Tuesday, February 10, 2009

SAPA AKAN SALAK BUKIT, SAPA AKAN MELUKUT DI TEPI GANTANG?

Siap-siap kita Yop. PRK Bukit Gantang tak lama lagi. Sapa-sapa yang baru ni tunjuk teror, datang le ke Bukit Gantang. Kita tengok je, sapa akan jadi anjing menyalak bukit, sapa yang akan melukut di tepi gantang?

Tapi, kalau saya orang Perak, tentu saya ban KJ dan Abdullah Badawi datang kempen. Suruh dia orang main-main jauh-jauh. Kalau tak, lingkup BN!

Fikir punya fikir, KJ ke Abdullah datang kempen atau tidak, tentu tak ada bezanya. Api kemarahan orang Perak masih belum reda. Puak-puak yang anti-katak lompat tentu akan datang ramai-ramai.

Apa kata Nizar? Berani tak anda tanding di Bukir Gantang? Kalau jantan, tanding le! Tentu ramai member PR akan baring atas jalan untuk sekat orang BN pergi mangkah! – http://politica-net.blogspot.com/

3 comments:

sritribuana said...

Political beasts are unpredictable.
Pemerintah,pembakang,bagaikan orang hanyut.Apa saja dipautnya.Untuk survival..Tak ada moral.
lepas Pilihanaraya dahulu UMNO dan kaki bodek pemerintah menghina Tuanku Sultan Terengganu.Sepanduk 'natang' pun keluar.
Kini giliran pembakang pula.Siapa yang mengajar dan siapa yang makan diajar serta siapa pula yang kurang ajar.Siapa yang mulakan.
SEMUANYA MELAYU!!!

politica said...

WAHAI CIK SITI. Saya pun macam anda. Semuanya sebab Melayu. You tau makna MELAYU dalam bahasa jawa?
LARI!!!!

khairulisham said...

dalam bahasa jawa mblayu baru betul bukan melayu