Wednesday, June 25, 2008

BATU PUTEH STRATEGIK KEPADA SINGAPURA

Sama ada wujud ganjaran atau tidak, kedaulatan Malaysia memang sudah tergadai menerusi keputusan ICJ terhadap kes Pulau Batu Puteh.

Kalau kerajaan Abdullah memang serius mengenai hal ini tentunya dia bermati-matian melobi semua pihak terbabit untuk memenangi kes tersebut.

Tetapi, sebab kerajaan Abdullah sambil lewa, Pulau Batu Puteh pun tergadai. Implikasinya cukup luas. Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan sempadan perairan Singapura kini jadi lebih jauh.

Ini bermakna Singapura Petroleum Company kini mempunyai peluang menikmati sebahagian daripada rizab minyak dan gas yang terdapat di pelantar benua Laut China Selatan.

Ini juga bermakna kawasan tangkapan ikan untuk nelayan pantai Malaysia jadi semakin singkat dan sempit. Kalau begitu, pendapatan mereka juga makin berkurangan.

Seterusnya, Pulau Batu Puteh akan jadi pintu kawalan Singapura bagi kapal yang masuk ke Selat Teberau daripada arah timur.

Walaupun suatu hari nanti projek Jambatan Bengkok mungkin dibina semula dan Selat Teberau jadi laluan kapal antara Pelabuhan Tanjung Pelepas dengan Pelabuhan Pasir Gudang, Pulau Batu Puteh akan menyebabkan laluan itu tidak lagi strategik kepada Malaysia sepeti sebelumnya.

Apa pun, Pulau Batu Puteh memang strategik. Singapura pasti sanggup bergolok dan bergadai untuk mendapatkannya. Pulangan yang diperolehi daripada kedaulatan Singapura ke atas pulau itu tidak ternilai harganya.

Anehnya, kenapa kepimpinan Abdullah tidak menyedari hal-hal strategik seperti ini. Atau, mungkinkah hal-hal ini memang sengaja tidak dihiraukan langsung oleh kepimpinan Abdullah?

No comments: