Sunday, March 8, 2009

AKITEK DESPERADO

Ya Allah Ya Rabbi! Seorang Hamba Allah gelar dirinya akitek pembangunan desa, Seorang lagi pulak gelar dirinya akitek pembangunan bandar. Kebetulannya, kedua-dua Hamba Allah ni bertanding untuk satu jawatan tinggi UMNO.

Macam ni ke pemimpin UMNO promosikan diri? Mereka gunakan ruangan berbayar di media untuk promosikan diri mereka sebagai akitek pembangunan desa dan akitek pembangunan bandar. Ni kan penipu namanya!

Nampak desperado bentul kedua-dua Hamba Allah ni. Mereka tak sedar yang tindakan mereka bikin banyak orang jadi loya tekak dan dibelenggu tanda tanya.

Orang jadi loya tekak pasal akitek pembangunan desa di Malaysia adalah Allahyarham Tun Razak Hussein. Beliau perkenalkan Buku Merah yang mengandungi strategi pembangunan desa. Beliau perkenalkan sistem bilik gerakan untuk pantau pembangunan desa. Beliau menggagaskan penubuhan Felda dan Felcra.

Semua rakyat Malaysia tau akan sejarah ini. Jadi, bila tiba-tiba ada Hamba Allah kata dialah akitek pembangunan desa, loyalah tekak semua orang. Lepas tu, orang pun tanya, sapa yang bayar ruang akhbar yang mempromosikan cerita akitek pembangunan desa yang palsu ni?

Cerita akitek pembangunan bandar pun lebih kurang sama. Apalah desperado sangat sampai nak gelar diri sendiri sebagai akitek perbandaran sedangkan diri pun bagaikan kelapa komeng? Lepas tu, sapa yang bayar ruang akhbar untuk siarkan
kisah palsu ni?

Tak taulah sama ada SPRM memantau perbelanjaan kedua-dua akitek palsu ni. Tapi, kalau salah seorang akitek palsu ni terpilih sebagai pemimpin UMNO, kira UMNO akan bermasalahlah jawabnya. Apa tak? Kalau dalam terang pun Hamba Allah ni berani memalsukan hakikat, apa lagi kalau dalam gelap dan secara bersembunyi? – http://politica-net.blogspot.com

2 comments:

sritribuana said...

Dont worry..mereka ni tokoh Raja Lawak.
Itu baru berkempen dah mula memalsukan fakta sejarah.Menang nanti semua orang tidak ada jasa kecuali beliau.Maka ramai lah penulis upahan akan muncul.Macam cendawan lepas hujan..
Ini Pak Lah punya pasal..suka guna barang 'Kitar Semula'.

politica said...

Wahai Cik Siti,tq n salam.