Monday, September 29, 2008

Abdullah: Berilah Kami Peluang Berhari Raya Dalam Suasana Kemenangan!

Betul ke? Betul ke Abdullah Badawi akan pertahankan kerusi Presiden UMNO dalam pemilihan parti Mac 2009 ni? Kalau betul, pening kepala warga UMNO dibuatnya. Sekejap kata gitu, sekejap kata gini – flip-flop tak sudah-sudah. Berhenti ajelah. Selamat, aman dan damai kita semua!

Macam saya tulis semalam, kalau betul Abdullah nak pertahankan kerusi Presiden, macam-macam boleh terjadi. Beli undi, rasuah politik, ugut guna BPR, bagi jawatan dan sebagainya mungkin dilakukan terhadap sasaran yang nak dimenangi sokongannya.

Kerja-kerja macam ni tak mustahil. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! Demi keluarga dan tembolok mereka, tak mustahil Abdullah akan pertahankan kerusi Presiden. Maklumlah, Abdullah ni katanya amat sentimental dengan anak-anaknya. Hendak-hendaknya setelah Kak Endon sudah pulang ke rahmatullah! Jadi, apa anak-anak dia nak, tak mungkin Abdullah tak ikuti!

Tapi Abdullah kena ingat. UMNO parti orang ramai. Bukan parti keluarga. Orang kata, UMNO bukan parti sendirian berhad keluarga Abdullah. UMNO milik orang Kota Belud. UMNO mlik orang Teluk Kumbar. UMNO milik orang Pangkal Meleleh. UMNO milik orang Parit Botak. UMNO milik hampir 3 juta ahlinya di seluruh negara.

Abdullah tau akan hal ini. Tapi, kalau sentimen keluarga jadi paksi keputusannya, amat malanglah UMNO. Kalau desakan anak-anak jadi asas keputusannya, alamat bala akan menimpa kita semua.

Sehari lagi umat Islam akan berhari raya. Rakyat Malaysia seluruhnya akan berkongsi raya. Harap Abdullah tak akan spoilkan mood hari raya ni dengan suatu keputusan berasaskan desakan keluarga dan anak-anaknya.

Kita yakin Abdullah ikhlas bila kata nak serah kuasa pada Mac 2009 kelak. Kita juga yakin kali ini Abdullah akan tidak bertanding jawatan Presiden UMNO. Cukplah bos. Cukuplah. Bagilah kami semua berhari raya dalam suasana yang betul-betul memberikan kemenangan kepada tuntutan ramai! – http://politica-net.blogspot.com

Saturday, September 27, 2008

ABDULLAH PERINTAH MALAYSIA JADI BANANA REPUBLIC?

Abdullah Badawi memang tebal kulit dan keras kepala. Rakyat dah kata, berundurlah dengan segera. Dia tak mau dengar. Nak terus berkuasa sampai Mac 2009. Dalam tempoh lima bulan macam-macam boleh jadi. UMNO boleh jadi tonggang-langgang. Negara boleh jadi porak-peranda. Dia sendiri boleh jadi kecundang dan terbongkang.

Abdullah ingat, dia tu hebat macam Tun Mahathir Mohamad. Mahathir yang hebat pun cuma bagi notis empat bulan aje untuk bersara dari kerajaan dan parti. Itu pun bersara bukan atas desakan rakyat jelata. Bersara secara sukarela – waktu rakyat masih mahu Mahathir teruskan lagi kepimpinannya ke arah kecemerlangan agama, bangsa dan tanahair.

Abdullah? Rakyat dah bagi dia notis suruh dia berhenti sejak PRU 12 pada Mac 2008. Sekarang dah lima bulan. Abdullah masih tak sedar diri yang rakyat jelata dah fed-up habis terhadap dirinya. Rakyat dah hilang keyakinan. Rakyat dah tak percaya apa yang dia cakap. Rakyat dah tak peduli apa yang dia nak buat. Rakyat cuma mau Abdullah segera berundur supaya negara ini dipimpin oleh orang baru.

Kalaulah Abdullah berundur pada Mac 2009, ini bermakna dia hanya nak berhenti jadi PM dan Presiden UMNO setahun sesudah PRU 12. Dalam setahun ni Malaysia tak ada apa-apa pun perubahan melainkan dibuai dan dihayun oleh rentak politik gila Abdullah. Rentak politik gila ni pun bukannya ciptaan Abdullah sendiri. Tapi Abdullah diprogramkan bergerak dan bertindak mengikut rentak politik gila yang digubah oleh menantunya, Khairy Jamaluddin, dan anak lelakinya, Kamaluddin Abdullah. Si Khairy ni pula menggubah rentak politik gila ni ikut nota yang disediakan oleh pihak-pihak luaran. Tak jahanam kita semua dibuatnya kalau keadaan ni berlarutan?

Dengan Abdullah, kita susah nak percaya sedikit habuk pun kata-katanya. Kini dia bayangkan akan berhenti Mac 2009. Boleh gerenti ke dia akan berhenti pada tempoh itu? Macam mana kalau esok atau lusa Khairy dan geng luarnya buat sesuatu helah sehingga tak izinkan Abdullah berhenti?

OK. Abdullah kata dia akan umum dalam seminggu dua ni, sama ada dia akan bertanding Presiden UMNO atau tidak. Macam mana kalau dalam seminggu dua ni Khairy desak Abdullah atau ugut Abdullah supaya terus bertanding Presiden UMNO? Apa kesudahannya kemelut politik Malaysia kalau Abdullah kata dia nak kekalkan jawatan Presiden UMNO?

Sepatutnya memang kita kena respect Abdullah bila dia cakap dia akan berhenti pada Mac 2009. Sepatutnya memang begitu. Tapi, kerana Abdullah dah banyak kali dolak-dalik dan flip-flop, apa gerenti yang ada pada kita untuk mempercayai kata-kata itu?

Dalam seminggu ni pasti orang-orang Abdullah akan mencongak dan mengira. Kalau Abdullah akan terus tanding kerusi Presiden UMNO, berapa banyak ongkos yang diperlukan? Ongkos tu dari mana akan diperolehinya? Lembu mana yang akan disembelih untuk keluar ongkos itu? Untuk beli sokongan bahagian-bahagian, macam mana ongkos itu nak dibahagi-bahagikan?

Sekaligus, orang-orang Abdullah juga akan mencongak dan mengira. Sapa yang boleh dibeli dengan pangkat dan jawatan? Sapa yang boleh dibeli dengan wang ringgit? Sapa yang boleh berikan sokongan kepada Abdullah setelah diugut dan diancam?

Lantas, dalam seminggu ni tentu orang-orang Abdullah sibuk menghimpun ongkos dan sibuk menggali fail. Mereka juga akan sibuk mengenalpasti mana lagi kementerian atau agensi yang boleh melantik jawatan penasihat untuk diberikan kepada pihak yang nak dibeli sokongannya.

Bayangkan betapa kotor jadinya politik bila Abdullah bertindak hanya atas nasihat, desakan dan ugutan pihak-pihak di sekelilingnya. Betapa rumit jadinya politik tanahair bila tindakan Abdullah ditentukan oleh pihak kedua dan ketiga?

Inilah kisahnya Abdullah. Rakyat jelata asyik dihidangkan dengan teka-teki, lepas satu, satu lagi, tanpa kesudahan yang muktamad. Akibatnya, Malaysia kini dalam keadaan penuh kebimbangan dan ketidaktentuan. Benar juga kata-kata Tengku Razaleigh Hamzah, Malaysia hari ini seolah-olah dah jadi Banana Republik - Republik Pisang - yang sinonim dengan kemunduran, kecelaruan, ketidakstabilan, keporak-perandaan dan kesengsaraan.

Rakyat Malaysia pasti tidak reda dengan status Banana Republic ini. Makanya, lebih cepat Abdullah berundur, lebih eloklah untuk kita semua. Lebih cepat Abdullah berundur, lebih mudahlah kita semua bergabung tenaga dan bergabung minda untuk memperkasakan semula negara tercinta ini! – http://politica-net.blogspot.com

Friday, September 26, 2008

MESEJ KHAS KEPADA ABDULLAH BADAWI

Dear Sir. Cukuplah. Tak payah flip-flop lagi. Tak payah dolak-dalik lagi. Kalau dah set nak berundur, undurlah segera. Tak payah main politik lagi. Tak payah dengar cakap Kamaluddin. Tak payah dengar cakap Khairy. Tak payah dengar khutbah Alwi Che Mat. Tak payah ikut telunjuk Annuar Musa. Semua orang ni tak mau anda berhenti bukan demi agama, bangsa dan negara. Tapi demi kepentingan tembolok mereka sendiri!

