Monday, April 4, 2011

Adenan Satem Bakal KM Sarawak?

Nampak gayanya, Tan Sri Adenan Satem yang akan menjadi KM Sarawak sesudah Pilihan Raya DUN Sarawak kali ini. Kalau tidak pun Dato’ Sri Awang Tengah. Tetapi, kalau dibandingkan antara kedua-dua tokoh ini, Adenan Satem lebih diterima ramai di Sarawak. Begitulah andaiannya selepas meneliti senarai calon BN, khususnya PBB bagi PRDUN Sarawak yang diumumkan semalam.


Maka, perubahan kepimpinan tertinggi di Sarawak sudah jelas. Rakyat Sarawak tak payah lagi membelasah Pehin Sri Tan Sri Taib Mahmud habis-habisan sehingga seperti tidak ada esok lagi di Sarawak. Dengan itu juga akan terkuburlah kisah kemaharajalelaan Roziah Mahmud dan suaminya yang bernama Robert Geneid penyamun tarbus dari Lebanon yang menjinakkan Taib menerusi bomoh betina bernama Stella Geneid---saudara Robertlah agaknya!


Rakyat Sarawak juga perlu ingat, nak majukan negeri itu bukannya mudah. Bayangkan saiznya sudah cukup untuk kita buat kesimpulannya. Bukankah Sarawak lebih besar daripada Malaysia Semenanjung? Kalau dah gitu, agak mudah ke nak bangunkan negeri sebesar ini?


Kalau saya boleh mengundi di Sarawak, pasti BN jadi pilihan utama. Nak harap SNAP? Kaji dulu SNAP itu siapa? Masa zaman Tun Rahman Yaakub perintah Sarawak dulu, SNAP sebuah parti pembangkang yang cukup bermasalah.


DAP? Apa faedahnya nak undi DAP? Orang Sarawak, termasuk semua suku sakat Foo Chow perlu insaf, kalau BN tak perintah Sarawak, mana mungkin mereka boleh jadi raja dalam sektor ekonomi negeri itu sampaikan mampu bayar askar upahan mereka sendiri yang diimport dari luar negara?


PKR? Secara ikhlas, pengundi Sarawak kena tanya diri sendiri, apa yang PKR boleh buat di Sarawak? Lupakan soal Sarawak Report atau soal Radio Free Sarawak. Ini semua propaganda mainan sesetengah pembangkang yang kononnya boleh memerintah di Sarawak!

No comments: