Saturday, January 31, 2009

BANYAKNYA TIKUS NAK BAIKKI LABU!

Bayangkan tikus nak baikki labu yang dia dah korek, dah tebuk, dah balun supaya umat manusia tertipu dan yakin labu tu masih segar dan tak koreng moreng! Gitulah ibaratnya dengan kontroversi LCCT Labu. Hari tu ada berita kata, LCCT Labu dah dibatalkan. Hari ni, Ong Tee Keat cakap, keputusannya dalam tiga minggu lagi.

Agaknya, LCCT LABU ni lazat sangat kot sampai banyak betul tikus yang nak baikkinya supaya rakyat jelata yakin dan tak marah bila LCCT Labu dibina dalam era krisis ekonomi global.

Inilah uniknya zaman Abdullah Badawi. Menteri cokia pun boleh nak atasi keputusan kerajaan. Dia ni sapa? Hari tu dah masuk suratkhabar yang kabinet Dolah dah luluskan kes tu. Hari tu dah banyak blogs kata LCCT Labu dah dibatalkan. Hari ni tikus MCA pulak macam nak baikki labu! Dia kata tunggu tiga minggu baru ada keputusan muktamad pasal la ni Air Asia masih cuba nak rasuah MAAB dengan projek tu dan projek ni. Kalau macam ni, jahanam kita. Banyak sangat tikus yang baikki labu! – http://politica-net.blogspot.com

Tuesday, January 27, 2009

ANTARA JEBAT DAN NAJIB….

Banyak pihak semakin bingung. Kisah pasal Najib Razak tak akan jadi PM makin luas tersebar dan dipolemikkan. Ada yang kata tak jadi. Ada yang bersumpah-sumpah, pasti jadi. Ada juga yang kata Abdullah Badawi terus berkuasa. Tapi, ada juga yang marah-marah dan tanya, apa alasan dia untuk terus berkuasa?

Satu contoh polemik itu adalah seperti yang dikirimkan kepada blog ini:

“Hang Jebat: DS Najib memang belum betul-betul berada dalam situasi yang selesa untuk ambil alih PM bulan Mac ini. Banyak perkara yang berpotensi untuk menggagalkan rancangan ini. Salah satu punca yang paling buruk mungkin datang dari dalam UMNO sendiri. Sesuatu akan ditimbulkan dan impian DS Najib jadi PM akan gagal. Saya memang percaya dan yakin ini akan berlaku. Soalnya sekarang bagaimana agaknya kita nak halang ini semua dari berlaku? Susah. Sangat susah. – 25 Januari 2009”

Habis macam mana? Jadi ke tak jadi? Jadi ke Najib berkuasa? Jadi ke Dollah terus berkuasa? Dalam jadi dan tak jadi, kita semua yang jadi sasau. Kenapalah siasah Malaysia la ni jadi macam ni? – http://politica-net.blogspot.com/

Sunday, January 25, 2009

NAJIB DAN KERAJAAN “AKU DI SEBUAH PULAU”?

Pi mai, pi mai, balik tang tu jugak. Banyak pihak kata, Abdullah Badawi mungkin terus jadi PM selepas Mac 2009. Mereka sanggup potong ayam kalau gossip ni tak betul.

Aduhai, gossip macam ni cukup memeningkan kepala. Tapi, pihak yang sanggup potong ayam kata, Dollah memang akan terus berkuasa. Kata mereka, kalau tak akan terus berkuasa, kenapa ada aura-ura dia nak rombak kabinetnya? Kenapa sebar cerita kononnya Najib Razak mungkin dikecundangkan menerusi kes mahkamah yang sedang berjalan sekarang? Kenapa ada cerita mengenai beberapa komponen BN, termasuk di Sabah dan Sarawak, kononnya dipujuk untuk keluarkan kenyataan supaya Dollah terus berkuasa?

Kepada soalan, macam mana nak jadi PM kalau Presiden UMNO Najib pegang, jawabnya: pastikah Najib jadi Presiden? Macam mana soal di Dewan Rakyat, jawabnya: Dollah boleh buat sandiwara, suruh orang BN bawa usul tak percaya ke atasnya. Lepas tu, ada orang BN undi dia dan ada orang pembangkang sokong dia. Tolak campur, tolak campur, usul itu kalah, Dollah menang undi dan terus jadi PM!