Anda mungkin tak dapat maklum balas dari akar umbi. (Semalam ada NGO kecam orang lain yang sering gunakan perkataan akar umbi. Piii dah!!! Semua NGO ni askar upahan belaka. Mereka cakap ikut hidung aje.) Hari-hari, rakyat jelata akar umbi bengang pasal anda. Mereka tanya, bila anda nak berhenti. Bila?

Abdullah Badawi. La ni, dengar-dengar ceritanya, anda nak postpone lagi mesyuarat UMNO bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO sampai pertengahan tahun 2009. Ini keputusan gila. Keputusan ni akan undang nahas aje. Kalau anda buat tindakan ni, UMNO akan lebih cepat bungkus. Ya, bungkus…

Anda nak tau pasal apa? Ya, kalau anda postpone mesyuarat UMNO bahagian dan PAU sampai pertengahan 2009, pasti akan ada “pemberontakan” warga UMNO akar umbi. Kalau mereka tak pelengkup anda dan keluarga serta konco-konco anda menerusi cara-cara berperlembagaan, mereka akan keluar UMNO secara beramai-ramai. Exodus. Bila ini terjadi, you are to be blamed. Anda akan dipersalahkan sepenuhnya!!

Abdullah Badawi. Ada satu cerita lagi. Katanya anda nak undur jadi Presiden UMNO tapi nak terus pegang lagi jawatan PM sampai urusan anda semua selesai? Ini idea baik. Tapi ini juga ironik. Bila dah tak mau jadi Presiden UMNO, buat apa nak jadi PM? Pasal anda nak bersihkan semua fail kotor pasal diri anda dan kroni-kroni anda? Pasal nak bereskan kontrak-kontrak yang belum beres untuk kroni-kroni anda? Pasal rahsia-rahsia negara belum selesai dipindahkan ke dalam pen-drive mungkin untuk dijajakan kepada the highest bidder? Pasal apa? (Sebenarnya hari ni dah ada banyak pen-drive pasal diri anda sendiri dalam simpanan negara!)

Lepas tu ada satu lagi berita. Katanya anda nak terus pertahankan kerusi Presiden UMNO dan terus jadi PM ikut jadual peralihan kuasa 2010. Betul ke? Kalau gitu, eloklah. Tapi, politik anda akan mati ikut cara natural death. Nama baik anda akan disalib oleh UMNO-UMNO bahagian. Eloklah tu!!!

Abdullah Badawi. Eloklah anda ikut gelombang dunia mutakhir. PM Israel resign. PM Thailand resign. PM Jepun resign. Kalau anda ikut gelombang ini, sejarah akan mencatatkan anda sebagai PM Malaysia yang sanggup berkorban demi kepentingan agama (bukan Islam Hadhari), bangsa dan tanahair. Tapi, kalau anda tak mau berhenti sekarang, sooner or later anda pasti akan diberhentikan menerusi proses demokrasi atau tindakan indirect warga UMNO akar umbi.

Anda ingat bila harga minyak turun 10 sen satu liter, itu satu angpau lumayan kepada rakyat jelata dan mereka akan berhenti daripada mendesak anda berundur diri? Fikirlah. Nak balik ke Perlis dari KL pakai kereta, minyak aje tak mati $100. Tol berapa? Turun harga minyak 10 sen satu liter, berapa banyak kita boleh selamatkan wang kita? Big deal!!!

Ini kisah lagi serius. Dengar desas-desus, cuti anggota keselamatan sudah dibekukan untuk menghadapi kemungkinan Hindraf berdemonstrasi besar-besaran waktu hari raya ni. Betul ke cerita ini? Betul ke hari ini dah ada sekumpulan orang yang diimport untuk bantu huru-harakan negara kita? Dan betul ke, bila ni berlaku anda dikatakan akan isytihar dharurat dan negara pun diperintah oleh NOC dengan anda sebagai pengarah operasinya?

Kepada saya ini cerita karut. Tapi, cerita karut inilah yang sedang tersebar luas dan kononnya membabitkan salah seorang manusia di sekeliling pinggang anda. Harap cerita karut ni memang karut. Tapi, kalau tak karut, harap anda perbetulkan segera. Nafikan segera.

Abdullah Badawi. Kalau anda dah nak berhenti, berhentilah secara bermaruah dan sukarela. Persetankan nasihat Alwi, KJ atau Kamaluddin. Persetankan pujuk rayu Annuar Musa. Persetankan kata-kata Shahidan Kassim the lalang par excellance. Persetankan ugutan Kalimullah atau gembala-gembalanya. Persetankan mereka semua.

Tahun ni tak payah lagi anda buat rumah terbuka Aidilfitri di PWTC di mana tetamunya hanya beribu-ribu pekerja Bangla, Mynmar dan Indon aje. Tak payah buang duit rakyat. Tak payah bodohkan kami semua kononnya tetamu anda adalah warga tempatan yang beratus ribu jumlahnya. Tak payah!!! Abdullah Badawi Sir. Selamat bersara dan selamat hari raya. – http://politica-net.blogspot.com/

Wednesday, September 24, 2008

ADAKAH BENAR PELOBI ABDULLAH GUNA DANA DARI SINGAPURA UNTUK KEKALKAN KUASA?

Blogger Ketua Perusuh telah membuat satu posting dengan tajuk Inilah Masanya. Saya pinjam dan sunting posting tersebut dan memfokuskannya kepada kisah pelobi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan menggunakan dana Singapura untuk mendapatkan sokongan bagi mengekalkan kuasanya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Adakah ini benar? – http://politica-net.blogspot.com/

Posting Ketua Perusuh mengenai perkara berkenaan adalah seperti berikut:

Ramai dikalangan akar umbi mungkin tidak mengetahui bahawa gerakan untuk memastikan Abdullah menang besar dan kekal di tampuk kuasa telah pun digerakkan seawal bulan Februari 2008. Khabarnya, kini gerakan itu sedang memasuki fasa ketiga di mana imbuhan-imbuhan sedang diagih-agihkan kepada cawangan dan bahagian yang terlibat.

Nilai imbuhan yang diberikan kali ini agak besar - menjangkau lebih lima angka bagi setiap penerima. Imbuhan kali ini nampaknya tidak mampu dikesan oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO kerana ianya beredar di akaun luar negara. Bagi para pelobi, nilai imbuhan ini adalah kecil berbanding dengan jika Abdullah dapat terus mengekalkan kuasa memerintah. Secara tepat, peralihan kuasa ini mungkin tidak akan terjadi kerana ramai pelobi telah mengeluarkan dana yang besar untuk memastikan Abdullah kekal.

Bagi para pelobi Abdullah, bantuan kewangan untuk memastikan imbuhan boleh terus disediakan dan tidak perlu digusarkan kerana ianya telah dan akan disalurkan melalui beberapa entiti yang telah ditugaskan. Dalang di sebalik penyediaan dana ini adalah dari Singapura.

Hasil maklumat di pihak akar umbi, peratusan ahli UMNO yang menolak Abdullah Ahmad Badawi kini mencecah 60 peratus. Namun peratusan ini boleh berubah sebelum Persidangan UMNO yang akan datang. Mengikut kajian para pelobi, Abdullah akan berjaya menurunkan peratusan ini kepada sekitar 40 peratus – 45 peratus dengan kemampuan dana yang sedia ada. Namun dengan tambahan dana imbuhan untuk kegunaan lobi, kemungkinan peratusan ini akan kekal di bawah 30 peratus adalah lebih tinggi.

Jadi jika Abdullah ingin terus membuktikan bahawa beliau masih realistik dalam memimpin UMNO, beliau perlulah mengambil tindakan proaktif dalam usaha lobi disegenap peringkat. Masanya semakin singkat dan masih perlu menyekat Najib Razak, Tengku Razaleigh dan Muhyiddin Yassin dari merentap tampuk kekuasaan beliau.

