Tuesday, December 30, 2008

MAY I SAY, GO TO HELL WITH THE PROPOSED NEW LCCT IN LABU?


Lepas satu kisah lahabau, satu lagi cerita kalut-malut sampai ke telinga kita semua. Kali ni berita pasal Sime Darby (yang ura-ura nak swastakan IJN) nak bina terminal penerbangan tambang murah - LCCT - di Labu, Negeri Sembilan. LCCT itu kemudiannya akan dijual kepada Air Asia.

Kabinet Abdullah Badawi meluluskan pembinaan projek ini di mesyuaratnya, Jumaat, 19 Disember 2008.

Kan hairan bin ajaib! LCCT kat Sepang tu tengah diperbesar dan diperindahkan. Belum pun siap. Tup-tup, Sime Darby pulak nak buat LCCT baru di Labu untuk dijual kepada Air Asia.

Boleh masuk akal ke keputusan dan tindakan macam ni? LCCT yang ada sekarang nak buat apa? Kalau dah tau nak buat baru di Labu, buat apa repair dan renovate yang di Sepang? Lebih serius lagi, apa pasal Sime Darby yang jadi pembina LCCT tu? Mana Bumiputera yang lainnya?

Saya suspek ada sesuatu yang tak kena dalam hal ni. Mungkinkah ini cara Sime Darby dan pengerusinya nak cari duit pencen untuk Abdullah? Mungkinkah Khairy yang dilibatkan dengan Air Asia, nak cari dana kempen Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Mungkinkah ada cerita lain yang songsang dan mungkar di sebalik projek ini?

Satu lagi, Labu tu kan dekat dengan LCCT yang ada sekarang? Tak jauh. Kalau ikut kereta kira-kira 20 minit je! Jadi apa jadah dan apa rasionalnya nak pindah ke Labu? Kalau rakyat miskin naik Air Asia dari kampung dia orang, lepas tu nak ambik pesawat lain di KLIA untuk ke destinasi akhirnya, macam mana? Kan siksa? Kan ini mendera dan satu kezaliman? Kan mereka akan kena hisap darah oleh pengusaha teksi airport?

Bila saya dapat info kes ni, saya tanya seorang sahabat saya, kenapa tak ada orang bantah atau bangkang habis-habisan? Katanya, Abdullah smart. Projek ni diumumkan selepas sessi Dewan Rakyat baru-baru ni selesai!

Maka, jahanamlah kau rakyat Malaysia. Jahanamlah kau orang-orang miskin macam saya yang hanya terbang dengan Air Asia. Jahanamlah sesiapa jua yang memikirkan projek LCCT di Labu ni baik. And, may God bless you Abdullah and your cabinet for approving such a questionable project on the very pretext of doing a good service to the rakyat.

Untuk info you all, la ni Sime Darby masih tunggu surat Kerajaan Malaysia. So, kalau nak bangkang, bangkanglah sekarang. Tapi bangkang kaw-kaw punya sampai ianya dibatalkan.

Saya salah seorang rakyat yang selalu guna Air Asia. Saya tak rasa LCCT di Labu itu perlu kerana yang ada sekarang dah cukup memuaskan. So, may I say, GO TO HELL WITH THE PROPOSED NEW LCCT?http://politica-net.blogspot.com/

Sunday, December 28, 2008

SERTA MERTA BATALKAN PENSWASTAAN IJN – RAKYAT

Dah, jangan buat-buat pekak, jangan buat-buat bodoh. Penswastaan IJN is a no go deal – satu usaha yang dibangkang keras oleh rakyat jelata.

Rakyat Malaysia dah bersuara dan terus bersuara. Tak putus-putus. Di mana-mana saja. Mereka bangkang penswastaan IJN. Verdict atau keputusan mereka – batalkan penswastaan IJN dengan serta merta.

Suara rakyat adalah suara keramat. Dalam PRU13 nanti, suara mereka cukup penting. Dalam hal IJN ni, dah ada yang kata, kalau IJN terus diwastakan, dalam PRU13 nanti, mereka akan lupakan BN.

Lantas, batalkanlah penswastaan IJN ni serta merta. Ini bukan kerana rakyat menang dan kerajan kecundang. Ini kerana rakyat mahu kerajaan buktikan yang kerajaan benar-benar prihatin dan sensitif kepada suara rakyat.

Kalau tak, banyak lagi akan dibongkar. Setakat ni pun banyak pihak dah tau apa kata-kata Dr. Izzani sewaktu mesyuarat pengurusan IJN dua-tiga hari lalu. Dr. Izzani ni dikatakan bertindak sebagai pendorong IJN diswastakan. Sapa dia ni? Adakah dia ni proksi menantu Abdullah Ahmad yang secara kebetulan berbua-bual mesra dengan Izzani di lobi IJN tempoh hari?

Kita juga dapat info, baki saham IJN 49 peratus yang kononnya akan dipegang sepenuhnya oleh IJN kalau penswastaan ini terjadi, bukan solid untuk IJN sahaja. Sebaliknya akan diagih-agihkan sedikit sepada sesetengah pihak sebagai beneficiary atau penerimanya. Jangan sapa-sapa cuba nafikan ura-ura ini.

Oleh itu, sebelum rakyat bersuara dan bertindak lebih serius lagi dengan pembongkaran demi pembongkaran perkara tak betul di sebalik ura-ura penswastaan ini, lebih elok batalkan penswastaan ini dengan serta merta. – http://politica-net.blogspot.com

Wednesday, December 24, 2008

IJN: ORANG SUSAH BELAKANG KIRA, ORANG PENCEN PUN BELAKANG KIRA!

Dah betullah tu. Sime Darby nak control IJM sebab nak sediakan servis first class – peralatan first class, doktor pakar first class. Itu maksud Musa Hitam bila dia pecahkan elegent silencenya hari ini.

Alah, waktu nak meminang, cakap mesti lawa, bahasa mesti manis, tutor kata mesti lembut. Lepas dah dapat IJN, lu sapa, gua sapa? No money, no talk! Itu dia!

Tapi, apa guna melalut banyak sangat. Kalau dah hajat nak ambik, ambik aje lah IJN tu! Esok, belakang kira. Orang bangkang, belakang kira. Orang susah, belakang kira. Orang pencen, belakang kira. Semua belakang kira!

Apa nak peduli sangat kat orang miskin atau orang pencen? Biarkan dia orang semua terkejang dan kojol pasal kempunan nak masuk ke IJN. Peduli apa? Sifatkan aje dia orang ni collateral damage kepada penswastaan ni!

Anehnya, PNB selaku towkey besarnya kata, dia orang tak boleh nak halang nafsu buas Sime Darby. Apa hal? Sapa lebih besar? Anak Pak Hitam ke Hamat Kama Piah? Anak Pak Hitam ke Ahmad Sarji? Atau, mungkinkah KJ ada di sebalik take-over ini? Sime Darby memang tak ada record dalam industri perubatan macam J-Corps. Lantaklah. Bahagialah hendaknya Sime Darby. Peduli apa kat orang susah dan orang pencen! – http://politica-net.blogspot.com

Tuesday, December 23, 2008

GUNA BLOG SALAH, GUNA DUIT JUTA-JUTA TAK SALAH. KOLOT, KOLOT, KOLOT, MALU, MALU, MALU!

Kolot, kolot, kolot. UMNO ni memang betul-betul kolot dan obsolete. Ahlinya kempen guna blog salah. Kempen guna duit juta-juta ringgit – politik wang - hahal, tak salah. Kalot-malot betul jadinya!

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Mana-mana calon yang menggunakan blog untuk berkempen sebarang jawatan parti sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan UMNO Mac depan boleh dikenakan tindakan disiplin kerana ia melanggar Tataetika Ahli UMNO.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, ahli-ahli parti masih dibenarkan memiliki blog sendiri tetapi ia tidak boleh sama sekali memiliki sebarang unsur yang boleh ditafsirkan sebagai berkempen untuk diri sendiri atau pihak lain.

Nah, itu dia kata Kudin – orang lama yang saya hormati. Tapi, pasal Kudin yang buat kenyataan di atas, tentu orang akan tuduh Kudin ni antik dan ketinggalan zaman.

