Monday, February 23, 2009

MACAM-MACAM CERITA PASAL KUASA

Abdullah Badawi akan serah kuasa. Khalid Ibrahim terperangkap dalam skandal salahguna kuasa. Liz Wong mangsa caturan kuasa. Ir Nizar dirampas kuasanya. Dr Zambry digantung kuasanya. MIC masih nak kuasa di Bukit Selambau. Kita semua jadi gawat tengok orang bermain kuasa.

Lepas tu, ada kuasa di belakang tabir. Ada kuasa di balik dapur. Ada dalang kuasa. Ada boker kuasa. Kita semua jadi bingung kerana tak tau kuasa mana yang menguasai pihak berkuasa.

Oleh itu rakyat jangan main-main dengan kuasa undi masing-masing. Gunakan kuasa itu sebaik-baiknya. Kita tak mau orang yang menang jadi gila kuasa atau salahguna kuasa. Kita juga tak suka tengok orang lupa bahawa kuasa mereka datangnya dari rakyat jelata.

Hari ini banyak politikus nak beli kuasa. Bila dah berkuasa dia akan gunakan kuasa itu untuk memperkukuhkan kuasanya. Dia tak peduli, guna kuasa cara betul atau guna kuasa secara salah. Pokoknya dia mesti tunjuk dia ada kuasa.

Harap-harap Najib yang akan mewarisi kuasa Abdullah akan gunakan kuasa untuk rakyat jelata. Jangan gila kuasa. Jangan salahguna kuasa. Jangan ada kuasa di balik tabir. Jangan ada kuasa di balik dapur. Jangan ada dalang di sebalik kuasa negara. – http://politica-net.blogspot.com/

Saturday, February 14, 2009

KALI NI PUN CAKAP BESAR LAGI?

Tak larat saya nak ulas kenyataan di bawah ini. Tapi, apalah asyik nak cakap besar? Masa PRU 12 dulu cakap besar, BN kalah teruk di empat negeri. Masa PRK Kuala Terengganu, cakap besar lagi, kecundang BN. Kali ni, pun nak cakap besar lagi?

MERSING, 13 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) menerima baik keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Selambau secara serentak pada 7 April depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga pengerusi BN berkata, BN berkeyakinan untuk memperoleh kemenangan pada kedua-dua pilihan raya kecil itu.

"Peluang untuk memenangi (kedua-dua pilihan raya kecil itu) tetap ada dan baik. Apa yang perlu dilakukan adalah merancang kempen dengan baik, bekerja kuat dan bekerjasama.

"Jangan bergaduh, semua mesti beri sokongan penuh kepada calon yang akan dipilih," kata Abdullah yang juga Menteri Pertahanan kepada pemberita selepas menyaksikan demonstrasi serangan amfibi oleh komando Rejimen Gerak Khas di Kem Iskandar, Jumaat. – BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=389639

Sudahlah! Cukupah! Waktu PRK besok, Hang pun bukan lagi Pengerusi BN atau Presiden UMNO. Tapi, betul ke spekulasi blogger Rocky’s Bru yang pembangkang nak bawa usul di Parlimen Malaysia untuk undi percaya pada Hang supaya Hang terus jadi PM? Entahlah, kalut kita semua dibuatnya! – http://politica-net.blogspot.com


Tuesday, February 10, 2009

SAPA AKAN SALAK BUKIT, SAPA AKAN MELUKUT DI TEPI GANTANG?

Siap-siap kita Yop. PRK Bukit Gantang tak lama lagi. Sapa-sapa yang baru ni tunjuk teror, datang le ke Bukit Gantang. Kita tengok je, sapa akan jadi anjing menyalak bukit, sapa yang akan melukut di tepi gantang?

Tapi, kalau saya orang Perak, tentu saya ban KJ dan Abdullah Badawi datang kempen. Suruh dia orang main-main jauh-jauh. Kalau tak, lingkup BN!

Fikir punya fikir, KJ ke Abdullah datang kempen atau tidak, tentu tak ada bezanya. Api kemarahan orang Perak masih belum reda. Puak-puak yang anti-katak lompat tentu akan datang ramai-ramai.

Apa kata Nizar? Berani tak anda tanding di Bukir Gantang? Kalau jantan, tanding le! Tentu ramai member PR akan baring atas jalan untuk sekat orang BN pergi mangkah! – http://politica-net.blogspot.com/

Saturday, February 7, 2009

APA YANG DIJANGKA JADI DAH JADI: CUKUP-CUKUP LA YOP!

Dr. Zambry Kadir dah angkat sumpah jawatan MB Perak. Tahniah! Tapi Nizar masih berdegil dan anggapnya dirinya MB. Nizar juga nak saman Sultan Azlan Shah. Apa nak jadi ni? Cukup la Yop, cukup!

Orang kata macam-macam pasal Perak. Ada yang kata BN rasuah ADUN supaya jadi katak lompat. Ada yang kata BN akan lengkup dalam PRU13. Ada yang kata Najib Razak akan tersepit. Ada yang kata Zambry tak lama jadi MB. Ada yang kata Zahid Hamidi yang akhirnya jadi MB Perak.

Lepas tu, ada juga orang kata PR akan menang kes saman Sultan. Anwar Ibrahim akan kudita Parlimen Malaysia. BN akan hilang kuasa di peringkat pusat. Dan, tunggu saja apa akan berlaku bulan depan.

Kepada saya yang cetek ilmu politik ni, katalah apa yang nak dikatakan. Tapi, apa yang dijangka terjadi, sudah pun terjadi. PR dah jadi pembangkan dalam DUN Perak. BN jadi kerajaan yang baru. Zambry dah jadi MB. Nizar dah jadi ADUN biasa tanpa kuasa. Inilah realitinya realpolitik!

Kalau sapa tak faham maksud realpolitik, cari kamus atau google Wikipedia. Di sana ada jawabnya. Kalau anda nak tanya orang universiti pun apa salahnya. Tapi, intisarinya adalah, politik adalah seni yang serba mungkin. Semalam berkuasa, hari ini hilang kuasa. Semalam tak ada kuasa, hari ini dapat kuasa.

Sebab itu, Zambry kena ingat soal realpolitik ini. Anda kan pakar sains politik. Phd. anda pun pasal politik. Ingat dan insaflah. Hari ini anda ada kuasa. Besok mungkin anda hilang kuasa. Jadi, jangan korup. Jangan kawin satu lagi untuk ada tiga isteri. Jangan main politik sampai rakyat Perak lintang pukang. Jangan salah guna kuasa sampai rakyat binasa. Jangan ingat diri yang paling hebat. Jangan lupa Zahid Hamidi sentiasa berangan nak jadi MB. Jangan lupa Allah SWT.

Untuk semua yang terus-terusan nak kecoh kat kedai kopi, itu tak kena, ini tak kena, cukup-cukup la Yop. Apa yang Tuhan kata jadi, dah pun jadi - kun-fa-ya-kun! – http://politica-net.blogspot.com/