Jika Abdullah tidak dapat mengekalkan kuasa, bagaimana pula Singapura ingin mendapat laba? Najib dan Razaleigh bukan proksi Singapura. - Ketua Perusuh, Bekas Felo Kanan, Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa - ISIS

http://ketuaperusuh.wordpress.com/2008/09/23/inilah-masanya/

PELBAGAI KISAH MERAPU PASAL ABDULLAH….

Betul ke Abdullah Badawi tukar fikiran? Tak jadi nak berhenti jadi PM dan Presiden UMNO? Semua gara-gara desakan menantunya, Khairy Jamaluddin, dan anak lelakinya, Kamaluddin Abdullah?

Kalau betullah kisah ni, teruklah kita semua. Apa taknya? Ketua Negara dan Presiden UMNO dikontrol oleh dua anak muda yang buta sejarah, tapi bernafsu buas – si menantu buas nafsu politiknya, si anak lelaki buas nafsu perniagaannya. Macam ni, lingkup kita, lingkup!

Tapi, apa pasal para pemimpin UMNO takut nak bertindak? Pasal nak jaga tembolok masing-masing? Takut periuk nasi melayang? Takut bintang di dada gugur ke bumi?

Cubalah korek-korek cerita oil-for-food. Katanya, cerita ni membahayakan Abdullah. Hari ni kononnya dah ada banyak dossier pasal hal ni. Saya tak mau tulis habis-habisan kat sini pasal bahaya. Tapi, kononnya cerita ni lebih besar daripada apa yang kita ketahui setakat ni. Ia dikatakan sampai membabitkan sumbangan kepada sebuah negara yang sangat-sangat memusuhi umat Islam. Betul tidaknya kisah ni, Allah sahaja yang maha mengetahuinya.

Lepas tu, katanya ada kisah membabitkan Projek Jambatan Bengkok dan Pulau Batu Puteh. Kisah ni pun panas dan kontrovrsi. Katanya, Khairy tau akan hal ni. Katanya, inilah senjata Khairy untuk mengongkong bapak mertuanya. Katanya, sebab itulah Abdullah terpaksa tunduk dan ikut sahaja kehendak serta telunjuk Khairy.

Lepas tu, korek-koreklah cerita sekumpulan manusia di sekeliling Abdullah yang kebelakangan ini kononnya nak kuasai MISC, syarikat perkapalan Malaysia. Kerana terlalu gelojoh, kumpulan ini dipercayai sampai sanggup melakukan sesuatu yang tidak terduga oleh pemikiran kita sebagai rakyat biasa.

Cerita ni pun panas dan juga amat bahaya. Kononnya, ia membabitkan satu kuasa asing yang berjiran dengan kita. Katanya, ia juga membabitkan tindakan-tindakan tertentu yang kemudiannya ditudingkan kepada kumpulan teroris antarabangsa yang tertentu sebagai pengangkaranya. Sama ada kisah ini betul atau palsu, sukar untuk dipastikan. Tapi, hari ini memang dah ada pihak di Malaysia yang tau mengenainya.

Ada pengkomen di blog ini mengatakan saya tulis ikut emosi dan persepsi yang cetek. Katalah apa nak kata. Saya tulis berasaskan maklumat yang sampai kepada saya. Percaya tak percaya, terserahlah. Tapi, begitulah kata maklumat yang dikirimkan kepada saya.

Akhirnya adalah kisah botol yang bertimbun-timbun di belakang kediaman Abdullah yang lama dekat Istana Negara. Saya tidak tergamak menghuraikan cerita botol-botol ni. Tapi, antara botol-botol tu, ada tiga jenis yang istimewa.

Demikian kisah Abdullah dan keluarganya. Nak tau lebih lanjut, korek-koreklah sendiri. Benarkah kehidupan pemimpin yang melonjakkan imejnya menerusi pelantar Islam Hadhari ni betul-betul bersih, lurus dan benar? Yang pasti, kini sudah ada pelbagai data negatif mengenai pemimpin ini dalam simpanan seorang Hamba Allah di Malaysia. Data-data ini sangat kontroversi dan penuh skandal! – http://politica-net.blogspot.com/

Tuesday, September 23, 2008

PUAK ABDULLAH AKAN MAIN KOTOR UNTUK DAPATKAN PENCALONAN?

Abdullah Badawi berdolak-dalik lagi. Dia ni tak pernah straight. Hari ni cakap lain. Esok cakap lain. Lusa cakap lain. Tulat pun cakap lain. Kedolak-dalikan ini jelas dalam sehari dua kebelakangan ini. Khususnya mengenai formula peralihan kuasa.

Macam mana pemimpin yang asyik menukar kenyataan dan pendirian ni nak dikekalkan mengepalai UMNO dan Kerajaan? Pening kita semua dibuatnya!

Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO 18 September 2008, Abdullah lunyai kena bedal beberapa ahli MT pasal peralihan kuasa. Katanya, dia sampai menitiskan air mata. Lepas tu dia pun buat kenyataan yang membayangkan dia akan mempercepatkan proses peralihan kuasa itu.

Kini Abdullah berubah lagu lagi. Difahamkan, dia ubah pendirian setelah didesak oleh menantunya, Khairy Jamaluddin, supaya jangan berundur. Hebat betul budak ni ya!

Hari ni UMNO Kelantan kononnya dengan sebulat suara akan calonkan Abdullah sebagai Presiden UMNO. Kenyataan yang dibuat oleh Annuar Musa ni tak boleh dipercayai.

Macam mana boleh sebulat suara kalau Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh, tidak hadir di mesyuarat itu? Macam mana boleh sebulat suara kalau seluruh cawangan UMNO dalam bahagian Guan Musang sudah memutuskan untuk mencalonkan Razaleigh sebagai calon Presiden UMNO? Macam mana boleh sebulat suara kalau sudah ada beberapa cawangan di lain-lain bahagian di Kelantan sudah mendesak bahagian masing-masing untuk mencalonkan Razaleigh, bukannya Abdullah sebagai Presiden UMNO?

Siapa yang nak dibodohkan oleh Annuar dalam hal ini? Siapa yang cuba membohongi seluruh warga UMNO dalam hal ini? Wajarkah pembohongan seperti ini diterima bulat-bulat?

UMNO Pulau Pinang pun dah buat statement kononnya akan sebulat suara calonkan Abdullah sebagai Presiden. Tak apalah. Pulau Pinang negeri Abdullah. Dia pun ketua perhubungan UMNO negeri tersebut. Tapi, betul ke Datuk Ahmad Ismail dan Bahagian Bukit Bendera juga akan calonkan Abdullah?

Sekarang, siap sedialah. Wang beratus juta ringgit mungkin akan dicurahkan kepada sesiapa sahaja yang sudi mencalonkan semula Abdullah sebagai Presiden UMNO Malaysia dalam perwakilan bahagian mulai 10 Oktober 2008.

Tapi, kalau seseorang ketua bahagian tu ada fail BPR, maka fail BPR itulah yang akan dijadikan senjata untuk ugut supaya bahagian terbabit mencalonkan Abdullah.

Kita tengok aje sejauh mana game ini akan dimainkan oleh kelompok Abdullah – guna duit untuk dapatkan pencalonan atau guna ugutan untuk dapat pencalonan. Abdullah dalam keadaan tertekan. Pastinya kelompok dia akan buat apa saja untuk mengekalkan kuasanya! – http://politica-net.blogspot.com

Friday, September 19, 2008

ABDULLAH DIDESAK SEGERA BERSARA

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (18 September 2008) panas menggelegak. Abdullah Badawi didesak berhenti sebagai PM dan Presiden UMNO. Kalau engkar, Abdullah akan disingkirkan oleh perwakilan UMNO bahagian.

Abdullah pun terkejut monyet dan terpinga-pinga. Kali ini nampaknya, sorry. Kalau dia tak dengar kata MT UMNO tentu dia akan terbongkang. Sapa pun tak boleh bantah perminaan MT UMNO ni. Khairy tak boleh bantah. Kamaluddin tak boleh beta. Kalimullah tak boleh halang. Patrick Badawi pun tak boleh buat apa-apa.

