Wednesday, June 25, 2008

BATU PUTEH STRATEGIK KEPADA SINGAPURA

Sama ada wujud ganjaran atau tidak, kedaulatan Malaysia memang sudah tergadai menerusi keputusan ICJ terhadap kes Pulau Batu Puteh.

Kalau kerajaan Abdullah memang serius mengenai hal ini tentunya dia bermati-matian melobi semua pihak terbabit untuk memenangi kes tersebut.

Tetapi, sebab kerajaan Abdullah sambil lewa, Pulau Batu Puteh pun tergadai. Implikasinya cukup luas. Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan sempadan perairan Singapura kini jadi lebih jauh.

Ini bermakna Singapura Petroleum Company kini mempunyai peluang menikmati sebahagian daripada rizab minyak dan gas yang terdapat di pelantar benua Laut China Selatan.

Ini juga bermakna kawasan tangkapan ikan untuk nelayan pantai Malaysia jadi semakin singkat dan sempit. Kalau begitu, pendapatan mereka juga makin berkurangan.

Seterusnya, Pulau Batu Puteh akan jadi pintu kawalan Singapura bagi kapal yang masuk ke Selat Teberau daripada arah timur.

Walaupun suatu hari nanti projek Jambatan Bengkok mungkin dibina semula dan Selat Teberau jadi laluan kapal antara Pelabuhan Tanjung Pelepas dengan Pelabuhan Pasir Gudang, Pulau Batu Puteh akan menyebabkan laluan itu tidak lagi strategik kepada Malaysia sepeti sebelumnya.

Apa pun, Pulau Batu Puteh memang strategik. Singapura pasti sanggup bergolok dan bergadai untuk mendapatkannya. Pulangan yang diperolehi daripada kedaulatan Singapura ke atas pulau itu tidak ternilai harganya.

Anehnya, kenapa kepimpinan Abdullah tidak menyedari hal-hal strategik seperti ini. Atau, mungkinkah hal-hal ini memang sengaja tidak dihiraukan langsung oleh kepimpinan Abdullah?

Friday, June 20, 2008

ABDULLAH SUDAH TERSINGKIR DALAM PRU12

Hari ini, Abdullah Badawi panik. Dia juga bimbang kalau-kalau usul tidak percaya terhadapnya yang mungkin dikemukakan oleh Parti Maju Sabah (SAPP) di Dewan Rakyat akan menerima sokongan dan menyebabkan beliau tersingkir daripada jawatan Perdana Menteri.

Kalau begitu, Abdullah memang betul-betul naïve. Beliau tidak insaf yang undi tidak percaya terhadap dirinya sudah pun diberikan oleh rakyat Malaysia menerusi PRU12 tempohari.

Ini sebabnya segolongan besar rakyat pada ketika ini tidak lagi yakin dan percaya terhadap apa juga kenyataan dan tindakan Abdullah. Ini sebabnya kepimpinan Abdullah dilanda krisis.

Apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad katakan dalam akhbar hari ini memang tepat. Kalau memang ada usul tidak percaya kepada Abdullah di Dewan Rakyat minggu depan, usul itu pasti tidak akan diluluskan.

Ini kerana pihak pembangkang nampaknya berpecah. Ada parti pembangkang yang akan menolak usul itu kerana ia mahu Abdullah terus berkuasa.

Kalau parti pembangkang ini tidak sokong Abdullah dan kerajaan dipimpin oleh orang lain, parti ini mungkin hilang kekuatan untuk menguasai sesetengah kerajaan negeri dalam PRU13.

Jika parti ini terus menyokong Abdullah, rakyat jadi tambah kecewa dan kerajaan jadi makin lemah. Ini memudahkan parti ini terus berkuasa di beberapa negeri menerusi PRU13.

Satu lagi puak pembangkang memang mahukan Abdullah disingkirkan supaya parti berkenaan dapat segera memerintah Malaysia. Tapi macam mana parti ini mahu meluluskan usul itu kalau kekuatannya hanya umpama kail panjang sejengkal sedangkan cita-citanya adalah untuk memancing di laut dalam?

Jadi, undi tidak percaya terhadap Abdullah pasti tidak akan diluluskan di Dewan Rakyat. Tapi ini tidak bererti Abdullah kuat dan berwibawa. Sebaliknya, ini kerana soal-soal teknikal sahaja.

Hakikatnya, Abdullah memang sudah ditolak oleh rakyat jelata. Ura-ura undi tidak percaya yang sedang hangat dipolemikkan waktu ini, sama ada jadi kenyataan atau tidak, adalah tambahan kepada manifestasi tidak keyakinan rakyat kepada Abdullah semasa PRU12.