Saya mintak jangan kita kata apa-apa pada Kudin. Kita kena hentam pemimpin besar UMNO – Abdullah Badawi. Dalam hal ni Abdullah merupakan barang antik yang paling tidak berharga sekali. Kalau kat kedai antik di Melaka, jenis-jenis antik macam Abdullah ni kot-kot dah layak dihumban ke tepi longkang!

Sebabnya, dia tak ikut zaman. Dia masih di takok pemikiran kuno, kolot, kalot-malot. Sebab tu waktu PRU12 dia kata jangan peduli bloggers dan blogs. Lepas PRU12 baru nyesal tak sudah! Apa dah jadi? BN kalah teruk!

Saya harap UMNO insaflah. Ubahlah etika atau undang-undang ikut zaman. Saya tau, Abdullah ni nak buka komputer pun mungkin tak tau. Ini tercermin dari kenyataan di atas. Malu, malu, malu!!!! – http://politica-net.blogspot.com

Sunday, December 21, 2008

BIARLAH BULAN BICARA LAWAN ENGKAU LAKSANA BULAN?

Bila saya siarkan senikata lagu Biarlah Bulan Bicara, ada pulak pembaca hantar senniaka lagu Engkau Lksana Bulan. Gamat jadinya. Dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu kali ini, nampaknya lagu nyanyian Broery Marantika sedang dipertandingkan dengan lagu nyanyian seniman agung, P. Ramlee.

Saya harap taklah sampai tercabut serban Haji Hadi menjerit terlolong nyanyikan kedua-dua lagu ini. Mata Wan Farid juga harap-harap tidak sampai terbelolok dengan lebih besar lagi sampai nanti orang ingat dia jadi gondorowo (maksudnya: puaka jembalang)

Jadi, senikata: biarlah bulan bicara sendiri, biarlah bintang kan menjadi saksi, tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti, cukup derita sampai di sini, pastinya akan berentap populariti dengan senikata: engkau laksana bulan, tinggi di atas kayangan, hatiku dah kau tawan, hidupku tak keruan.

Begitulah ulasan saya kepada pandangan blogger Amir Hamzah daripada Batu Pahat. Sebahagian daripada pandangannya adalah di bawah ini:

Berdasarkan keputusan PRU12 Mac 2008, pertandingan dalam PRK Kuakala Terengganu dijangka lebih sengit daripada PRK Permatang Pauh. Kalau PRK Permatang Pauh kita boleh agak keputusannya semasa hari penamaan calon, bagi PRK Kuala Terengganu agak berlainan sedikit. Ini keputusan undi Parlimen Kuala Terengganu dalam PRU12:

Datuk Razali Ismail (BN-UMNO): 32562
Mohamad Sabu (PAS): 31934
Maimun Yusof (BEBAS): 685
Undi Rosak: 931
Majoriti: 628

Berdasarkan statistik di atas, tidak ada siapa boleh mendabik dada. Saya tidak tahu apakah isu tempatan di Kuala Terengganu. Kalau adapun mungkin isu-isu PRU12 lalu yang tak 'sejuk-sejuk'. Isu layanan polis melayan demontrasi di Kuala Terengganu mungkin ada parutnya lagi. Isu royalti minyak Terengganu, piala Monsoon, dan pembangunan-pembangunan yang tidak memberi keuntungan kepada rakyat Terengganu mungkin relevan lagi sepanjang kempen nanti. Tetapi, isu besar di peringkat negara bagaimana pula?

Pengundi Kuala Terengganu seramai 80325 orang perlu duduk di tepi Pantai Batu Buruk berfikir sejenak tentang Kerajaan Pusat kita. Sebab calon yang menang akan ke Parlimen. Dalam keadaan kuasa politik Melayu yang semakin tipis, masih mampukah kita menyerahkan P 36 ini kepada Pakatan Rakyat (PR)? Orang Kuala Terengganu sendiri tahu benar tentang kebiadapan, kecabulan, kurang ajar, tidak sedar diri, sombong, bongkak mereka, terutama DAP, yang anti Melayu dan Islam.