Pokoknya, kalau Abdullah buat tak peduli, Abdullah akan dihina dan dimalukan oleh warga UMNO di peringkat bahagian. Mana nak sorok muka kalau ini terjadi?

Dengar kisahnya, semua ahli-ahli senior MT UMNO dok balun Abdullah cukup-cukup. Mereka kata, Abdullah kena bersara untuk selamatkan UMNO dan Malaysia.

Syabas pada Kak Fidah, Abang Din, Tajol, Idris Jusoh, Shafie Afdal dan lain-lainnya. Tak taulah kalau Azalina turut berkata-kata. Tak taulah kalau Hisammuddin turut berbicara. Yang pasti, panas. Merah telinga Abdullah dibuatnya!

Kalau gitu kisah MT UMNO kali ini, baguslah. Mintak-mintak Abdullah tak lagi main kong-kali-kong. Mintak-mintak Abdullah buat keputusan once and for all. Jangan tunggu-tunggu lagi. Berhentilah sebelum anda dipersarakan dengan terhormat dan segera!- http://politica-net.blogspot.com/

Thursday, September 18, 2008

PERTAHANKANLAH RAHSIA PERTAHANAN DAN KETENTERAAN NEGARA

Bila Abdullah Badawi kuasai MINDEF, banyak kemungkinan boleh terjadi. Ini kerana segelintir manusia di sekeliling Abdullah adalah malaun besar yang sanggup buat apa saja untuk kaut duit - gadai kedaulatan negara, tak apa; gadai rahsia negara, tak apa; gadai rahsia pertahanan dan ketenteraan negara pun tak apa!

Memang ada rakyat Malaysia yang insaf dan sedar akan kemungkinan bahaya bila MINDEF dikuasai sepenuhnya oleh Abdullah. Tapi mereka hanya menumpu kepada kemungkinan soal kontrek bawah MINDEF yang berbillion ringgit akan dibolot oleh malaun-malaun besar di sekeliling Abdullah.

Kita jangan lupa. Bahayanya adalah membabitkan perkara yang lebih besar, lebih kritikal, lebih strategik dan lebih penting. Bahaya ini membabitkan kemungkinan rahsia pertahanan, ketahanan dan ketenteraan negara dibocorkan atau dijual kepada pihak musuh, termasuk seekor todak di selatan tanahair.

Mustahil perkara ini tidak berlaku. Kalau Iskandar Malaysia yang dikenalpasti sebagai kawasan yang mengandungi rizab air bawah tanah terbesar di dunia pun boleh di kuasai oleh Singapura di zaman Abdullah, sapa boleh gerenti jangkaan-jangkaan di atas tak boleh berlaku?

Tulisan ini bukan berniat menghasut. Tapi berniat menginsafkan rakyat Malaysia seluruhnya akan bahaya di depan tangga bila MINDEF bertukar tangan dari Najib kepada Abdullah.

Soal kontrek MINDEF soal kacang putih. Sapa nak bolot kontrek ni dia punya pasal. Tapi, soal rahsia pertahanan, ketahanan dan ketenteraan negara adalah soal besar dan soal strategik. Terutama sekali bila todak di selatan kita sama mentalitinya dengan Israel dan jadi proksi zionis paling utama di Asia Tenggara.

Memang Abdullah tak mungkin buat semua perkara yang akan menjejaskan pertahanan negara. Beliau seorang patriot. Tapi, malaun-malaun di sekeliling Abdullah macam mana? Kita percaya ke dia orang ni? Kita tak cemburu ke dengan kemungkinan-kemungkinan yang boleh dilakukan oleh kumpulan ini? Hendak-hendaknya bila kita dengar banyak cerita yang Abdullah di kelilingi oleh segelintir malaun yang sudah dikuasai oleh pihak asing!

Satu contoh. Di bawah MINDEF ada bahagian yang dikenali sebagai Military Intelligence atau Perisikan Tentera. Maklumat-maklumat yang dikutip oleh Militrary Intelligence dipercayai lebih autoratatif dari yang lain-lainnya. Apa jadi kalau maklumat-maklumat ini dibocorkan kepada pihak asing, bukan oleh pihak perisikan tentera, tetapi oleh malaun-malaun yang menguasai Abdullah?

Satu lagi contoh. Amerika Syarikat (AS) dalam abad ke-21 ini telah mengisytiharkan untuk menjadikan Asia Tenggara sebagai wilayah tumpuan ketenteraan mereka. AS bercita-cita membuka pangkalan tenteranya di semua lokasi stategik di wilayah ini.

AS mahu kuasai Selat Melaka. AS mahu kuasai Laut Cina Selatan. AS mahu lalulan laut dari Timur Tengah ke Timur Jauh dalam kekuasaan mereka. AS mahu laluan tangki-tangki minyak mereka dari Asia Barat ke Asia Timur dalam cengkaman mereka. Malaysia jadi littoral state atau negara pesisir utama kepada kedua-dua perairan ini.

Bagaimana kalau MINDEF setuju mengizinkan AS buka pengkalannya di pantai Barat Semenanjung untuk kuasai Selat Melaka? Bagaimana kalau AS buka pengkalannya di pantai Timur Semenanjung untuk kuasai Laut Cina Selatan? Bagaimana kalau AS buka pengkalannya di pantai Sabah untuk kuasai perairan Laut Sulu? Bagaimana?

Kita kena insaf, selama ini AS dah cuba, tapi gagal. Tapi, macam mana kalau waktu Abdullah kuasai MINDEF perkara ini berlaku? Macam mana?

Pihak yang buta hati boleh kata tulisan ini emosional. Tulisan ini didedikasikan kepada keselamatan negara tercinta. Kalau ia disifatkan sebagai emosional, katalah. Sebenarnya, emosi yang tulen dan abadilah yang mencetuskan patriotisme yang tulen lagi abadi.

Kalau tulisan yang didedikasikan kepada hakikat keselamatan tanahair ini dikatakan emosi dan menghasut, apa boleh buat? Tapi, kalau hakikat ini tidak dibicarakan sekarang, terimalah akibatnya kalau negara tercinta ini kelak dijajah secara ketenteraan, walaupun secara tidak langsung, akibat wujudnya malaun-malaun yang mengelilingi pemimpin yang buta hati!

Saya amat yakin bahawa para perwira kita di MINDEF sekali-kali tidak akan mengkompromikan rahsia pertahanan, ketahanan dan ketenteraan negara kepada sesiapa. Oleh itu, besarlah harapan rakyat Malaysia supaya MINDEF yang dulu akan kekal seperti dulu.

Bagaimanapun, waspadalah dengan kemaraan malaun-malaun yang akan jadi musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan atau musuh dalam selimut ini. Kalau mereka nak bolot seluruh projek dan kontrek MINDEF berilah. Tapi, kalau mereka nak kuasai rahsia pertahanan, ketahanan dan ketenteraan negara, tumpaskanlah mereka dengan serta merta. – http://politica-net.blogspot.com/

Wednesday, September 17, 2008

OTAK KHAIRY JENIS YANG MANA?

Kita perlu tabik orang bijak, orang pandai, orang geliga otak. Tapi hati-hati bila kita nak tabik orang-orang jenis ni. Kadang-kadang mereka nampak bijak, nampak pandai, nampak bergeliga, tapi otak dia orang rupa-rupanya kat kepala lutut. Orang macam ni yang bikin dunia jadi celaru, jadi haru-biru. Orang macam ni hanya jaga tembolok masing-masing. Asalkan dia kenyang, orang lain peduli apa.

Kat Malaysia tak kurang jumlah orang macam ni. Kat keliling Abdullah Badawi pun ada. Mereka menyalak dan melolong bila Abdullah Badawi kena kritik secara ikhlas dan jujur.

Tapi, saya tak pasti sama ada menantu Abdullah yang nama Khairy tu jenis manusia yang otaknya di kepala lutut. Tentu sekali dia tidak. Dia lulusan Oxford. Dia pandai niaga. Dia bijak main politik. Dia nak jadi Perdana Menteri bila umum cecah 40 tahun.

Sebab tu jangan kita longgokkan budak pintar ni dengan golongan orang bijak yang berkepala otak di kepala lutut. Jangan buat gitu. Salah! Budak pintar ni terkenal sangat kepintarannnya kebelakangan ini.

