Monday, February 23, 2009

MACAM-MACAM CERITA PASAL KUASA

Abdullah Badawi akan serah kuasa. Khalid Ibrahim terperangkap dalam skandal salahguna kuasa. Liz Wong mangsa caturan kuasa. Ir Nizar dirampas kuasanya. Dr Zambry digantung kuasanya. MIC masih nak kuasa di Bukit Selambau. Kita semua jadi gawat tengok orang bermain kuasa.

Lepas tu, ada kuasa di belakang tabir. Ada kuasa di balik dapur. Ada dalang kuasa. Ada boker kuasa. Kita semua jadi bingung kerana tak tau kuasa mana yang menguasai pihak berkuasa.

Oleh itu rakyat jangan main-main dengan kuasa undi masing-masing. Gunakan kuasa itu sebaik-baiknya. Kita tak mau orang yang menang jadi gila kuasa atau salahguna kuasa. Kita juga tak suka tengok orang lupa bahawa kuasa mereka datangnya dari rakyat jelata.

Hari ini banyak politikus nak beli kuasa. Bila dah berkuasa dia akan gunakan kuasa itu untuk memperkukuhkan kuasanya. Dia tak peduli, guna kuasa cara betul atau guna kuasa secara salah. Pokoknya dia mesti tunjuk dia ada kuasa.

Harap-harap Najib yang akan mewarisi kuasa Abdullah akan gunakan kuasa untuk rakyat jelata. Jangan gila kuasa. Jangan salahguna kuasa. Jangan ada kuasa di balik tabir. Jangan ada kuasa di balik dapur. Jangan ada dalang di sebalik kuasa negara. – http://politica-net.blogspot.com/

7 comments:

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Saudara,

Bukankah politik itu adalah seni mendapatkan kuasa. Berbagai-bagai cara digunakan untuk mendapat kuasa sehingga kadangkala digunakan kaedah 'matlamat menghalalkan cara'

Apabila sudah mendapat kuasa, mereka akan berebut harta pula. Tidak lengkap jika ada kuasa tanpa harta. Orang yang berkuasa biasanya akan berharta.

Jika sudah berkuasa, banyak harta mestilah diseri-serikan dengan wanita. Maka lengkaplah kuasa, harta dan wanita.

Sebab itu Tengku Razaliegh Hamzah masih lagi menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO kerana beliau ingin mencukupkan kuota iaitu kuota 'KUASA'.

Bersama-sama ini disertakan artikel berkenaan kuasa yang ditentukan oleh Allah mengatasi perancangan manusia.

Politik- Segalanya Mungkin

Sememangnya dalam politik tidak ada yang mustahil, semuanya segalanya mungkin.Kita sepatutnya menerima sesuatu perkara sebagai takdir dan sudah menjadi satu ketentuan.

Di dalam sejarah politik tertinggi negara terutama melibatkan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sangat menarik untuk diimbas semula.

Allahyarham Dato'Onn bin Jaafar adalah Pengasas dan Presiden UMNO pertama yang berpengaruh tetapi Allahyarham bukanlah Perdana Menteri Malaysia pertama walaupun beliau sangat berjasa kepada orang Melayu.Malah Dato'Onn meninggal dunia di luar parti UMNO.

Allahyarham Tun Dr.Ismail bin Abd.Rahman tidak sempat menjadi Perdana Menteri apabila beliau meninggal dunia pada 2 Ogos 1973, jam 10 malam di rumah beliau di Kuala Lumpur semasa beliau berusia 58 tahun. Ketika itu Tun adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Tengku Razaleigh Hamzah adalah nama besar dalam politik Malaysia.Majalah Time meramalkan beliau akan menjadi pemimpin utama di Malaysia berdasarkan hubungan baik dan kepercayaan Tun Abd.Razak kepadanya. Namun apabila Tun Hussein Onn melantik Tun Mahathir Mohamad sebagai Timbalan Perdana Menteri, ianya menjadi titik pusing kerjaya politiknya.Pada masa itu Tengku Razalegh adalah Naib Presiden UMNO dengan undi tertinggi. Sehingga sekarang Tengku Razalegh belum lagi ditakdirkan menjadi PM Malaysia.

Tun Musa Hitam adalah Timbalan Perdana Menteri kelima di Malaysia dari 1981-1986 di bawah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.Tun Musa juga tidak menjadi PM Malaysia.Tun Musa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986, disebabkan percanggahan pendapat dengan Perdana Menteri Dr. Mahathir terhadap dasar-dasar negara.

Tun Ghafar b Baba juga tidak kurang besarnya jasa kepada negara dan orang Melayu. Tun juga tidak menjadi Perdana Menteri kerana dalam tahun 1993, Tun Ghafar menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Presiden UMNO dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Datuk Seri Anwar juga mengalami nasib yang sama apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menyingkir DS Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO.

Berdasarkan coretan di atas tidak mustahil DS Najib Tun Razak juga mengalami nasib yang sama. Disebabkan peristiwa ini belum berlaku, kemungkinan DS Najib menjadi Perdana Menteri tetap ada.

