Saturday, January 3, 2009

INI SATU LAGI BERITA SERIUS DAN GEMPAQ

Wau, wau, wau.. Ini satu lagi berita serius dan satu lagi kisah gempaq. Blogger Datuk Fuad Hassan, adik pelakon Datuk Jalaluddin Hassaan dan IGP Tan Sri Musa Hassan, baru je antar posting gempaq. Cukup gempaq. Cerita ni pasti bikin Najib Razak kecut perut, Anwar Ibrahim terangkat-angkat punggung tak senang duduk, Abdullah Badawi pulaknya, senyum simpul, meleret-leret, penuh dengan berjuta makna!

Ini posting gempaq Tok Fuad:

PAK LAH MASIH MAHU KEKAL PM
(SEMBANG POLITIK SMS)

Politik ialah teori serba mungkin. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Jangan pekakkan telinga jika kita dengar sesuatu yang baru tetapi apa yang perlu ialah kita menghalusi dan menyiasatnya.

Saya ingin berkongsi pandangan dengan pembaca apabila seorang rakan saya yang merupakan penyokong kuat Pak Lah menghantarkan mesej pesanan ringkasnya sebagai ucapan selamat tahun baru kepada saya. Katanya, “Tahun baru yang kini tiba adalah satu transformasi perubahan kearah kebaikan, bergerak ke hadapan serta menggapai harapan tinggi untuk tamadun sebuah bangsa,"

"Semoga Allah yang Maha Esa memberi kekuatan, kesabaran dan Perlindungan kepada YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi agar terus mengangkat tamadun ini ke persada lebih terbilang, rakyat kembali meyakini beliau, bersatulah kita untuk membantu beliau kearah transformasi ini, kita ketepikan pemimpin yang rakus, haloba, tidak mengenang budi serta…..Ayuh Malaysia, beri peluang kepada Pak Lah meneruskan cabaran tersebut..”

Saya membalas bertanya, ada peluangkah Pak Lah terus sebagai Perdana Menteri sehingga pilihanraya yang ke 13 dan beliau menjawab Insya Allah jika Allah izinkan, itulah yang akan berlaku. Maka saya terus ingin mendapatkan penjelasan lanjut dengan bertanya bagaimana prosesnya?.Maka kawan baik saya ini menurunkan senarai yang mungkin ada lojiknya. Menurut beliau;

1) Akan ada perkara yang mengejutkan akan berlaku pada sidang parlimen bulan januari 2009 nanti, di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli parlimen Pakatan Rakyat (82 ahli) akan membuat usul menyokong kepimpinan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia. Berkemungkinan ‘separuh’ dari BN akan menyokong. Menurut beliau sebenarnya ianya hanya untuk menunjukkan yang PR tidak boleh terima Najib sebagai PM. Disitu, tambahnya lagi mana-mana ahli parlimen khususnya dari UMNO yang tidak menyokong akan terlibat dengan rombakan kabinet sebab ia ada kaitan dengan pemilihan MCA yang lepas.

2) Menurut beliau, sekiranya di Kuala Terengganu calon BN tumbang, itu merupakan mesej jelas dari UMNO, PR dan rakyat yang mereka tidak boleh terima Najib sebagai PM.

3) Katanya, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan lebih menguatkan Pak Lah.

4) UMNO dan Rakyat telah lihat kerakusan Najib dalam isu Eurocopter, Nombor ekor dan pembelian Institut Jantung Negara selainnya Altantuya.

Kalau nak baca lagi kisah gempaq ni, klik http://dakwat-kertas.blogspot.com/2009/01/pak-lah-masih-mahu-kekal-pm.html

Lepas baca posting gempaq ni, saya termenung. Lepas tu saya teringat, malam New Year baru ni, seorang sahabat saya juga ada antar SMS. Katanya, satu perkembangan antarabangsa mungkin akan gempaqkan politik Malaysia 2009. Bila saya call dia, dia kata, ada pihak mungkin nak bukak kes Najib di peringkat antarabangsa. Kita kena sabar dan tunggu kalau perkembangan tu betul-betul terjadi seminggu dua lagi.