Contoh kepintarannya terbaru sekali adalah kenyataannya di Sabah dua hari yang lalu. Ikut Utusan Malaysia, dia bersyarah di Sabah yang Muhyiddin Yassin dah langgar prinsip sebagai salah seorang menteri Kabinet.

Kata budak pintar ni, Muhyiddin patut pegang tanggungjawab secara bersama menyokong kepimpinan Abdullah. Bukannya mendesak Abdullah lakukan peralihan kuasa lebih awal.

Kerana budak pintar ni memang otaknya tak di kepala lutut, dia pun berkata: ''Dalam mana-mana kerajaan, mesti ada prinsip tanggungjawab bersama, apabila seorang menteri tidak ada keyakinan kepada Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan maka dia sudah melanggar tanggungjawab bersama. Sama ada dia perlu meletak jawatan atau tidak, itu terserah kepada Tan Sri Muhyiddin berfikir apa yang terbaik untuk dirinya sendiri."

Tapi, fikir punya fikir, budak pintar ni sapa dia? Datang dari lorong mana atau lubuk mana? Dia ni betul ke layak nak tegur menteri. Baru berapa tahun dia dalam UMNO? Benarkah dia pernah guna jalan bengkok untuk beli saham ECM Libra? Benar tak dia ni asyik kong-kali-kong dengan sesetengah kuasa dan elemen asing? Dia memang kerusi Parlimen Rembau cara menang jantan atau menang cara betina? Orang macam ni layak ke jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Dia ni ada nilai tak kalau dia tak pegang sijil nikah dia dengan anak Abdullah?

Sahabat-sahabat, kita memang kena salute orang bijak, orang pandai, orang geliga otak. Tapi, hati-hati yang otak dia orang di kepala lutut. Lebih waspada lagi bila orang yang otak di kepala lutut tu lulusan top university luar negara!

Khairy jangan bimbang. You tak masuk kumpulan ni sebab otak you bukan di kepala lutut. You lebih istimewa. Otak you kat mana ya? Tak apalah.. You special breed. Otak you di …………. lantaklah kat mana pun, tapi tak di tempat lazimnya!!!!

Tuesday, September 16, 2008

ZAID LETAK JAWATAN HANYA WAYANG PEKJI BOX OFFICE ARAHAN TINGKAT EMPAT?

Zaid Ibrahim letak jawatan? Ala acah-acah aje - cuma wayang pekji box office arahan Tingkat Empat! Mana boleh hero Abdullah Badawi nombor satu letak jawatan? Perjuangan dia belum selesai.

Zaid letak jawatan kononnya pasal nak jaga prinsip kerana dia dah kritik kerajaan pasal ISA? Ini wayang aje. Sandiwara. Percayalah.

Nak tau sebab kenapa Zaid letak jawatan? Zaid nak orang anggap dia manusia yang paling berprinsip. Zaid nak Bar Council sanjung dia. Zaid nak sejukkan hati Syed Hamid Albar yang jaga ISA. Zaid nak provoke supaya Muhyiddin Yassin juga letak jawatan. Itulah antara sebabnya Zaid main wayang letak jawatan!

Ala, sapa yang Zaid nak bodohkan ni? Kita tau sekarang ni Zaid jadi ayam taji Abdullah nombor satu ganti Nazri. Jadi, kalau bukan Abdullah yang suruh Zaid letak jawatan, tak mungkinkah orang-orang Abdullah sendiri yang suruh Zaid acah-acah letak jawatan untuk penuhi seluruh matlamat di atas?

Skrip wayang lakonan Zaid ni jelas sangat. TV bagi liputan istimewa. Dapat publisiti besar, walaupun murahan. Lepas tu, Abdullah reject perletakan jawatan itu. Jadi, Zaid pun boleh berkata: saya pegang teguh prinsip saya. Saya kritik kerajaan, saya letak jawatan. Tapi Abdullah reject niat saya, apa saya nak buat? Itu bukan salah saya. Saya dah letak, tapi Abdullah tak izinkan!

Nasib baik Muhyiddin tak melatah. Muhyiddin nampak wayang mainan Zaid. Muhyiddin pun kata, dia tak akan letak jawatan kerana apa yang dia kata pasal peralihan kuasa adalah suara ramai rakyat akar umbi.
Maka Zaid pun lengit. Abdullah juga pun lengit. Perangkap Zaid tak mengena. Muhyiddin tak tergoda oleh provokasi Zaid yang diarahkan oleh Tingkat Empat.

Sekarang apa nak jadi? Sapa yang nampak bodoh dalam wayang pekji terbaru ni? Sapa? Zaid? Tingkat Empat? Abdullah? Atau sapa lagi?

Tapi tengoklah 18 September ni. Macam mana lagu Majlis Tertinggi UMNO yang akan mesyuarat untuk bincang kes Muhyiddin. Mungkinkah Najib akan main wayang? Mungkin ada orang lain yang akan main wayang?

Pokoknya, kalau ditanya pendirian rakyat jelata, eloklah kalau MT UMNO pecat Muhyiddin pada 18 September ni. Bagus sebab dengan cara ni Abdullah sendiri akan mepercepatkan pengundurannya dari UMNO dan kerajaan!

Kalau Abdullah tak percaya, pecatlah Muhyiddin pada mesyuarat tu. Pecat! Lepas tu, tengoklah apa akan jadi kepada Abdullah! – http://politica-net.blogspot.com

Monday, September 15, 2008

SARKAS MEDIA: DI ZAMAN ABDULLAH SOAL POKOK JADI SOAL REMEH

Saya perhatikan stail Abdullah Badawi pimpin Malaysia dengan menggunakan strategi sarkas media. Maksudnya, Abdullah gunakan akhbar perdana dalam kongkongannya secara maksimum untuk menutup kelemahan, kepincangan, pembohongan dan pendustaannya.

Akhbar-akhbar ini akan sorok dan benam semua berita yang pedas dan panas yang mengkritik Abdullah. Tapi, pada hari-hari berikutnya, akhbar ni akan siarkan secara besar-besaran seluruh komen yang membidas insan yang buat kenyataan panas dan pedas dalam kritikannya terhadap Abdullah.

Insan yang kritik Abdullah ni akan dihentam, dihenyak, dibelasah, ditunjal dan diinjak-injak secara semberono oleh kumpulan pembodek dan pengampu Abdullah. Proses ni berjalan berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan. Habis komen, ada ulasan berita oleh wartawan. Lepas tu intelek Melayu setengah masak pun diminta menulis artikel. Kalau tak pun ada pula talk show di TV yang jemput ahli panel yang bangang-bangan untuk sokong Abdullah.

Strategi sarkas media ni kononnya nak lonjakkan imej Abdullah setelah kena kritik. Tapi, kelompok bangang yang memberikan nasihat strategi media kepada Abdullah ni lupa bahawa strategi dia orang ni sebenarnya senjata yang makan tuan.

Contohnya, ambil sarkas media yang Abdullah wujudkan untuk belasah Tun Dr Mahathir daripada pertengahan 2006 sampai 2007. Hari-hari Tun Mahathir kena hentam habisa-habisan. Khairy yang berhingus pun turut hentam Tun Mahathir.

Tapi, apa dah jadi? Bukankah sarkas media tu sebenarnya telah menghakis keyakinan rakyat kepada Abdullah? Bukankah sarkas media tu menyumbang kepada kehilangan keyakinan rakyat kepada BN dan UMNO? Bukankah begitu?

Hari ni sarkas media muncul lagi. Hari-hari Muhyiddin kena hentam, kena belasah, kena hayun, kena balun pasal dia persoalkan formula peralihan kuasa untuk mempertahankan survival Abdullah dalam UMNO dan kerajaan.

Apa yang perlu kita insafi daripada sarkas media macam ni ialah: soal pokok atau kritikan Tun Mahathir terhadap Abdullah pada 2006-2007 ditenggelamkan kebenarannya oleh media perdana. Sebaliknya, tindakan Tun Mahathir buat kritikan itu pula dijadikan isu dan dibesar-besarkan sampai rakyat meluat dan jelak.