Kalau Abdullah bijaksana, budiman dan insaf akan harga dirinya yang semakin dihina dan dicaci rakyat, sewajarnya beliau mengundurkan diri secara sukarela dan segera dalam tempoh terdekat ini.

Saturday, June 14, 2008

ABDULLAH BERCABANG LIDAH

Waktu ini sapa yang nak percayakan cakap-cakap Abdullah Badawi. Apa yang dia cakap, jual satu sen pun orang tak beli. Hina sungguh-sungguh Abdullah kebelakangan ini.

Ini semua bukan salah rakyat. Ini semua silap dia. Semalam cakap lain, hari ni cakap lain. Dulu cakap tak akan kawin, hari ni dah sah dia kawin lagi. Hari tu, kata harga petrol naik Ogos depan, tiba-tiba dia umum harga minyak dengan mendadak. Bulan lalu dia kata nak serah kuasa negara dan UMNO kepada Najib Razak, hari ni dah ada desas-desus dia nak lantik Syed Hamid Albar jadi penggantinya. Ini semua bukti Abdullah memang lidah bercabang.

Manusia macam ni tak harus lagi pimpin kita semua. Abdullah kena berhenti serta-merta. Habis Abdullah, tamat Khairy. Habis Abdullah, lenyap Kamaluddin. Habis semuanya, lengkup Kalimullah.

Saya bukan apa-apa. Saya cakap macam ini pasal dah tak tahan lagi dengan tebiat dia orang. Kalau dia orang ni semua buat muka sardin sampai Malaysia nak runtuh, saya rayu pihak berkuasa, semua orang ni dikenakan perintah buang negara. Nak sumbat dia orang kat Kemunting pun tak ada guna. Hendak-hendak waktu harga beras pun tinggi melangit.

Tapi kalau Israel Kecil kat selatan tu sudi nak simpan dia orang ni semuanya, ambiklah. Kita bagi percuma bila-bila masa. Kalau semua orang tak sudi nak ambik dia orang ni, kita hantar je dia orang semuanya ke Israel Besar.

Secara serius, saya sudah muak dengan karenah Abdullah, Khairy, Kamaluddin dan Kalimullah. Semalam saya dapat maklumat, Abdullah rupa-rupanya puppet Israel Kecil. Sebab itulah Abdullah langsung tidak hormat kabinetnya sendiri. Kalau dia bukan puppet, tentu dia bincang soal nak naikkan harga minyak dalam mesyuarat kabinet negara. Entah betul entah tidak, katanya kenaikan harga minyak hari ini rupa-rupanya tidak direstui cabinet negara. Si baral dalam kabinet pulaknya endorsed aje keputusan Abdullah the puppet.

Cakap lebih-lebih pun tak guna. Hari ini saya nak tengok macam mana Najib bersilat. Kalau dia terus nak peluk tubuh macam gentleman, kita tinggalkan Najib. Kita tengok macam Muhyiddin Yassin bersilat. Kita tengok hebatnya anak Kiayi Muar ni main silat sendeng dengan tegas dan yakin.

Tuesday, May 20, 2008

TAHNIAH KEPADA MUSA HITAM

Politica

Saya hormat kepada Tun Mua Hitam. Hari ini beliau sifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang keluar meninggalkan UMNO umpama “duri dalam daging yang sudah terkeluar.” Cukup hebat kenyataan itu. Dan cukup kurang sopan juga kenyataan tersebut.

Pada 1987, Musa juga meninggalkan UMNO kononnya untuk berkecuali dan tidak memihak kepada sesiapa. Tapi, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Johor Bahru pada 1988, beliau izinkan Shahrir Samad gunakan tape video kenyataannya dijadikan bahan kempen. Dalam PRK Parit Raja, juga pada 1988, Musa yang kononnya berkecuali, juga berkempen pula untuk calon bebas.

Musa ketengahkan imej nasionalis. Tapi, bila Mahathir - nasionalis tulen, negarawan ulung dan tokoh dunia yang disegani - bertindak demi sayangnya kepada agama, bangsa dan negara, Musa pula sifatkan Mahathir sebagai “duri yang terkeluar daripada daging.”

Inilah caranya tokoh-tokoh terbilang UMNO menangani kemelut UMNO ketika ini. Putar-belit, dolak-dalik dan semata-mata berdasarkan kepentingan diri sendiri. Inilah caranya orang yang saya hormati bertindak dalam krisis.

Saya ucapkah tahniah kepada Musa kerana kenyataan beliau pastinya menggembirakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mudah-mudahan kegembiraan Abdullah ini mempercepatkan lagi proses UMNO hancur, musnah dan punah ranah.

