Friday, June 5, 2009

Ini diplomasi ala-todak ke?

Bila baca portal Brendon Preira, bingung saya dibuatnya. Dia kata, Lee Kuan Yew nak rantau-rantau ke Tanah Melayu minggu depan. Itu tak jadi hal. Yang jadi halnya, atas diplomasi apa Lee Kuan Yew ni boleh berjumpa pemimpin-pemimpin di peringkat negeri? Dia nak mengadap Agong dan Sultan-Sultan, ok. Dia menemui Najib dan Muhyiddin, pun ok.

Tapi, bila dia pun akan jumpa presiden MCA dan Naib-Naib Presiden UMNO, secara asing-asing, atas hukum diplomasi mana Kerajaan Malaysia gunakan untuk izinkan perjumpaan ini? Kitab diplomasi mana Lee Kuan Yew gunakan maka menteri Singapura boleh jumpa pemimpin pada peringkat parti secara berasingan daipada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN?

Lagi pening kepala bila Lee Kuan Yew juga akan jumpa MB Selangor, MB Perak, MB Kelantan dan KM Pulau Pinang. Apa pasal diplomasi macam ni boleh kita izinkan? Apa istimewanya dia ni sampai Malaysia beri laluan kepada semua kehendaknya di Tanah Melayu ni?

Apa dah jadi dengan Malaysia? Lee Kuan Yew diizinkan jumpa pemimpin Malaysia di peingkat negeri secara senang-senang aje. Kita ni macam mana ni? Apa hal yang kita ni macam kena pukau dek Singapura?

Saya ni tak lah pandai sangat. Tapi, bayangkan seorang menteri kanan Malaysia rantau-rantau ke Singapura. Boleh tak menteri tu diizinkan jumpa pemimpin masyaakat Melayu, jumpa pihak parti pembangkang dan bagai-bagai lagi? Tentu mustahil kan?

Kalau gitu, apa pasal mudah sangat Lee Kuan Yew rantau-rantau jumpa orang PKR, jumpa orang PAS, jumpa Presiden MCA dan bagai-bagai? Kalau senang sangat, suruhlah jumpa Hindaf, Ayah Pin, Chief Along dan lain-lainnya. Itu baru diplomasi gila namanya!

Dalam kajian antarabangsa, Machiavelli ada mengatakan, kedaulatan dan kepentingan negara mesti dijaga secara penuh cemburu. Kerajaan mesti waspada gerakan jirannya. Kerajaan mesti curiga pada apa jua detik dan detak yang dilakukan oleh jirannya. Kerajaan mesti tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang memang jelas sentiasa jadi duri dalam daging.

Itu Machiavelli cakap. Kita ni macam mana ya? Tak cemburu ke? Tak hairan ke? Tak tertanya-tanya ke apa halnya Lee Kuan Yew diizinkan rantau-rantau macam tu? Kalau tanya saya, ini tak betul. Tapi, sapa lah saya? Atau, sapa lah rakyat jelata kan? Lantak lah, tentu pemerintah lagi bijaksana kan? – http://politica-net.blogspot.com

Friday, May 29, 2009

Divided we fall. United we stand. HIDUP MELAYU!!!!


Siap sedialah kita semua (orang Melayu macam saya khususnya). Kita balik kampung, kita tanam kacang. Saya jadi pesimis gila sebab hari ini saya melihat tanda-tanda yang negara kita mungkin akan runtuh dan kacau bilau tak lama lagi. Sebabnya kerana hari ini sudah muncul generasi muda kita yang terlalu sangat merindui Chin Peng. Sebabnya kerana hari ini juga sesetengah etnik bukan Melayu memang amat melampau dan keterlaluan. Rasa tamak, haloba, hasad dan dengki mereka terhadap Melayu has gone beyond reasons, terus membara dan tidak pernah padam.

Saya nak balik kampung dan tanam kacang kerana di sanalah saya diajar sejarah mengenai Chin Peng secara praktikal dan secara real. Di kampung mundur di zaman penjajah itu saya selalu didendangkan oleh Nenek, Atuk, Emak, Bapak, Pakcik, Makcik, Guru Quran, Cikgu Sekolah, Ketua Kampung dan Pak Iman bahawa Chin Peng adalah kepala pengganas komunis yang paling zalim dan amat kejam.

Saya siap-siap nak balik kampung kerana bimbang kalau terus duduk dalam bandar saya mungkin jadi mangsa keganasan yang putik dan kuntumnya kelihatan sedang kembang dan mekar. Saya siap-siap nak balik kampung kerana saya nak menuntut ilmu kebal untuk pertahankan diri, keluarga dan kampung saya daripada serangan gelora PKM di era merdeka. Saya nak balik kampung kerana di sana aman damai, tak ada dilema etnik dan tak akan ada pertembungan etnik.

Tapi sebelum saya balik kampung dan tanam kacang, saya nak ingatkan kalangan anak bangsa saya yang segelintir daripadanya hari ini dijangkiti sindrom lupa sejarah, sindrom liberalisme songsang dan sindrom internasionalisme ala-starbucks bahawa masalah etnik di Malaysia hari ini adalah amat kronik tahapnya.

Kroniknya begini: orang keturunan pendatang mengasak kita dan berkata, apa guna ada Fasal 153 dalam Perlembagaan Negara untuk lindungi Melayu dan Bumiputera, Melayu liberalis-internasionalis ala-starbucks pun ikut bertanya, ya lah buat apa ya? Keturunan emigran mendesak kita buang kuota 30 peratus untuk Bumiputera, puak Melayu liberalis-internasionalis ala-starbucks pun ikut menjerit, ya lah buat apa kita nak ada kuota untuk Bumiputera? Dan seterusnya dan seterusnya dan seterusnya kelompok Melayu liberalis-internasionalis ala-starbucks pun turut setuju dengan jeritan suara cucu-cicit emigran itu.

Fahamilah. Masalah etnik berdarah yang pernah meletus di tanah air ini pada 13 Mei 1969 adalah akibat Agama Islam, Raja-Raja Melayu, hak-hak Melayu dan Bahasa Melayu diinjak-injak oleh segolongan etnik bukan Melayu. Saya lihat sendiri betapa lupa daratannya orang-orang keturunan emigran ini sewaktu melalui Jalan Othman di Old PJ waktu tu. Mereka menjerit-jerit, Melayu balik kampung, Melayu babi, Melayu lancau (pardon me!), Melayu tak ada kuasa!!! Waktu tu saya student. Saya lihat gelagat tu dari celah-celah pagar kolej. Waktu tu cufew. Kami cuma makan kulit roti. Kami kehabisan stok roti kerana waktu tu semua orang tak berani keluar pagar atau keluar dari rumah. Etnik bukan Melayu sedang berkinja-kinja menghina Melayu.