Hari ni pun sama. Apa yang Muhyiddin cakap pasal peralihan kuasa adalah soal penting dan benar. Tapi, kebenaran kenyataan ini ditenggelamkan oleh akhbar perdana. Sebaliknya, muncullah suara-suara pembodek sokong bawa rebah macam Zaid Ibrahim, Azalina the lessy, Alwi Che Mat kaki polishe telor dan ramai lagi. Yakinlah bahawa suara macam ni akan berpanjangan sampai Abdullah rasa Muhyiddin dan hancur jadi debu.

Apa yang Abdullah lakukan menerusi sarkas media ni adalah strategi yang digunakan oleh Presiden Bush dokongan zionis dalam menghalalkan perang anti-teror di Afghanistan, Iraq, Indonesia dan Filipina. Hari-hari umat dunia dibohongi dan ditipu oleh Bush. Hari-hari warga dunia disumbat dengan maklumat palsu. Akhirnya, fokus dan tumpuan ini menyakinkan sesetengah warga dunia. Bila mereka insaf yang mereka ditipu, dah terlambat, nasi dah jadi bubur, dunia Islam dah ranap, umat Islam dah dihina dan diperbodohkan.

Malaysia di era Abdullah pun kita saksikan strategi sarkas media macam Bush ni. Pasal apa? Pasal penasihat media kepada Abdullah pun katanya dapat nasihat dari kumpulan yang menasihati Presiden Bush. Kalau tak pun mereka dinasihati oleh proksi-proksi zionis dari Singapura.

Kesannya, isu utama yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir dan kali ini oleh Muhyiddin, dilesapkan kebenarannya oleh media perdana. Kesannya, Tun Mahathir dan Muhyiddin yang menegakkan kebenaran akan jadi macam orang salah dan musuh kepada agama, bangsa dan tanahair. Kesannya, rakyat jadi fed-up dan kebencian mereka terhadap Abdullah tambah meluap-luap!

Kesannya juga, isu pokok jadi isu ranting, remeh dan tidak diberikan penyelesaian. Dan, isu ranting yang dijadikan isu pokok menerusi sarkas media ini pula makin menggawatkan suasana. Ikut cara mana dan rasional mana pun, sarkas media ciptaan zionis yang diamalkan di era Abdullah ni merosakkan semua pihak yang jadi sasaran.

Tengok aje lah niat Tun Mahathir nak betulkan Abdullah. Dalam hal ni, Tun Mahathir teruk kena belasah dan Abdullah pula tidak dikoreksikan. Akibatnya, rakyat marah dan BN pun dihukum menerusi PRU 12.

Jadi, bukankah niat sarkas media ni nak hancurkan Malaysia seluruhnya? Tidakkah Abdullah insaf akan hal macam ni? Salahkah kalau saya bangkitkan soal macam ni? Dosakah Tun Mahathir bersuara untuk mengkoreksikan kesilapan dan kesalahan Abdullah? Dosakah Muhyiddin meluahkan perasaan rakyat jelata untuk menginsafkan Abdullah yang dibelenggu sindrom bunian?

Dengan pertanyaan-pertanyaan di atas, tidak bodohkah penasihat Abdullah yang menasihati Abdullah supaya sekali lagi gunakan strategi sarkas media dalam menangkis kebenaran yang terkandung di sebalik kenyataan Muhyiddin mengenai peralihan kuasa? Jadi, adakah kita nak sokong kebodohan seperti ini? Tidak wajarkah kebodohan ini ditentang habis-habisan? – http://politica-net.blogspot.com/

Sunday, September 14, 2008

PEMBODEK-PEMBODEK ABDULLAH MULA BERSUARA BELASAH MUHYIDDIN

Semalam Zaid Ibrahim, kaki bodek Abdullah Badawi nombor satu (ganti NazriAziz), bersuara minta Muhyiddin Yassin berhenti sebagai Menteri. Rakyat jelata harap Abdullah Badawi ikut cakap Zaid ni.. Biar kita tengok sama ada Abdullah Badawi ni betul-betul anak jantan…

Hari ini ramai lagi kaki bodek Abdullah Badawi bantai Muhyiddin kerana meluahkan suara warga UMNO akar umbi mengenai formula peralihan kuasa. Sampai kemek Muhyiddin dibuatnya.

Hebat. Memang cukup hebat pembodek-pembodek ni. Mereka boleh ganti Muhyiddin jadi menteri kanan. Oleh itu saya cadangkan Zaid dan pembodek-pembodek lainnya buat senarai menteri yang perlu dipecat oleh Abdullah Badawi kerana persoalkan formula peralihan kuasa yang tak masuk akal.

Saya cadangkan Zaid hantar senarai terperinci orang-orang ni kepada Abdullah Badawi untuk dipecat seberapa segera. Selain Muhyiddin, mereka adalah Naijb Razak, Rais Yatim dan Hishammuddin Hussein. TPM dan dua menteri ni pun semalam cakap yang formula peralihan kuasa perlu ditentukan oleh peringkat bahagian UMNO. Suara mereka samalah macam suara Muhyiddin - cuma kurang direct dan kurang ada uumph..

Saya cabar Zaid hantar sensarai empat menteri ni cepat-cepat pada Abdullah Badawi. Lepas tu suruh Abdullah Badawi rombak kabinetnya di mana Zaid jadi TPM, Azalina the Lessy jadi Menteri MITI, dan lain-lainnya.

Kemudian kita tengok sapa yang akan jahanam dan sapa yang akan terlungkup. Kita tengok kuasa rakyat, kuasa akar umbi bertindak. Kita tengok….

Kepada Abdullah, apa tunggu lagi? Buatlah. Pecatlah menteri-menteri ni macam anda gantung Datuk Ahmad Ismail tanpa usul periksa. Kalau kali ni anda nak lantik menantu anda jadi menteri penuh pun orang tak peduli lagi kerana rakyat dah tau, tak lama lagi pun anda sendiri akan tergolek… http://politica-net.blogspot.com

Saturday, September 13, 2008

UNDI TAK PERCAYA PADA ABDULLAH?

Zaid Ibrahim ni siapa? Dia Perdana Menteri ke? Dia juga Presiden UMNO kot! Sebab tu dia tembak Muhyiddin Yassin dengan senapang gajah. Katanya, pasal bangkitkan isu peralihan kuasa, Muhyiddin sama ada berhenti atau perlu dipecat. Hebat betul suara ayam tambatan Abdulah ni ya!

Kepada rakyat Malaysia, suara Zaid inilah contoh suara sokong bawa rebah yang amat digemari oleh Abdullah. Tak sudah-sudah. Lepas satu, satu lagi. Kalau ramai macam Zaid ni lagi bagus. Biar terbakar hati semua rakyat jelata.

Patutnya, Zaid ingatkan Abdullah, jangan kata formula peralihan kuasa tu muktamad. Yang muktamad adalah Perlembagaan UMNO. Dalam perlembagaan ni memang ada peruntukan di mana bahagian-bahagian UMNO berhak mencalonkan sesiapa sahaja yang mereka suka sebagai Presiden atau Timbalan Presiden UMNO. Ini hak itu buku.

Kalau Abdullah kata formula peralihan kuasa itu muktamad, Abdullah macam tak faham apa yang terkandung dalam Perlembagaan UMNO. Kalau faham, kenapa buat kenyataan yang boleh sebabkan dirinya sendiri boleh dipertikai dan dicemuh oleh warga UMNO? Ini namanya cari nahas atau cari bala!

Sekarang kita tanya Zaid, ada tak Abdullah suruh dia buat kenyataan pecat Najib, pecat Ali Rustam, pecat Hishammuddin, pecat Tengku Razaleigh dan pecat Rais Yatim yang juga mula mempertikaikan formula peralihan kuasa tu?

Kalau nak pecat dia orang, nasihatkan Abdullah buat cepat-cepat. Kalau tak nanti kempunan. Manalah tau tiba-tiba je Anwar Ibrahim berkuasa?

Tapi, jangan lupa, Muhyiddin ada penyokong. Najib ada penyokong. Ali Rustam ada penyokong. Semua yang beta Abdullah pasal formula peralihan kuasa ni ada penyokong. Abdullah berapa ramai penyokong? Zaid sendiri berapa ramai penyokong? Nak dapatkan pencalonan tanding ketua bahagian pun tak lepas kuota!

