Wednesday, April 27, 2011

Pening kepala…. Sapa bakal CM Sarawak?

Habis pening kepala pasal pilihan raya, timbul pening kepala nak fikirkan bakal CM Sarawak. Katanya, ada dua nama yang dipertimbangkan.

Tapi, nama yang top sekali katanya menolak atas alasan dia tak mau cuci semua masalah Taib, terutamanya sekali karenah unta Lebanon yang didakwa mengila-gila merompak harta rakyat Sarawak.

Dia hanya setuju jadi CM kalau PM restu dia ambil tindakan pada unta berkenaan. Contohnya, kalau PM restu unta itu disiasat secara rapi oleh SPRM. Soalnya, beranikah PM memberi restu seperti ini?

Satu lagi nama, kalau dia naik, unta Lebanon dikatakan akan terus maharajalela sebab individu ini memang budak suruhan unta tersebut.

Kalau gitu, sapa bakal CM Sarawak? Calon nombor 1 setuju dengan bersyarat. Calon nombor 2 cukup setuju sebab ini pilihan si unta Lebanon. Orang Sarawak fikir macam mana? Sapa yang perlu jadi KM Sarawak?

Monday, April 4, 2011

Adenan Satem Bakal KM Sarawak?

Nampak gayanya, Tan Sri Adenan Satem yang akan menjadi KM Sarawak sesudah Pilihan Raya DUN Sarawak kali ini. Kalau tidak pun Dato’ Sri Awang Tengah. Tetapi, kalau dibandingkan antara kedua-dua tokoh ini, Adenan Satem lebih diterima ramai di Sarawak. Begitulah andaiannya selepas meneliti senarai calon BN, khususnya PBB bagi PRDUN Sarawak yang diumumkan semalam.


Maka, perubahan kepimpinan tertinggi di Sarawak sudah jelas. Rakyat Sarawak tak payah lagi membelasah Pehin Sri Tan Sri Taib Mahmud habis-habisan sehingga seperti tidak ada esok lagi di Sarawak. Dengan itu juga akan terkuburlah kisah kemaharajalelaan Roziah Mahmud dan suaminya yang bernama Robert Geneid penyamun tarbus dari Lebanon yang menjinakkan Taib menerusi bomoh betina bernama Stella Geneid---saudara Robertlah agaknya!


Rakyat Sarawak juga perlu ingat, nak majukan negeri itu bukannya mudah. Bayangkan saiznya sudah cukup untuk kita buat kesimpulannya. Bukankah Sarawak lebih besar daripada Malaysia Semenanjung? Kalau dah gitu, agak mudah ke nak bangunkan negeri sebesar ini?


Kalau saya boleh mengundi di Sarawak, pasti BN jadi pilihan utama. Nak harap SNAP? Kaji dulu SNAP itu siapa? Masa zaman Tun Rahman Yaakub perintah Sarawak dulu, SNAP sebuah parti pembangkang yang cukup bermasalah.


DAP? Apa faedahnya nak undi DAP? Orang Sarawak, termasuk semua suku sakat Foo Chow perlu insaf, kalau BN tak perintah Sarawak, mana mungkin mereka boleh jadi raja dalam sektor ekonomi negeri itu sampaikan mampu bayar askar upahan mereka sendiri yang diimport dari luar negara?


PKR? Secara ikhlas, pengundi Sarawak kena tanya diri sendiri, apa yang PKR boleh buat di Sarawak? Lupakan soal Sarawak Report atau soal Radio Free Sarawak. Ini semua propaganda mainan sesetengah pembangkang yang kononnya boleh memerintah di Sarawak!

Tuesday, March 15, 2011

Riwayat gila segila-gilanya

Saya tak pernah tengok ramai orang gila segila-gilanya seperti hari ini. Yang gila kuasa sentiasa meredah apa saja asalkan bisa diraih simpati. Jadilah… Lidahnya bagaikan ular putarnya, wajahnya bagaikan tembok tebalnya, tak pernah malu, tak pernah segan, tak pernah silu, walau dia berpijak atas kepalsuan.

Ada seorang yang gila fatwa. Sana sini sebar fatwa mengenai apa saja. Tak pernah takut, tak pernah insaf bahawa ALLAH SWT maha agung, maha melihat dan maha mendengar seluruh tutur katanya yang sentiasa berfatwa secara songsang.

Yang gila publisiti? Apa saja semua jadi. Biarpun kenyataannya kosong asalkan wajahnya terpampang di media, jadilah. Dirinya bergelumang dengan rasuah tapi cakap macam orang penjuara anti-rasuah.

Sampai bila perlu kita ditontonkan dengan adegan-adegan gila segila-gilanya seperti ini? Sampai bila kita perlu diganggu oleh manusia-manusia munafik seperti ini? Sampai bila? Inikah tanda-tandanya yang bangsa ini akan runtuh dan berkubur tanpa nisan selama-lamanya?

Tuesday, March 8, 2011

Fulamak kecoh Sarawak dah nak pilihanraya…..

Tukang canang bagitau blog ni, Sarawak dah nak pilihanraya. Katanya, DUN Sarawak akan dibubarkan sama ada 18 atau 19 Mac ini, sempena lawatan PM dan TPM ke negeri berkenaan.

Best la tu. Tapi, soalnya, sapa yang akan jadi KM Sarawak? Adakah Taib Mahmud akan terus jadi KM buat sekian kalinya? Adakah rakyat Sarawak tak berontak akan hal ni? Tapi, kalau bukan Taib, sapa lagi ya? Denan Satem? Atau Abang Jo?

