Monday, August 25, 2008

SUMPAH SESUMPAH

Ketua Perusuh

Anda tahu apakah itu Sesumpah? Sesumpah adalah sejenis binatang reptilia seperti cicak yang boleh bertukar warna mengikut keadaan sekitarnya demi untuk keselamatan dan kepentingannya. Binatang sesumpah ini sebenarnya tidaklah boleh melakukan “sumpah” terhadap mana-mana binatang atau manusia lain walaupun namanya hampir sama dengan perkataan “sumpah”. Malah sesumpah tidak mempunyai kuasa untuk menyumpah sepertimana yang ada pada “Sang Kelembai” (satu makhluk lagenda yang kononnya ujud didalam hutan di Semenanjung Tanah Melayu ini satu masa dahulu).

Oleh yang demikian, apakah agaknya kena mengena perkataan “Sumpah” dengan binatang “Sesumpah”? Bukalah minda dan buat pemerhatian anda sendiri.

Akhir-akhir ini, kita boleh lihat budaya bersumpah (terutamanya sumpah mubahalah) seperti mengucapkan kalimat “Wallahi, Wabillahi, Wata’llahi” digunakan dengan mudah oleh banyak pihak. Malah kita boleh pula melihat episod sumpah ini dilakukan dimedia elektronik terutamanya di televisyen. Orang-orang seperti Ezzam Mohd Noor, Anwar Ibrahim, Lokman Noor Adam, Saiful Bukhari Azlan, Najib Tun Razak, Syed Abdul Rahman Al Habshi (Konsul Jeneral Mongolia di Malaysia), dan yang terkini adalah Tajol Rosli (bekas Menteri Besar Perak Darul Ridzuan) pun menggunakan sumpah sebagai bahan untuk menguatkan hujah mereka.

Persoalannya disini, adakah mereka ini dan anda faham akan kesan dan akibat daripada membuat sumpah “Wallahi, Wabillahi, Wata’llahi” ini. Sumpah yang bersandarkan kepada kalimat ini tidak boleh ditarik balik dengan mudah (walaupun boleh bertaubat dan membayar kifarah). Ini kerana hanya Allah S.W.T sahaja yang boleh memperkenankan penarikan kembali sumpah ini. Yang pastinya ianya bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan dan digunakan sewenang-wenangnya.

Jika berterusan budaya bersumpah ini dilakukan, maka dikhuatiri akan menyebabkan tidak akan ada orang yang akan percaya akan keberkesanan dan kehebatan sumpah “Wallahi, Wabillahi, Wata’llahi” ini. Oleh itu saya amat tidak menggalakkan penggunaan sumpah ini dengan sewenang-wenangnya.

Semalam di TV3, saya menonton berita yang memaparkan bahawa Tajol Rosli bersumpah menggunakan kalimat “Wallahi, Wabillahi, Wata’llahi” dengan sewenang-wenangnya dan kemudian beliau ketawa gembira ketika bersumpah. Ini jelas menunjukkan bahawa pada diri beliau bahawa kalimat “Wallahi, Wabillahi, Wata’llahi” ini boleh dipermainkan. Sikap tidak serius beliau ketika melafazkan kalimat sumpah “Wallahi, Wabillahi, Wata’llahi” amatlah saya kesali.

Inilah yang ditonjolkan oleh Tajol Rosli (yang kononnya tinggi juga ilmu agamanya), maka pada pandangan peribadi saya, ilmu agama yang beliau ada mungkin hanya setaraf dengan budak Tadika KEMAS sahaja. Begitu cetek ilmu agama yang beliau ada. Penat sungguh ibubapanya mendidik beliau dengan pengetahuan agama.

Akhir kata, malulah sedikit kepada binatang sesumpah yang tidak pernah sekalipun melafazkan “sumpah”

http://ketuaperusuh.wordpress.com/2008/08/24/sumpah-sesumpah/

Sunday, August 24, 2008

SUMPAH DAN SUMPAH-SUMPAH


Kisah manusia bersumpah kini hebat dan menarik. Semalam, Najib pun dah bersumpah. Mengapa tiba-tiba je TPM kita bersumpah? Nak ikut trend anak muda yang bersumpah baru-baru ni? Nak kutuk Anwar Ibrahim yang kononnya tak berani bersumpah? Nak paksa Khairy supaya bersumpah? Atau, nak paksa Abdullah Badawi turut bersumpah atas macam-macam hal mengenai dirinya dan keluarganya?

