Sunday, August 31, 2008

KEMERDEKAAN NEGARA DAN KEBANGKITAN RAKYAT


Saya tulis posting ini sewaktu angkasa dinihari Putrajaya bermandikan cahaya aneka rona. Dentam-dentum bunyinya. Sungguh mempesona warna-warnanya. Beribu-ribu mata yang menyaksikannya pun khayal, terleka dan terlupa bahawa tanahairnya sedang tergadai dan menuju kehancurannya.

Lantas aku pun berbisik sendirian. Bagaimana agaknya jika ledakan bunga api itu ditukar menjadi ledakan suara rakyat yang menuntut Abdullah Badawi berhenti sebagai PM dengan serta-merta?

Apa gunanya kita terpesona dengan kewarna-warnian bunga api itu jika sempena 51 tahun kemerdekaan negara ini Abdullah Badawi masih bemaharajalela?

Relakah kita menerima Abdullah Badawi yang tidak lagi peduli akan masa depan dan kesejahteraan kita semua? Relakah kita mempunyai PM yang dikuasai oleh anak dan menantunya? Relakah kita melihat negara ini tergadai kedaulatannya? Relakah kita mendiamkan diri dan lihat sahaja kehancuran kita semua?

Bagaimana kalau mulai hari ini – 31 0gos 2008 – kita bangkit, kita bersuara dan kita tuntut Abdullah pergi dengan segera? Kita gunakan apa jua kuasa yang ada di tangan kita. Kita ada kuasa politik, kita ada kuasa rakyat, kita ada kuasa Raja. Seluruh kuasa inilah yang memberikan mandat kepada Abdullah Badawi untuk berkuasa.

Ayuh sama-sama kita fikirkan pendekatan yang terbaik, berhemah dan berkesaan untuk mendorong Abdullah berundur segera. Fikirkanlah hal ini sewaktu kita mencari keredhaan Allah SWT di sepanjang Bulan Puasa. – http://politica-net.blogspot.com

Friday, August 29, 2008

ABDULLAH CAKAP ORANG CEMUH, MUHYIDDIN CAKAP ORANG TERIMA….

Sejak PRU12 Muhyiddin Yassin nampaknya bersuara berbeza dari bosnya Abdullah Badawi. Bos dia nampak sangat macam tak kisah dengan kekalahan BN. Muhyiddin pula jelas menyuarakan sesuatu yang relevan dengan kekalahan itu. Suara Abdullah dipertikai oleh rakyat. Suara Muhyiddin sesuai dengan citarasa ramai.

Semalam pun Abdullah cakap lain, Muhyiddin cakap lain, pasal impak PRK Permatang Pauh. Cakap Abdullah orang cemuh. Cakap Muhyiddin orang terima.

Perkembangan macam ni menyebabkan Muhyiddin macam kena gam oleh orang kuat Abdullah dan sesetengah media massa. Kadang-kadang berita menantu Abdullah lebih besar dari berita Muhyiddin. Nasib badan. Inilah antara dugaan bila seseorang memperkatakan kebenaran!

Hari ini ada desas-desus, Muhyiddin nak jumpa empat mata dengan Abdullah. Tunggu punya tunggu, sampai dah lebih dua bulan, Muhyiddin belum lagi dapat jumpa bosnya. Kalau ini sahih, kesian betul!

Baru-baru ni Muhyiddin kata, dia tak nak tanding mana-mana jawatan lebih tinggi dalam UMNO. Katanya, dia cuma nak pertahankan jawatannya sekarang – Naib Presiden UMNO. Dalam hal ni pun peluang Muhyddin masih touch-n-go. Proksi Abdullah dan menantunya tentu ramai yang nak lanyak Muhyiddin.

Banyak pihak terkilan dengan kenyataan Muhyiddin. Ada yang marah dia, ada yang tempelak dia, ada yang sindir dia. Habis nak buat macam mana? Najib dah termakan gula-gula peralihan kuasa hidangan Abdullah. Kalau Muhyiddin langgar Najib, orang kata kurang ajar. Kalau Muhyiddin langgar Abdullah, orang kata, lagi kurang ajar besar. Serba salah Muhyiddin!

Tapi nampaknya UMNO akar umbi tak peduli. Ada gula-gula peralihan kuasa atau tidak, banyak juga cawangan UMNO dah desak bahagian masing-masing yang mereka mahu Abdullah disingkir. Mereka mahu Najib jadi Presiden UMNO, Muhyiddin jadi Timbalan Presiden UMNO.