Kalau lusa atau tulat ada lagi masalah etnik di Malaysia, puncanya pun sama. Tapi kali ni lebih hebat kerana ada Melayu yang akan turut mendukung perjuangan etnik bukan Melayu ini. Saya cabar Melayu liberalis-internasionalis ala-starbucks kalau ramalan saya salah. Saya tak akan guna teori-teori keselamatan kontemporari untuk membuat ramalan ini. Tapi saya gunakan ketajaman pemikiran Melayu lama untuk memprediksikan perkara ini.

Saya tidak akan mendesak pemerintah untuk mensecuritisedkan soal-soal dilema etnik ni menjadi ancaman keselamatan. Itu terserahlah kepada pemerintah untuk memikirkannya. Tapi, satu perkara adalah hakikat. Desakan etnik bukan Melayu ni lazimnya menjadi-jadi dan keterlaluan bila Melayu yang jadi tunggak kuasa itu lemah dan terlalu berkompromi sebab takut kehilangan kuasa.

Fikirkan dan fahamilah apa maksud saya ini. Sejak lima tahun yang lalu bukankah Melayu yang berkuasa terlalu berkompromi sehingga orang Melayu sendiri rasa terpinggir dan dianaktirikan? Melayu demo di Kuala Terengganu untuk tuntut pilihanraya adil, ditembak dengan peluru hidup. Untuk halalkan insiden tu tuduh kononnya Melayu yang ditembak (syukur Alhamdulillah tak terkorban) adalah antara Melayu yang bakar bendera Jalur Gemilang.

Lepas tu ada demo India dekat Pejabat PM di Putrajaya, tak pun dia orang tu kena tembak. Lepas tu ada Cina demo di ladang babi mereka di Melaka, mereka pijak Jalur Gemilang, mereka baling bom molotov pada polis, tak pun kena tembak (ini versi suratkhabar arus perdana).

Lepas tu ada India demo di KL. Dia orang pukul dan cederakan polis. Dia orang ditangkap dan masuk court. Tapi lepas tu PM suruh bebaskan (ini ada berita hitam putihnya juga dalam media arus perdana).

Jadi, mendidihlah darah Melayu. Dah lah demo haram dan pertubuhan pun haram. Dah lah dia orang mintak Perlembagaan Pesekutuan dimansuhkan (ini namanya treason). Tuntutan dan desakan mereka anehnya di layan. Ini menyebabkan Melayu mendidih marahnya.

Hari ni, sejarah Melayu dan asal usul Melayu dipersoalkan. Orang yang mempersoalkan tidak diapa-apakan. Orang yang menegakkan kebenaran dikenakan tindakan. Hari ini Raja-Raja Melayu diperlekehkan orang bukan Melayu. Tapi ada Melayu turut serta dan menyokong. Inilah dilema Melayu.

Sebenarnya, datuk nenek kita sentiasa berpesan. Lepas betis jangan berikan peha. Dagang lalu jangan ditanakkan. Itik di air jangan biarkan kehausan. Anak di rumah jangan mati kepalaran.

Cerdik pandai keselamatan pula ada berpesan, kuasa mesti dipertahankan secara tegas dan tanpa kompromi kerana jika kehilangan kuasa, sesebuah negara berdaulat dan merdeka akan kacau-bilau dan huru-hara.

Jadi sapa yang sedang berkompromi hari ini. Sapa yang sedang kena tolak dan sapa pula yang sentiasa beransur-ansur menolak Melayu ke tembuk dan ke penghujung sejarah?

Cetusan saya kali ini bukan hasutan. Tetapi hanya ingatan kepada anak bangsa dan pemimpin bangsa saya sendiri supaya mereka bertegas dan jangan berkompromi demi kuasa Melayu. Cetusan ini juga buat etnik bukan Melayu yang mencabar kesabaran Melayu pada ketika ini supaya mereka juga insaf dan berhentikan gelagat mereka sebelum Melayu betul-betul hilang perhitungan.

Tetapi, kerana saya bimbang saya akan jadi penghasut, sebab tu saya nak balik ke kampung untuk cool down. Untuk elak diri saya dijerangkap dilema dan jadi marah, sebab tu saya nak balik kampung dan tanam kacang. Sambil-sambil tu saya akan didik seluruh anak Melayu di kampung supaya bila dah jadi pandai dan bijak jangan lupakan kacang dan jangan lupakan kulit kacang. Tak kiralah kacang panjang, kacang tanah, kacang parang atau kacang kuda, asalkan kacang. Tanpa kulit, kacang ni akan cepat reput dan musnah. Sama macam kita orang Melayu, tanpa jatidiri Melayu dan rasa cintakan Melayu, kita akan musnahkan bangsa Melayu.

Saya juga akan tanamkan ke dalam jiwa anak-anak Melayu di kampung saya, bila terjumpa anak Melayu yang lupakan kulit kacang, balun mereka puas-puas. Bukan secara fizikal. Secara intelektuil. Sedarkan mereka kalau anak Melayu yang dah cerdik pandai dah tak boleh diharapkan untuk jaga bangsa Melayu dan Tanah Melayu, lebih baik anak Melayu Kampung menghurai silat dan mengamuk di sepanjang jalan. Bukan untuk membunuh bukan Melayu sebagai balas dendam kepada pengganas komunis yang membunuh Melayu. Tetapi untuk membelasah mana-mana anak Melayu yang dayus dan lupakan diri bahawa mereka adalah Melayu.

On the more serious note: The ethnic problem in our contemporary Malaysia is at the most chronic stage. Come what may, please watch out and please be forewarned! Only the Malays can stop this from happening. United we stand. Divided we fall. The choice is not yours or mine. The choice is for us all. MELAYU! – http://politica-net.blogspot.com/

Sunday, May 17, 2009

Syabas Awang Selamat. Kita tabik pada anda dan sentiasalah jaga hati Melayu dan pertahankanlah hak Melayu!

Syabas Awang Selamat! Bisik-bisik anda kali ni menyengat. Macam ni baru ramai lagi Melayu nak baca Utusan dan Mingguan Malaysia. Kalau tak, dok terus meredumlah edaran harian anda.

Kawan-kawan yang nak baca komen Awang Selamat kali ini rujuklah kepada link di bawah ini:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

Diharapkan Utusan dan Mingguan Malaysia selalu-selalu siarkan tulisan memperjuangkan hak-hak Bumiputera dan Melayu, Raja-Raja Melayu dan lain-lainnya. Jangan kita asyik kena tolak tapi bukan Melayu pula yang kian beransur. Tolak-ansur perlu dipadamkan dari mentaliti pejuang Melayu hari ini.

Bab si Uthayakumar, Hindar pertubuhan hamar tu, biaq pi sama dia. Kalau perlu, Utusan Malaysia kena cadangkan para peguam Melayu supaya adakah satu pakatan untuk menyaman dia sampai kaw-kaw dia pengsan. Sebabnya, dalam memo dia pada Abdullah 2007, dia kata Perlembagaan kita menindas kaum India. Dia juga buat statement, UMNO musuh dia.