Monday, May 12, 2008

ABDULLAH, CUKUPLAH!

Kalau Abdullah masih ikut perangai lamanya, susah UMNO nak dipulihkan. Apa taknya? Abdullah masih lagi kena sawan denial syndrome, dia asyik ikut kata dia sahaja (mungkin nasihat Aras 4), orang lain punya pendapat semuanya disifatkan bodoh belaka!

Kalam macam ini ceritanya, apa kita nak tunggu lagi? Kita kena jerit kuat-kuat kepada semua telinga yang patut mendengarnya bahawa ABDULLAH KENA DINASIHATI BERHENTI DENGAN SERTA-MERTA.

Kalau telinga-telingan yang berkenaan pun pekak badak, kita kena tawakal kepada Allah dan lihat sahaja apa akan jadi kepada UMNO tak lama lagi.

Saturday, May 10, 2008

APA DAH JADI DAN APA AKAN JADI?

Apa nak jadi pada negara kita? Abdullah Badawi masih terus berkuasa. Najib Razak terus gila nak berkuasa. Bila orang nombor satu gila untuk terus berkuasa dan orang nombor dua gila nak berkuasa, rakyat macam kita semua yang jadi mangsa. Kalau kegilaan orang nombor satu dengan orang nombor dua ini berleluasa, rakyat macam kita semua yang punah binasa.

Demi negara tercinta ini, jom kita pergi mengadap Agong untuk gunakan kuasa Baginda dalam Perlembagaan Persekutuan supaya gantikan kedua-dua orang gila kuasa ni dengan team yang baru. Kalau tidak, serahkan sahaja kuasa negara kepada Pakatan Rakyat dengan seberapa segera. Tak apalah kalau Wan Azizah Wan Ismail yang jadi Perdana Menterinya!

Rasa-rasanya Wan Azizah lebih peka terhadap nasib rakyat macam kita semua. Bukan macam dua orang yang tengah gila kuasa. Mereka bukannya peka, tapi pekak badak!

Kalau yang itu tak boleh dan yang ini tak menjadi, parah jawabnya rakyat macam kita semua di hari muka. Dalam terpaksa, kita semua mungkin hidup sengsara dan merana. Dalam terpaksa, kita semua mungkin tersiksa dan derita.

Tuesday, March 11, 2008

Abdullah Undurlah Sebelum Jadi Huru-Hara

Sepanjang tempoh kempen PRU 12, saya membisu. Saya membisu kerana saya terkedu dengan keputusan Abdullah Badawi, Imam Islam Hadhari, adakan pilihan raya umum ikut fatwa feng-shui, ahli nujum Cina!

Nah, sekarang apa sudah jadi? Terbukti amalan khurafat Imam Besar Islam Hadhari mendengar nasihat ahli nujum sudah membawa padah kepada Malaysia. Sebab itulah BN jadi tunggang-langgang – majoritinya di parlimen amat tipis sekali, tak dapat tebus Kelantan, kalah pula di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Di Negeri Sembilan pun pembangkang kurang lagi tiga kerusi untuk tubuhkan kerajaan!

Inilah yang orang tua-tua kata, yang dikejar ak dapat, yang dikendong berciciran! Atau, inilah prinsip niaga Nakhoda Buluh Kasap, dapat hujung, pangkal lesap!

Semua orang tau ini semua angkara Imam Besar Islam Hadhari dan menantunya Khairy Jamaluddin. Mereka berdualah punca utama BN kalah teruk dalam sejarah Malaysia merdeka. Tak ada orang lain, tapi mereka!

Dah kecundang macam tu, Abdullah masih buat muka tengek. Dia tak mahu berundur. Menantunya himpun beribu-ribu orang ke Sri Perdana di Putrajaya. Kononnya untuk desak Abdullah berundur. Tup-tup, Khairy maklumkan kepada media, orang-orang tu datang untuk minta mertuanya jangan letak jawatan!

Haru-biru betul budak ni! Tapi, budak ni jugalah yang main peranan susun calon. Kata Datuk Kamal Amir, Khairy sama-sama Annuar Zaini, Kalimullah Hassan, Kamaluddin Abdullah dan Shagul Hamid yang buat kerja memuktamadkan senarai calon. Saya rasa, ini semua mungkin kehendak yang dituntut oleh pihak kuasa asing, macam kata Datuk Ron dalam buku The Toyol Code!

Sekarang, apa nak buat? Dah kalah tak mau undur. Rakyat dah tak ada keyakinan pada dia, tapi Abdullah mahu terus jadi Perdana Menteri. Saya tak pernah jumpa manusia mabuk kuasa macam ni!

