Sunday, October 12, 2008

SAYA MENYESAL KERANA ABDULLAH TERUS MAIN POLITIK…

Semalam Abdullah Badawi buat kenyataan, kononnya dia tak menyesal kerana melakasnakan pelan peralihan kuasa lebih awal daripada 2010. Baguslah tu. Tapi, saya amat menyesal kerana kenyataan itu penuh dengan kepura-puraan.

Sebenarnya Abdullah tak cakap secara ikhlas dan terus terang. Sebab itulah kononnya dia dah rancang penyerahan kuasa tu lebih awal. Kononnya juga dia tau apa yang dia lakukan.

Kita semua tau, sampai saat-saat akhir pada 8 Oktober 2008, Abdullah tetap mau pertahankan kerusi Presiden UMNO dalam pemilihan parti kali ini. Orang-orangnya dah atur strategi hingga awal pagi. Sampaikan khidmat bomoh dan pawang pun dikaji semasak-masaknya.

Rakyat jelata pun ada yang tau apa yang terjadi di Sri Perdana pada malam 7 Oktober 2008. Mereka tau sapa yang hadir dan apa kecaman-kecaman mereka terhadap Najib Razak dan Muhyiddin Yassin. Mereka tau yang Abdullah mahukan Ali Rustam jadi regunya sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Ini kenyataan. Kalau tembok Sri Perdana boleh bercakap, tentu tembok tu akan confirmkan hal ini! Kalau tembok Sri Perdana boleh terus bercakap, pastinya banyak lagi yang boleh dihuraikan di sini.

Jadi, betul ke Abdullah bersara secara sukarela? Betul ke dia berundur demi agama, bangsa dan negara? Atau, bukankah Abdullah sebenarnya membuat keputusan di saat-saat terakhir untuk berundur setelah Abdullah melihat sendiri apa yang telah dirakamkan oleh tembok Sri Perdana mengenai pelbagai gelagat, perilaku, kesongsangan Abdullah, keluarganya dan kroni-kroninya selama ini?

Bukankah Abdullah buat keputusan untuk bersara setelah dia menyaksikan sendiri pelbagai dokumen rahsia yang terkandung dalam satu penyimpan data yang dirakamkan oleh tembok Sri Perdana?

Inilah penyakit Abdullah selama ini. Dia ingat rakyat Malaysia ni semuanya bangang, baghal, bebal, tongong, dungu dan boleh diperbodohkan sepanjang masa. Sebab tu sampai dah nak bersara pun dia masih nak bodohkan kita semua.

Jangan macam tu. Kalau dah buat keputusan nak bersara, pergilah cuti. Kenapa sekarang tak nak cuti? Kenapa empat tahun lalu asyik pergi cuti? Kenapa dulu hampir setiap bulan pergi keluar negara sampaikan waktu Johor dilanda banjir besar pun dia tergamak pergi cuti ke Australia untuk berfoya-foya atas kapal layar mewah dengan aktres terkenal dan lain-lainnya?

Satu lagi harapan rakyat Malaysia, tak payalah Abdullah buat apa-apa lagi kenyataan dasar mengenai kerajaan dan parti. Cukuplah. Berilah ruang pada Najib untuk bersiapsedia.

Apa nak tunggu lagi? Kalau boleh, berundurlah esok. Mana masuk akal kalau Abdullah kata dia nak jayakan misi dia dalam lima bulan? Empat tahun dulu apa yang dah dia lakukan? Flip-flop, dolak-dalik dan out-of-control?

Kepada orang-orang Abdullah, insaflah Abdullah bukan duduk di kerusi PM dan Presiden UMNO untuk jaga kepentingan perut dan tebolok anda. Abdullah diamanahkan duduk di kedua-dua kerusi tu demi kami semua – rakyat jelata!

Oleh itu, jangan nak main politik lagi. Tak payah buat ucapan berapi-api penuh retorika. Orang Abdullah yang mengendalikan media massa perdana, cukuplah dengan spin anda yang memualkan. Cukuplah, tak payah cari lagi rasional kenapa Abdullah mesti berundur. Kalau anda masih tak mau menerima hakikat dan kebenaran, insaflah Abdullah adalah PM dan Presiden UMNO yang sangat-sangat mencewakan rakyat jelata. Biarkanlah Abdullah pergi dengan sejarah dan ceritanya yang akan ditafsirkan oleh generasi mendatang mengikut kebijaksanaan mereka! – http://politica-net.blogspot.com

3 comments:

Sutera Timur said...