Kita tengoklah kalau Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang baru berani cabar manusia pemimpin pertubuhan haram ni!

Apapun, kita semua, Melayu dan Bumiputera, tidak perlu berganjak untuk pertahankan hak-hak dan keistimewaan kita dalam Perlembagaan Negara. Kalau ada Melayu nak julang pemimpin pertubuhan haram ni, pun biaq pi dengan depa.

Satu hal, Awang Selamat hari ni amat berani dan patut dipuji. Hendak-hendaknya bila dia kata bahawa “bumi Malaysia ini bertuah untuk semua kaum termasuk golongan minoriti. Tetapi jika merasakan sebaliknya, sesiapa sahaja bebas untuk berhijrah ke negara lain yang difikirkan lebih baik. Tepuk dada, tanya selera.”

Syabas Awang Selamat. Kita semua tabik dan respek anda. Selamat berjuang! – http://politica-net.blogspot.com/

Monday, May 11, 2009

Jangan biarkan pisang buah dua kali!

Saya rasa menyirap darah bila baca cerita tahanan ISA kata dia tak akan terima kasih kepada kerajaan kerana dibebaskan dua hari lalu. Dia tu sapa? Pi jalanlah dengan dia. Tapi kalau saya jadi kerajaan, saya akan simpan orang macam tu lama-lama dalam tahanan. Apa taknya? Kan dia yang kata Perlembagaan kita menindas dan perlu dihapuskan. Kan dia yang kata UMNO lakukan pembasmian etnik kaum India. Kan dia yang kata macam-macam sampai ramai umat Islam nak ganyang dia.

So what? Nak tunjuk teror jangan kat Malaysia. Tapi kerajaan kita pun satu hal jugak. Orang macam tu di tahan ISA bukan kena soal-siasat dulu. Tahan terus simpan di Kemunting. Jadi, kerajaan tak taulah kenapa dia kata macam-macam pasal Perlembagaan dan UMNO. Tak ada gunanya tuduh dia itu dan ini bila kena tahan terus disimpan kat Kemunting. Silap besar. Silap besar. Dah tu ada pulak orang kita yang memihak kepada dia. Orang ni gila kuasa. Apa saja asalkan dia dapat kuasa, dikira halal. Dia mana kira bangsa tergadai ke negara tergadai?

Sebenarnya, kerajaan yang baru digantikan PMnya memang banyak silap dalam kes ni. Sebab PM dulu lah Melayu hari ini jadi macam warga kelas 3. Orang yang ketuai pertubuhan haram diberi layanan istimewa. Pertubuhan haram didengar cakap dan dilayan desakannya. Panjat kepalalah jadinya. Kan haru-biru kita semua dibuatnya.

Harap-harap Najib tak ulangi kesilapan besar PM yang lalu. Harap-harap Najib tegas dengan pihak yang mengganggu-gugat keselamatan negara, ketenteraman awam, keharmonian agama, dan perpaduan masyarakat. Jenis-jenis manusia yang tak mau ucap terima kasih bila keluar daripada tahanan ISA tak usah dipedulikan. Tapi lain kali kalau ada jenis manusia seperti tu simpan dia lama-lama kerana dia adalah contoh elemen yang mengharu-birukan negara. Awaslah kita semua. Jangan izinkan pisang berbuah dua kali! http://politica-net.blogspot.com

Friday, May 8, 2009

Lancarkan gerakan sepadu selamatkan remaja Melayu

Tiga wanita terkorban dek kes ragut. Kejam memang kejam. Tapi, jangan kita salahkan polis. Kita gesa kerajaan, mulakanlah gerakan bersepadu membanteras jenayah remaja, daripada kes rempit, kes ragut, kes ponteng sekolah, kes lepak, kes hidu gam, menghisap dadah dan sebagainya.

Kerahkan polis, Rela, askar, penguatkuasa agama dan seluruh agensi kemasyarakatan lainnya, termasuk yang di bawah tanggungjawab Shahrizat supaya hapuskan jenayah remaja dengan segera.

Pendek kata gerakan bersepadu ini perlu membabitkan seluruh agensi dan kementerian membabitkan penguatkuasaan undang-undang, pembangunan dan kesejahteraan insan serta belia dan sukan.

Mula-mula sekali lakukan gerakan sepadu di Putrajaya. Siasat betapa seriusnya kes ponteng sekolah, kongsi gelap, penagihan dadah, bohsia, rempit, lepak dan lain-lainnya di Ibu Pentadbiran Negara ini. Buat lawatan mengejut ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di Putrajaya. Buat serbuan waktu malam bagaimana sesetengah remajanya lepak dan khayal. Kerahkan seluruh jabatan di Putrajaya kerana majoriti penghuni di sana adalah kakitangan kerajaan. Lepas itu buat pengisian minda dan program kesedaran yang berjadual dan berterusan. Jangan fasiliti di Putrajaya saja yang world class tapi remajanya third class dan menuju kehancuran.

Adakan juga gerakan bersepadu ini di seluruh negara. Pastikan pendekatan dan sasarannya. Libatkan ahli parti pemerintah di semua peringkat. Jangan hanya pandai cakap tapi buat kerja segan silu.

Jika tidak, hancur bangsa Melayu. Baik Melayu bandar baik Melayu kampung. Remaja dan belia Melayu kini seolah-olah jadi sasaran kehancuran yang distrategikan oleh tangan yang ghaib. Siapa mereka jangan peduli. Yang mesti dibuat, bertindak sekarang dan dengan segera. – http://politica-net.blogspot.com

Saturday, April 18, 2009

Kisah cong, ceng-cong dan Michael Chong

Hari ni tersebar beberapa ceng-cong pasal seorang manusia bernama Chong. Siasat punya siasat, rupa-rupanya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, semalam melantik Datuk Michael Chong sebagai penasihat dan pegawai khas.

Menurut Utusan Malaysia, Si Chong ni berkata: “biarlah saya menjadi jambatan menghubungkan antara masyarakat dan kerajaan.’’

Ewah-ewah. Megah betul Si Chong ni ya sampai dia nak cong semua orang kononnya dialah jambatan masyarakat kepada kerajaan. Sapa dia ni? Apa istimewanya dia dilantik penasihat di suatu kementerian yang sensitif? Dah ada security vetting ke? Lulus?

Soalan ini dikemukakan kerana komuniti keselamatan negara, dengar ceritanya, dah mula ceng-cong ceng-cong mengenai si Chong ni. Banyak ceng-congnya si Chong ni. Nak tau lebih lanjut, tanyalah kepada komuniti keselamatan negara. Kalau dia orang tak nak komen, cuba-cubalah kontek Along kita kat mana-mana. Kalau Along kita pun tak mau komen, cuba-cubalah tanya pada mana-mana towkey ayam kat pasar mana-mana! Ini sebab ikut yang punya cerita, komuniti keselamatan kita memang kenal sapa Si Chong ni. Along kita kat mana-mana kenal sapa Si Chong ni. Towkey ayam kat mana-mana pun kenal sapa Si Chong ni. Dia famous punya olang ma!