Aduh, ke situ perginya? This is a very simplified version of a very complicated and a very delicate issue. Kalau macam inilah calculation otak orang Dollah, sapa yang nak percaya? Tapi, kalau tak nak percaya, macam mana kalau ini betul?

Harap-harap Najib bersabar. Kalau betul semua cerita karut ni, kita bungkuslah apa yang patut, lepas tu kita belilah mana-mana pulau Indonesia di Laut China Selatan dan buat satu negara dan kerajaan baru – kerajaan dan negara AKU DI SEBUAH PULAU!!!! – http://politica-net.blogspot.com/

Friday, January 23, 2009

KU LI MENTERI EKONOMI DAN KEWANGAN?

Ini gossip terbaru. Nak percaya susah. Tak percaya pun susah. Kata pihak yang bawak cerita, Abdullah Badawi tengah mencongak nak buat rombakan kabinet sebelum bersara. Salah seorang yang mungkin diberi tempat ialah Tengku Razaleigh Hamzah @ Ku Li. Konon ceritanya, Ku Li akan jadi Menteri Ekonomi dan Kewangan.

Eh, kalau macam tu best la. Banyak pihak tentu happy. Ku Li memang ada gaya, ada cara, ada pengalaman, ada pemikiran mengenai ekonomi dan kewangan. Tentu Ku Li boleh ubati krisis ekonomi global di peringkat negara kita dengan bijaksana.

Tapi, apa halnya Abdullah nak rombak kabinet waktu dah nak bersara? Adakah ini bayang-bayang yang beliau akan terus berkuasa? Hiss, mana logik? Abdullah tak pertahankan lagi jawatan Presiden UMNO. Habis macam mana nak jadi PM lagi?

Ini gila punya cerita kot! Tapi dalam gila tak gila, kalau Ku Li jadi Menteri Ekonomi dan Kewangan, tentu ramai orang sokong…. http://politica-net.com.my

Friday, January 16, 2009

KALAU MENANG, ABDULLAH BERKEPAK MACAM MERAK, KALAU KALAH, NAJIB TERUK KENA BANTAI…

Hari ini Abdullah Badawi berdebar-debar hatinya. Najib Razak lagi berdebar-debar jantungnya sejak hari penamaan calon. Abdullah nak BN menang dalam PRK Kuala Terengganu. Kata orang, kalau menang, Abdullah akan berkepak bagaikan merak. Kata banyak pihak, Abdullah akan jadi gitu kerana calon BN adalah calon proksinya. Najib pun sangat-sangat berharap BN menang. Kalau menang, kepala dia selamat dari kena hentam oleh puak Abdullah. Kalau kalah, selamat Najib – kepala dia pasti akan dibalun dengan pelbagai tohmah dan tuduhan oleh kaum kerabat Abdullah dan menantu lelakinya.

Lantas, apa kesudahannya? Abdullah nak BN menang. Tapi, orang tak suka dia berkepak macam merak bila BN menang. Habis tu, nak bagi BN kalah? Kalau kalah, kesian Najib. Tentu dia kena balun habis-habisan.

Kalau gitu, pandai-pandailah pengundi Kuala Terengganu buat pertimbangan dan pilihan sewajar-wajarnya dan sebijak-bijaknya. Kita tak mau Abdullah berkepak macam merak. Kita juga kesian jika Najib kena bantai dan kena balun akibat kekalah BN.

Esok pergilah mengundi dengan niat masing-masing. Kemudiannya, tunggulah keputusannya dengan tenang. Jika ditakdirkan BN menang, syukur Alhamdulillah. Jika sebaliknya, terimalah itu sebagai sesuatu yang muktamad daripada Allah SWT! – http://politica-net.blogspot.com/

Friday, January 9, 2009

ABDULLAH BADAWI TAK PAYAHLAH KEMPEN DI PRK KT…..