Apa cerita, apa peristiwa, apa yang tersirat, betul atau salah semuanya itu akan menjadi satu catatan sejarah. Realitinya Malaysia sudah mempunyai 5 Perdana Menteri dan 9 orang yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Kesimpulannya 2009 akan menjanjikan persaingan sengit politik Malaysia yang kadang kala boleh menakutkan.Sama ada DS Najib berjaya menjadi PM pada Mac 2009 atau DS Anwar sampai juga ke Putrajaya atau DS Abdullah terus menjadi PM sehingga pilihanraya ke 13 sama-sama kita nantikan kerana dalam politik SEGALANYA MUNGKIN!

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Unknown said...

Kuasa adalah segala-galanya. Manusia menjadi gila kerana kuasa.

Nik Amir. said...

Memetik kata-kata ulama besar Sheikh Abdullah Fahim --- “Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi siapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina.” (Mokhtar Petah – Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos, 1957. Pustaka Antara 1997.)

Nik Amir. said...

UMNO itu adalah syurga bagi pemimpin korup.Ahli-ahlinya ramai,tak semua tapi majoriti bagaikan lembu kerikil.Hidung ditindik punggung dibantai.Mampukah Najib meleraikan persepsi ini dalam masa 3 tahun?
Ini musim pemilihan,berbagai taktik dan pendekatan utk merasuahkan perwakilan supaya pilih para A.B.D.U.L (angkatan Buaya Darat Udara Dan Laut)jadi pemimpin,agar tidak dapat dikesan oleh SPRM dan SPRM.
Mereka ni Pro dalam membuat perkara begini.Yang kuat merasuahkan ahli ialah mereka yang kuat nganga benci rasuah.Tapi mereka lah yang mencipta berbagai taktik licin dan licik merasuah dan makan rasuah.
Tak malu ke kau punyai pemimpin macam Mike Tyson; raja dan anak raja pun ditipu.Inikan pula kaum kerabat kamu dari rakyat jembel.Bawa lari pitih berjuta kat Australia.Dari mana tu semua.Mahkamah Australia membebaskan beliau kononnya atas alasan Mike Tyson tak tahu baca orangputih.Kat negara ni,jumpa kawan-kawan cakap orang putih mahir pulak.Tengok!mahkamah orang putih pun dia tipu.Habis tu si melayu yang tak akan hilang didunia yang bodoh ini tentunya 'chicken je' bagi dia.
Satu lagi item kitar semula dalam UMNO,RTC????Jumpa Puteri mesti cium tangan.Mata jadi galak.Tetek pun warna pink lagi.Siapa lagi nak bela mereka kalau tidak item-item 'kitar semula' ini.
Ada juga yang ajak pi dating nun jauh-jauh,Jangan ajak kawan. Seks pun mau juga baru boleh tolong.Puteri-puteri yang tidak hilang akal ni tidak lapur polis.malu lah.tapi mereka cerita pada kawan-kawan.Kawan-kawan cerita pada kawan-kawan lain.Maka jadilah cerita penglipurlara.
Setiausaha Agung siapa tak kenal...O serabut...
kalau benci pada pemimpin yang tak betui..Kenapa tak ketuk habis=habisan dorang ni..Ni duk ketuk Pak Lah je. Soal DSAI Biaq pi la dia..Laknatullah menanti beliau kalau sumpah mangsa itu betul.Allah akan bayar kat dia secara instalmen@ansuran bulanan.Macam beli proton je.
Dedahkan dan sama-sama kutuk pemimpin UMNO yang tak betul sebab mereka ni akan jaga negara termasuk kau dan aku.kalau runtuh langit dek murka Allah,bukan jatuh atas kepala mereka je..atas kepala kau dan aku pun kena.kalau dikau pondan tak ada anak tak pe la,tapi aku dan kawan-kawan lain ada zuriat sebab aku main jalan betul bukan main belakang.

add said...

ambilah kuasa yang paling berkuasa sekali didunia ini... iaitu power rangers

politica said...

Kawan-kawan semua

Minta maaf pasal lama tak update blog. Kepala tengah bengang dengan seribu satu masalah termasuk persoalan kenapakah bila hanya dua tiga minggu lagi nak bersara, Pak Lah masih nak lantik Penasihat Agama?

Nik Amir. said...

Alahai..biar lah.. dia masih ada kuasa melantik.dia lantik pun penasihat ugama. bukan buka kelab freemason..
Najib pula boleh lah teruskan melantik para penasihat lain bidang pulak..Cuma berhati-hati jangan kena jual kat penasihat sudah lah..
satu lagi nak pesan pada najib..Penasihat Undang-undang UMNO yang ada sekarang tu kena pecat segera..Dia ada watak Salleh Kamil dalam 3 ABDUL.Kalau dengar nasihat beliau dan pakai...hanya dia sorang sahaja yand dapat tidur lena..tapi UMNO akan tidur selama0lamanya..kulluhum.