Masa kecil-kecil dulu emak saya marah kalau saya bersumpah yang saya tidak itu atau saya tidak ini. Katanya, kalau salah, cakap salah. Kalau tidak, cakap tidak. Berani kerana benar, takut kerana kalah. Buat apa nak sumpah itu dan sumpah ini? Pasal kita bersalah? Pasal nak kena makan sumpah? Pasal nak jadi sumpah-sumpah?

Tau tak apa dia sumpah-sumpah? Tu, binatang jenis cicak yang pandai terbang tu! Binatang ni boleh tukar warna sekujur badannya. Kalau dia hinggap di rimbunan daun hijau, warna badannya jadi hijau. Kalau dia sedang merambat di batang kayu, warna badannya macam warna batang kayu. Kalau dia di atas tanah, warna badannya ikut warna tanah.

Kenapa macam tu? Sebab binatang ni nak hidup, nak selamatkan nyawa dia dari dibunuh oleh mana-mana pihak yang nak bunuh dia - binatang liar lain ke, anak-anak nakal yang hanya nak bunuh dia cara suka-suka ke, orang yang dengki dia ke!! Macam-macam sebabnya. Pokoknya, sumpah-sumpah begitu feelnya pasal dia nak hidup.

Jadi, kalau sapa nak bersumpah demi Allah, bersumpahlah. Itu hak masing-masing. Kita kena hormat. Tapi, jangan jadi macam mengkarung atau sumpah-sumpah yang tukar warna badannya semata-mata kerana nak hidup!!!

Saturday, August 23, 2008

SEBAR POSTER “KABINET BABI” TAKTIK DESPERADO

Saya cukup meluat dengan BN yang main kotor macam kerja edarkan poster fitnah. Kepada saya, ini satu lagi taktik BN yang desperado - edar senarai “kabinet babi”. Taktik ni pernah digunakan oleh BN semasa PRK DUN Parit Raja, Batu Pahat, Johor, di akhir 1980-an. Waktu tu yang kena lanyak teruk Tengku Razaleigh Hamzah selaku Presiden Parti Semangat 46.

Jadi, apa nak hairankan sangat mainan kotor macam ni? Biarkan BN buat apa dia suka. Rakyat masa ni tau siapa pilihan mereka. Undi dia orang dah set dah!!!

Kalau ada yang belum buat keputusan, mungkin cuma golongan pengundi atas pagar. Itu pun mungkin golongan ni dah tau sapa yang nak diundinya. Kalau ikut trend PRU 12, lengkup BN. Kalau ikut sentimen hari ni, mungkin PR yang terbongkang.

Nampak gayanya kedua-dua pihak la ni tak lena tidur. Gedegap-gedegup jantung masing-masing. Abdullah Badawi nak terus berkuasa. Anwar Ibrahim gian nak balik ke Putrajaya.

Mintak-mintak pengundi Permatang Pauh pandai buat pilihan yang kau-kau sekali. Sama ada Abdullah yang akan tergolek atau Anwar yang akan terbongkang, semuanya terserah pada pengundi dalam PRK ini.

Hang pa semua pilih elok-elok no.. Biaq pi lah kalau Abdullah flip-flop turun harga minyak. Biaq pi lah kalau dia hantaq bulan ke riba. Kalau hang pa rasa selesa tak nak pangkah BN, buat.. Kalau hang pa selesa tak nak pangkah PKR, buat…

Tapi, kalau telan mati emak, luah mati bapak, pi mai, pi mai, tang tu jugak, lantak pi lah… Waktu hang pa pegang pensil dan nak pangkah kertas undi, baca Bismillah, lepas tu pangkahlah ikut mana hang pa rasa selesa. Tapi ingat, buat pilihan ikut kehendak sendiri. Bukan kerana terpaksa atau dipaksa!!!

Friday, August 22, 2008

PESTA HANTU DI PERMATANG PAUH


Dalam dua posting di blog kuda-kepang baru-baru ni, Datuk Ron melahirkan harapan supaya semua pihak terbabit dalam PRK Permatang Pauh “bertindak dengan penuh beretika dan sentiasa berhemah – jangan ada pengkhianatan, jangan ada manipulasi dan jangan ada penipuan. Segala-galanya wajar ditangani secara bijaksana, adil dan saksama.”

