Tuesday, January 27, 2009

ANTARA JEBAT DAN NAJIB….

Banyak pihak semakin bingung. Kisah pasal Najib Razak tak akan jadi PM makin luas tersebar dan dipolemikkan. Ada yang kata tak jadi. Ada yang bersumpah-sumpah, pasti jadi. Ada juga yang kata Abdullah Badawi terus berkuasa. Tapi, ada juga yang marah-marah dan tanya, apa alasan dia untuk terus berkuasa?

Satu contoh polemik itu adalah seperti yang dikirimkan kepada blog ini:

“Hang Jebat: DS Najib memang belum betul-betul berada dalam situasi yang selesa untuk ambil alih PM bulan Mac ini. Banyak perkara yang berpotensi untuk menggagalkan rancangan ini. Salah satu punca yang paling buruk mungkin datang dari dalam UMNO sendiri. Sesuatu akan ditimbulkan dan impian DS Najib jadi PM akan gagal. Saya memang percaya dan yakin ini akan berlaku. Soalnya sekarang bagaimana agaknya kita nak halang ini semua dari berlaku? Susah. Sangat susah. – 25 Januari 2009”

Habis macam mana? Jadi ke tak jadi? Jadi ke Najib berkuasa? Jadi ke Dollah terus berkuasa? Dalam jadi dan tak jadi, kita semua yang jadi sasau. Kenapalah siasah Malaysia la ni jadi macam ni? – http://politica-net.blogspot.com/

4 comments:

W MAS MERAH said...

Lagi lama Lah menjadi PM lagi lekaslah UMNO pupus

Najib ada masalah peribadinya tersendiri

Dua-dua aku tak suka. Aku rela undi pembangkang atau tak pergi ngundi terus

Jed Yoong said...

I asked a handful of people in their 50s/60s about this transition plan when it was first announced.

They laughed, probably used to the wayangs in UMNO politics and told me pointblank, yeah when march come, badawi will come up with some story to stay on.

It's looking increasingly that way.

Muhammad Azli Shukri said...

saya percaya Najib akan jadi PM, tetapi dalam keadaan yang sangat lemah.

politica said...

Hi Geng, (Jade u growp up already?)

Saya pun ingat ya dengan tak ya. Jadi kita tunggulah sampai masanya baru sah ya atau tak ya!