Apapun, rasanya Menteri Keselamatan Dalam Negeri kita perlu berhati-hati bila lantik pegawai untuk berkhidmat di KDN. Dengan Si Chong ni KDN perlu lakukan saringan keselamatan berpuluh-puluh kali. Jangan sekali. Berpuluh-puluh kali kerana Si Chong ni, kata yang punya cerita, memang banyak cong dan ceng-congnya. Kalau Menteri KDN yang baru tersilap langkah, akibat padah jawabnya! Waspada! – http://politica-net.blogspot.com

Sunday, April 12, 2009

KISAH DUA MANUSIA TAK TAU MALU

Hari ini ada dua manusia yang betul-betul tak tau malu. Muka mereka tebal. Depan cakap lain, belakang cakap lain. Manusia yang pertama kata, dia nak bantu PM walaupun tak dilantik menjadi Menteri. Lepas tu dia guna Bernama jolok PM kenapa tak lantik dia sebagai menteri.

Manusia yang kedua gunakan orang yang tak mau disebut namanya untuk buat kenyataan akhbar. Katanya, parti dia menimbang untuk menarik keluar seorang menteri dan seorang timbalan menterinya daripada kabinet negara yang baru.

Apa hal? Nak keluar, keluarlah. Sapa yang larang kalau parti itu tak mau jawatan menteri atau timbalan menteri. Tapi, ini taktik aje. Sebab presiden parti itu tak dilantik semula sebagai menteri, parti itu pun nak ugut dengan mengatakan ia akan tarik balik orang dia daripada kabinet baru.

Kepada kedua-dua kes ini, saya harap PM kita bertegas dan tak payah layan lagi soalan media mengenai mereka. Kedua-dua manusia yang tak tau malu ni bukannya faktor dalam politik Malaysia. Kedua-dua manusia ni sudah cukup dengan karenah mereka di era yang lalu.

Tapi, betul ke manusia tak tau malu yang pertama ni akan lenyap daripada politik tanahair tak lama lagi? Desas-desusnya kencang yang dia ni akan berhadapan dengan sesuatu tak lama lagi!

Akhir sekali PM kena buat sesuatu terhadap seluruh kroni orang yang pertama ni di dalam media. Yang di NST tu keluarkan segera. Yang ada saki-bakinya di Bernama pun gitu juga. Kes Bernama salah eja nama PM dan ayah PM seperti yang dilaporkan oleh blogger kuda ranggi tak boleh dimaafkan. Pengerusi Bernama dan Ketua Pengarangnya perlu disingkirkan segera.

Sorry sebab lama tak update blog ni kerana nak elak dari meluahkan rasa marah yang tak terkawal menjelang perhimpunan agung UMNO baru-baru ini. – http://politica-net.blogspot.com

Tuesday, March 17, 2009

Penyokong Ali akan jadi katak politik atau mati katak?

Sudah sah. Ali Rustam memang tak boleh bertanding jawatan Timbalan Predsiden UMNO. Sebabnya, kita semua sudah maklum. Tapi KJ menantu Abdullah hanya kena amaran sahaja. Dia boleh bertanding. Hell of a lucky guy isnt he?

Soalan seterusnya, macam mana jawatan Ali sebagi KM Melaka? Dulu bila Isa Samad kena tindakan disiplin dan kena gantung keahlian UMNO, dia digugurkan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Kali ni macam mana? Kredibiliti Ali sudah tercemar dan perlukah UMNO memberi peluang kepada individu seperti ini terus memimpin sebuah negeri?

Semalam, tesebar luas SMS mengatakan para penyokong Ali akan keluar UMNO dan sokong pembangkang. Mungkinkah exodus katak politik beramai-ramai ini akan diterima oleh pembangkang atau mereka akan terus mati katak?

KJ macam mana pula? Kita tau dia dah kena amaran. Ini bermakna dia salah, tapi mungkin degreenya tak dahsyat. Individu macam ini macam mana nasibnya dalam Pemuda UMNO? – http://politica-net.blogspot.com

Friday, March 13, 2009

16 OPERATORS CALON TIMBALAN PRESIDEN DITAHAN SPRM

16 operators kepada seorang calon Timbalan Presiden UMNO kena jarring oleh pagawai SPRM. Cukup melampau. Keterlaluan. Calon Timbalan Presiden UMNO yang ini nampak sangat keberaniannya main politik wang. Amat luar biasa.

Sebabnya? Dia mendakwa dia ada perlindungan besar dan powerful. Tapi dia lupa, rakyat yang prihatin juga kini menjejaki kegiatan mereka. Jadi bila orang dia kena tangkap basah sedang bagi-bagi duit pada orang UMNO, SPRM tak boleh nak ikut arahan supaya tindakan itu dihalakkan.

16 orang operators calon berkenaan pun kena tangkap basah semalam. Ada yang di Sabah, ada yang di Kelantan, ada yang di Kedah. Enam orang lagi operators seorang calon Ketua Pemuda UMNO juga kena cekup dan masuk jaring SPRM.

Sorilah beb. Anda ingat protection orang besar anda boleh bikin anda selamat. Anda jangan lupa, orang anda sentiasa diperhatikan oleh banyak lagi mata dan mata-mata rakyat. Kalau tak percaya, tunggulah berapa ramai lagi orang anda akan dicekup dan diserkup dalam sehari dua ini. – http://politica-net.blogspot.com/

Sunday, March 8, 2009

AKITEK DESPERADO

Ya Allah Ya Rabbi! Seorang Hamba Allah gelar dirinya akitek pembangunan desa, Seorang lagi pulak gelar dirinya akitek pembangunan bandar. Kebetulannya, kedua-dua Hamba Allah ni bertanding untuk satu jawatan tinggi UMNO.

Macam ni ke pemimpin UMNO promosikan diri? Mereka gunakan ruangan berbayar di media untuk promosikan diri mereka sebagai akitek pembangunan desa dan akitek pembangunan bandar. Ni kan penipu namanya!

Nampak desperado bentul kedua-dua Hamba Allah ni. Mereka tak sedar yang tindakan mereka bikin banyak orang jadi loya tekak dan dibelenggu tanda tanya.

Orang jadi loya tekak pasal akitek pembangunan desa di Malaysia adalah Allahyarham Tun Razak Hussein. Beliau perkenalkan Buku Merah yang mengandungi strategi pembangunan desa. Beliau perkenalkan sistem bilik gerakan untuk pantau pembangunan desa. Beliau menggagaskan penubuhan Felda dan Felcra.

Semua rakyat Malaysia tau akan sejarah ini. Jadi, bila tiba-tiba ada Hamba Allah kata dialah akitek pembangunan desa, loyalah tekak semua orang. Lepas tu, orang pun tanya, sapa yang bayar ruang akhbar yang mempromosikan cerita akitek pembangunan desa yang palsu ni?