Betul ke begitu? Perkembangan apa agaknya? Kes apa agaknya? Sapa pulak agaknya nak main drama politik antarabangsa ni ya? – http://politica-net.blogspot.com

5 comments:

PAKCIK said...

untuk kebaikan umno, pak lah dah putuskan untuk meletakkan najib sbg PM dgn cara tidak akan bertanding pada PMU bulan Mac ini.

jika ianya berlaku sebaliknya, kita tunggu dan lihat apa akan jadi kepada umno selepas itu dan selepas PRU ke-13 nanti.

SEKALI LAGI..JIKA ITU YANG BERLAKU, KITA TUNGGU DAN LIHAT APA YANG AKAN BERLAKU.

PAKCIK

add said...

jangan terperdaya tipu helah DSAI, dan kepada Najib perkuatkan azam untuk mentadbir negara, manakala kepada penyokong PM sekarang, berilah sokongan kepada Najib, demi kebaikan negara. kalau ikutkan DSAI, siapa pun tak layak jadi TPM,PM kecuali beliau seorang.

Kepada Pak lah, dah lah tu ,,,duduk rumah tulis blog macam che det je la, kang sekarang bisnes TUN dah nak mula kencang dalam iklan blog beliau...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Sememangnya dalam politik tidak ada yang mustahil, semuanya segalanya mungkin.Kita sepatutnya menerima sesuatu perkara sebagai takdir dan sudah menjadi satu ketentuan.

Di dalam sejarah politik tertinggi negara terutama melibatkan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sangat menarik untuk diimbas semula.

Allahyarham Dato'Onn bin Jaafar adalah Pengasas dan Presiden UMNO pertama yang berpengaruh tetapi Allahyarham bukanlah Perdana Menteri Malaysia pertama walaupun beliau sangat berjasa kepada orang Melayu.Malah Dato'Onn meninggal dunia di luar parti UMNO.

Allahyarham Tun Dr.Ismail bin Abd.Rahman tidak sempat menjadi Perdana Menteri apabila beliau meninggal dunia pada 2 Ogos 1973, jam 10 malam di rumah beliau di Kuala Lumpur semasa beliau berusia 58 tahun. Ketika itu Tun adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Tengku Razaleigh Hamzah adalah nama besar dalam politik Malaysia.Majalah Time meramalkan beliau akan menjadi pemimpin utama di Malaysia berdasarkan hubungan baik dan kepercayaan Tun Abd.Razak kepadanya. Namun apabila Tun Hussein Onn melantik Tun Mahathir Mohamad sebagai Timbalan Perdana Menteri, ianya menjadi titik pusing kerjaya politiknya.Pada masa itu Tengku Razalegh adalah Naib Presiden UMNO dengan undi tertinggi. Sehingga sekarang Tengku Razalegh belum lagi ditakdirkan menjadi PM Malaysia.

Tun Musa Hitam adalah Timbalan Perdana Menteri kelima di Malaysia dari 1981-1986 di bawah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.Tun Musa juga tidak menjadi PM Malaysia.Tun Musa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986, disebabkan percanggahan pendapat dengan Perdana Menteri Dr. Mahathir terhadap dasar-dasar negara.

Tun Ghafar b Baba juga tidak kurang besarnya jasa kepada negara dan orang Melayu. Tun juga tidak menjadi Perdana Menteri kerana dalam tahun 1993, Tun Ghafar menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Presiden UMNO dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Datuk Seri Anwar juga mengalami nasib yang sama apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menyingkir DS Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO.

Berdasarkan coretan di atas tidak mustahil DS Najib Tun Razak juga mengalami nasib yang sama. Disebabkan peristiwa ini belum berlaku, kemungkinan DS Najib menjadi Perdana Menteri tetap ada.

Apa cerita, apa peristiwa, apa yang tersirat, betul atau salah semuanya itu akan menjadi satu catatan sejarah. Realitinya Malaysia sudah mempunyai 5 Perdana Menteri dan 9 orang yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Kesimpulannya 2009 akan menjanjikan persaingan sengit politik Malaysia yang kadang kala boleh menakutkan.Sama ada DS Najib berjaya menjadi PM pada Mac 2009 atau DS Anwar sampai juga ke Putrajaya atau DS Abdullah terus menjadi PM sehingga pilihanraya ke 13 sama-sama kita nantikan kerana dalam politik SEGALANYA MUNGKIN!