Kalau POLITICA suka menyanyi lagu Biarlah Bulan Bicara, saya pula suka dengar P.Ramlee menyanyi lagu Engkau Laksana Bulan:

engkau laksana bulan
tinggi di atas kayangan
hatiku dah kau tawan
hidupku tak keruan

mengapaku diseksa
mengapa kita bersua
berjumpa dan bercinta
tetapi menderita

oh...oh...oh...oh..
kau tinggalkan diriku
oh tuhanku mengapakah
kau bezakan hidupku
oh tuhanku mengapakah
manusia begitu

mengapa ku diseksa
kenapa kita bersua
berjumpa dan bercinta
tetapi menderita

oh...oh...oh...oh...
kau tinggalkan diriku
oh tuhanku mengapakah
jadi miskin hidupku
oh tuhankuu mengapakah
sangat buruk nasibku

mengapaku diseksa
kenapa kita bersua
berjumpa dan bercinta
tetapi menderita


Saya tak kisah. Nak dengar lagu Biarlah Bulan Bicara atau Engkau Laksana Bulan, itu pilahan orang Kuala Terengganu. Kalau dia orang suka, boleh juga pilih lagu Di kala Malam Bulan Terang Di angkasa, nyanyian Ismail Ali Muda - orang Terengganu.

Apa jua pilihannya kelak, waspadalah. Wan Farid tu konco Khairy dan konco Patrick Badawi. Bijaksanalah dalam mengundi! – http://politica-net.blogspot.com/

BIARLAH BULAN BICARA

Hari ini ramai orang Terengganu seronok dan gembira. Orang UMNO seronok. Orang PAS gembira. Orang PKR pun sama juga. Mereka seronok dan mereka gembira pasal Wan Farid Wan Salleh jadi calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009.

Orang UMNO seronok, katanya sebab yakin Farid boleh menang besar. Orang PAS gembira, katanya pasal Mat Sabu boleh sapu bersih. Orang PKR pun sama seronok dan gembira, kononnya kerana kemenangan Mat Sabu boleh jamin Anwar Ibrahim kuasai Parlimen Malaysia.

Tapi, kalau semua parti seronok dan gembira, sapa yang akan duka nestapa? Sapa yang akan kecundang di Kuala Terengganu? Sapa yang akan gigit jari dan kempunan nak duduk dalam Dewan Rakyat?

Untuk membahkan keseronokan dan kegembiraan ini, saya poskan di sini lagu Broery Marantika berjodol Biarlah Bulan Bicara. Lagu ini didedikasikan khas kepada Abdullah Badawi, Khairy Jamaluddin dan Farid, dengan ucapan semoga hayatilah senikatanya dengan sedalam-dalamnya.

Kalau Najib Razak, Ahmad Said dan Idris Jusoh nak ikut sama menikmati senikata lagu ini pun tak apa. Dengarlah dan hayatilah.

Kalau ada para pengundi dalam Parlimen Kuala Terengganu yang nak curi-curi menikmati lagu ni pun silakan. Tapi ingat, bila merenung bulan di langit, jangan lupakan rumput di bumi!

Kepada jentera BN, saya harap haramkan lagu ini dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu mulai esok sampai waktu mengundi. Kalau tak, manalah tau Mat Sabu akan kempen dan kata, lagu biarlah bulan bicara ini adalah lagu untuk mendorong seluruh pengundi memangkah PAS dalam PRK kali ini.

BIARLAH BULAN BICARA

Nyanyian Broery Marantika

bulan sabit yang jatuh di pelataran
bintang redup tanpa cahaya gemintang
langkah tanpa arah
sesat di jalan yang terang
aku yang terlena dibuai pelukan dosa

ingin pulang membalut luka hatimu
ku pun tahu betapa pedih batinmu
beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
andai maaf pun tak kau berikan

air mata tulus jatuh di sudut bibirmu
tak terlintas dendam di bening mata indahmu
aku yang merasa sangat berdosa padamu
masih pantaskah mendampingimu

biarlah bulan bicara sendiri
biarlah bintang kan menjadi saksi
tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti
cukup derita sampai di sini

http://politica-net.blogspot.com

Saturday, December 20, 2008

MUHYIDDIN TERSELAMAT SEBAB ABDULLAH TANGGUH ROMBAKAN?

Jadi betullah desas-desus dua tiga hari yang lalu kononnya Abdullah Badawi nak rombak kabinetnya Rabu baru ni. Sebab tu Abdullah buat kenyataan yang dia belum bercadang berbuat demikian.

Apa pun, bengang saya nak jawab soalan kawan-kawan kalau desas-desus itu benar. Saya kata, tak tau! Mereka kata, macam mana tak tau?

Tapi dalam mereka kata macam mana saya tak tau, mereka pulak info saya yang Muhyiddin Yassin adalah target utama rombakan itu. Sebabnya, Muhyiddin didendam oleh anak lelaki Abdullah. Sebabnya, kerana Muhyiddin desak-desak Abdullah cepat berundur diri, anak lelaki Abdullah hilang banyak peluang bisnes. Sebab anak lelaki Abdullah hilang peluang bisnes, dia pun nak singkirkan Muhyiddin dan sokong Ali Rustam. Dengan sokong Ali, anak lelaki Abdullah harap boleh jadikan Ali tu lembu dia dalam bisnes. Itulah info sahabat-sahabat saya.

Jadi, Muhyiddin kena waspada. Dia kena tawakal kepada Allah dan ambil prinsip berani kerana benar. Manusia boleh rancang apa saja ikut nafsu mereka. Tapi, Allah SWT jua yang maha berkuasa.

Blog ni dah ulas panjang lebar kisah kemungkinan Muhyiddin disingkirkan oleh Abdullah menerusi satu rombakan kabinet. Untuk manfaat pembaca yang terlepas pandang kisahnya seperti berikut:

Wednesday, November 12, 2008

ABDULLAH NAK PANCONG ANAK PAK YASSIN?

Ini bukan fitnah. Desas-desusnya kini malah semakin kencang. The Malaysian Insider dah tau. Orang Kelantan dah tau. Orang Sabah pun dah tau. Kononnya, Abdullah Badawi akan singkirkan Muhyiddin Yassin daripada Jemaah Menteri menerusi satu rombakan dalam masa terdekat ini.

Seorang daripada Setpol Abdullah dengan angkuhnya berkata baru-baru ini yang bos dia terlalu amat marah dengan Muhyiddin. Sebabnya, ikut kata Setpol itu, Muhyiddin jadi trouble-maker paling utama yang menyebabkan tarikh peralihan kuasa disingkatkan daripada Jun ke Mac 2009.

Apa ni? Muhyiddin hanya menyuarakan keresahan warga UMNO akar umbi. Ini salah ke? Ini dosa ke? Macam mana Abdullah tuduh Muhyiddin trouble-maker semata-mata kerana dia jadi jurucakap ahli-ahli UMNO yang resah dan gelisah? Heh, songsang betul!

Tapi, kenapa Abdullah pernah kata yang dia pilih Mac dan bukan Jun 2009 untuk serah kuasa pada Najib Razak atas perkiraannya sendiri? Betul-betul dolak-dalik tak sudah-sudah.

La ni Abdullah nak hukum Muhyiddin. Dia rancang nak pancung Muhyiddin dari Kabinet. Apa lagi, buatlah. Kalau betul-betul Abdullah jantan, buatlah segera.

Kita pun apa lagi? Kita pakat-pakatlah buat apa yang patut kita buat. Paling akhir sekali, kita ramai-ramai keluar UMNO. Itu saja. Senang. Tak pening kepala!

Harap-harap Najib pun dah dengar rancangan Abdullah ni. Harap-harap Najib juga akan berusaha mati-matian halang rancangan ni dari berlaku.

Sekarang terserahlah kepada kebijaksanaan Najib. Sebagai seorang yang bijaksana, takkan Najib nak pilih Mat Taib atau Ali Rustam jadi Timbalannya. Kiamat Malaysia kalau antara dua ni jadi Timbalan Najib!

Begitulah kisahnya Abdullah, anak lelakinya, Muhyiddin dan Ali. Kita tunggu dan lihatlah apa yang kelak jadi kenyataannya. – http://politica-net.blogspot.com/