Tuesday, May 20, 2008

TAHNIAH KEPADA MUSA HITAM

Politica

Saya hormat kepada Tun Mua Hitam. Hari ini beliau sifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang keluar meninggalkan UMNO umpama “duri dalam daging yang sudah terkeluar.” Cukup hebat kenyataan itu. Dan cukup kurang sopan juga kenyataan tersebut.

Pada 1987, Musa juga meninggalkan UMNO kononnya untuk berkecuali dan tidak memihak kepada sesiapa. Tapi, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Johor Bahru pada 1988, beliau izinkan Shahrir Samad gunakan tape video kenyataannya dijadikan bahan kempen. Dalam PRK Parit Raja, juga pada 1988, Musa yang kononnya berkecuali, juga berkempen pula untuk calon bebas.

Musa ketengahkan imej nasionalis. Tapi, bila Mahathir - nasionalis tulen, negarawan ulung dan tokoh dunia yang disegani - bertindak demi sayangnya kepada agama, bangsa dan negara, Musa pula sifatkan Mahathir sebagai “duri yang terkeluar daripada daging.”

Inilah caranya tokoh-tokoh terbilang UMNO menangani kemelut UMNO ketika ini. Putar-belit, dolak-dalik dan semata-mata berdasarkan kepentingan diri sendiri. Inilah caranya orang yang saya hormati bertindak dalam krisis.

Saya ucapkah tahniah kepada Musa kerana kenyataan beliau pastinya menggembirakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mudah-mudahan kegembiraan Abdullah ini mempercepatkan lagi proses UMNO hancur, musnah dan punah ranah.

No comments: