Friday, December 31, 2010

YB NIE CHENG: WO-MEN PU XI-HUAN NI

YB Teo Nie Cheng: Sikalang lu manyak bisat kipala. Itu macam manyak bagus. Wa tatak malah punya. Wa cuma mau kasi tau sama lu, kalau lu mahu bisat kipala, lu punya pasal. Tapi, wa kasi tau sama lu, jangan cuba-cuba panjat wa punya kipala. Lu belani bikin, lu belani tanggung ok!

Wa tau, lu punya parti, itu PAP punya anak. Itu PAP pakai Malaysian Malaysia, lu pakai Setapak Declaration. Lua-lua pun selupa ma. Lua-lua lua pun abang-alik ma. Toi-pu-toi? Yi-ting toi!!! Lua-lua pun kasi panas hati sama olang Melayu ma. Lu cakap manyak cantik---cen-piao-liang!!! Hao! Chen-hao!!! Suo-yi, wo-men Malai ren pu xi-huan Malaysian Malaysia ma. Wo-men yey pu xi-huan Setapak Declaration. Ni chi-tau pu chi-tau? Lu tau ka tatak tau. Kalau lu tatak tau, sikalang wa kasi lu tau. PLEASEN DON’T EVER DO AGAIN WHAT YOU HAVE DONE A FEW DAYS AGO.

Xian-chai wo kau-su ni. Lu dengar baik-baik ok. Wo mau lu jangan kasi malah itu Sultan, jangan kasil malah olang Melayu, jangan kasi malah itu olang Islam. Lu boleh masuk masjid, masuk sulau. Tapi lu ikut kita olang punya lo. Jangan ikut itu Malaysian Malaysia punya lo. Jangan ikut itu Setapak Declaration punya lo. Chi-tau pu-chi-tau???

Lagi, lu jangan belani-belani cakap itu Utusan Malaysia tak boleh pakai ka, sibar fitnah ka.. Itu cakap selupa cakap itu olang tua sana sinjapo mali. Lulu itu olang tua pun cakap Utusan Melayu tak guna punya. Sikalang lu pulak cakap Utusan Malaysia tak guna. Lu sama itu olang tua sinjapo pun selupa ma..

Tapi, sebab lu bisat kipala punya olang, wa mau kasi tau sama lu. Wa mau lu bikin apa lu suka masa lu lalam masjid atau sulau. Kalau lu boleh sinamlobik dipan masjid, misti lu pun boleh nyanyi ka-la-okey dipan masjid.. Wa cadang sebab lu manyak bisat kepala, lu bikin la ka-la-okey itu masjid punya dipan. Lepas tu lu misti jimput itu masjid punya olang nyanyi sama-sama ok?

OK YB. I HOPE YOU DO UNDERSTAND MY BROKEN MANDARIN. WO-MEN PU XI-HUAN NI MEANS WE HATE YOU. SO, PLEASE REMEMBER AND ALWAYS BEAR IN MIND THAT YOU HAVE HURT MILLIONS OF MALAYS AND MUSLIMS IN MALAYSIA. IF YOU THINK I AM WRONG, FIND OUT FROM YOUR SIFU KIT SIANG. HE KNOWS YOU HAVE DONE GRAVE MISTAKE. THAT IS THE VERY REASON I SAID: WO-MEN PU XIHUAN NI!!!!! CHAI-CHIEN!!!!!

Wednesday, December 29, 2010

KISAH ROCKY BRU DAN KUDAKEPANG


Rocky Bru dan Ron Kudakepang dua bloggers yang digeruni ramai. Dalam kita sibuk-sibuk dengan posting Rocky Bru kebelakangan ini, saya teringat posting singkat dalam blok Kudakepang beberapa tahun lalu. Saya pun selongkar semua postings dalam Kudakepang dan dapat jawapannya seperti berikut:

Posting KK 23 Oktber 2007

Ada 8 berita ringkas dalam posting Kudakepang pada 23 Oktober 2007. Tapi yang di bawah inilah yang saya dapati hampir-hampir kait-mengait dengan kisah Rocky Bru kali ini…

Dua Menteri Gawat?

Dua orang menteri kita sedang dicengkam masalah peribadi yang amat gawat akibat keterlanjuran mereka sendiri. Anda akan terkejut besar kalau tau kisah ini. Siapa mereka? Apa sebenarnya cerita mereka?

Posting KK 27 Oktober 2007

Seterusnya ada 5 berita ringkas dalam posting Kudakepang pada 27 Oktober 2007. Dan yang berikut ini mungkin follow-up kepada yang tersiar pada 23 Oktober 2007…

Menteri Pakai Cawat Besi?

Sudahkah anda meneka siapa dia dua orang menteri yang sedang amat gawat akibat keterlanjuran diri mereka sendiri? Mungkin tak lama lagi meletuplah kisah ni… Saya hanya boleh katakan kepada menteri-menteri berkenaan, lain kali tempahlah cawat besi (untuk lelaki), made-in-germany!!!

Apa yang jadi misteri kepada saya sekarang ialah: adakah kisah Rocky Bru sekarang ini ada kena mengena dengan salah seorang yang dimaksudkan dalam posting Kudakepang tiga tahun yang lalu? Atau, adakah kedua-dua postings dalam Kudakepang ini hanya secara kebetulan hampir serupa temanya dengan posting Rocky Bru kebelakangan ini? Hih, pening kepala saya dibuatnya….. Diharap Ron Kudakepang dapat menjelaskannya.

SEKALUNG TAHNIAH BUAT SPRM

Dua tiga minggu yang lalu SPRM giat mencekup penjenayah rasuah. Tahniah… Habis pegawai imigresen, pegawai apa juga dicekup SPRM. Ini menyebabkan ramai lagi penjenayah rasuah yang gelisah dan gelabah. Ada yang jumpa bomoh dan ada yang lintang pukang jumpa pawang minta mereka terlepas dari jaringan SPRM.

Baru-baru ini ada sahabat beritahu saya, pot penenayah rasuah puak-puak imigresen adalah di kawasan hiburan malam di tapak F&N dekat Jalan Loke Yew. Kata sahabat saya, kat sanalah ramai pembesar jabatan kerajaan berurusan secara haram. Terutama sekali urusan buat passport palsu dan cop imigresen palsu. Kata sahabat saya, kat pot dia orang tu banyak kereta mewah menjalar-jalar. Kat situlah dia orang buat business deal. Ada bapak ayam uruskan hal ehwal anak ayam yang dah overstay dan sebagainya.

Dia orang ni punyai network antarabangsa. Katalah anak ayam yang overstay tu nak balik kampung kat Tong-Sua (China), bapak ayam akan angkut cash beratus ribu bagi kat orang imigresen dan perjalanan anak ayam balik kampung ditanggung beres. Pegawai tu akan beri cop imigresen palsu untuk update passport yang dah expired, dah tu akan arah bapak ayam suruh anak ayam ikut gate mana di KLIA. Di China, associates mereka akan sambut anak ayam tu di lapanganterbang yang mereka tuju. Kalau kisah Bangla pun gitu, kalau kisah warganegara mana pun gitu. Tapi, kata sahabat saya, kepakaran dia orang tu adalah warganegara China, Bangla dan Indonesia.

Harap-harap SPRM akan intip dan cekup dia orang tu biar insaf bahawa tindakan mereka adalah mengkhianati negara dan rakyat jelatanya.

