Tuesday, March 17, 2009

Penyokong Ali akan jadi katak politik atau mati katak?

Sudah sah. Ali Rustam memang tak boleh bertanding jawatan Timbalan Predsiden UMNO. Sebabnya, kita semua sudah maklum. Tapi KJ menantu Abdullah hanya kena amaran sahaja. Dia boleh bertanding. Hell of a lucky guy isnt he?

Soalan seterusnya, macam mana jawatan Ali sebagi KM Melaka? Dulu bila Isa Samad kena tindakan disiplin dan kena gantung keahlian UMNO, dia digugurkan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Kali ni macam mana? Kredibiliti Ali sudah tercemar dan perlukah UMNO memberi peluang kepada individu seperti ini terus memimpin sebuah negeri?

Semalam, tesebar luas SMS mengatakan para penyokong Ali akan keluar UMNO dan sokong pembangkang. Mungkinkah exodus katak politik beramai-ramai ini akan diterima oleh pembangkang atau mereka akan terus mati katak?

KJ macam mana pula? Kita tau dia dah kena amaran. Ini bermakna dia salah, tapi mungkin degreenya tak dahsyat. Individu macam ini macam mana nasibnya dalam Pemuda UMNO? – http://politica-net.blogspot.com

8 comments:

Unknown said...

Katak-katak macam ni buat menyesakkan kolam aje!

red rooster said...

Saya rasa penyokong Ali akan bagi undi kpd 'Mike Tyson' dlm PAU nanti. What say u???

Anonymous said...

Pun boleh masuk pembangkang.
Tapi jangan stail UMNO berasuah-rasuah.
Cemarkan DAP/PAS....

Sedia Gempur said...

Inilah politik. Mengimbas kembali Pemilihan Raya Umum yang lepas, negeri Melaka di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menang bergaya dan negeri pertama diumumkan untuk tubuhkan kerajaan. Semua hasil kerja kuat bekerja YAB Datuk Seri Mohd Ali Bin Rustam bersama barisan kepimpinannya. 5 negeri termasuk Kuala Lumpur telah tumbang kepada pembangkang.

Hari ini 17 March 2009 tercatit sejarah Datuk Ali Rustam dikorbankan demi politik seseorang. Kes nya sama tapi hukumannya berbeza.

Semoga Datuk Ali Rustam tabah menghadapi tekanan dan terus bersama UMNO dalam perjuangannya.


Salam Perjuangan


sumber

Ir Gullit
www.mayaumno.blogspot.com

reds_apple said...

Assalamualaikum..


Nama saya nursyahida bt mohd jaafar.

Saya seorang pelajar jurusan sains politik di universiti islam antarabangsa malaysia. Pada masa ini, saya sedang melakukan kajian tentang pengaruh kempen menggunakan internet pada pilihan raya yang lalu. Tajuk thesis saya " Malaysia's 2008 General Election: The Opposition and Civic Engagement in Cyber Campaign". Jika tidak keberatan saya ingin menemubual tuan bagi mengumpul maklumat untuk kajian saya. Jika tuan bersetuju, saya akan mengemailkan beberapa soalan kepada tuan.

Saya memohon maaf sekiranya tindakan saya ini tidak formal. Tetapi saya amat berharap dapat bekerjasama dengan pihak tuan.


Terima kasih.
n_syahida83@yahoo.com.my

Nik Amir. said...

Kalau nak jadi katak baik tidor atas jalanraya.Cepat sikit balik kepada asal usul kejadian manusia.Dari tanah pulang ke tanah.

Sebenarnya ALI sudah ditawan dan dijadikan ALI BABA. Tawanan perlu ditebus dengan kesetiaan.

KJ walaupun terlepas,dia dah jadi macam KASIM BABA, kena cari apek jahit sana jahit sini kesan luka 'VERDICT' Lembaga Disiplin UMNO. Dia juga perlu ditebuskan dengan kesetiaan(amalan Dulu,kini dcan selamanya)

Kalau LDP dah endorsed bahawasanya ada elemen rasuah berlaku,(Ku Din kata siasatan telah dibuat secara terperinci. Bukan berdasarkan 'Hearsay')Apakah tidak mungkin Kalau kedua-duanya nak jadi katak,SPRM akan jadi 'Katak Buster'.

So awas!awas!awas!

keris panjang said...

Pak Politica,

Dh pencen ke..lama tak nampak posting baru..atau masih cari idea lg.

politica said...

Salam geng.

Saya pohon jutaan maaf. Lama tak update blog. Sebab saya nak cool down tak tahan tengok gelagat orang masa dekat pemilihan UMNO baru-baru ini.

Kepada Saudari Nursyahida, silakan antar email kepada saya atau kirimkan soalan anda kepada blog ini nanti saya jawab pertanyaan anda. Sebenarnya ada seorang student PHD pun buat thesis yang hampir serupa. Tapi dia di U yang lain. Dia juga pernah hubungi saya.

Anyway, u guna teori apa ye, just to know if u r willing to share with me. But please dont dig further to find out who m i really ok?

Salam hormat pada semua.