Tuesday, May 20, 2008

TAHNIAH KEPADA MUSA HITAM

Politica

Saya hormat kepada Tun Mua Hitam. Hari ini beliau sifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang keluar meninggalkan UMNO umpama “duri dalam daging yang sudah terkeluar.” Cukup hebat kenyataan itu. Dan cukup kurang sopan juga kenyataan tersebut.

Pada 1987, Musa juga meninggalkan UMNO kononnya untuk berkecuali dan tidak memihak kepada sesiapa. Tapi, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Johor Bahru pada 1988, beliau izinkan Shahrir Samad gunakan tape video kenyataannya dijadikan bahan kempen. Dalam PRK Parit Raja, juga pada 1988, Musa yang kononnya berkecuali, juga berkempen pula untuk calon bebas.

Musa ketengahkan imej nasionalis. Tapi, bila Mahathir - nasionalis tulen, negarawan ulung dan tokoh dunia yang disegani - bertindak demi sayangnya kepada agama, bangsa dan negara, Musa pula sifatkan Mahathir sebagai “duri yang terkeluar daripada daging.”

Inilah caranya tokoh-tokoh terbilang UMNO menangani kemelut UMNO ketika ini. Putar-belit, dolak-dalik dan semata-mata berdasarkan kepentingan diri sendiri. Inilah caranya orang yang saya hormati bertindak dalam krisis.

Saya ucapkah tahniah kepada Musa kerana kenyataan beliau pastinya menggembirakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mudah-mudahan kegembiraan Abdullah ini mempercepatkan lagi proses UMNO hancur, musnah dan punah ranah.

Monday, May 12, 2008

ABDULLAH, CUKUPLAH!

Kalau Abdullah masih ikut perangai lamanya, susah UMNO nak dipulihkan. Apa taknya? Abdullah masih lagi kena sawan denial syndrome, dia asyik ikut kata dia sahaja (mungkin nasihat Aras 4), orang lain punya pendapat semuanya disifatkan bodoh belaka!

Kalam macam ini ceritanya, apa kita nak tunggu lagi? Kita kena jerit kuat-kuat kepada semua telinga yang patut mendengarnya bahawa ABDULLAH KENA DINASIHATI BERHENTI DENGAN SERTA-MERTA.

Kalau telinga-telingan yang berkenaan pun pekak badak, kita kena tawakal kepada Allah dan lihat sahaja apa akan jadi kepada UMNO tak lama lagi.

Saturday, May 10, 2008

APA DAH JADI DAN APA AKAN JADI?

Apa nak jadi pada negara kita? Abdullah Badawi masih terus berkuasa. Najib Razak terus gila nak berkuasa. Bila orang nombor satu gila untuk terus berkuasa dan orang nombor dua gila nak berkuasa, rakyat macam kita semua yang jadi mangsa. Kalau kegilaan orang nombor satu dengan orang nombor dua ini berleluasa, rakyat macam kita semua yang punah binasa.

Demi negara tercinta ini, jom kita pergi mengadap Agong untuk gunakan kuasa Baginda dalam Perlembagaan Persekutuan supaya gantikan kedua-dua orang gila kuasa ni dengan team yang baru. Kalau tidak, serahkan sahaja kuasa negara kepada Pakatan Rakyat dengan seberapa segera. Tak apalah kalau Wan Azizah Wan Ismail yang jadi Perdana Menterinya!

Rasa-rasanya Wan Azizah lebih peka terhadap nasib rakyat macam kita semua. Bukan macam dua orang yang tengah gila kuasa. Mereka bukannya peka, tapi pekak badak!

Kalau yang itu tak boleh dan yang ini tak menjadi, parah jawabnya rakyat macam kita semua di hari muka. Dalam terpaksa, kita semua mungkin hidup sengsara dan merana. Dalam terpaksa, kita semua mungkin tersiksa dan derita.