Friday, January 16, 2009

KALAU MENANG, ABDULLAH BERKEPAK MACAM MERAK, KALAU KALAH, NAJIB TERUK KENA BANTAI…

Hari ini Abdullah Badawi berdebar-debar hatinya. Najib Razak lagi berdebar-debar jantungnya sejak hari penamaan calon. Abdullah nak BN menang dalam PRK Kuala Terengganu. Kata orang, kalau menang, Abdullah akan berkepak bagaikan merak. Kata banyak pihak, Abdullah akan jadi gitu kerana calon BN adalah calon proksinya. Najib pun sangat-sangat berharap BN menang. Kalau menang, kepala dia selamat dari kena hentam oleh puak Abdullah. Kalau kalah, selamat Najib – kepala dia pasti akan dibalun dengan pelbagai tohmah dan tuduhan oleh kaum kerabat Abdullah dan menantu lelakinya.

Lantas, apa kesudahannya? Abdullah nak BN menang. Tapi, orang tak suka dia berkepak macam merak bila BN menang. Habis tu, nak bagi BN kalah? Kalau kalah, kesian Najib. Tentu dia kena balun habis-habisan.

Kalau gitu, pandai-pandailah pengundi Kuala Terengganu buat pertimbangan dan pilihan sewajar-wajarnya dan sebijak-bijaknya. Kita tak mau Abdullah berkepak macam merak. Kita juga kesian jika Najib kena bantai dan kena balun akibat kekalah BN.

Esok pergilah mengundi dengan niat masing-masing. Kemudiannya, tunggulah keputusannya dengan tenang. Jika ditakdirkan BN menang, syukur Alhamdulillah. Jika sebaliknya, terimalah itu sebagai sesuatu yang muktamad daripada Allah SWT! – http://politica-net.blogspot.com/

6 comments:

straycat's strut said...

I definitely dont want to see dollah berkepak macam merak but I am yet to find a good reason, a sign or anything at all to make me say that DSN is a PM material. Reminds me of Tugu Kebangsaan looks strong but cant even defend himself. Cant vote PAS also as long as Anwar is their Tok Guru and Uncle Kit is their sahabat.

I just want to see dollah go first before I would consider voting again.

ataspagar opinions said...

Pengundi terengganu jangan jadi bodoh kerana menguindi disebabkan oleh 'coklat' dan 'gula-gula'. Fikirkan kuasa satu pangkah kita itu lebih daripada janji 'coklat' dan 'gula-gula'..
ataspagar.com

.@blogger.com said...

Saya punya pendapat yang hampir sama dimana Najib dalam serba salah. Jika kalah akan dicemuh tetapi jika menang orang lain akan mendabik dada. Kerana itu lah jentera Pahang bergerak bermati-matian menentukan kemenangan. Saya telah menulis mengenai ini dahulu dari sudut lain.
http://braveheart-blogger.blogspot.com/2008/12/jika-bn-kalah-salahkan-khairy-dan-pak.html

Ismail N said...

One thing that Pak Lah will hate the most is probably the general belief that connects UMNO’s defeat in a few states during the last GE 2008 with protest votes towards him and his administration.
I wonder if there will be protest votes against BN again this time or worse if there are enemies within UMNO that will ensure BN lose this by-election?
Dengan Izin: - http://malaysiannewsblog.whizz.net.in/?p=92

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Peti undi sudah hendak hampir tutup.Kalau nak cuba teka-teka saya memilih PAS menang dengan majoriti yang kecil. Walaupun ramai orang tak berani kerana kedudukan yang 50-50

Dengan kekuatan 3 DUN yang dikuasai PAS, sudah cukup untuk PAS mencabar sengit BN kali ini. Undi PAS tidak menurun dari ahli-ahlinya yang setia. Kalau ahli PAS mengundi BN tentulah rasa berdosa yang amat sangat.Golongan muda pastinya majoriti mengundi pembangkang.

BN mungkin mendapat undi atas pagar, pengundi tidak berparti, pengundi Cina dan sebahagian kakitangan kerajaan. Itu pun sekadar boleh menyaingi peratus 50-50.

Sehingga saat ini seorang rakan yang bertugas di Kuala Terengganu, secara kasar mengikut kepala ,PAS masih mendahului dengan kelebihan 300 -400 undi. Bagaimana mereka mengira tidak pula diketahui.

Kalau menang kita anggap hadiah untuk Pak Lah yang akan bersara pada Mac 2009. Bonus untuk Najib yang telah berkampung lama di Kuala Terengganu. Khairi pun atas tiket Naib Ketua Pemuda sejak hari penamaan calon sudah bekerja keras untuk mempastikan kemenangan kroninya.

Kalau kalah ,semuanya jadi debu. Semua terima malu. Sebabnya semua turun dan berkampung di KT. Mungkin malu lebih besar pada Najib. Orang akan kata 'sial' Permatang Pauh dah menjalar ke K.Terengganu.

Saya melihat secara positif bahawa kemenangan BN adalah hadiah istimewa persaraan mutlak Pak Lah sebagai perdana menteri Malaysia ke 5. Walaupun harapan mahu melihat kemenangan BN supaya semua orang gembira tetapi saya perlu berdiri di atas bumi yang nyata.

PAS akan menang dengan majoriti lebih kurang 300 undi.

politica said...

Hi Geng, tq. The obvious ia already known. Please wait for punches about it 2nite.