Tak apalah. Tak apa. Kirim salam kat Abdullah. Sekarang ni bila dah semua orang-orang besar UMNO beta Abdullah pasal formula peralihan kuasa ni, dia tak panik ke? Dia tak faham ke yang kenyataan-kenyataan ni semua adalah ibarat undi tak percaya dia orang kat Abdullah? Kalau tak faham, harap Zaid tolong dia fahamkan hal ni. Kalau Abdullah tak faham juga, selamatlah dia!!!! - http://politica-net.blogspot.com

Tuesday, September 9, 2008

MEMBICARAKAN KEBENARAN PUN SALAH?

Kesian betul Datuk Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Pulau Pinang. Dia cakap yang benar, salah. Kalau dia tak cakap benar, lagi salah besar. Jadi semua serba salah. Kalau macam ni benaganlah warga UMNO dibuatnya. Apa taknya? Cakap benar pun Presiden UMNO anggap salah!

Apa dah jadi ni? UMNO dah ditimpa bala ke? Kalau tak, macam mana Presiden UMNO pun bagai tak sedar yang Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang (Timbalan kepada Presiden UMNO di peringkat UMNO Negeri) dan seluruh Ketua UMNO Bahagian di Pulau Pinang kini berdiri teguh bersama Ahmad kerana mereka yakin Ahmad bercakap benar.

Susah nak dirasionalkan pendirian Presiden UMNO mutakhir ini. Nak dikatakan dia dah lupa sejarah atau buta sejarah, tentu salah. Tapi, kalau dia tak buta sejarah atau lupa sejarah, kenapa orang yang cakap pasal sejarah pun nak disalahkan?

Inilah UMNO kita hari ni. Bercelaru macam pendirian dan pemikiran Presidennya. Kan lebih elok kalau Presiden UMNO dengar sikit cakap warga UMNO. Kan lebih elok kalau dia berhenti serta merta hari ini supaya UMNO tak jadi bubur! – http://politica-net.blogspot.com/

Monday, September 8, 2008

BPR PERLU SIASAT PUNCA DANA BNBBC MAKAN ANGIN KELUAR NEGARA

Mula-mulanya saya dengar ahli BNBBC nak makan angin ke Australia atau New Zeland. Kata saya, eloklah kerana mereka boleh jimat duit tidur di istana Patrick Lim di Perth. Hari ni, dengar kabar beritanya, ahli BNBBC pergi pula ke Taiwan dan Macau.

Ini trip apa? Trip main judi di kasino ke? Inilah bahana bila pengerusi BNBBC diberikan kepada bukan UMNO. Ada peluang makan angin, tong-sua jadi destinasi pertama dan utama! Ini bukan kenyataan rasis. Tapi, tak fikir ke yang ahli BNBBC pun ramai yang Islam dan tengah jalani ibadat puasa?

Anaiya betul ahli BNBBC yang Islam. Dalam bulan puasa macam ni pergi melancong ke Taiwan dan Macau. Jahanam. Makan mestinya susah. Toleh kanan ada bak, toleh kiri ada celeng. Lantaklah kau orang. Inilah nasib bertuankan pemimpin lemah, tempang dan kurang bijak.

Apa pun, kisah BNBBC pergi makan ni memang satu lagi kisah pelik di zaman penerintahan Abdullah Badawi. Tiba-tiba je seluruh Ahli Parlimen BN yang menganggotai Kelab Penyokong BN Parlimen Malaysia (BNBBC) dibawa pergi makan angin keluar negara?

Anehnya betul. Kenapa pergi makan angin serentak dan ramai-ramai? Ini tak pernah berlaku dalam sejarah Parlimen Malaysia. Sebelum ni, kalau ada rombongan Ahli Parlimen keluar negara, mereka pergi dalam kumpulan kecil, antara empat atau lima orang, untuk hadiri mesyuarat tahunan Ahli-Ahli Parlimen ASEAN (AIPO), Persatuan Parlimen Komonwel (CPA), Kesatuan Parlimen Antarabangsa (IPU), Persidangan Agung PBB (UNGA) dan lain-lainnya. Rombongan ini juga tidak hanya terhad kepada Ahli Parlimen BN, malahan termasuk Ahli Parlimen pembangkang.

Misterinya kali ini, sapa tanggung lawatan BNBBC ini? Lazimnya, kalau Ahli Parlimen keluar negara untuk CPA atau IPU, perjalanan mereka ditanggung oleh pertubuhan berkenaan. Kalau AIPO, ia ditanggung oleh Parlimen Malaysia?

Kali ni, sapa tanggung perjalanan BNBBC pergi makan angin? Parlimen Malaysia? Kalau Parlimen Malaysia, maknanya BNBBC pergi makan angin guna duit rakyat, guna duit pembayar cukai. Masuk akal ke perkara ini boleh diizinkan oleh kerajaan Abdullah?

Kalau Parlimen Malaysia tak tanggung perjalanan dan makan minum BNBBC, sapa tanggung? Presidennya, Datuk Seri Ting King Sing memang jutawan. Tapi, kalau dia tanggung semua, apa habuan balik kerajaan kepadanya? Kalau dia kaut belanja tu daripada sumbangan swasta, apa habuan balik kepada pihak swasta berkenaan? Jangan sampai jual maruah bangsa atau gadai kedaulatan negara semata-mata kerana BNBBC nak makan angin!

Satu lagi perkara aneh pasal BNBBC ni ialah, kenapa rancangan makan angin ni dibuat secara mengejut? Kenapa di buat dalam bulan puasa? Kenapa daripada 7 hingga 16 September 2008? Kenapa sampai Abdullah dan Najib sendiri pertahankan cerita BNBBC keluar negara ni? Adakah apa-apa udang di sebalik batu?

Kepada Abdullah atau Najib, elok kita beritahu satu hal. Sedarlah, rakyat bukan bodoh. Jadi, jangan perbodohkan diri anda untuk memperbodohkan rakyat. Kepada Abdullah dan Najib, anda kena jelaskan duit sapa digunakan untuk BNBBC keluar negara? Kalau duit rakyat, apa rasionalnya? Kalau duit BNBBC, mana kelab tu banyak sangat duit? Kalau duit pengerusinya, mana manusia tu kaut duit berjuta ringgit? Kalau setiap ahli bayar tambang, penginapan dan makan minum sendiri, berapa sangatlah elaun Ahli Parlimen untuk mampu menanggung semua ini secara sendirian berhad? Kalau duit tu tajaan swasta, siapa mereka dan apa pulangannya?

Pendek kata, Abdullah dan Najib jangan cuba bodohkan rakyat. Sekali boleh. Dua kali pun boleh. Tapi, kalau dan setiap kali rakyat nak dibodohkan, tentu rakyat akan berontak untuk menjengkal muka pemimpin besar mereka. Kalau dah kena jengkal muka pun tak sedar diri lagi, rakyat akan bangkit menyingkirkan pemimpin besar ini keluar daripada kerusi mereka dalam kerajaan.

Memang perbuatan rakyat menyingkirkan pemimpin besar negara tak pernah berlaku di Malaysia. Ini bukan budaya kita. Tapi, jangan kata ianya mustahil akan berlaku kalau Abdullah dan Najib dah melampau sangat nak bodoh-bodohkan rakyat pada setiap waktu!

Oleh itu, jom kita gesa BPR siasat kisah cuti-cuti BNBBC ini. BPR kena beritahu rakyat jelata, dari mana BNBBC dapat dana untuk trip tersebut. Harap jelaskan kepada rakyat dengan jelas dan secara terperinci. BPR juga kena beritahu rakyat jelata akan matlamat dan manfaat lawatan itu. Waktu yang sewajarnya didedikasikan Ahli Parlimen kepada rakyat tak wajar dibazirkan kerana sesuatu muslihat politik Abdullah dan Najib! - http://politica-net.blogspot.com/

Sunday, September 7, 2008

DI BULAN PUASA PUN RAKYAT RESAH GELISAH

Dalam menjalani ibadat puasa di hari baik bulan baik tahun ini, keresahan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia terhadap Abdullah Badawi tetap terpancar dan dirasai di mana-mana.

Tahap kemarahan mereka terhadap Abdullah nampaknya sudah tidak boleh dibendung dan disembunyikan lagi. Selepas menjalankan solat terawih dan mendengar tazkirah, soal kepimpinan Abdullah tetap mendominasikan perbualan ketika menikmati juadah moreh.