Cerita akitek pembangunan bandar pun lebih kurang sama. Apalah desperado sangat sampai nak gelar diri sendiri sebagai akitek perbandaran sedangkan diri pun bagaikan kelapa komeng? Lepas tu, sapa yang bayar ruang akhbar untuk siarkan
kisah palsu ni?

Tak taulah sama ada SPRM memantau perbelanjaan kedua-dua akitek palsu ni. Tapi, kalau salah seorang akitek palsu ni terpilih sebagai pemimpin UMNO, kira UMNO akan bermasalahlah jawabnya. Apa tak? Kalau dalam terang pun Hamba Allah ni berani memalsukan hakikat, apa lagi kalau dalam gelap dan secara bersembunyi? – http://politica-net.blogspot.com

Monday, February 23, 2009

MACAM-MACAM CERITA PASAL KUASA

Abdullah Badawi akan serah kuasa. Khalid Ibrahim terperangkap dalam skandal salahguna kuasa. Liz Wong mangsa caturan kuasa. Ir Nizar dirampas kuasanya. Dr Zambry digantung kuasanya. MIC masih nak kuasa di Bukit Selambau. Kita semua jadi gawat tengok orang bermain kuasa.

Lepas tu, ada kuasa di belakang tabir. Ada kuasa di balik dapur. Ada dalang kuasa. Ada boker kuasa. Kita semua jadi bingung kerana tak tau kuasa mana yang menguasai pihak berkuasa.

Oleh itu rakyat jangan main-main dengan kuasa undi masing-masing. Gunakan kuasa itu sebaik-baiknya. Kita tak mau orang yang menang jadi gila kuasa atau salahguna kuasa. Kita juga tak suka tengok orang lupa bahawa kuasa mereka datangnya dari rakyat jelata.

Hari ini banyak politikus nak beli kuasa. Bila dah berkuasa dia akan gunakan kuasa itu untuk memperkukuhkan kuasanya. Dia tak peduli, guna kuasa cara betul atau guna kuasa secara salah. Pokoknya dia mesti tunjuk dia ada kuasa.

Harap-harap Najib yang akan mewarisi kuasa Abdullah akan gunakan kuasa untuk rakyat jelata. Jangan gila kuasa. Jangan salahguna kuasa. Jangan ada kuasa di balik tabir. Jangan ada kuasa di balik dapur. Jangan ada dalang di sebalik kuasa negara. – http://politica-net.blogspot.com/

Saturday, February 14, 2009

KALI NI PUN CAKAP BESAR LAGI?

Tak larat saya nak ulas kenyataan di bawah ini. Tapi, apalah asyik nak cakap besar? Masa PRU 12 dulu cakap besar, BN kalah teruk di empat negeri. Masa PRK Kuala Terengganu, cakap besar lagi, kecundang BN. Kali ni, pun nak cakap besar lagi?

MERSING, 13 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) menerima baik keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Selambau secara serentak pada 7 April depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga pengerusi BN berkata, BN berkeyakinan untuk memperoleh kemenangan pada kedua-dua pilihan raya kecil itu.

"Peluang untuk memenangi (kedua-dua pilihan raya kecil itu) tetap ada dan baik. Apa yang perlu dilakukan adalah merancang kempen dengan baik, bekerja kuat dan bekerjasama.

"Jangan bergaduh, semua mesti beri sokongan penuh kepada calon yang akan dipilih," kata Abdullah yang juga Menteri Pertahanan kepada pemberita selepas menyaksikan demonstrasi serangan amfibi oleh komando Rejimen Gerak Khas di Kem Iskandar, Jumaat. – BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=389639

Sudahlah! Cukupah! Waktu PRK besok, Hang pun bukan lagi Pengerusi BN atau Presiden UMNO. Tapi, betul ke spekulasi blogger Rocky’s Bru yang pembangkang nak bawa usul di Parlimen Malaysia untuk undi percaya pada Hang supaya Hang terus jadi PM? Entahlah, kalut kita semua dibuatnya! – http://politica-net.blogspot.com


Tuesday, February 10, 2009

SAPA AKAN SALAK BUKIT, SAPA AKAN MELUKUT DI TEPI GANTANG?

Siap-siap kita Yop. PRK Bukit Gantang tak lama lagi. Sapa-sapa yang baru ni tunjuk teror, datang le ke Bukit Gantang. Kita tengok je, sapa akan jadi anjing menyalak bukit, sapa yang akan melukut di tepi gantang?

Tapi, kalau saya orang Perak, tentu saya ban KJ dan Abdullah Badawi datang kempen. Suruh dia orang main-main jauh-jauh. Kalau tak, lingkup BN!

Fikir punya fikir, KJ ke Abdullah datang kempen atau tidak, tentu tak ada bezanya. Api kemarahan orang Perak masih belum reda. Puak-puak yang anti-katak lompat tentu akan datang ramai-ramai.

Apa kata Nizar? Berani tak anda tanding di Bukir Gantang? Kalau jantan, tanding le! Tentu ramai member PR akan baring atas jalan untuk sekat orang BN pergi mangkah! – http://politica-net.blogspot.com/

Saturday, February 7, 2009

APA YANG DIJANGKA JADI DAH JADI: CUKUP-CUKUP LA YOP!

Dr. Zambry Kadir dah angkat sumpah jawatan MB Perak. Tahniah! Tapi Nizar masih berdegil dan anggapnya dirinya MB. Nizar juga nak saman Sultan Azlan Shah. Apa nak jadi ni? Cukup la Yop, cukup!

Orang kata macam-macam pasal Perak. Ada yang kata BN rasuah ADUN supaya jadi katak lompat. Ada yang kata BN akan lengkup dalam PRU13. Ada yang kata Najib Razak akan tersepit. Ada yang kata Zambry tak lama jadi MB. Ada yang kata Zahid Hamidi yang akhirnya jadi MB Perak.

Lepas tu, ada juga orang kata PR akan menang kes saman Sultan. Anwar Ibrahim akan kudita Parlimen Malaysia. BN akan hilang kuasa di peringkat pusat. Dan, tunggu saja apa akan berlaku bulan depan.

Kepada saya yang cetek ilmu politik ni, katalah apa yang nak dikatakan. Tapi, apa yang dijangka terjadi, sudah pun terjadi. PR dah jadi pembangkan dalam DUN Perak. BN jadi kerajaan yang baru. Zambry dah jadi MB. Nizar dah jadi ADUN biasa tanpa kuasa. Inilah realitinya realpolitik!

Kalau sapa tak faham maksud realpolitik, cari kamus atau google Wikipedia. Di sana ada jawabnya. Kalau anda nak tanya orang universiti pun apa salahnya. Tapi, intisarinya adalah, politik adalah seni yang serba mungkin. Semalam berkuasa, hari ini hilang kuasa. Semalam tak ada kuasa, hari ini dapat kuasa.