Sesetengah cawangan mahukan Tengku Razaleigh Hamzah jadi Presiden UMNO dan Muhyiddin jadi Timbalan Presiden UMNO.

Ini semua menunjukkan UMNO cawangan berani gunakan kuasa dalam Perlembagaan UMNO. Tapi, mereka juga cemas kalau-kalau usul mereka tu tak sampai ke mana – dibakulkansampahkan oleh bahagian masing-masing.

Rasa-rasanya ada lagi harapan untuk orang UMNO bertindak. Mereka boleh gunakan mesyuarat perwakilan bahagian mulai Oktober 2008, untuk bangkang pencalonan Abdullah ke jawatan Presiden UMNO. Ini diizinkan oleh perlembagaan parti.

Nak takut apa? Ini hak ahli UMNO. Kalau Presiden dah tak boleh memperkasakan parti, buat apa dia nak jadi presiden lagi? Kalau UMNO bawah pimpinan dia hari ni kucar-kacir, buat apa nak pilih pemimpin yang jadikan UMNO lebih kucar-kacir lagi?

Tapi, Najib nampaknya susah nak diketengahkan. Nama dia susah nampaknya nak diterima oleh sesetengah orang UMNO. Itu terserahlah. Kalau tak mau Najib, Muhyiddin ada, Tengku Razaleigh ada, Rais Yatim ada, sapa-sapa lagi pun boleh dicalonkan, asalkan bukan Khairy!

Kalau orang UMNO dah tak mau Abdullah, kenalah kerja dari sekarang. Tapi godaan dan cobaannya banyak. Para pendukung Abdullah, luik cak bo liaw lo! Jadi, jangan izinkan diri dirasuah dengan duit yang menimpa-nimpa. Kalau dia orang bagi, ambik! Lepas tu, cepat-cepat bawa duit tu ke pejabat BPR terdekat dan buat laporan sejelas-jelasnya.

Ingat ni. Raya dah nak dekat. Jangan gelap mata, jangan lemah iman. Orang bagi duit ambik! Tapi jangan buat belanja beli bunga api ke, beli langsir baru ke, beli karpet baru ke.. Cepat-cepat bawa duit tu ke pejabat BPR!

Kalau semua orang UMNO berani buat macam ni, harapan Najib, Muhyiddin, Tengku Razaleigh atau Rais untuk naik agak cerah. Kalau tak, bersyarahlah sampai berbuih mulut, walhasil balik asallah jawabnya! Abdullah akan terus berkuasa, UMNO jadi lebih celaru, kita semua hidup sengsara! - http://politica-net.blogspot.com

Wednesday, August 27, 2008

AHLI UMNO KENA BERTINDAK

Datuk Ron cadangkan Abdullah Badawi letak jawatan. Saya syorkan dalam blog saya Najib pressure Dollah berhenti. Wah. Sama matlamat lain caranya. Yang penting, PM kena pergi, kena undur, kena pencen dengan segera.

Macam saya cakap semalam, rakyat dah muak, rakyat dah jelak. Kalau lama lagi Abdullah perintah, rakyat jadi loya. Mereka akan muntah terbahak-bahak. Bau hanyir dan lendir ni akan membanjiri seluruh tubuh Abdullah dan kaum keluarga terdekatnya.

Memang banyak pihak tak mau Najib ganti Abdullah sebab takut Rosmah yang jadi PM. Kalau gitu, biarkan dia. Biar dia ikut bos dia sama-sama pencen. Lepas tu kita cari orang lain. Tengku Razaleigh ada. Muhyiddin ada. Rais Yatim ada. Ramai lagi ada. Mereka ni pun boleh tahan kaliber masing-masing. Ada kekuatan, ada wawasan, ada hati untuk perjuangkan nasib rakyat macam kita.

Sekarang ni bergantung pada kita. Maksudnya rakyat jelata. Khususnya warga UMNO. Mereka akan mesyuarat bahagian lepas Aidilfitri. Mereka kena beranikan diri untuk bertindak tegas. Mereka kena buat usul Abdullah bersara. Mereka kena calonkan orang lain jadi Presiden UMNO. Kalau tak, kita cakap berbuih mulut, masuk angin keluar asap… Tak kemana jadinya..

Bila cakap pasal UMNO, kita cakap pasal Ahli-Ahli Majlis Tertingginya, kita cakap pasal exco Pergeakan Pemudanya, kita cakap pasal exco Pergerakan Wanitanya, kita cakap pasal exco Puterinya. Soal Putera UMNO jangan kita masuk buku. Dia orang ni askar upahan Khairy je. Tapi, jangan lupa, kita juga cakap pasal Ketua Bahagian, Ketua Perhubungan dan semua warga UMNO.