Saya tak masuk campur. Tapi, kalau ada pemimpin yang boleh bisik ke telinga Taib supaya dia bersara, pemimpin tu tak lain tak bukan, adalah Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad. Mungkinkah dan sanggupkah Tun Mahathir buat begitu?

Thursday, February 17, 2011

Brother Jai @ justread ni asyik kena grilled memanjang…

Helo bro Jai, hang ni apa hal? Hari tu hang kena siasat dek orang kuat Angkasapuri. Semalam hang kena panggil dek orang kuat MCMC. Lusa hang ke jumpa SPRM. Bila hang nak berenti kena soal-siasat ni hah? Yang hang dok taboh dia orang tu kuat-kuat buat apa?

Tapi ya tak ye jugak ya.. Kalau bloggers macam kita orang ni tak godak atau taboh dia orang ni, sapa nak buat kerja ni ya? Lagi satu, orang macam sapa tu… setiausaha khas Rais Yatim… memang melampau sangat-sangat. Baru dua hari sudah kita baca kes seorang pegawai khas kena heret ke mahkamah, dah la ni satu lagi bikin hal…

Ini trend orang-orang muda kita ke? Jadi setiausaha khas je mula nak kapor sana kapor sini, jual nama bos sana jual nama bos sini. Mana semangat patriotisme dia orang ni hah? Ke dia orang ni cuma kental dengan semangat perutisme?

Aku harap, semua kerani atau ofis boy kerja dengan orang muda-muda di pejabat menteri ni, jadilah whistle blowers atau peniup wisel, maksudnya jadilah informer rahsia kepada SPRM, biar kecut perut dia orang muda-muda ni. Perangai macam setan betoi!!!!

Tapi tak pa bro Jai. Kita relaks ok? Nanti kita jumpa aku belanja hang!!!! Good luck bro. Berani kerana benar, takut kerana salah!!!

Thursday, January 20, 2011

KAKANG, EMBAKYU, OJO LALI KAMBEK AZHAR LO…

ADO Mohamad Azahar Ibrahim yang jadi calon BN PRK Tenang orangnya ok. Tak sombong, tak besar kepala, tak mengatas. Kata Orang Jawa, wongey anggak, ora sombong, ora gedi endas sey, ora eksyen…

Kalau saya tak silap, ayah dia pun orang UMNO. Kalau tak silap saya, keluarga dia di Labis tu terkenal. Cikgu Mail Taib kenal keluarga dia, Koon Yu baik dengan keluarga dia, MUSA HITAM pun kenal keluarga dia.

Yo wes, nak ngono, dak payah ceng-cong. Telongpuluh haribulan ngesok ojo lali kambek Azhar yo Kang, yo Embakyu… Kalau gitu, tak payah kita ceng-cong lagi. 30 haribulan ni kita jangan lupa kat Azhar ok?

Wednesday, January 19, 2011

Tenang mula ditendang, diterajang dan bergelombang…. OJO LALI KANG…

PRK Tenang pasti menarik. Suhu politik nasional yang membara dah mula membakar pengundi Tenang. Pembangkang main politik korner baring---the politics of diversion. Ketua Pembangkang yang sudah calar kredibalitinya mula main strategi ofensif---menyerang, menendang dan menarajang bagaikan harimau berang, semata-mata nak tutup tembelang diri yang sudah tak bleh ditudung lagi

Pihak BN pun sama juga. Ketua Penerangan UMNO cuma kerja hantar SMS beribu-ribu setiap hari untuk umumkan jadual program dia. Macam orang hairan sangat dengan dia.

Pokoknya, kita semua tau. Idealisme sudah lupus dalam politik Malaysia. Yang tinggal cuma politik glory seekers. Sebab tu semua jadi sasau dan caca-marba. Sebabnya, motivasi perjuangan mereka bukan idealisme nasional, tapi cuma nafsu diri. Nak jaga prstij , nak jaga perut, nak jaga apa saja asalkan bukan jaga rakyat jelata.

Harap-harap sahabat-sahabat di Tenang pintar menimbang dan bijak menelek. Pilihlah mana satu idaman kalbu. Tapi jangan tersilap perhitungan… Merana jawabnya kita semua…

Awas kang. Seng wong kaiey dak keno digondeli. Seng keno digondeli si wongnye dewe. Ojo lali lo…. Aku pun mikir pak longo rono tapi kantong eh meriang….. Selamat mengundi orang Tenang mudah-mudahan semua kembali Tenang lepas 30 Januari ni.

Tuesday, January 11, 2011

Lahabau Kau Hindraf!!!

Dulu lagi banyak orang cakap, si Dol tu bagi muka sangat kat Hindraf. Si Dol bagi muka kat pertubuhan tak berdaftar @ PERTUBUHAN HARAM!!!! La ni apa dah jadi? Panjat kepala kan?

Waktu kat Melaka, si Dol komen Hindraf tu melakukan treason atau pengkhianatan sebab mintak Perlembagaan Malaysia dimansuhkan oleh PBB. Tapi bila si Dol cekup dia orang dengan ISA, tak pulak di siasat selama 60 hari kenapa dia orang mengkhianati negara. Sebaliknya, si Dol terus hantar dia orang jadi tetamu VVIP di Kemunting.

Inilah legasinya si Dol tu. Rosak semua dibuatnya. Konon dia lah sorang yang mencari DAMAI ABADI, puisi yang dikomisionkan penulisannya kepada penyair upahan!!!

Sekarang apa kita nak buat dengan Hindraf legasi si Dol ni? Politica setuju adangan blogger JAI. Hantar pejuang Hindraf balik India. Lahabau kau HINDRAF!!!!