Sebab itu, Zambry kena ingat soal realpolitik ini. Anda kan pakar sains politik. Phd. anda pun pasal politik. Ingat dan insaflah. Hari ini anda ada kuasa. Besok mungkin anda hilang kuasa. Jadi, jangan korup. Jangan kawin satu lagi untuk ada tiga isteri. Jangan main politik sampai rakyat Perak lintang pukang. Jangan salah guna kuasa sampai rakyat binasa. Jangan ingat diri yang paling hebat. Jangan lupa Zahid Hamidi sentiasa berangan nak jadi MB. Jangan lupa Allah SWT.

Untuk semua yang terus-terusan nak kecoh kat kedai kopi, itu tak kena, ini tak kena, cukup-cukup la Yop. Apa yang Tuhan kata jadi, dah pun jadi - kun-fa-ya-kun! – http://politica-net.blogspot.com/

Saturday, January 31, 2009

BANYAKNYA TIKUS NAK BAIKKI LABU!

Bayangkan tikus nak baikki labu yang dia dah korek, dah tebuk, dah balun supaya umat manusia tertipu dan yakin labu tu masih segar dan tak koreng moreng! Gitulah ibaratnya dengan kontroversi LCCT Labu. Hari tu ada berita kata, LCCT Labu dah dibatalkan. Hari ni, Ong Tee Keat cakap, keputusannya dalam tiga minggu lagi.

Agaknya, LCCT LABU ni lazat sangat kot sampai banyak betul tikus yang nak baikkinya supaya rakyat jelata yakin dan tak marah bila LCCT Labu dibina dalam era krisis ekonomi global.

Inilah uniknya zaman Abdullah Badawi. Menteri cokia pun boleh nak atasi keputusan kerajaan. Dia ni sapa? Hari tu dah masuk suratkhabar yang kabinet Dolah dah luluskan kes tu. Hari tu dah banyak blogs kata LCCT Labu dah dibatalkan. Hari ni tikus MCA pulak macam nak baikki labu! Dia kata tunggu tiga minggu baru ada keputusan muktamad pasal la ni Air Asia masih cuba nak rasuah MAAB dengan projek tu dan projek ni. Kalau macam ni, jahanam kita. Banyak sangat tikus yang baikki labu! – http://politica-net.blogspot.com

Tuesday, January 27, 2009

ANTARA JEBAT DAN NAJIB….

Banyak pihak semakin bingung. Kisah pasal Najib Razak tak akan jadi PM makin luas tersebar dan dipolemikkan. Ada yang kata tak jadi. Ada yang bersumpah-sumpah, pasti jadi. Ada juga yang kata Abdullah Badawi terus berkuasa. Tapi, ada juga yang marah-marah dan tanya, apa alasan dia untuk terus berkuasa?

Satu contoh polemik itu adalah seperti yang dikirimkan kepada blog ini:

“Hang Jebat: DS Najib memang belum betul-betul berada dalam situasi yang selesa untuk ambil alih PM bulan Mac ini. Banyak perkara yang berpotensi untuk menggagalkan rancangan ini. Salah satu punca yang paling buruk mungkin datang dari dalam UMNO sendiri. Sesuatu akan ditimbulkan dan impian DS Najib jadi PM akan gagal. Saya memang percaya dan yakin ini akan berlaku. Soalnya sekarang bagaimana agaknya kita nak halang ini semua dari berlaku? Susah. Sangat susah. – 25 Januari 2009”

Habis macam mana? Jadi ke tak jadi? Jadi ke Najib berkuasa? Jadi ke Dollah terus berkuasa? Dalam jadi dan tak jadi, kita semua yang jadi sasau. Kenapalah siasah Malaysia la ni jadi macam ni? – http://politica-net.blogspot.com/

Sunday, January 25, 2009

NAJIB DAN KERAJAAN “AKU DI SEBUAH PULAU”?

Pi mai, pi mai, balik tang tu jugak. Banyak pihak kata, Abdullah Badawi mungkin terus jadi PM selepas Mac 2009. Mereka sanggup potong ayam kalau gossip ni tak betul.

Aduhai, gossip macam ni cukup memeningkan kepala. Tapi, pihak yang sanggup potong ayam kata, Dollah memang akan terus berkuasa. Kata mereka, kalau tak akan terus berkuasa, kenapa ada aura-ura dia nak rombak kabinetnya? Kenapa sebar cerita kononnya Najib Razak mungkin dikecundangkan menerusi kes mahkamah yang sedang berjalan sekarang? Kenapa ada cerita mengenai beberapa komponen BN, termasuk di Sabah dan Sarawak, kononnya dipujuk untuk keluarkan kenyataan supaya Dollah terus berkuasa?

Kepada soalan, macam mana nak jadi PM kalau Presiden UMNO Najib pegang, jawabnya: pastikah Najib jadi Presiden? Macam mana soal di Dewan Rakyat, jawabnya: Dollah boleh buat sandiwara, suruh orang BN bawa usul tak percaya ke atasnya. Lepas tu, ada orang BN undi dia dan ada orang pembangkang sokong dia. Tolak campur, tolak campur, usul itu kalah, Dollah menang undi dan terus jadi PM!

Aduh, ke situ perginya? This is a very simplified version of a very complicated and a very delicate issue. Kalau macam inilah calculation otak orang Dollah, sapa yang nak percaya? Tapi, kalau tak nak percaya, macam mana kalau ini betul?

Harap-harap Najib bersabar. Kalau betul semua cerita karut ni, kita bungkuslah apa yang patut, lepas tu kita belilah mana-mana pulau Indonesia di Laut China Selatan dan buat satu negara dan kerajaan baru – kerajaan dan negara AKU DI SEBUAH PULAU!!!! – http://politica-net.blogspot.com/

Friday, January 23, 2009

KU LI MENTERI EKONOMI DAN KEWANGAN?

Ini gossip terbaru. Nak percaya susah. Tak percaya pun susah. Kata pihak yang bawak cerita, Abdullah Badawi tengah mencongak nak buat rombakan kabinet sebelum bersara. Salah seorang yang mungkin diberi tempat ialah Tengku Razaleigh Hamzah @ Ku Li. Konon ceritanya, Ku Li akan jadi Menteri Ekonomi dan Kewangan.

Eh, kalau macam tu best la. Banyak pihak tentu happy. Ku Li memang ada gaya, ada cara, ada pengalaman, ada pemikiran mengenai ekonomi dan kewangan. Tentu Ku Li boleh ubati krisis ekonomi global di peringkat negara kita dengan bijaksana.

Tapi, apa halnya Abdullah nak rombak kabinet waktu dah nak bersara? Adakah ini bayang-bayang yang beliau akan terus berkuasa? Hiss, mana logik? Abdullah tak pertahankan lagi jawatan Presiden UMNO. Habis macam mana nak jadi PM lagi?

