Friday, January 23, 2009

KU LI MENTERI EKONOMI DAN KEWANGAN?

Ini gossip terbaru. Nak percaya susah. Tak percaya pun susah. Kata pihak yang bawak cerita, Abdullah Badawi tengah mencongak nak buat rombakan kabinet sebelum bersara. Salah seorang yang mungkin diberi tempat ialah Tengku Razaleigh Hamzah @ Ku Li. Konon ceritanya, Ku Li akan jadi Menteri Ekonomi dan Kewangan.

Eh, kalau macam tu best la. Banyak pihak tentu happy. Ku Li memang ada gaya, ada cara, ada pengalaman, ada pemikiran mengenai ekonomi dan kewangan. Tentu Ku Li boleh ubati krisis ekonomi global di peringkat negara kita dengan bijaksana.

Tapi, apa halnya Abdullah nak rombak kabinet waktu dah nak bersara? Adakah ini bayang-bayang yang beliau akan terus berkuasa? Hiss, mana logik? Abdullah tak pertahankan lagi jawatan Presiden UMNO. Habis macam mana nak jadi PM lagi?

Ini gila punya cerita kot! Tapi dalam gila tak gila, kalau Ku Li jadi Menteri Ekonomi dan Kewangan, tentu ramai orang sokong…. http://politica-net.com.my

5 comments:

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Tuan,

Selagi AAB jadi PM dia berhak buat rombakan kabinetnya. Kalau Ku Li di bawa masuk dalam kabinet sekarang memang sesuai sekali...ada generasi baru dan lama dalam kabinet baru ada ummmp.

Kesan ekonomi global mula terasa. Kerajaan mesti lakukan sesuatu sebelum parah.

Pak Brahim said...

Alhamdulillah... bagai sirih pulang ke gagang. Tapi... bukan dalam kerajaan UMNO/BN, sebenarnya YM Tengku Razaliegh bersama gengnya akan menyeberang dan sama-sama bentuk kerajaan PAKATAN RAKYAT, insyaallah.

WALLAH HU AQLAM....

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam,

Agak menarik juga gossip saudara kali ini. Ku Li ialah antara orang kepercayaan Allahyarham Tun Razak dan Allahyarham mengharapkan Ku Li akan menjadi PM selepas Allahyarham Tun Hussein. Namun dalam politik, segalanya mungkin.

Tun Hussein melantik Tun Mahathir menjadi PM walaupun Tun Mahathir hanya Naib Presiden UMNO ke 3 selepas Tun Ghaffar dan Ku Li.

Nasib malang Ku Li berterusan apabila Tun Mahathir melantik Tun Musa sebagai Timbalan Perdana Menteri.Ku Li berasa kecewa kerana sering diketepikan. Tentu ada sebab mengapa Ku Li disisih oleh Tun Hussein dan Tun Mahathir.

Krisis UMNO bermula apabila Ku Li mencabar Tun Musa pada 1981 dan 1984 bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Tun Mahathir secara terbuka menyokong Tun Musa. Ku Li gagal dalam pertandingan tersebut.

1988 Ku Li serta Team B melawan arus sekali lagi sehingga UMNO diharamkan dan Ku Li menubuhkan Semangat 46. Angkatan Perpaduan Ummah dan PAS telah berjaya menawan Kelantan pada Pilihanraya umum 1990 dan sehingga ke hari ini Kelantan terus bersama PAS.

Walaupun telah kembali ke pangkuan UMNO, Ku Li terus mencabar Pak Lah bagi jawatan Presiden UMNO pada 2005 dan Najib bagi jawatan yang sama pada 2008 namun hanya bahagiannya sendiri Gua Musang sahaja yang mencalonkannya.

berdasarkan rentetan sejarah ringkas ini Ku Li bukannya hendak menjadi Menteri Ekonomi dan Kewangan yang digossipkan. Memberi jawatan itu kepadanya ada satu penghinaan kepada Ku Li. Ku Li mahukan jawatan Perdana Menteri.

Ku Li sebenarnya telah mempunyai segala-galanya. Hanya KUASA sahaja yang selalu memberi nasib malang kepada dirinya. Ku Li sebenarnya dibayangi oleh ketokohan dan pengaruh Nik Aziz di Kelantan. Ku Li sendiri tidak disokong oleh UMNO Kelantan. Sokongan di 'kandang sendiri' pun tidak ada, bagaimana hendak mendapat sokongan daripada 'kandang-kandang yang lain'.

Ku Li sezaman dengan Tun Mahathir dan Tun Ghafar. Tun Ghafar telah pun meninggal dunia, sementara Tun Mahathir telah pun bersara. Nasihat paling baik untuk Ku Li adalah 'BERISTIREHAT' kerana zaman Ku Li telah pun berlalu.

Amir hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Hang Jebat said...

Saya tak sokong. Ku Li dah hampir 'obselete'. Dah lama sangat.. Takut cara dia tak sesuai dah zaman ni.

Unknown said...

Ini baru khabar angin. Belum ada kepastian lagi. Kalau betul pun, itu hak Pak Lah sebab beliau masih lagi PM. Sama ada beliau nak rombak kabinet atau tidak, beliau ada hak…