Mengapa jadi begini? Inikah impak Islam Hadhari yang sudah tidak lagi diheboh-hebohkan oleh Abdullah kebelakangan ini? Adakah ini akibat terlalu banyak sangat pembohongan dan pendustaan terhadap rakyat jelata? Adakah ini kerana Abdullah memang lemah dan tidak lagi layak memimpin Malaysia? Atau, inikah laknat Allah SWT terhadap kemungkaran Abdullah yang selama ini bertopengkan Islam untuk berkuasa?

Berasaskan persoalan di atas, mengapakah Abdullah tetap berdegil, keras kepala dan enggan mengundurkan diri dari kerajaan dengan serta merta? Mengapakah begitu? Kerana Abdullah terlalu dikongkong oleh anak lelakinya yang didakwa sebagai mabuk harta dan menantu lelakinya yang dikatakan sebagai mabuk kuasa? Atau, benarkah Abdullah jadi begini kerana kononnya dia amat dicucuk hidup oleh Singapura?

Blog ini secara konsisten menyatakan bahawa Malaysia akan hancur jika Abdullah diizinkan untuk terus berkuasa. Blog ini juga sudah beberapa kali mendesak Abdullah berhenti jadi PM. Suara blog ini bukan hasutan. Suara blog ini juga bukan keseorangan. Suara blog ini adalah suara majoriti rakyat Malaysia, khususnya Melayu dan Bumiputera. – http://politica-net.blogspot.com

Thursday, September 4, 2008

KITA TABIK RAIS YATIM

Hari ini kita tabik Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Beliau mendesak Majlis Tertinggi (MT) UMNO melakukan “sesuatu yang drastik” bagi membendung UMNO supaya tidak ranap.

Rais membuat desakan itu kerana beliau cukup bimbang dengan gejala “penggunaan wang yang berleluasa dan keterlaluan untuk melobi pencalonan, rasuah melibatkan tangkapan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan pergaduhan besar sesama ahli hanya kerana mengejar jawatan.”

Apa yang Rais cakap, memang tepat dan betul. Apa yang Rais cakap, patut menggugah Abdullah Badawi dari mimpinya bahawa UMNO tetap kuat. Apa yang Rais cakap, patut menyindir semua warga UMNO yang terjebak dengan kemungkaran siasah.

Tapi, mana boleh Rais dengan Muhyiddin Yassin saja yang asyik meleter dan membebel pasal nak kukuhkan UMNO? Yang lain mana? Presiden UMNO mana?

Dia orang ni semua tak sedar lagikah yang UMNO dah nak lengkup? Kata Rais, mungkin ranap? Kenapa pembesar nombor satu UMNO asyik nak bagi muka kat si sepet dan lain-lainnya?

Sedarkah mereka yang si sepet dah mula mesyuarat rahsia-rahsia, nak keluar BN? Semua ini berlaku pasal UMNO lemah. Pemimpin besar UMNO asyik terlena. Warga bawahannya ramai yang mabuk kuasa.

Mereka mabuk kuasa pasal nak beli golf set, nak main golf sama DO, nak lobi projek Kelas F, nak dapat duit untuk ditabur bila nak jadi pemimpin UMNO.

Keutamaan seperti ini akan hancurkan UMNO. Rakyat bawahan terabai, jadi kecewa dan kemudiannya memberontak menerusi peti undi. Sapa nak kita salahkan?

Macam saya tulis semalam, apa nak jadi pada UMNO ni? Kenapa Abdullah Badawi buat tak hirau? Kenapa dia tak mau berhenti bila orang dah minta dia berhenti? Sampai bila kita nak berjuang macam ni? Sampai bila? – http://politica-net.blogspot.com

Wednesday, September 3, 2008

UMNO DAH JADI MACAM MIC?

Dulu kita kutuk MIC. Bila mesyuarat ada je pergaduhan sampai baling-baling kerusi. Di zaman Abdullah Badawi UMNO dah dijangkiti penyakit MIC. Sebab itulah persidangan UMNO Cawangan Felda Palong Timur 5 dalam Bahagian Segamat, Johor, baru-baru ni sampai baling-baling kerusi.

Apa nak jadi ni? Datuk Othman Jais dah lama sangat jadi Ketua UMNO Bahagian Segamat. Kata orang, dah basi! Orang dah menyampah. Tapi dia ikut tabiat Abdullah. Orang dah menyampah pun masih nak jadi ketua!

Ini semua petanda UMNO memang dah nak hancur. Presidennya main politik, ketua bahagian pun ikut main politik. Kalau ini berterusan, jahanam UMNO. Orang benci, meluat dan menyampah. Bila datang pilihan raya umum taulah apa akan terjadi kelak.

Warga UMNO bawahan menggelupur minta perubahan pemimpin besarnya. Tapi orang besar-besar UMNO, melainkan segelintir yang insaf, semuanya jaga tembolok masing-masing. UMNO runtuh tak apa, perut majoriti pembesar UMNO mesti kenyang, kembung dan boncet melondeh-londeh.

Setiausaha Agung UMNO baru-baru ni kata, UMNO akan dibersihkan dari mereka yang jadi pembangkang dalam parti. Buatlah! Buatlah segera. Ura-ura Presiden UMNO nak senaraikan mereka yang didakwa sebagai pembelot dalam PRU12 pun masih tinggal ura-ura.

Tapi, kalau Setiausaha Agung UMNO serius, buatlah segera tindakan tu. Biar sampaikan UMNO bersih tak ada ahli.

Kepada saya tindakan tu tindakan bodoh, tindakan bahlul. Orang UMNO jadi pembangkang dalam parti pasal dia orang kecewa dengan Presiden dan pembesar-pembesarnya yang tak prihatin terhadap masa depan parti. Selagi Presiden UMNO hari ni masih terus berkuasa, UMNO akan terus berumbang-ambing!

Begitu pun, lantaklah.. Apa nak jadi, jadilah. Kalau warga UMNO akar umbi dah cakap pun tak dihiraukan, pergi jahanamlah UMNO. Tapi, orang macam saya yang amat tersiksa. Ayah, ibu, datuk dan nenek saya semua orang UMNO. Kalau UMNO kini dah tak boleh perjuangkan kita, ke mana orang macam saya nak pergi? Jadi orang politik tanpa parti? – http://politica-net.blogspot.com

Tuesday, September 2, 2008

ANAK PM DITAHAN DI AMERIKA?

Kini masuk hari ketiga tersebar luasnya berita mengenai anak lelaki PM, Kamaluddin Abdullah, diberitakan ditahan di sebuah lapanganterbang di Amerika Syarikat.

Adakah kisah ini benar? Adakah benar Kamaluddin dikatakan ditahan kerana membawa wang tunai melebihi had yang diizinkan oleh kerajaan Amerika Syarikat? Adakah benar Kamaluddin juga ditahan kerana membawa senjata api?

Sehingga kini masih belum dapat dipastikan sama ada Kamaluddin ke Amerika Syarikat menggunakan jet peribadinya atau menggunakan penerbangan komersil. – http://politica-net.blogspot.com/

Monday, September 1, 2008

LEBIH BANYAK BANNER IKLAN DARIPADA JALUR GEMILANG DI PUTRAJAYA

Pagi tadi saya ke Seremban dan sesudah itu pulang ke kampung di Johor. Pada sebelah malam saya sekeluarga makan di Putrajaya. Saya sedih kerana sambutan merdeka ke-51 memang jelas hambar dan sepi.

Jika kibaran Jalur Gemilang adalah indikator kepada kegembiraan rakyat jelata di hari sambutan kemerdekaan, maka sambutan tahun ini adalah yang amat menyedihkan.

Jika kurangnya Jalur Gemilang di Seremban dan di hometown saya sendiri amat menjolok mata, kibaran Jalur Gemilang di Putrajaya amat menusuk hati.

Kita boleh kira berapa banyak Jalor Gemilang di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutun ini. Hakikatnya, lebih banyak iklan daripada Jalur Gemilang tergantung di jalan-jalan utama di Putrajaya.

Mengapa jadi begini? Adakah ini tandanya rakyat jelata berkabung di atas kedegilan Abdullah Badawi meletakkan jawatan PM dengan segera? - http://politica-net.blogspot.com/