Wednesday, January 19, 2011

Tenang mula ditendang, diterajang dan bergelombang…. OJO LALI KANG…

PRK Tenang pasti menarik. Suhu politik nasional yang membara dah mula membakar pengundi Tenang. Pembangkang main politik korner baring---the politics of diversion. Ketua Pembangkang yang sudah calar kredibalitinya mula main strategi ofensif---menyerang, menendang dan menarajang bagaikan harimau berang, semata-mata nak tutup tembelang diri yang sudah tak bleh ditudung lagi

Pihak BN pun sama juga. Ketua Penerangan UMNO cuma kerja hantar SMS beribu-ribu setiap hari untuk umumkan jadual program dia. Macam orang hairan sangat dengan dia.

Pokoknya, kita semua tau. Idealisme sudah lupus dalam politik Malaysia. Yang tinggal cuma politik glory seekers. Sebab tu semua jadi sasau dan caca-marba. Sebabnya, motivasi perjuangan mereka bukan idealisme nasional, tapi cuma nafsu diri. Nak jaga prstij , nak jaga perut, nak jaga apa saja asalkan bukan jaga rakyat jelata.

Harap-harap sahabat-sahabat di Tenang pintar menimbang dan bijak menelek. Pilihlah mana satu idaman kalbu. Tapi jangan tersilap perhitungan… Merana jawabnya kita semua…

Awas kang. Seng wong kaiey dak keno digondeli. Seng keno digondeli si wongnye dewe. Ojo lali lo…. Aku pun mikir pak longo rono tapi kantong eh meriang….. Selamat mengundi orang Tenang mudah-mudahan semua kembali Tenang lepas 30 Januari ni.

2 comments:

Njah said...

Jadi apa usaha anda dalam memastikan kestabilan pada negara, atau komen-komen kosong sahaja

The Unspinners Kembali said...

Boleh tuan telah dilink. Mohon pautan kembali dari anda.