Saturday, February 14, 2009

KALI NI PUN CAKAP BESAR LAGI?

Tak larat saya nak ulas kenyataan di bawah ini. Tapi, apalah asyik nak cakap besar? Masa PRU 12 dulu cakap besar, BN kalah teruk di empat negeri. Masa PRK Kuala Terengganu, cakap besar lagi, kecundang BN. Kali ni, pun nak cakap besar lagi?

MERSING, 13 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) menerima baik keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Selambau secara serentak pada 7 April depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga pengerusi BN berkata, BN berkeyakinan untuk memperoleh kemenangan pada kedua-dua pilihan raya kecil itu.

"Peluang untuk memenangi (kedua-dua pilihan raya kecil itu) tetap ada dan baik. Apa yang perlu dilakukan adalah merancang kempen dengan baik, bekerja kuat dan bekerjasama.

"Jangan bergaduh, semua mesti beri sokongan penuh kepada calon yang akan dipilih," kata Abdullah yang juga Menteri Pertahanan kepada pemberita selepas menyaksikan demonstrasi serangan amfibi oleh komando Rejimen Gerak Khas di Kem Iskandar, Jumaat. – BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=389639

Sudahlah! Cukupah! Waktu PRK besok, Hang pun bukan lagi Pengerusi BN atau Presiden UMNO. Tapi, betul ke spekulasi blogger Rocky’s Bru yang pembangkang nak bawa usul di Parlimen Malaysia untuk undi percaya pada Hang supaya Hang terus jadi PM? Entahlah, kalut kita semua dibuatnya! – http://politica-net.blogspot.com


5 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Politik terancang - jika pembangkang memilih undian supaya Dolah di kekalkan, segolongan rakyat yang memilih pembangkang di PRU12 atas dasar protes kepada Dolah akan kembali menyokong BN. Masyarakat peniaga memerlukan seorang PM yang bijak menjana ekonomi tulin dan bukan sekadar retorik - kesan jangkapendek - Pakatan tewas di kedua dua bukit.

Apakah pembangkang sanggup menerima risiko tersebut dan kebijaksanaan rakyat jangan dipermudahkan.

Unknown said...

Bukan cakap besar tapi menghilangkan resah di dada.

LESONGINDEK said...

Hai Mr. Politica,

Bukan cakap besar tapi cakap kuat. Ada beza punya. Cuba ketok tin biskut kosong, macam mana bunyi nye. Itu juga dimanakn cakap berdegar-degar.



TK

Nik Amir. said...

Hello...
Jagan lah kutuk kuat sangat.Tak baik.Yang nak pergi tu biar lah dia pergi.Jangan sakitkan hati dan perasaan dia pulak.
Menantu yang muda itu harus diperhati.dia ni bakal merosakkan parti dan negara kalau tidak diaudit perangainya dari sekarang.
Jangan biarkan dia jadi pelindung para bakal pemimpin yang korup.

Nik Amir. said...

jangan asyik marah sangat pada PM.Dia dah nak pergi.yang pergi biar pergi.patah tumbuh hilang berganti.Nanti yang ganti lebih parah lagi baru malu muka tu.
sederhana je lah.nampak macam makan upah je..
Patutnya begini:perhatikan menantu dia dan teamnya.Dia ni yang patut you all komen.Orang muda.Duit banyak.Bukan dia sahaja,pemimpin muda2 ni yang banyak duit.korup.dedah lah siapa mereka ini supaya orng tahu yang mana permata dan yang mana kaca.Ini dok bantai Pak Lah yang dah nak berhenti.Buang masa.Tak berfaedah langsung.Ke ada upah?