Ini gila punya cerita kot! Tapi dalam gila tak gila, kalau Ku Li jadi Menteri Ekonomi dan Kewangan, tentu ramai orang sokong…. http://politica-net.com.my

Friday, January 16, 2009

KALAU MENANG, ABDULLAH BERKEPAK MACAM MERAK, KALAU KALAH, NAJIB TERUK KENA BANTAI…

Hari ini Abdullah Badawi berdebar-debar hatinya. Najib Razak lagi berdebar-debar jantungnya sejak hari penamaan calon. Abdullah nak BN menang dalam PRK Kuala Terengganu. Kata orang, kalau menang, Abdullah akan berkepak bagaikan merak. Kata banyak pihak, Abdullah akan jadi gitu kerana calon BN adalah calon proksinya. Najib pun sangat-sangat berharap BN menang. Kalau menang, kepala dia selamat dari kena hentam oleh puak Abdullah. Kalau kalah, selamat Najib – kepala dia pasti akan dibalun dengan pelbagai tohmah dan tuduhan oleh kaum kerabat Abdullah dan menantu lelakinya.

Lantas, apa kesudahannya? Abdullah nak BN menang. Tapi, orang tak suka dia berkepak macam merak bila BN menang. Habis tu, nak bagi BN kalah? Kalau kalah, kesian Najib. Tentu dia kena balun habis-habisan.

Kalau gitu, pandai-pandailah pengundi Kuala Terengganu buat pertimbangan dan pilihan sewajar-wajarnya dan sebijak-bijaknya. Kita tak mau Abdullah berkepak macam merak. Kita juga kesian jika Najib kena bantai dan kena balun akibat kekalah BN.

Esok pergilah mengundi dengan niat masing-masing. Kemudiannya, tunggulah keputusannya dengan tenang. Jika ditakdirkan BN menang, syukur Alhamdulillah. Jika sebaliknya, terimalah itu sebagai sesuatu yang muktamad daripada Allah SWT! – http://politica-net.blogspot.com/

Friday, January 9, 2009

ABDULLAH BADAWI TAK PAYAHLAH KEMPEN DI PRK KT…..

Jangan cakap besar, jangan over confident, jangan perkecilkan kesan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap PRK Parlimen Kuala Terengganu. Saya ingatkan Abdullah Badawi jangan cakap besar, jangan over confident, jangan underestimate Mahathir sebab dalam PRU12 dulu Abdullah pernah cakap besar, pernah over confident dan pernah perlekehkan Mahathir. Kesannya, padah dan musibah menimpa BN di Kedah, Pulau Pinang, Peraj dan Selangor!

Lebih elok Abdullah tak payah cakap apa-apa pasal PRK tu. Tak payahlah kata, Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon PRK tu “mengambil risiko kehilangan jawatan dalam kerajaan” kononnya sebagai bukti yang calon BN tu “serius untuk berkhidmat kepada rakyat di Parlimen Kuala Terengganu.”

Orang Kuala Terengganu akan ketawakan kenyataan macam tu. Mereka akan kata, sapa suruh Farid ambil risiko? Mereka akan tanya, kenapa tak bagi peluang Zuber Emnbong jadi calon? Mereka akan tempelak Abdullah, bukankah sekumpulan penghulu dan pemimpin akar umbi di Kuala Terengganu dah antar mesej yang Farid tu kurang diterima pengundi setempat?

Sebab tu Abdullah tak payah buka mulut. Sebab tu juga jangan suruh akhbar internet The Malaysian Insider yang dikepalai Brendon Preira (kawan baik menantu lelaki Abdullah) – dulu di NST – tulis sesuatu perlekehkan Mahathir.

Orang Kuala Terengganu pun kenal sapa Brendon Preira ni. Dia ni dah hapuskan suara Melayu dalam akhbar Inggeris NST yang dimilikki UMNO. Dia ni ikut telunjuk orang Temasik. Dia ni, orang kata, main peranan macam Alex Josey di zaman Lee Kuan Yew dan Tunku Abdul Rahman dulu. Kalau Alex Josey tu main peranan perlekehkan Melayu, Brendon Preira ni kita tengoklah sendiri!

Inilah cakap Abdullah dalam akhbar internet Brendon Preira:

"Dr Mahathir can say anything he wants. He is irrelevant to us. We know what we are doing and we know what we want, we will continue to fight to defend the seat," Abdullah said after meeting party workers involved in the Kuala Terengganu by-election.

Betul ke Mahathir tak relevan lagi dalam politik Malaysia atau politik di Kuala Terengganu? Mahathir la yang letupkan cerita Patrick Badawi yang gunakan wang ehsan untuk biayai Monsoon Cup. Siapa Patrick Badawi? Orang Kuala Terengganu belum lupa. Apa hubungan manusia ni dengan Farid dan abang kepada Farid yang pernah jadi exco JKR Terengganu sewaktu projek Monsoon Cup dilaksanakan? Kisah ni pun orang Kuala Terengganu tau dan belum lupa!

Sebab tu Abdullah ni patut ikut Musa Hitam yang perkenalkan perkataan elegent silence. Tengok, Musa buka mulut pasal IJN pun dah kena tembak, batal. Kalau dia pegang prinsip elegent silence tentu Sime Darby tak malu kan?

PRK Parlimen Kuala Terengganu ni penting kepada BN. Abdullah tak payah buka mulut. Biarkan Najib, Ahmad Said dan Idris Jusoh kerja kuat-kuat. Kalau menang berbaloi, kalau kalah pun Abdullah tak akan dituduh apa-apa! – http://politica-net.blogspot.com

Wednesday, January 7, 2009

ALHAMDULILLAH, IJN SELAMAT!

Pada jam 6.55 petang, 6 Januari 2009, saya buat posting pasal IJN dengan jodol TOLONGLAH BATALKAN PENSWASTAAN IJN. Pada jam 8.28 malam, blogger Nobisha hantar komen “Dah batal dah pun!”

Sahabat-sahabat bloggers lain yang memecahkan berita gembira ini termasuklah: Mohd Ashraf: Sime Darby abandons IJN bid, reputation battered; Shamsul Yunos: IJN saved, hopefully; Maria Samad: Sime Darby drops IJN plan – Malaysiakini; Apanama: IJN SAVED; Nuraina A Samad: IJN Deal Off..; Rocky: Sime Darby gives up on IJN; dan Jelapang: SIME DARBY TAK JADI RAMPAS IJN!

Syukur Alhamdulillah! – http://politica-net.blogspot.com

Tuesday, January 6, 2009

TOLONGLAH BATALKAN PENSWASTAAN IJN

Saya tidak memusuhi Sime Darby. Warga korporat ini banyak peranannya dalam memajukan ekonomi negara. Tetapi, saya membantah sekeras-kerasnya usaha Sime Darby mahu mengambilalih 51 peratus saham Institut Jantung Negara (IJN).

Pada ketika ini banyak blogs tempatan yang membantah penswastaan ini. Mereka juga berkempen supaya penswastaan ini dibatalkan. Ini jelas daripada pemaparan banner yang membawa mesej penentangan ini.

