Friday, October 3, 2008

Kalau Dah Isu Hindraf Pun Tak Boleh Nak Selesaikan Secara Bijaksana, Berhentilah Dengan Segera!

Tak tau adat. Kurang ajar. Kurang asam. Melampau. Biadab. Itulah reaksi saya kepada tindakan Hindraf yang mencemarkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Abdullah Badawi di PWTC Kuala Lumpur semalam.

Tapi, salah Abdullah juga. Tahun sudah, Abdullah kasi muka sangat kat Hindraf ni. Sampai apa je dia orang nak, bagi, bagi!!! Si Hindraf pun naik kepala la. Pemimpin dia yang kena ISA pun tak kena interrogate dulu. Straight hantar ke Kemunting!

Sebelum tu Abdullah tuduh orang Hindraf macam-macam, Pengkhianat la, itu la, ini la.. Bila ditahannya pemimpin Hindraf, terus pergi ke Kemunting. Apa hal? Kenapa tak bagi peluang polis siasat dia orang ni? Takut apa? Takut rahsia konspirasi orang Hindraf dengan orang Abdullah pecah tembelang????

Pelik kan? Hindraf kecam UMNO melakukan mini genocide atau penghapusan kaum India di Malaysia. Ini tuduhan serius. Hindraf minta komuniti dunia mansuh Perlembagaan Malaysia kononnya pasal perkauman. Ini perbuatan pengkhianat. Lepas tu Abdullah pun tahan pemimpin Hindraf guna ISA.

Tapi, Abdullah tahan orang Hindraf guna ISA tak ikut seksyen yang membolehkan orang Hindraf ni disoal-siasat oleh polis. Straight hantar dia ke Kemunting. Apa jadahnya tahan orang Hindraf bawah ISA kalau kerajaan tak siasat sapa di belakang Hindraf, betul ke Hindraf ada main mata dengan orang-orang Abdullah, betul ke tuduhan Hindraf ada connection dengan LTTE dan siapakah financiar Hindraf? Apa pasal jadi macam tu? Abdullah takut ke?

Lepas Abdullah bagi muka, la ni orang Hindraf panjat kepala Abdullah. Sapa yang salah? Sapa yang bagi muka kat orang Hindraf? Bukanlah Abdullah? Jadi, Abdullah la yang salah bila orang Hindraf panjat kepala kita semua. Bukan gitu?

Semalam orang Hindraf buat kurang ajar di majlis Abdullah. Nak marah ke Abdullah pada dia orang? Apa? Takut? Takut hilang sokongan kaum India? Merepek betul.. Sebab Abdullah bagi muka sebelum ni la orang Hindraf ni dah panjat kepala Abdullah.. Habis, nak buat apa? Padan muka la!!!

Abdullah tak sedar ke? Angkara Abdullah yang tak tegas dengan orang Hindraf, majlis umat Islam berhari raya pun dicemari oleh orang Hindraf. Saya marah. Sebagai orang Islam, saya rasa terhina! Salah sapa? Salah Abdullah sendiri kan?

Bila saya kata saya marah dan saya terhina dengan gelagat orang Hindraf semalam, ini bukan kenyataan racist. Jangan sesiapa kata, bila orang Melayu atau orang Islam kecam orang bukan Melayu atau bukan orang Islam, itu sebagai racist. Jangan sampai gitu. Ini soal adab. Ini soal adat. Ini soal perpaduan. Ini soal keharmonian dalam negara yang multi-etnik.

Tapi bayangkan apa akan jadi kalau rasa marah dan terhina orang Melayu dan umat Islam ni sampai mendorong reaksi negatif terhadap pihak yang kurang ajar ni. Bayangkanlah!

Oleh itu, Abdullah kena tegas, kena steady, kena konsisten dan kena bijaksana. Jangan flip-flop, jangan buat keputusan dan tindakan sehingga keputusan dan tindakan itu pula menyebabkan majoriti rakyat Malaysia marah dan terhina. Kesannya boleh jadi explosive dan berbahaya!

Kepada seluruh orang Melayu dan umat Islam, waspadalah. Kita harus berani menyatakan yang hak dan benar. Tapi, nyatakanlah yang hak dan benar itu secara berhemah.

Pada waktu yang sama, jom kita desak Abdullah tangani soal Hindraf ni secara objektif. Jangan buat keputusan berdasarkan kepentingan politik diri sendiri. Tapi, kalau dah tak mampu nak buat sesuatu yang tegas dan objektif, apa lagi tunggu lama-lama? Berhentilah… Saya pasti ramai lagi pemimpin kita yang mampu menyelesaikan isu Hindraf ni secara baik, damai, dan tidak melukai hati mana-mana pihak! – http://politica-net.blogspot.com

5 comments:

KijangMas said...

Tindakan harus di ambil sekarang.

Lain kali bila PM solat Jumaat pun mungkin juga di serbu si beruk2 Klingdraf ini.

Sila ke sini.

raja said...

dei mamat terlebih baca utusan ka!!!!!!!!

Zahar said...

as salamu alaikum dan Selamt Hari Raya,

Jangan bimbang, pasti sudah ada Cina DAP dan Hindu Hindraf yng sudah label saudara racist kerana menyuarakan pendapat seperti ini. Maklum lah, mereka dah jadi Tuan di Tanah Melayu ni, tak oleh sentuh sentimen mereka, atau kita akan dilabel jahat.

Tidak kurang dengan blogger sorang tu yang kena rampas handphone dia sewaktu makan. Habis macam2 dia tuduh Hindu jahat lah Hindu tak pandai lah pasal kebetulan yang sekor hp dia orang Hindu.

Tapi tak sampai satu hari dah diam aja. Dia minta maaf langsung dah berbaik baik, berpeluk pelukan antara sesama mereka.

Cuma saya tak boleh bayangkan kalau Melayu lah yang tulis macam2 pasal orang Hindu (tak pernah terjadi pun), apakah semangat setiakawan yang ditunjukkan itu akan selesai begitu sahaja atau apakah mereka akan menuntut DS Najib berlutut sekali lagi meminta maaf kepada kaum Hindu Hindraf itu?

Seperti saya katakan, sudah ada Tuan baru di Tanah Melayu ini dan ia bukan dari bangsa Orang Melayu.

KHAIRUL NAZRI said...

1. Saya setuju dengan apa yang diutarakan oleh saudara. Secara peribadi, setiap perkara yang menyentuh dan berlaku terhadap orang Melayu kini adalah berpunca dari orang Melayu sendiri.

2. Sering beralah kepada bangsa lain hingga setiap inci kain baju kita pun hendak diberikan kepada mereka.

3. Kini sikap berlembut dan toleransi kita tidak lagi dihormati malah telah dikotak-katikkan pula. Selagi kita bangsa Melayu tidak sedar dan terus leka dengan angan-angan maka kejadian di PWTC tempohati pasti akan berlaku malah lebih buruk lagi.

politica said...

The Author, Raja, Zahar dan Khairul. Terima kasih dan salam aidilfitri.

Pandangan anda semua saya hormati. Apa yang saya suarakan di sini bukannya racist. Ini kebenaran yang perlu diperkatakan dan dipertahankan.