Tuesday, December 21, 2010

REPUBLIK AL-LIWAT…

Muak betul tengok gelagat Sheikh Anwar Ibrahim kebelakangan ni. Dulu dia TPM dan jadi ketua whip di Parlimen Malaysia. Takkan dia tak tau standing order---undang-undang perjalanan Dewan Rakyat. La ni dia bagai mabuk todi. Apa dah jadi? Macam ni ke nak jadi PM Malaysia? Rentikanlah…

Gelagat dia dalam Dewan Rakyat sekarang sangat memalukan rakyat Malaysia. Kalah budak-budak. Kalau tau diri dah penuh dengan masalah, jangan cemarkan nama baik Dewan Rakyat. Kalau gila sangat nak jadi PM, beli satu pulau kat mana-mana, angkut semua kaum kerabat PKR, buatlah republik al-liwat kat pulau tu….

Saturday, December 18, 2010

BN AKAN TENANG DI TENANG?

DUN Tenang di Labis, Johor, akan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) dalam waktu terdekat. Kita tengok macam mana prestasi BN dan pembangkang. Kita tengok Sheikh Anwar berani tak turun padang. Kita tengok Musa Hitam sudi tak kempen bantu BN. Kita tengok apa isu kempen paling hangat.

Pokoknya, kini ramai AJK Bahagian Labis yang tak tenang tidur. Masing-masing mimpi nak jadi stop-gap YB. Semua pasti pengsan kalau BN tup-tup hantar muka baru jadi calon. Apa kata kalau tiba-tiba pegawai khas Hishamuddin yang nama Bastien Onn jadi calon ADUN Tenang?

Hai, DUN Tenang akan terus tak tenang selagi calon belum diumumkan… Kepada saya, soal calon tak penting. Tapi, soal menang adalah soal utama!!!!

Friday, December 17, 2010

BETOI KE PUAK-PUAK UMNO IKUT HULUR DERMA PADA SHEIKH ANWAR?

Apa dah jadi? Seorang sahabat berkata, ramai kalangan UMNO yang mendengar syarahan Pak Sheikh Anwar Ibrahim turut menghulurkan derma sewaktu Penasihat PKR itu bersyarah di Taman Melati, Gombak, pada 14 Disember 2010. Sambil menderma, katanya, kedengaran puak-puak tesebut kononnya berkata “biar UMNO lingkup”!

Kalau betoi la cerita ni, fikirkanlah masak-masak kalau tergesa-gesa nak adakah PRU1tahun depan…


Wednesday, December 15, 2010

WIKILEAKS DAN DATALEAKS

Bila wikileaks bocorkan rahsia di seluruh dunia, semua orang jadi kecoh. Tapi bila sempadan kita bocor, sapa peduli? Minggu lalu seorang sahabat saya pergi ke Port Klang sebab sempadan kita bocor. Apa saja yang berharga diusung ke seberang . Kalau boleh Putrajaya pun dia orang nak angkut ke seberang.

Wikileaks lumrah alam siber masakini. Yang perlu, kita kena jaga kerahsiaan. Rahsia negara, rahsia parti, rahsia apa saja. Dalam hal ni, kenapa orang tak sibuk bila nombor handphope kita pun kini orang jajakan to the maximum? Kalau tak, mana mungkin tiba-tiba kita dapat mesej yang bukan-bukan? Sapa yang jual nombor telefon kita? Kenapa tiba-tiba ada sms suruh kita makan di restoran, beli-belah dan bagai-bagai? Apa dah jadi pada Data Protetion Act Malaysia?

Rais Yatim perlu tegas dalam soal-soal kerahsiaan siber Malaysia, apatahlagi bila kementerian dia baru luluskan Akta Data Protection. Tapi, ya lah. Mana kita mampu nak tudung seluruh alam maya supaya tak ada kebocoran apa-apa?

Waspadalah. Satu blog conspiracy yang saya baca baru-baru ni kata, wikileaks ni mainan yahudi. Ada komplot wikileaks dengan sebuah syarikat bank di Eropah yang juga memiliki majalah ekonomi termasyhor. Jaga-jaga, kata blog tersebut, wikileaks akan bocorkan rahsia bank supaya jadi kekecohan ekonomi yang hebat dan menguntungkan pihak bank berkenan….