Jangan cakap besar, jangan over confident, jangan perkecilkan kesan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap PRK Parlimen Kuala Terengganu. Saya ingatkan Abdullah Badawi jangan cakap besar, jangan over confident, jangan underestimate Mahathir sebab dalam PRU12 dulu Abdullah pernah cakap besar, pernah over confident dan pernah perlekehkan Mahathir. Kesannya, padah dan musibah menimpa BN di Kedah, Pulau Pinang, Peraj dan Selangor!

Lebih elok Abdullah tak payah cakap apa-apa pasal PRK tu. Tak payahlah kata, Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon PRK tu “mengambil risiko kehilangan jawatan dalam kerajaan” kononnya sebagai bukti yang calon BN tu “serius untuk berkhidmat kepada rakyat di Parlimen Kuala Terengganu.”

Orang Kuala Terengganu akan ketawakan kenyataan macam tu. Mereka akan kata, sapa suruh Farid ambil risiko? Mereka akan tanya, kenapa tak bagi peluang Zuber Emnbong jadi calon? Mereka akan tempelak Abdullah, bukankah sekumpulan penghulu dan pemimpin akar umbi di Kuala Terengganu dah antar mesej yang Farid tu kurang diterima pengundi setempat?

Sebab tu Abdullah tak payah buka mulut. Sebab tu juga jangan suruh akhbar internet The Malaysian Insider yang dikepalai Brendon Preira (kawan baik menantu lelaki Abdullah) – dulu di NST – tulis sesuatu perlekehkan Mahathir.

Orang Kuala Terengganu pun kenal sapa Brendon Preira ni. Dia ni dah hapuskan suara Melayu dalam akhbar Inggeris NST yang dimilikki UMNO. Dia ni ikut telunjuk orang Temasik. Dia ni, orang kata, main peranan macam Alex Josey di zaman Lee Kuan Yew dan Tunku Abdul Rahman dulu. Kalau Alex Josey tu main peranan perlekehkan Melayu, Brendon Preira ni kita tengoklah sendiri!

Inilah cakap Abdullah dalam akhbar internet Brendon Preira:

"Dr Mahathir can say anything he wants. He is irrelevant to us. We know what we are doing and we know what we want, we will continue to fight to defend the seat," Abdullah said after meeting party workers involved in the Kuala Terengganu by-election.

Betul ke Mahathir tak relevan lagi dalam politik Malaysia atau politik di Kuala Terengganu? Mahathir la yang letupkan cerita Patrick Badawi yang gunakan wang ehsan untuk biayai Monsoon Cup. Siapa Patrick Badawi? Orang Kuala Terengganu belum lupa. Apa hubungan manusia ni dengan Farid dan abang kepada Farid yang pernah jadi exco JKR Terengganu sewaktu projek Monsoon Cup dilaksanakan? Kisah ni pun orang Kuala Terengganu tau dan belum lupa!

Sebab tu Abdullah ni patut ikut Musa Hitam yang perkenalkan perkataan elegent silence. Tengok, Musa buka mulut pasal IJN pun dah kena tembak, batal. Kalau dia pegang prinsip elegent silence tentu Sime Darby tak malu kan?

PRK Parlimen Kuala Terengganu ni penting kepada BN. Abdullah tak payah buka mulut. Biarkan Najib, Ahmad Said dan Idris Jusoh kerja kuat-kuat. Kalau menang berbaloi, kalau kalah pun Abdullah tak akan dituduh apa-apa! – http://politica-net.blogspot.com

Wednesday, January 7, 2009

ALHAMDULILLAH, IJN SELAMAT!

Pada jam 6.55 petang, 6 Januari 2009, saya buat posting pasal IJN dengan jodol TOLONGLAH BATALKAN PENSWASTAAN IJN. Pada jam 8.28 malam, blogger Nobisha hantar komen “Dah batal dah pun!”

Sahabat-sahabat bloggers lain yang memecahkan berita gembira ini termasuklah: Mohd Ashraf: Sime Darby abandons IJN bid, reputation battered; Shamsul Yunos: IJN saved, hopefully; Maria Samad: Sime Darby drops IJN plan – Malaysiakini; Apanama: IJN SAVED; Nuraina A Samad: IJN Deal Off..; Rocky: Sime Darby gives up on IJN; dan Jelapang: SIME DARBY TAK JADI RAMPAS IJN!

