Friday, January 9, 2009

ABDULLAH BADAWI TAK PAYAHLAH KEMPEN DI PRK KT…..

Jangan cakap besar, jangan over confident, jangan perkecilkan kesan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap PRK Parlimen Kuala Terengganu. Saya ingatkan Abdullah Badawi jangan cakap besar, jangan over confident, jangan underestimate Mahathir sebab dalam PRU12 dulu Abdullah pernah cakap besar, pernah over confident dan pernah perlekehkan Mahathir. Kesannya, padah dan musibah menimpa BN di Kedah, Pulau Pinang, Peraj dan Selangor!

Lebih elok Abdullah tak payah cakap apa-apa pasal PRK tu. Tak payahlah kata, Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon PRK tu “mengambil risiko kehilangan jawatan dalam kerajaan” kononnya sebagai bukti yang calon BN tu “serius untuk berkhidmat kepada rakyat di Parlimen Kuala Terengganu.”

Orang Kuala Terengganu akan ketawakan kenyataan macam tu. Mereka akan kata, sapa suruh Farid ambil risiko? Mereka akan tanya, kenapa tak bagi peluang Zuber Emnbong jadi calon? Mereka akan tempelak Abdullah, bukankah sekumpulan penghulu dan pemimpin akar umbi di Kuala Terengganu dah antar mesej yang Farid tu kurang diterima pengundi setempat?

Sebab tu Abdullah tak payah buka mulut. Sebab tu juga jangan suruh akhbar internet The Malaysian Insider yang dikepalai Brendon Preira (kawan baik menantu lelaki Abdullah) – dulu di NST – tulis sesuatu perlekehkan Mahathir.

Orang Kuala Terengganu pun kenal sapa Brendon Preira ni. Dia ni dah hapuskan suara Melayu dalam akhbar Inggeris NST yang dimilikki UMNO. Dia ni ikut telunjuk orang Temasik. Dia ni, orang kata, main peranan macam Alex Josey di zaman Lee Kuan Yew dan Tunku Abdul Rahman dulu. Kalau Alex Josey tu main peranan perlekehkan Melayu, Brendon Preira ni kita tengoklah sendiri!

Inilah cakap Abdullah dalam akhbar internet Brendon Preira:

"Dr Mahathir can say anything he wants. He is irrelevant to us. We know what we are doing and we know what we want, we will continue to fight to defend the seat," Abdullah said after meeting party workers involved in the Kuala Terengganu by-election.

Betul ke Mahathir tak relevan lagi dalam politik Malaysia atau politik di Kuala Terengganu? Mahathir la yang letupkan cerita Patrick Badawi yang gunakan wang ehsan untuk biayai Monsoon Cup. Siapa Patrick Badawi? Orang Kuala Terengganu belum lupa. Apa hubungan manusia ni dengan Farid dan abang kepada Farid yang pernah jadi exco JKR Terengganu sewaktu projek Monsoon Cup dilaksanakan? Kisah ni pun orang Kuala Terengganu tau dan belum lupa!

Sebab tu Abdullah ni patut ikut Musa Hitam yang perkenalkan perkataan elegent silence. Tengok, Musa buka mulut pasal IJN pun dah kena tembak, batal. Kalau dia pegang prinsip elegent silence tentu Sime Darby tak malu kan?

PRK Parlimen Kuala Terengganu ni penting kepada BN. Abdullah tak payah buka mulut. Biarkan Najib, Ahmad Said dan Idris Jusoh kerja kuat-kuat. Kalau menang berbaloi, kalau kalah pun Abdullah tak akan dituduh apa-apa! – http://politica-net.blogspot.com

4 comments:

^ said...

Salam. Dari khabar yang diterima BN 40-50 PAS. Kerana faktor calon. Faktor KJ dan faktor Pak Lah sendiri. Harap akan berubah disaat akhir jika tidak KT akan hanyut. Baca:
http://yangkita.blogspot.com/
http://bumiyang.blogspot.com/
http://braveheart-blogger.blogspot.com/2008/12/jika-bn-kalah-salahkan-khairy-dan-pak.html

bat8 said...

Aku memang banyak tak setuju dengan AAB ni. Tapi bab dia kata TDM tak relevan tu - AKU AMAT-AMAT SETUJU!

agas said...

ye aku sokong, satu lagi si KJ anak memnantu dolah pun tak payah bising2 nanti jadik bala cam yg dah jadik kat permatang pauh nu......hampa duk diam sudah la..bermabus cepat2

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Tuan,

Biaq pi la kat AAB tu. Lepas Mac depan dah nak bersara. Bagi dia cakap apa pun, lepas bersara dia tak payah la nak cakap lagi.

Kalau BN/UMNO kalah bukan kerana PAS kuat tetapi kerana BN/UMNO tak bersatu. Tidoq sebantai mimpi lain-lain.