Suara Datuk Ron amat ideal. Tapi ini tak mungkin terjadi. Kepada saya, PRK Permatang Pauh adalah berlian yang tidak ternilai harganya. Terutama sekali kepada BN yang nak tebus maruahnya yang tercemar sewaktu PRU 12.

Sekejap tadi pun saya terima SMS daripada seorang sahabat yang berada di Permatang Pauh. Katanya, dia tak pernah tengok orang UMNO lemah semangat dan termangu-mangu macam anak ayam kehilangan ibu.

Observation sahabat saya ni mungkin tetap. Tapi, ini mungkin wayang, sandiwara. Saya percaya, dalam keadaan macam ni, apa sahaja strategi yang boleh dijadikan peluru untuk tewaskan Anwar Ibrahim mesti akan digunakan sepenuhnya oleh BN. Pokoknya, matlamat menghalalkan cara.

Contohnya, petang tadi saya dah mula dengar perancangan yang tak sedap pasal PRK ni. Ikut tuan yang empunya cerita, pengundi hantu hampir pasti akan menghantui Anwar di Permatang Pauh.

Hantu-hantu ini bukannya jenis import. Tapi hantu made-in-Malaysia. Hantu-hantu ni jenis special, jenis elit, jenis hantu setia yang tak makan tuan.

Ikut congak dan kiraan taukenya, kalau semua hantu-hantu ni diberikan ancak ayam golek dan pulut kunyit yang secukupnya, mereka pasti akan menggila habis di Permatang Pauh.

Hantu-hantu ni akan pastikan Anwar tergolek, tergelempang dan terkejang-kejang sampai tak ada satu bomoh pun boleh pulihkan dia.

Dan bila peti undi dibuka pada 26 Ogos 2008, Abdullah Badawi pasti akan senyum lebar, Najib Razak tentu akan happy gila, Jeanne pun turut terkinja-kinja… BN diumumkan menang dengan majoriti 500-600 undi!!!

Begitulah kata tuan yang empunya cerita. Betul atau tidak, Allah SWT sahaja yang maha mengetahuinya.

Opp.. nanti dulu. Saya lupa. Anwar pun mungkin ada hantu. Kalau gitu, kita tengok hantu BN ke hantu PKR lebih dahsyat. Ikut maklumat sahabat saya, rating oleh satu badan penyelidik setakat hari ni, sokongan kepada BN+AKIM cuma 20 peratus, sementara PKR dapat 80 peratus. Betul ke???

Yang pasti, hantu-hantu yang dikisahkan di atas sudah diberi arahan, lepas PRK Permatang Pauh, Abdullah mesti terus berkuasa supaya dia boleh organise banyak lagi pesta lebih besar di Seri Perdana.

Kalau Abdullah terus berkuasa, Najib akan terus kecut perut tunggu detik peralihan kuasa yang entah jadi entah tidak. Penyokong Najib setuju ke???

Kalau Abdullah terus berkuasa, Anwar akan terus terkejang-kejang dalam keadaan gian yang amat dahsyat kerana gagal merintis jalan pulang ke Putrajaya! Macam mana orang PKR, setuju ke????

Jangan tanya saya kerana saya memang anti-Abdullah. Dia patut dah lama berhenti. Dia patut dah lama pencen. Kalau dia buat apa yang kita semua suruh, aman Malaysia!!!

Thursday, August 21, 2008

GAYA HIDUP BARU DI SERI PERDANA?


Ini kisah benar. Bukan gossip, bukan fitnah. Sekali air bah, sekali pasir berubah. Itulah hakikatnya gaya hidup di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia. Di era Tun Dr Mahathir Mohamad, kisahnya lain. Di zaman rejim Datuk Seri Abdullah Badawi, kisahnya lagi lain dan lagi sensasi.

Isteri baru Abdullah kata, selalu dia belajar mengaji Quran daripada Abdullah selepas solat Subuh. Itu versi rasminya. Tahniahlah. Tapi, versi yang hanya tembok dan pagar di Seri Perdana sahaja yang tau, macam mana pula?

Versi pagar dan tembok ini boleh dihuraikan dalam bentuk pertanyaan seperti di bawah ini:

Benarkah Abdullah yang beristeri baru kini sudah ikuti gaya hidup yang baru? Jenis hidangan makanan ikut selera baru dan gaya baru? Jenis minuman sewaktu makan pun ikut citarasa baru dan gaya baru?

