Sunday, September 7, 2008

DI BULAN PUASA PUN RAKYAT RESAH GELISAH

Dalam menjalani ibadat puasa di hari baik bulan baik tahun ini, keresahan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia terhadap Abdullah Badawi tetap terpancar dan dirasai di mana-mana.

Tahap kemarahan mereka terhadap Abdullah nampaknya sudah tidak boleh dibendung dan disembunyikan lagi. Selepas menjalankan solat terawih dan mendengar tazkirah, soal kepimpinan Abdullah tetap mendominasikan perbualan ketika menikmati juadah moreh.

Mengapa jadi begini? Inikah impak Islam Hadhari yang sudah tidak lagi diheboh-hebohkan oleh Abdullah kebelakangan ini? Adakah ini akibat terlalu banyak sangat pembohongan dan pendustaan terhadap rakyat jelata? Adakah ini kerana Abdullah memang lemah dan tidak lagi layak memimpin Malaysia? Atau, inikah laknat Allah SWT terhadap kemungkaran Abdullah yang selama ini bertopengkan Islam untuk berkuasa?

Berasaskan persoalan di atas, mengapakah Abdullah tetap berdegil, keras kepala dan enggan mengundurkan diri dari kerajaan dengan serta merta? Mengapakah begitu? Kerana Abdullah terlalu dikongkong oleh anak lelakinya yang didakwa sebagai mabuk harta dan menantu lelakinya yang dikatakan sebagai mabuk kuasa? Atau, benarkah Abdullah jadi begini kerana kononnya dia amat dicucuk hidup oleh Singapura?

Blog ini secara konsisten menyatakan bahawa Malaysia akan hancur jika Abdullah diizinkan untuk terus berkuasa. Blog ini juga sudah beberapa kali mendesak Abdullah berhenti jadi PM. Suara blog ini bukan hasutan. Suara blog ini juga bukan keseorangan. Suara blog ini adalah suara majoriti rakyat Malaysia, khususnya Melayu dan Bumiputera. – http://politica-net.blogspot.com

No comments: