereka sedar xpa la..sbb tu lbih baik mencegah dri mengubati...nk mengubati yg dh sakit mmg susah...

kerajaan pon sama...kurgkan program2 berunsur hiburan...lgi bnyk hiburan lgi bnyk anak muda yg dibuai keindahan dunia yg fuck...

bini2 pemimpin pon perlu pakai tudung...bru la anak2 muda teringin nk pakai tudung...

mak bapak pon sama...didik anak dgn agama..ajar anak2 pakai tudung dari kecik... hadkan masa untuk anak2 keluar bersama kawan...jgn kurung anak2 terus...klu dikongkong, lagi la perasaan 'evil' atau 'alter-ego' diorg makin membuak2..

mak bapak pon kna tunjuk contoh yg baik..

semang said...

kau cakap remaja melayu je,pas tu guna alat kerajaan,cam na kami suku/bangsa yang lain ni? cam na nak deal ngan remaja2 kami? nak minta Amerika datang deal ngan dia orang?