Tuesday, January 6, 2009

TOLONGLAH BATALKAN PENSWASTAAN IJN

Saya tidak memusuhi Sime Darby. Warga korporat ini banyak peranannya dalam memajukan ekonomi negara. Tetapi, saya membantah sekeras-kerasnya usaha Sime Darby mahu mengambilalih 51 peratus saham Institut Jantung Negara (IJN).

Pada ketika ini banyak blogs tempatan yang membantah penswastaan ini. Mereka juga berkempen supaya penswastaan ini dibatalkan. Ini jelas daripada pemaparan banner yang membawa mesej penentangan ini.

Semoga Tun Musa Hitam selaku Pengerusi Sime Darby dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri memahami dan menghormati kehendak serta tuntutan rakyat jelata Malaysia terhadap perkara ini.

Biarkanlah IJN tetap IJN yang wujud selama ini tanpa campur tangan mana-mana entiti korporat setempat. Dan, janganlah desak rakyat jelata untuk bertindak lebih tegas dalam usaha mereka mempertahankan status quo IJN ini. – http://politica-net.blobspot.com

1 comment:

. said...

Dah batal dah pun ... :)