Thursday, February 17, 2011

Brother Jai @ justread ni asyik kena grilled memanjang…

Helo bro Jai, hang ni apa hal? Hari tu hang kena siasat dek orang kuat Angkasapuri. Semalam hang kena panggil dek orang kuat MCMC. Lusa hang ke jumpa SPRM. Bila hang nak berenti kena soal-siasat ni hah? Yang hang dok taboh dia orang tu kuat-kuat buat apa?

Tapi ya tak ye jugak ya.. Kalau bloggers macam kita orang ni tak godak atau taboh dia orang ni, sapa nak buat kerja ni ya? Lagi satu, orang macam sapa tu… setiausaha khas Rais Yatim… memang melampau sangat-sangat. Baru dua hari sudah kita baca kes seorang pegawai khas kena heret ke mahkamah, dah la ni satu lagi bikin hal…

Ini trend orang-orang muda kita ke? Jadi setiausaha khas je mula nak kapor sana kapor sini, jual nama bos sana jual nama bos sini. Mana semangat patriotisme dia orang ni hah? Ke dia orang ni cuma kental dengan semangat perutisme?

Aku harap, semua kerani atau ofis boy kerja dengan orang muda-muda di pejabat menteri ni, jadilah whistle blowers atau peniup wisel, maksudnya jadilah informer rahsia kepada SPRM, biar kecut perut dia orang muda-muda ni. Perangai macam setan betoi!!!!

Tapi tak pa bro Jai. Kita relaks ok? Nanti kita jumpa aku belanja hang!!!! Good luck bro. Berani kerana benar, takut kerana salah!!!

No comments: