Monday, November 24, 2008

ABDULLAH BADAWI TERUS JADI PM HINGGA 2013?

Pening, bingung, bercelaru otak. Itulah reaksi saya sesudah membaca posting blogger Hambali Latiff yang memetik tulisan blogger sensasi – Raja Petra Kamarudin (RPK) – kononnya Abdullah Badawi akan terus jadi Perdana Menteri Malaysia sehingga “tengah malam 7 March 2013.”

Hambali menetik tulisan RPK dalam Malaysia Today 21 November 2008 dengan tajuk BALASUBRAMANIAM’S STATUTORY DECLARATION REVISITED.

Pokoknya di sini, adakah ramalan RPK yang dicedok oleh Hambali itu benar? Asas kesimpulan RPK memang tidak salah. Iaitu Perlembagaan Persekutuan tidak memaktubkan bahawa Presiden UMNO (mulai Mac 2009 adalah Najib Razak) perlu dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sebaliknya, Perlembagaan Persekutuan memaktubkan bahawa Yang DiPertuan Agong mesti melantik Ahli Dewan Rakyat yang mendapat keyakinan atau sokongan daripada majoriti Ahli Dewan sebagai Perdana Menteri.

Saya tidak berniat menghuraikan soal ini. Anda yang ingin membaca kedua-dua posting mengenai hal ini silalah baca sendiri di link berikut: http://hambali1.blogspot.com/2008/11/amaran-najib-tidak-akan-jadi-pm.html dan http://mt.m2day.org/2008/content/view/15161/84/

Oleh itu, kalau apa yang ditulis oleh RPK adalah benar, sanggupkah kita semua mengizinkan Abdullah terus jadi Perdana Menteri sehingga “tengah malam 7 March 2013”? Kalau apa yang ditulis oleh RPK juga benar, tidak mungkinkah Malaysia akan dilanda oleh krisis kepimpinan yang amat dahsyat?

Lebih serius lagi, mungkinkah DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuang Agong akan meneruskan khidmat Abdullah sebagai Perdana Menteri walaupun Baginda amat insaf bahawa kerajaan di bawah Abdullah pada ketika ini adalah kerajaan yang terumbang-ambing dan kucar-kacir?

Oleh itu, kita semua perlu pandang serius ramalan di atas. Kita mesti kaji sejauh manakah kebenarannya. Kita mesti berbuat sesuatu. Kita mesti bersuara. Kita mesti bertindak. Kita tak mau Abdullah terus bermaharajalela. Kita tak mahu Malaysia jadi porak-peranda. Kita tak rela BN kalah teruk dalam PRU ke-13 kelak. – http://politica-net.blogspot.com/

6 comments:

Anonymous said...

Anything is possible in politics.
But RPK has been making some unfulfilled prophecies like Sep 16 so I read it with a pinch of salt.
What happened to his theory of Ku Li leading Pakatan?
I think it may be likely that KJ may not want Najib as PM so if it benefits him to work with Anwar, why not.

azreen said...

kalo dilihat secara mendalam kita jangan lupa petra pengkianat adalah seorang yang pandai bermain dgn tulisannya..dan hasilnya akan menimbulkan syak dikalangan kita..itu adalah matlamat pengkianat dan pembangkang untuk memecahbelahkan kita..

berharap agar Pak lah akan melaksanakan apa yang telah dijanjikan..

ni aleq laa said...

lolLah is a suey person to any political party.

Nobody in a correct state of mind want to be associated with him.

Come this March 09 he will be very busy doing nothing in ostolia.

add said...

Tahniah RPK kerana sentiasa mensensasi kan lanskap politik negara. Yang hang dok menyampah sangat pada Najib ni kenapa? Dia tak sondol bontot kau ke sebagaimana Nuar bontot tu. Kenapa tak nak ulas pasal Razak Baginda dah sekarang ni... Kita orang melayu kena sedar bahawa RPK dan PKR adalah dari huruf yang sama cuma ubah je sikit-sikit. Maka janganlah dok percaya sangat dengan Parti Kencing Rakyat ni.

politica said...

Fellow surfers, saya pun macam you all. Harap-harap Mac ini Abdullah akan betul-betul serah kuasa pada Najib. Insya Allah!!!

add said...

Semoga Pak lah betul betul kota kan apa yang dijanjikan insyaallah