Syukur Alhamdulillah! – http://politica-net.blogspot.com

Tuesday, January 6, 2009

TOLONGLAH BATALKAN PENSWASTAAN IJN

Saya tidak memusuhi Sime Darby. Warga korporat ini banyak peranannya dalam memajukan ekonomi negara. Tetapi, saya membantah sekeras-kerasnya usaha Sime Darby mahu mengambilalih 51 peratus saham Institut Jantung Negara (IJN).

Pada ketika ini banyak blogs tempatan yang membantah penswastaan ini. Mereka juga berkempen supaya penswastaan ini dibatalkan. Ini jelas daripada pemaparan banner yang membawa mesej penentangan ini.

Semoga Tun Musa Hitam selaku Pengerusi Sime Darby dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri memahami dan menghormati kehendak serta tuntutan rakyat jelata Malaysia terhadap perkara ini.

Biarkanlah IJN tetap IJN yang wujud selama ini tanpa campur tangan mana-mana entiti korporat setempat. Dan, janganlah desak rakyat jelata untuk bertindak lebih tegas dalam usaha mereka mempertahankan status quo IJN ini. – http://politica-net.blobspot.com

Saturday, January 3, 2009

INI SATU LAGI BERITA SERIUS DAN GEMPAQ

Wau, wau, wau.. Ini satu lagi berita serius dan satu lagi kisah gempaq. Blogger Datuk Fuad Hassan, adik pelakon Datuk Jalaluddin Hassaan dan IGP Tan Sri Musa Hassan, baru je antar posting gempaq. Cukup gempaq. Cerita ni pasti bikin Najib Razak kecut perut, Anwar Ibrahim terangkat-angkat punggung tak senang duduk, Abdullah Badawi pulaknya, senyum simpul, meleret-leret, penuh dengan berjuta makna!

Ini posting gempaq Tok Fuad:

PAK LAH MASIH MAHU KEKAL PM
(SEMBANG POLITIK SMS)

Politik ialah teori serba mungkin. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Jangan pekakkan telinga jika kita dengar sesuatu yang baru tetapi apa yang perlu ialah kita menghalusi dan menyiasatnya.

Saya ingin berkongsi pandangan dengan pembaca apabila seorang rakan saya yang merupakan penyokong kuat Pak Lah menghantarkan mesej pesanan ringkasnya sebagai ucapan selamat tahun baru kepada saya. Katanya, “Tahun baru yang kini tiba adalah satu transformasi perubahan kearah kebaikan, bergerak ke hadapan serta menggapai harapan tinggi untuk tamadun sebuah bangsa,"

"Semoga Allah yang Maha Esa memberi kekuatan, kesabaran dan Perlindungan kepada YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi agar terus mengangkat tamadun ini ke persada lebih terbilang, rakyat kembali meyakini beliau, bersatulah kita untuk membantu beliau kearah transformasi ini, kita ketepikan pemimpin yang rakus, haloba, tidak mengenang budi serta…..Ayuh Malaysia, beri peluang kepada Pak Lah meneruskan cabaran tersebut..”

Saya membalas bertanya, ada peluangkah Pak Lah terus sebagai Perdana Menteri sehingga pilihanraya yang ke 13 dan beliau menjawab Insya Allah jika Allah izinkan, itulah yang akan berlaku. Maka saya terus ingin mendapatkan penjelasan lanjut dengan bertanya bagaimana prosesnya?.Maka kawan baik saya ini menurunkan senarai yang mungkin ada lojiknya. Menurut beliau;

1) Akan ada perkara yang mengejutkan akan berlaku pada sidang parlimen bulan januari 2009 nanti, di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli parlimen Pakatan Rakyat (82 ahli) akan membuat usul menyokong kepimpinan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia. Berkemungkinan ‘separuh’ dari BN akan menyokong. Menurut beliau sebenarnya ianya hanya untuk menunjukkan yang PR tidak boleh terima Najib sebagai PM. Disitu, tambahnya lagi mana-mana ahli parlimen khususnya dari UMNO yang tidak menyokong akan terlibat dengan rombakan kabinet sebab ia ada kaitan dengan pemilihan MCA yang lepas.

2) Menurut beliau, sekiranya di Kuala Terengganu calon BN tumbang, itu merupakan mesej jelas dari UMNO, PR dan rakyat yang mereka tidak boleh terima Najib sebagai PM.

3) Katanya, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan lebih menguatkan Pak Lah.

4) UMNO dan Rakyat telah lihat kerakusan Najib dalam isu Eurocopter, Nombor ekor dan pembelian Institut Jantung Negara selainnya Altantuya.

Kalau nak baca lagi kisah gempaq ni, klik http://dakwat-kertas.blogspot.com/2009/01/pak-lah-masih-mahu-kekal-pm.html

Lepas baca posting gempaq ni, saya termenung. Lepas tu saya teringat, malam New Year baru ni, seorang sahabat saya juga ada antar SMS. Katanya, satu perkembangan antarabangsa mungkin akan gempaqkan politik Malaysia 2009. Bila saya call dia, dia kata, ada pihak mungkin nak bukak kes Najib di peringkat antarabangsa. Kita kena sabar dan tunggu kalau perkembangan tu betul-betul terjadi seminggu dua lagi.

Betul ke begitu? Perkembangan apa agaknya? Kes apa agaknya? Sapa pulak agaknya nak main drama politik antarabangsa ni ya? – http://politica-net.blogspot.com

INI SOALAN SANGAT-SANGAT AMAT SERIUS. MELAYU TU APA?

Rukun Islam LIMA perkara. Rukun Iman ENAM perkara. Perkataan Melayu dieja dalam jawi dengan gunakan LIMA abjad – MIM-LAM-ALIF-YA-WAU. Kenapa?

Ini persoalan serius. Kalau semalam saya kata, persoalan pasal Bahasa Jiwa Bangsa, amat serius. Persoalan di atas lagi sangat-sangat amat serius. Kalau semalam saya kata, soal pasal Bahasa Jiwa Bangsa, amat berat. Persoalan di atas lagi sangat-sangat amat berat.

Kisahnya begini. Hari ni, saya jumpa sahabat saya - Anak Melaka. Dia tanya saya, Melayu tu apa? Saya terkejut monyet. Tapi, dalam terkejut-terkejut pun sempat saya cakap dalam hati, Anak Melaka ni dah tebiat agaknya? Lepas tu, saya jawab, Melayu tu Bangsa Melayu, Orang Melayu, bahasanya Bahasa Melayu.

Anak Melaka tu senyum. Dia angguk-angguk. Dia setujulah tu – Melayu tu Bangsa Melayu, Orang Melayu, Bahasa Melayu.

Dalam senyum-senyum tu, Anak Melaka tu tanya lagi. Tak Akan Melayu Hilang Di dunia, apa maksudnya? Saya tenung muka dia dan jawab, itu kata-kata hikmat Hang Tuah!

Kata Anak Melaka tu, betulllah. Itu memang kata-kata hikmat Hang Tuah. Tapi, bila Hang Tuah kata, Tak Akan Melayu Hilang Di dunia, apa maksud dia?

Alamak kacang putih punya soalan! Saya pun jawab, bila Hang Tuah kata, Tak Akan Melayu Hilang Di dunia, Bangsa Melayu, Orang Melayu, Bahasa Melayu tak akan hilang daripada muka bumi.

Tiba-tiba anak Melaka tu kata, salah! Tak betul! Bangsa Melayu akan pupus, kalau tak ada jatidiri. Orang Melayu akan bungkus, kalau terus-terus macam hari ni. Bahasa Melayu akan lesap, kalau Bangsa Melayu dah tak tau cakap Bahasa Melayu, Orang Melayu malu nak cakap Bahasa Melayu. Ini semua boleh jadi.

Muka Anak Melaka tu serius. Dia ingatkan saya yang dia tu anak Melaka. Dia dari Kampung Duyong, kampung asal Hang Tuah. Kata dia, ramai orang Duyong turun temurun keluarga Hang Tuah. Tapi, ramai orang Duyong pun tak tau jawab soalan ni.