SAUDARA POLITICA,

Betul tu apa yg diperkatakan oleh saudara tu.Kadang -kadg menyampah juga bila berita pengorbanannya konon di'spin' berulgulg kali.Saya heran apakah bentuk pengorbanan nya yg telah dibuat selain kehancuran yg jelas selama ini.Ditambah pula menantunya mengulas supaya TUN M tidak campurtangan dlm urusan UMNO .Dia tu sapa nak cakap begitu dgn Tun. Apa jasanya pd Umno yg besar sangat sampai org lain tak boleh campurtangan .Dia ingat kalau TUN M TAK CAMPUR MUDAHLA DIA NAK PERBODOH UMNO DGN mertuanya. Meluat dan muak dgn perangai mereka.Dah saat-saat akhir konon nak tunjuk bagus.Kakikaki bodek pula masih konon nak tunjuk Pak lah banyak jasa.Kerosakan ekonomi dan politik langsung mereka tak fikirkan dan abaikan .Memang menghairankan dan menjelekkan...pembodek-pembodek mereka sekarg....
Wassallam.........

Pak Brahim said...

Assalamualaikum wbt.,

Benar kata TDM, 'MELAYU MUDAH LUPA'.

Belumpun genap sepuluh tahun, namun pengalaman pahit masa lalu sudah dilupakan.

Apakah kita sudah lupa segala kebejatan dan kezaliman yang dilakukan oleh regim TDM dahulu antaranya :

1. Agama ISLAM dan hukumnya di persendakan, Al-Quran mahu ditafsir semula dan hadith Rasulullah dikesampingkan.

2. Kuasa Raja-Raja Melayu diperkecilkan dan kekebalan dihapuskan.

3. Bangsa Melayu di panggil HAPRAK DAN MALAS.

4. Sistem DIKTATOR diujudkan dan Kebebasan rakyat dibelengu.

5. Campurtangan keatas SISTEM KEHAKIMAN.

Sesungguhnya amat banyak jika hendak disenaraikan dalam ruangan yang terhad ini.

Hasil dari warisan pemerintahan beliau selama 22 tahun inilah membuahkan nilai pemerintahan KERAJAAN yang ada sekarang.

Alhamdulillah Allah telah lanjutkan usia beliau supaya beliau dapat melihat dan menuai hasil tanaman beliau selama ini.

Sejak beliau bersara, saya lihat beliau terus berbicara soal politik tanahair dan beliau juga mengakui beberapa kesilapan yang beliau lakukan semasa memegang jawatan PM, termasuk melantik DSAAB sebagai penganti beliau.

Alhamdulillah nampaknya beliau sudah sedar atas kekejaman dan kezaliman yang beliau lakukan dahulu.

Akan tetapi apa yang saya harapkan adalah campurtangan dan penglibatan beliau dewasa ini tidak lagi mengulangi kesilapan-kesilapan seperti masa lalu. Jika ini berlaku maka kemusnahan yang lebih besar mungkin akan terjadi dan segala sistem murni yang hendak di bina akan terus musnah.

Masa untuk beliau memperbaiki kesilapan sudah terlambat.

Ingatlah bahawa UMNO adalah seumpama sepohon DURIAN HANTU, sesiapa sahaja yang menguasai POHON tersebut hanyalah DEMI KUASA DAN CITA-CITA untuk kepentingan masing-masing, keluarga dan kroni.

Kini.. pohon yang dihuni oleh hantu-hantu itu sedang kering dan layu. Butir-butirnya sudah luruh satu demi satu disamping buah-buahnya juga ada yang telah gugur kebumi.

Walaupun pohonya masih kelihatan berdiri tegak namun di pucuk, didahan dibatang dan diserata pohonya penghuni-penghuni sudah mulai menghinggut dan mengoyang kerana kepanasan dan merebut takhta.

RAKYAT hanya menunggu masa untuk menyimbah minyak, yang harganya masih belum turun-turun miskipun harga pasaran dunia turun keparas yang rendah.

INSYAALLAH, dengan usaha yang terancang, dengan penglibatan semua pihak yang mahu melihat NEGARA MALAYSIA YANG ADIL DAN MAKMUR, INSYAALLAH mulai tanggal 13 Oktober 2008 rakyat akan mulai nyalakan obor pada POHON tersebut.

DENGAN INI SEBAGAI OBOR BAGI MENERANG NEGARA MALAYSIA YANG TERCINTA.

SEBAGAI USAHA UNTUK MENAMATKAN HEGAMONI KUASA POLITIK PERKAUMAN SEMPIT.

politica said...

Sutera Timur dan Pak Brahim, terima kasih.