Kehadiran tetamu orang putih Australia yang sering menginap di bilik tetamu di Seri Perdana pun akibat gaya hidup yang baru?

Dokumen, file dan surat yang berlonggok-longgok dalam pejabat Abdullah di Seri Perdana tanpa sebarang tindakan pun akibat gaya hidup yang baru?

Abdullah tentu tak akan jawab semua soalan di atas. Kalau jawab pun dia akan tuduh penulis sebagai penyebar fitnah.

Tapi, adakah fitnah bahawa bila komuniti Putrajaya pun kini mula bercerita yang di Seri Perdana kebelakangan ini memang sering ada pesta orang besar-besar, bukan orang politik, tapi golongan the rich and famous, terutamanya orang putih?

Tahniah Abdullah. Teruskanlah gaya hidup anda yang baru bersama isteri yang baru. Mudah-mudahan anda terus happy dan selamat panjang umur. Jangan pedulikan apa rakyat nak kata. Percayalah. Anda tetap betul. Ketua Islam Hadhari mana boleh buat salah, buat mungkar atau buat dosa.

Sunday, July 6, 2008

SETUJU ISYTIHAR DARURAT

Saya juga mencadangkan Yang diPertuan Agong isytiharkan darurat di negara kita masa ini. Dalam komen saya semalam saya pun harap Agong gunakan Perkara 150 Perlembagaan Negara. Perkara 150 yang saya petik daripada http://wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutuan_Malaysia mengenai Proklamasi Darurat adalah seperti berikut:

(1) Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.

(2) Proklamasi Darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir benar berlaku.

(2A) Kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Perkara ini termasuklah kuasa untuk mengeluarkan Proklamasi-Proklamasi yang berlainan atas alasan-alasan yang berlainan atau dalam hal-hal keadaan yang berlainan, sama ada suatu Proklamasi atau Proklamasi-Proklamasi telah dikeluarkan atau tidak oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (1) dan Proklamasi atau Proklamasi-Proklamasi itu sedang berkuat kuasa.

(2B) Jika pada bila-bila masa semasa suatu Proklamasi Darurat sedang berkuat kuasa, kecuali apabila kedua-dua Majlis Parlimen sedang bersidang serentak, Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan serta-merta, maka Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan apa-apa ordinan sebagaimana yang didapatinya perlu mengikut hal keadaan.

(2C) Sesuatu ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sama sebagaimana Akta Parlimen, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya seolah-olah ordinan itu ialah Akta Parlimen sehingga ordinan itu dibatalkan atau diungkaikan di bawah Fasal (3) atau sehingga ordinan itu luput di bawah Fasal (7); dan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memasyhurkan ordinan di bawah Fasal (2B) boleh dijalankan berhubung dengan apa-apa perkara mengenainya Parlimen berkuasa membuat undang-undang, tanpa menghiraukan tatacara perundangan atau tatacara lain yang dikehendaki diikuti, atau perkadaran jumlah undi yang dikehendaki diperoleh di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen.

(3) Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya menurut kuasa Proklamasi atau ordinan itu atau tanpa menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan suatu Proklamasi baru di bawah Fasal (1) atau memasyhurkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2B).

(4) Semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, meliputi apa-apa perkara dalam kuasa perundangan sesuatu Negeri dan pemberian arahan kepada Kerajaan sesuatu Negeri atau kepada mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Negeri itu.

(5) Tertakluk kepada Fasal (6A), semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa, Parlimen boleh, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara, jika didapati oleh Parlimen bahawa undang-undang itu dikehendaki oleh sebab darurat itu; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi suatu Rang Undang-Undang untuk sesuatu undang-undang yang sedemikian atau bagi sesuatu pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian, dan juga tidaklah terpakai mana-mana peruntukan Perlembagaan ini atau peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang menghendaki apa-apa keizinan atau persetujuan bagi meluluskan sesuatu undang-undang atau apa-apa rundingan mengenainya atau yang menyekat permulaan kuat kuasa sesuatu undang-undang selepas undang-undang itu diluluskan atau yang menyekat Rang Undang-Undang daripada dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan olehnya.