Tapi, inilah Abdullah, Imam Besar Islam Hadhari! Dan, inilah juga Khairy, Tok Noja Islam Hadhari yang orang kata, pun dah buat DVD seks macam Dr Chua Soi Lek! Para pengundi Rembau tau hal ini. Tapi, diundi juga Khairy. Bukan pasal dia orang tak marah pada Khairy, tapi ikut cerita orang, pasal duit Khairy melempah ruah untuk beli undi!

Saya tak pasti kalau BPR memantau Khairy tabor duit di Rembau baru-baru ni. Tapi, takkanlah BPR pun tak syak dari mana Khairy dapat duit untuk sewa pesawat ringan kibarkan bendera BN di ruang angkasa Rembau waktu hari penamaan calon! Dari mana Khairy dapat duit? Dari Temasek, pasal dia anak angkat Temasek dan Singapura? Dari mana? Cuba BPR cari jawapannya untuk rakyat Rembau dan kita semua.

Gituah kisah Abdullah dan Khairy. Manusia-manusia inilah yang menyebabkan BN kucar-kacir sekarang. Manusia-manusia inilah yang orang Johor suspek pajakkan bumi Johor kepada Singapura menerusi WPI. Manusia-manusia inilah juga yang fikir kita semua tongong, bodoh, baghal dan tolol!

Sekarang pengundi Malaysia sudah menunjukkan kemarahan, kekecewaan dan protes mereka kepada Abdullah dan Khairy. Tun Dr Mahathir dah bersuara, Abdullah patut berhenti. Tun Dr Mahathir juga kata, Khairy menyumbang peranan besar kepada nasib amat malang yang menimpa BN.

Macam ni keadaannya, pun kedua-dua manusia ni masih nak perdayakan kita semua. Abdullah sampai keluarkan kenyataan, konon menantunya tak pernah nasihati beliau apa-apa. Betulkah kenyataan ni? Kita bukan bangang. Kita bukan bahlol. Selama mana lagi pembohongan ini boleh kita terima?

Oleh kerana kita semua dah jelak, dah muak, dah loya, dah fed-up dengan kisah Abdullah dan Khairy, saya ulangi di sini gesaan saya supaya Abdullah berundur, yang saya poskan dalam blog ini pada November 23, 2007.

Gesaan saya (ulangan): Abdullah wajar mengundurkan diri dari persada kuasa Malaysia. Kosongkan jawatan Perdana Menteri dengan segera. Kosongkan lain-lain jawatan dalam kerajaan dengan serta-merta. Lepas itu panggil perhimpunan agung luar biasa UMNO untuk letak jaratan presiden parti.

Khairy dan Patrick Lim jangan sekali-kali masuk campur. Ini urusan Abdullah dengan rakyat. Ini masalah Abdullah dengan negara.

Rakyat makin derita berketuakan Abdullah. Negara tambah kucar-kacir dipimpin Abdullah. Demi rakyat dan demi negara, Abdullah kenalah korbankan jawatannya yang sedang jadi sumber rezeki seluruh lintah darat di sekelilingnya.

Setelah tak ada apa-apa jawatan, baca semula puisi Ku Cari Damai Abadi. Abdullah kena tanya diri sendiri, benarkah selama jadi Perdana Menteri, yang dicarinya bukan harta bertimbun-timbun untuk hidup kaya; bukan wang berjuta-juta untuk hidup bergaya; dan bukan kawan-kawan untuk hidup berfoya-foya?

Sesudah itu, Abdullah jawablah pertanyaan suara hati sendiri, benarkah yang dicari selama jadi Perdana Menteri, adalah Al-Ghazali dan A-Shafie? Benarkah yang mahu dibongkar oleh Abdullah selama ini adalah kitab suci untuk cari pedoman dan sunnah nabi untuk jadi panduan semoga dapat menikmati hidup yang damai abadi?

Untuk pengetahuan Abdullah, apa yang saya suarakan di sini hanya tuntutan saya sendiri kepada pemimpin yang sudah tidak lagi saya yakini. Tapi, janganlah Abdullah terkejut kalau tuntutan saya ini sama dengan tuntutan gelombang rakyat di seluruh negara. [Kini, tuntutan saya ini sudah jadi tuntutan sebilangan besar pengundi Malaysia dalam PRU 12 yang memilih untuk menjerumuskan BN jadi pembangkang di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor!]

Abdullah, berundurlah segera sebelum Malaysia jadi huru-hara, kacau-bilau dan haru-biru. Contoh haru-biru ini adalah indeks BSKL yang meredum sebaik saja Abdullah dilantik semula sebagai Perdana Menteri pada 10 Mac 2008!