Saya pun ikut serius. Cukup serius. Kalau orang Duyong pun banyak yang tak tau, saya apa lagi? Saya pun senyap. Soalan Anak Melaka tu betul-betul buat saya bengang. Bengang habis.

Anak Melaka tu sambung cakapnya. Nah… sebab banyak Orang Melayu tak tau maksud kata-kata hikmat Hang Tuah ni, sebab tu ada Orang Melayu dah tak berani nak kata, cium keris tu adat warisan Melayu. Sebab tu bila kena balun oleh bukan Melayu, dia orang gelabah sampai mintak maaf. Orang Melaka panggil Melayu macam ni Melayu celanat, lahabau, cencalok! Istiadat pertabalan Raja-Raja Melayu, cium keris. Kalau ni bukan adat, suruhlah bukan Melayu buat demo ke Istana Sri Menanti tak lama lagi. Suruh dia orang desak, dalam istiadat pertabalan tu, jangan sapa-sapa cium keris. Takut perbuatan tu provokasi bukan Melayu.

La, ke situ pulak Anak Melaka tu melencong. Nak pendekkan cerita, dia pun jelaskan pada saya. Katanya, kenapa perkataan MELAYU dalam jawi dieja gunakan LIMA abjad – MIM-LAM-ALIF-YA-WAU? Rukun Islam, LIMA. Rukun iman, ENAM. Ejaan Melayu dalam jawi guna LIMA abjad. Semua, LIMA, ENAM, LIMA kan? Nah, inilah kuncinya kalau nak tau, Melayu itu apa?

Saya surrender. Saya biarkan Anak Melaka tu terus cakap. Anehnya, sampai takat tu, dia kata, kalau nak tau lebih, kita perlu guna ILMU. Tak ada ilmu, kita jahil. Tak ada ilmu, Bangsa Melayu pupus. Tak ada ilmu, Orang Melayu hanyut. Tak ada ilmu, Bahasa Melayu lingkup.

Lepas tu, dia terus berhenti. Dia menyerahkan penjelasan itu kepada saya dengan penuh tanda tanya – adakah bila Hang Tuan kata, Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia, maksudnya Bangsa Melayu ke, Orang Melayu ke, Bahasa Melayu ke, Empayer Melayu ke, Kuasa Melayu ke, semua akan pupus jika Bangsa Melayu tidak ada ilmu, enggan menuntut ilmu, tak mahu menguasai ilmu, tak mau gunakan ilmu? Itu ke maksud Anak Melaka tu? Harap-harap ada professor-professor baca posting ni dan kaji soalan ni. Tapi, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui segala-galanya! – http://politica-net.blogspot.com/

Friday, January 2, 2009

BAHASA JIWA BANGSA - BAHASA MELAYU ADALAH BAHASA ILMU BERKURUN LAMANYA

Tema tulisan saya kali ini berat dan serius. Ia merujuk kepada peruntukan Perlembagaan Malaysia yang memaktubkan Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara. Ia merujuk kepada dasar sekolah satu aliran di mana hanya Bahasa Melayu digunakan untuk semua subjek kurikulumnya. Ia juga merujuk kepada persoalan mengapakah subjek matematik dan sains mesti diajar dalam bahasa Inggeris.

Sempena tahun baru ini, semua pihak perlu memikirkan tema Bahasa Jiwa Bangsa. Pada awal 1970-an, tema ini dijadikan lagu perjuangan di Radio Malaysia. Tema ini melandasi perjuangan mewujudkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tema ini diperjuangkan secara gigih dan gagah oleh pencinta serta pejuang bahasa.

Hari ini, bagaimana? Kenapakah dinafikan bahawa Basasa Melayu sudah terbukti menjadi bahasa ilmu sejak berkurun lamanya? Di manakah suara pencinta dan pejuang bahasa mengenai hal ini? Di manakah azam dan cita-cita kita semua untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu? Sudah berakhirkah perjuangan kita menuntut supaya subjek matematik dan sains diajar semula dalam bahasa ibunda tercinta? – http://politica-net.blogspot.com