Friday, October 24, 2008

JOM KITA BUAT USUL DESAK PAU DIADAKAN DISEMBER 2008

Kepimpinan Abdullah Badawi ni memang kepimpinan ding-dong, dolak-dalik, flip-flop. Terakhir sekali pasal Perhimpunan Agung UMNO (PAU). Mula-mula dia kata nak diadakan Disember 2008. Ali-alih tunda ke Mac 2009. Hari ni ada ura-ura nak balik ke Disember 2008. Gila punya kerja!

Abdullah memang tak akan dengar cakap warga UMNO. Dia tak sedar kalau pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada Mac 2009, politik wang akan menjadi-jadi. Berbillion ringgit akan dibelanja oleh pihak desperado macam KJ. Kalau Ali Rustam dan Mat Taib lepas kuota, dua orang ni akan jadikan politik wang lagi gamat dan gila.

Orang-orang desperado ni banyak lembu dan babi untuk disembelih bagi dapatkan wang yang nak ditabur kepada perwakilan UMNO yang hanya mementingkan habuan politik. Mereka tak peduli apa impaknya. Mereka cuma nak kuasa. Matlamat menghalalkan cara!

Oleh itu, elok kalau warga UMNO yang belum bermesyuarat fikir untuk kemukakan usul mendesak Abdullah adakan pemilihan parti pada Disember 2008. KJ dah cakap pasal ni awal-awal lagi. Tapi bila Muhyiddin Yassin pun cakap hal yang sama, Muhyiddin pulak yang kena hentam habis-habisan. Tak percaya, baca sendiri The Malaysian Insiders, portal berita internet kelolaan Brendon Priera, kawan baik Kalimullah, kroni KJ.

Jom ramai-ramai kita desak Abdullah adakah PAU Disember 2008 ini. Kalau tak, jahanam UMNO dimusnahkan oleh politik wang. Jom. Apa nak takut? – http://politica-net.blogspot.com

2 comments:

majualam said...

saya tak nak comment apa2 tapi baca patua ini, pemberi rasuah adalah seperti babi. maka penerima rasuah pula makan daging babi dg duit haram itu, kalau membeli apa2 saja untok diberi kpd keluarga samalah seperti beri daging babi,renong2lah buatingatan

politica said...

Saudara Majualam

Terima kasih