Sunday, January 25, 2009

NAJIB DAN KERAJAAN “AKU DI SEBUAH PULAU”?

Pi mai, pi mai, balik tang tu jugak. Banyak pihak kata, Abdullah Badawi mungkin terus jadi PM selepas Mac 2009. Mereka sanggup potong ayam kalau gossip ni tak betul.

Aduhai, gossip macam ni cukup memeningkan kepala. Tapi, pihak yang sanggup potong ayam kata, Dollah memang akan terus berkuasa. Kata mereka, kalau tak akan terus berkuasa, kenapa ada aura-ura dia nak rombak kabinetnya? Kenapa sebar cerita kononnya Najib Razak mungkin dikecundangkan menerusi kes mahkamah yang sedang berjalan sekarang? Kenapa ada cerita mengenai beberapa komponen BN, termasuk di Sabah dan Sarawak, kononnya dipujuk untuk keluarkan kenyataan supaya Dollah terus berkuasa?

Kepada soalan, macam mana nak jadi PM kalau Presiden UMNO Najib pegang, jawabnya: pastikah Najib jadi Presiden? Macam mana soal di Dewan Rakyat, jawabnya: Dollah boleh buat sandiwara, suruh orang BN bawa usul tak percaya ke atasnya. Lepas tu, ada orang BN undi dia dan ada orang pembangkang sokong dia. Tolak campur, tolak campur, usul itu kalah, Dollah menang undi dan terus jadi PM!

Aduh, ke situ perginya? This is a very simplified version of a very complicated and a very delicate issue. Kalau macam inilah calculation otak orang Dollah, sapa yang nak percaya? Tapi, kalau tak nak percaya, macam mana kalau ini betul?

Harap-harap Najib bersabar. Kalau betul semua cerita karut ni, kita bungkuslah apa yang patut, lepas tu kita belilah mana-mana pulau Indonesia di Laut China Selatan dan buat satu negara dan kerajaan baru – kerajaan dan negara AKU DI SEBUAH PULAU!!!! – http://politica-net.blogspot.com/

6 comments:

Anonymous said...

possible...why not suddenly pakatan sokong pak lah.....

Unknown said...

Tiada yang mustahil dalam politik!

Boleh jadi, jadi. Tak boleh jadi, jadi.

Hang Jebat said...

DS Najib memang belum betul-betul berada dalam situasi yang selesa untuk ambil alih PM bulan Mac ini. Banyak perkara yang berpotensi untuk menggagalkan rancangan ini. Salah satu punca yang paling buruk mungkin datang dari dalam UMNO sendiri. Sesuatu akan ditimbulkan dan impian DS Najib jadi PM akan gagal. Saya memang percaya dan yakin ini akan berlaku. Soalnya sekarang bagaimana agaknya kita nak halang ini semua dari berlaku? Susah. Sangat susah.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

adakah tahun baru Cina- tahun lembu sama dengan kemasukan Lembu dalam PKR? Siapa yang Anwar hendak sembelihnya? PAS? yang memang jadi lembu pada PKR dan DAP menjadi tuan lembu pada PKR?

Unknown said...

salam.

aku takde masalah jika kontrak Pak Lah sebagai PM diteruskan.Pak Lah pada kaca mata aku taklah seteruk mana.cuma ada segelintir pihak yang sengaja mahu merosakkan reputasi beliau dan dan mendesak beliau untuk letak jawatan.

masa depan Najib sebapai bakal PM pun belum cerah sepenuhnya sebab dia sendiri berhadapan dengan skandal Atlantuya dan skandal biasanya boleh merudumkan seseorang.

Unknown said...

Najib nampak macam ada kekangan la untuk dia jadi PM.skandal atlantuya tu kekangan paling besar sekali untuk dia menjadi pm.belum pernah ada bakal pm ada skandal.selalunya semuanya ok saja sebelum menjadi pm.ini belum jadi pm dah ada macam-macam hal.

jadi tak mustahil Abdullah akan terus jadi PM.tak salah juga jika Abdullah diberikan peluang menjadi PM sehingga PRU nanti.