Orang UMNO macam Tan Sri Aziz Tapa, macam Datuk Ron, macam Tan Sri Sabaruddin Chik, macam Mazlan Harun, macam Kapetn Zahar, macam Spycatcher dan bekas orang UMNO macam Tun Mahathir, macam Sanusi Junid, dan macam Ibrahim Ali tak ramai bilangannya. Mereka ni terkontang-kanting bawa diri berjuang sorang-sorang.

Yang lain apa buat? Tengok dan lihat? Parti dah nak karam pun langsung tak peduli. Kalau tak, mereka kutuk orang-orang ni kononnya pengkhianat dan sebagainya. Yang kaya raya dan perut dah boncet, sibuk nak kira harta. Yang ada pangkat, sibuk nak naik pangkat lebih tinggi. Yang ada nama, sibuk nak jaga nama. Dia orang lupa, kalau UMNO karam, dia orang turut lingkup sama.

Saya cakap macam ni sebab Abdullah tentu berundur kalau orang UMNO pakat-pakat gempur dia berhenti. Bayangkan kalau 50 peratus bahagian UMNO kali ni buat usul desak Abdullah letak jawatan. Tak pengsan dia? Bayangkan kalau 50 peratus bahagian UMNO kali ni tak calonkan Abdullah jadi Presiden. Tak gelabah dia? Itulah kekuatan kita orang UMNO.

Kita dah tak ada pilihan lain waktu ni. Kita nak simpan Abdullah lama-lama, kita akan sengsara dan derita. Maruah diri kita entah ke mana, kedaulatan negara kita entah apa sudahnya, kesejahteraan hidup kita entah apa akhirnya.

Sehari dua lagi kita akan sambut Hari Merdeka ke-51. Lepas tu kita akan jalani ibadat puasa. Kedua-dua ini patutnya insafkan kita apa akan jadi kepada agama, bangsa dan tanahair ini kalau Abdullah masih terus berkuasa! – http://politica-net.blogspot.com/

NAJIB KENA DESAK ABDULLAH BERHENTI

Rakyat dan jelak, rakyat dah muak. Rakyat jelak dan muak kepada Abdullah Badawi, bukan kepada UMNO, bukan kepada BN. Malangnya UMNO dan BN jadi mangsa rakyat. Sebab tu BN kalah di Permatang Pauh.

Kalau Anwar Ibrahim dapat majoriti undi yang besar di Permatang Pauh, ini bukan sebab PKR, PR atau Anwar sendiri lebih kuat dari Abdullah, UMNO dan BN.

Semua ini kerana Abdullah. Rakyat dah hantar signal minta dia berhenti selepas PRU 12, dia tak mau berhenti. Dia ikut je nasihat menantunya yang nak jadi PM bila sampai umur 40 tahun. Akibatnya, UMNO dan BN yang jadi sasaran kekecewaan rakyat.

Tapi, yang paling malang sekali dalam hal ni adalah Najib. Lepas ni pengampu Abdullah pasti akan blame Najib. Itu tak kena, ini tak kena, semua serba tak kena. Lepas tu, pengampu Abdullah pun akan cakap, Najib ni memang bukan material PM. Lebih baik lantik Syed Hamid anak singa UMNO yang dah jadi macam tikus, jadi PM. Kalau ikut cakap Abdullah di JB kelmarin dulu, mungkin elok juga lantik Azalina jadi PM.

Kalau saya jadi Najib, waktu press conference semalam, patut dia desak Abdullah letak jawatan PM dan Presiden UMNO. Bila lagi nak tunjuk jantan?

Waktu lepas PRU 12 dulu Najib patut dah desak Abdullah letak jawatan. Kalau waktu tu dia buat macam tu, selamat UMNO, selamat BN, selamat Malaysia, selamat kita semua.

Pasal Najib dah sia-siakan peluang keemasan tu, kali ni jom kita pakat-pakat provoke Najib biar desak Abdullah berhenti sebelum 31 Ogos 2008. Kalau tak, sambutan Merdeka kali ni macam tu lah.. Muram sakan macam ada orang meninggal dunia.

Apa lagi Jib. Takut sapa? Khairy? Alamak. Pasal budak tu lintang pukang kat Permatang Pauh lah BN kalah. Kalau dia tak ada, tentu majoriti PKR kecik sikit…

So, macam mana Jib? Setuju tak? Desak Abdullah berhenti jadi PM. Kalau you berani buat ni, gerenti nama you naik melonjak-lonjak. Tak payah tunggu 2010 nak jadi PM.

