Thursday, February 7, 2008

Kuasa Mutlak Agong Atasi Kepincangan Abdullah?

Setelah baca posting Datuk Ron terbaru, tulisan Kim Quek dalam Malaysia Today, pendapat Shah Faruqi dalam The Star dan artikel Zulkifli Jalil dalam Utusan Malaysia, saya buat rumusan untuk renungan kita semua seperti berikut:

Setelah Parlimen dibubarkan tak lama lagi, Agong boleh selamatkan rakyat Malaysia dari kekecewaan mereka terdahap Abdullah Badawi selama ini.

Saya berpendapat begitu kerana Agong mempunyai kuasa mutlak dalam Perlembagaan untuk tidak melantik Abdullah sebagai PM dalam kerajan sementara.

Agong juga punya kuasa lantik menteri-menteri baru untuk kendalikan negara sewaktu Abdullah dan lain-lainnya bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-12.

Dengan cara ini, pilihan raya boleh dijalankan tanpa Abdullah atau lain-lainnya bertindak sebagai pemimpin dalam kerajaan sementara.

Agong juga boleh pilih untuk tangguh pilihan raya kalau mahu wujudkan sistem pilihan raya yang telus dan adil macam dituntut oleh sebilangan besar rakyat pada hari ini.

Saya juga berpendapat, kuasa-kuasa mutlak Agong ini akan jadi jalan keluar paling berkesan untuk menyingkirkan Abdullah yang selama ini dikatakan dimanipulasikan oleh menantunya sampai pemerintahannya amat lemah dan negara ini seolah-olah kucar-kacir.

Ini juga jalan keluar terbaik untuk mengatasi seluruh kepincangan yang wujud di zaman pemerintahan Abdullah selama empat tahun lalu.

Soalnya sekarang sama ada Agong akan gunakan kuasa-kuasa mutlaknya atau ikut sahaja konvensyen yang diamalkan selama ini?

Soalnya juga, berapa ramaikah rakyat Malaysia akan merestui Agong melaksanakan kuasa-kuasa mutlaknya dalam Perlembagan mengenai perlantikan PM dan menteri-menteri bagi kerajaan sementara itu?

3 comments:

Unknown said...

Setelah Parlimen dibubarkan tak lama lagi, Agong boleh selamatkan rakyat Malaysia dari kekecewaan mereka terdahap Abdullah Badawi selama ini......

SIAPA 'RAKYAT MALAYSIA' YANG 'KECEWA' TERHADAP PAK LAH SELAMA INI?
Yang paling nyata... 'Rakyat Malaysia' yang kecewa dgn Pak Lah tentunya Pembangkang. Soalnya... bila masa pembangkang berpuas hati dgn Pak Lah, malahan semasa Tun Mahathir dulu pun pembangkang 'Kecewa' dan mereka akan tetap terus KECEWAAAA, tak kiralah siapa pun yg jadi PM!

........................

Saya berpendapat begitu kerana Agong mempunyai kuasa mutlak dalam Perlembagaan untuk tidak melantik Abdullah sebagai PM dalam kerajan sementara......

DEMO NAK SURUH AGONG LANTIK SIAPA SEBAGAI PM DALAM KERAJAAN SEMENTARA?
Siapa calon PM Kerajaan Sementara?.... Haji Hadi? Lim Kit Siang? Anwar Ibrahim?
Amboiiii... mudahnyo, kemaruk sangat nampaknya puok-puok ni nak jadi PM. Tak leh jadi PM sengoti, jadi PM sementara pun jadilahhh! Kalau pun begitu kuasa mutlak Agong... maka tidak salah juga jika Agong melantik Pak Lah sebagai PM dalam kerajaan sementara itu. Maka tidak salah jika ayat di atas di tukar begini "Saya berpendapat begitu kerana Agong mempunyai kuasa mutlak dalam Perlembagaan untuk melantik Abdullah sebagai PM dalam kerajan sementara. (buang perkataan tidak) Dan akhirnya pembangkang akan tetap KECEWAAA!

..................

Agong juga punya kuasa lantik menteri-menteri baru untuk kendalikan negara sewaktu Abdullah dan lain-lainnya bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-12.

NAK SURUH AGONG LANTIK SIAPA JADI MENTERI-MENTERI DALAM KERAJAAN SEMNETARA?
Siapa calon-calon Menteri kerajaan sementara tu? Nasaruddin? Mahfuz? Mat Sabu? Husam? Wan Azizah?.... Ulasan saya sama seperti di atas dan Pembangkang terus KECEWAAAAA!

>> Kepada Parti PAS.... tanding gak dulu biar cukup kerusi Parlimen di Malaysia ni... baru la sedap nak bekecek nak jadi PM ke ghapo ko, tak gitu 'ore gunong, jelawat, bachok'

DERO said...
This comment has been removed by a blog administrator.
DERO said...
This comment has been removed by a blog administrator.