Amir Hamzah
Batu Pahat

.@blogger.com said...

Kita percaya kemungkinan itu tetap ada. Dan kita percaya bahawa Pak Lah serta konco2nya tidak akan peduli apa rakyat fikir tentang apa yang akan mereka lakukan. Saya juga percaya bahawa kemungkinan tetap ada akan adanya konspirasi dan pakatan Pak Lah, Khairy dan Anwar. Dan Kita percaya bahawa PRU13 melayu akan hilang segala kuasa yang ada kerana segalanya sudah diluar kawalan sesiapa.

Pak Brahim said...

Pandangan sejarah politik peralihan kepimpinan UMNO oleh Sdr. Amir Hamzah Batu Pahat dan perlu dibuat kajian oleh rakyat Malaysia terutama dari segi keikhlasan didalam perjuangan seseorang pemimpin itu.

Dari pandangan saya tidak dapat dinafikan bahawa sebilangan besar rakyat Persekutuan Tanah Melayu/ Malaysia menyambut baik perjuangan YM Almarhum Tungku, Tun AR dan Tun Dr.Ismail membangunkan negara dan memberi faedah pembangunan kepada semua pihak. Keikhlasan perjuangan mereka diterjemahkan dan perlantikan penganti jawatan kepimpinan dibuat melalui proses yang tertib.

Namun selepas kematian TUN Razak saya lihat ketertiban perlantikan kepimpinan UMNO mulai bercelaru dan berpandukan kepentingan tertentu. Maka dengan itu landasan perjuangan atas kepentingan Agama, Bangsa Dan Negara telah terkeluar dari landasanya terutama semasa kepimpinan TUN Dr.M selama 22 tahun lamanya.

DS Abdullah berkemungkinan ingin membawa perubahan dan membuat pembetulan, akan tetapi oleh kerana kecelaruan telah bertapak kukuh didalam UMNO,BN dan badan-badan Kerajaan itu sendiri maka kekusutan yang parah itu sukar dipulihkan melainkan melalui proses reformasi menyeluruh, tertib lagi beradab tanpa meninggalkan asas perjuangan dan cita-cita NEGARA.

Telah banyak kerosakan dan salah guna kuasa dilakukan sehinggakan hak untuk rakyat untuk memilih pemimpin mereka lima tahun sekalipun diperkosakan dengan rakus.

Dimana lagi tempat rakyat bergantungkan keselamatan dan kesejahteraan, masa depan ZURIAT, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Kini maruah negara semakin tercemar. Kedaulatan Agama dan Bangsa dipersoalkan. Bahasa ibunda dicemari dan dihakiskan dan Bangsa Melayu Di HAPRAKKAN.

MAKA ELOKLAH JANGAN KITA FIKIRKAN SIAPA PENGANTI DS ABDULLAH KERANA DS NAJIB MASIH BERGELUMANG DENGAN BERBAGAI KES YANG BELUM TENTU DAPAT DIBERSIHKAN DAN BADAN UMNO/BN ITU SENDIRI AKAN TENGELAM DAN MUSNAH DIK DOSA RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA.

MAKA PADA ORANG MELAYU..MARILAH KITA KEMBALI RAPATKAN BARISAN, HANYA KEPADA ALLAH SAHAJA KITA BERSERAH. JATIDIRI BANGSA MELAYU BERDAULAT SETELAH ORANG MELAYU MEMELUK ISLAM DAN DENGAN ISLAM SAHAJA KITA SELAMAT, SELAMAT DIDUNIA DAN JUGA SELAMAT DIAKHIRAT.

Pelajarilah sejarah dan ambil iktibar denganya. Kalau dulu nama-nama orang melayu sebagai Damak, Jantan, Melati, Bunga... apabila Islam telah bertukar kepada Muhammad, Ismail, Khadijah, Fatimah.

Tetapi sekarang walaupun masih kekal dengan nama-nama Islam akan tetapi perangainya sudah kebelakang sebagai Tenggang dan Malim Kundang.