(6) Tertakluk kepada Fasal (6A), tiada peruntukan mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Perkara ini, dan tiada peruntukan mana-mana Akta Parlimen yang diluluskan semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa dan yang mengisytiharkan bahawa didapati oleh Parlimen undang-undang itu dikehendaki oleh sebab darurat, boleh menjadi tidak sah atas alasan ketidakselarasan dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini. (6A) Fasal (5) tidak boleh memperluas kuasa Parlimen mengenai apa-apa perkara hukum Syarak atau adat Melayu atau mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di Negeri Sabah atau Sarawak; dan juga Fasal (6) tidak boleh menjadikan sah mana-mana peruntukan yang tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan ini yang berhubungan dengan apa-apa perkara sedemikian atau berhubungan dengan agama, kewarganegaraan, atau bahasa.

(7) Apabila habis tempoh enam bulan yang bermula dengan tarikh sesuatu Proklamasi Darurat terhenti berkuat kuasa, apa-apa ordinan yang dimasyhurkan menurut Proklamasi itu dan, setakat yang undang-undang itu tidak dapat dibuat dengan sahnya jika tidak kerana Perkara ini, apa-apa undang-undang yang dibuat semasa Proklamasi itu berkuat kuasa, hendaklah terhenti berkuat kuasa, kecuali tentang perkara-perkara yang telah dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan sebelum habis tempoh itu.

(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini -

(a) hal puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2B) adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan; dan

(b) tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai kesahan –

(i) sesuatu Proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu perisytiharan yang dibuat dalam Proklamasi itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam Fasal (1);

(ii) kuat kuasa berterusan Proklamasi itu;

(iii) mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B); atau

(9) Bagi maksud Perkara ini Majlis-Majlis Parlimen hendaklah dikira sebagai bersidang hanya jika ahli setiap Majlis itu masing-masingnya berhimpun bersama dan menjalankan urusan Majlis itu.

Saya serahkan pandangan saya kepada seluruh rakyat jelata memikirkan sedalam-dalamnya. Tapi, jika cadangan jadi kenyataan, apalah kiranya dilantik semula Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mengetui Majlis Pentadbiran Sementara Negara di bawah kuasa Agong. Bila keadaan sudah pulih, bolehlah Agong serahkan kembali pentadbiran negara untuk diurus oleh rakyat seara Demokrasi Berparlimen.
KITA BANGKIT, KITA BERSUARA, KITA BERTINDAK…

Rakyat Malaysia kena bangkit, bersuara dan bertindak dengan segera untuk desak Abdullah Badawi letak jawatan PM dengan serta merta. Sekarang ni dah lebih-lebih sangat. Dia pasang kaki, laga sana, laga sini. Tak kiralah kisah Saiful atau kisah Altantuya. Yang dia lagakan, Melayu sama Melayu. Yang dia aibkan, pun Melayu sama Melayu. Rakyat yang dia lekakan, pun Melayu.

Malaysia tak boleh dipimpin oleh orang macam ni lagi. Dia nak kekalkan kuasa dia, dia bunuh politik bakal penggugat dia. Dalam semua-semua ni, yang untung dia. Yang lebih untung, menantu dia. Budak ni macam tak takut Allah SWT. Dia macam tak peduli kalau bangsa dia, agama dia atau negara dia lingkup. Yang dia kira, dia nak jadi PM bila umur 40 tahun. Sebab tu dia suka mertua dia berkuasa. Sebab tu dia susun proses laga Anwar dan laga Najib. Bila Anwar dan Najib dah dibunuh politiknya, dialah yang naik takhta!

Hari ni ada cerita pasal dia bawa masuk orang Yala untuk buat kacau dalam majlis rakyat di Kelana Jaya pasal bantah harga minyak naik. Kalau jadi kacau-bilau, dia akan tuduh penganjur yang buat. Dia baling batu, dia sembunyi tangan. Polis pun ikut telunjuk dia ke? Apa? Pasal Syed Hamid yang nak sangat jadi TPM pun setuju dengan kerja orang Yala bikin kacau? Lingkup negara kita kalau macam ni!

Saya harap polis bertegas dalam hal ini. Kalau apa-apa berlaku, cekup budak ni dulu. Kalau jadi apa-apa, saya harap Baginda Agong pun tak akan tolak ansur lagi. Harap gunakanlah Fasal 150 Perlembagaan Persekutuan untuk selamatkan negara ini jadi kacau-bilau akibat budak ni dan konspirator yang sama-sama dengan dia. DAULAT TUANKU!