Cakap ni bukannya merapu meraban. Banyak orang cakap macam ni. Apa nak gentleman lagi? Abdullah tu bukan gentleman. Dia tak nak you, tau tak? Tapi bila orang cakap dengan you, you tak percaya. Muka you naik merah kerana terbakar, tapi mulut you kata, biarlah Abdullah terus berkuasa!!!

OK. Ini serius. You have already lost one golden window of opportunity to get rid of Abdullah – immediately after the 12th GE. People said, you were useless. You are not. So, please prove it this time. Abdullah really has to make an immediate exit from power. And, we are counting on you to lead the move to pressure Abdullah.

You get it right Sir? The people truly want you to urgently pressure Abdullah to vacate the corridor of power in Putrajaya.

Mudah-mudahan Najib akan baca tulisan ni. Mudah-mudahan Abdullah juga begitu. Biar dua-duanya faham hati nurani sebenar kita semua!

Tuesday, August 26, 2008

PKR DIJANGKA MENANG DENGAN MAJORITI BESAR?

Kempen sengit sudah berakhir. Para pengundi PRK Permatanh Pauh kini sedang membuang undi masing-masing. Menurut Bernama, 25 pusat mengundi dibuka mulai pukul 8 pagi tadi. Cuaca cerah. Segala-galanya berjalan lancar.

Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dan isterinya, Datin Latifah Asmawi, mengundi di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya II di Lengkok Tenggiri. Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti.

Kini, persoalan siapa yang akan memang dan siapa akan tewas tetap menghantui semua calon terbabit. Bagaimanapun, pihak PKR dikatakan amat optimis untuk memenangi PRK ini dengan majoriti yang besar.

Sementara itu, pihak BN pula meramalkan akan berjaya menebus semula kerusi Parlimen Permatang Pauh yang telah dikuasai oleh PKR sejak tahun 2000, walaupun dengan majoriti yang tipis – antara 500 hingga 600 sahaja. - Politica

Monday, August 25, 2008

BILA ABDULLAH NAK BERSUMPAH?

Saya nak minta seluruh rakyat Malaysia desak Abdullah Badawi, Imam Islam Hadhari, bersumpah di mana-mana yang dia suka bahawa dirinya tidak dikongkong oleh segelintir ahli keluarganya sendiri.

Acara bersumpah ini mestilah disiarkan secara langsung oleh TV Malaysia dan antarabangsa.

Abdullah juga kena bersumpah bahawa beliau tidak melakukan perkara-perkara berikut:

Tidak pernah memberitahu serombongan pemimpin PAS baru-baru ini yang beliau nak PAS masuk BN pasal dia nak bersihkan UMNO daripada Najib Razak dan bersihkan kerajaan daripada Musa Hassaan IGP dan Gani Patel AG.

Tidak menerima apa-apa ganjaran daripada sesiapa bila dia buat keputusan flip-flop membatalkan projek jambatan bengkok pada 2006.

Tidak terlibat dengan skandal oil for food yang membabitkan wang berjuta ringgit US, anak lelakinya, Kamal, tidak babitkan Scomi dalam pembekalan centrifuge kepada sesetengah negara di Asia Barat, dan menantu lelakinya, Khairy, telah beli saham ECM-Libra dengan wang yang terang dan telus puncanya, bukanya duit yang disonglap dari mana-mana.

Tidak tahu menahu dengan dakwaan umum yang mempercayai Kalimullah Hassan adalah talibarut sesetengah negara asing tertentu.

Tidak pergi bersantai dengan Michelle Yeoh dan lain-lainnya di atas sebuah kapal layar mewah di perairan Australia sewaktu rakyat Malaysia dilanda banjir besar pada 2006.

Tidak pernah berada di kediaman Patrick Lim di Perth, Australia, bersama Jeanne sebelum beliau menikahi wanita berkenaan.

Memang banyak lagi perkara yang Abdullah kena bersumpah. Tapi cukuplah setakat di atas kerana ada sesetengahnya hari ni dah jadi kes di mahkamah.

Kalau Abdullah tak berani dan tak mau bersumpah, dia perlu berhenti dari jawatan PM dan Presiden UMNO dengan serta merta. - Politica

POLITICA DAN POLITIK MALAYSIA

POLITICA yang beralamatkan http://politica-net.blogspot.com wujud sejak setahun yang lalu. Hari ini POLITICA ada blog kembarnya bernama Warta Malaysia di alamat http://wartanegara.blogspot.com

Sila kunjungi kami setiap hari. Terima kasih. - Politica