Semoga Tun Musa Hitam selaku Pengerusi Sime Darby dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri memahami dan menghormati kehendak serta tuntutan rakyat jelata Malaysia terhadap perkara ini.

Biarkanlah IJN tetap IJN yang wujud selama ini tanpa campur tangan mana-mana entiti korporat setempat. Dan, janganlah desak rakyat jelata untuk bertindak lebih tegas dalam usaha mereka mempertahankan status quo IJN ini. – http://politica-net.blobspot.com

Saturday, January 3, 2009

INI SATU LAGI BERITA SERIUS DAN GEMPAQ

Wau, wau, wau.. Ini satu lagi berita serius dan satu lagi kisah gempaq. Blogger Datuk Fuad Hassan, adik pelakon Datuk Jalaluddin Hassaan dan IGP Tan Sri Musa Hassan, baru je antar posting gempaq. Cukup gempaq. Cerita ni pasti bikin Najib Razak kecut perut, Anwar Ibrahim terangkat-angkat punggung tak senang duduk, Abdullah Badawi pulaknya, senyum simpul, meleret-leret, penuh dengan berjuta makna!

Ini posting gempaq Tok Fuad:

PAK LAH MASIH MAHU KEKAL PM
(SEMBANG POLITIK SMS)

Politik ialah teori serba mungkin. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Jangan pekakkan telinga jika kita dengar sesuatu yang baru tetapi apa yang perlu ialah kita menghalusi dan menyiasatnya.

Saya ingin berkongsi pandangan dengan pembaca apabila seorang rakan saya yang merupakan penyokong kuat Pak Lah menghantarkan mesej pesanan ringkasnya sebagai ucapan selamat tahun baru kepada saya. Katanya, “Tahun baru yang kini tiba adalah satu transformasi perubahan kearah kebaikan, bergerak ke hadapan serta menggapai harapan tinggi untuk tamadun sebuah bangsa,"

"Semoga Allah yang Maha Esa memberi kekuatan, kesabaran dan Perlindungan kepada YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi agar terus mengangkat tamadun ini ke persada lebih terbilang, rakyat kembali meyakini beliau, bersatulah kita untuk membantu beliau kearah transformasi ini, kita ketepikan pemimpin yang rakus, haloba, tidak mengenang budi serta…..Ayuh Malaysia, beri peluang kepada Pak Lah meneruskan cabaran tersebut..”

Saya membalas bertanya, ada peluangkah Pak Lah terus sebagai Perdana Menteri sehingga pilihanraya yang ke 13 dan beliau menjawab Insya Allah jika Allah izinkan, itulah yang akan berlaku. Maka saya terus ingin mendapatkan penjelasan lanjut dengan bertanya bagaimana prosesnya?.Maka kawan baik saya ini menurunkan senarai yang mungkin ada lojiknya. Menurut beliau;

1) Akan ada perkara yang mengejutkan akan berlaku pada sidang parlimen bulan januari 2009 nanti, di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli parlimen Pakatan Rakyat (82 ahli) akan membuat usul menyokong kepimpinan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia. Berkemungkinan ‘separuh’ dari BN akan menyokong. Menurut beliau sebenarnya ianya hanya untuk menunjukkan yang PR tidak boleh terima Najib sebagai PM. Disitu, tambahnya lagi mana-mana ahli parlimen khususnya dari UMNO yang tidak menyokong akan terlibat dengan rombakan kabinet sebab ia ada kaitan dengan pemilihan MCA yang lepas.

2) Menurut beliau, sekiranya di Kuala Terengganu calon BN tumbang, itu merupakan mesej jelas dari UMNO, PR dan rakyat yang mereka tidak boleh terima Najib sebagai PM.

3) Katanya, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan lebih menguatkan Pak Lah.

4) UMNO dan Rakyat telah lihat kerakusan Najib dalam isu Eurocopter, Nombor ekor dan pembelian Institut Jantung Negara selainnya Altantuya.

Kalau nak baca lagi kisah gempaq ni, klik http://dakwat-kertas.blogspot.com/2009/01/pak-lah-masih-mahu-kekal-pm.html

Lepas baca posting gempaq ni, saya termenung. Lepas tu saya teringat, malam New Year baru ni, seorang sahabat saya juga ada antar SMS. Katanya, satu perkembangan antarabangsa mungkin akan gempaqkan politik Malaysia 2009. Bila saya call dia, dia kata, ada pihak mungkin nak bukak kes Najib di peringkat antarabangsa. Kita kena sabar dan tunggu kalau perkembangan tu betul-betul terjadi seminggu dua lagi.

Betul ke begitu? Perkembangan apa agaknya? Kes apa agaknya? Sapa pulak agaknya nak main drama politik antarabangsa ni ya? – http://politica-net.blogspot.com

INI SOALAN SANGAT-SANGAT AMAT SERIUS. MELAYU TU APA?

Rukun Islam LIMA perkara. Rukun Iman ENAM perkara. Perkataan Melayu dieja dalam jawi dengan gunakan LIMA abjad – MIM-LAM-ALIF-YA-WAU. Kenapa?

Ini persoalan serius. Kalau semalam saya kata, persoalan pasal Bahasa Jiwa Bangsa, amat serius. Persoalan di atas lagi sangat-sangat amat serius. Kalau semalam saya kata, soal pasal Bahasa Jiwa Bangsa, amat berat. Persoalan di atas lagi sangat-sangat amat berat.

Kisahnya begini. Hari ni, saya jumpa sahabat saya - Anak Melaka. Dia tanya saya, Melayu tu apa? Saya terkejut monyet. Tapi, dalam terkejut-terkejut pun sempat saya cakap dalam hati, Anak Melaka ni dah tebiat agaknya? Lepas tu, saya jawab, Melayu tu Bangsa Melayu, Orang Melayu, bahasanya Bahasa Melayu.

Anak Melaka tu senyum. Dia angguk-angguk. Dia setujulah tu – Melayu tu Bangsa Melayu, Orang Melayu, Bahasa Melayu.

Dalam senyum-senyum tu, Anak Melaka tu tanya lagi. Tak Akan Melayu Hilang Di dunia, apa maksudnya? Saya tenung muka dia dan jawab, itu kata-kata hikmat Hang Tuah!

Kata Anak Melaka tu, betulllah. Itu memang kata-kata hikmat Hang Tuah. Tapi, bila Hang Tuah kata, Tak Akan Melayu Hilang Di dunia, apa maksud dia?

Alamak kacang putih punya soalan! Saya pun jawab, bila Hang Tuah kata, Tak Akan Melayu Hilang Di dunia, Bangsa Melayu, Orang Melayu, Bahasa Melayu tak akan hilang daripada muka bumi.

Tiba-tiba anak Melaka tu kata, salah! Tak betul! Bangsa Melayu akan pupus, kalau tak ada jatidiri. Orang Melayu akan bungkus, kalau terus-terus macam hari ni. Bahasa Melayu akan lesap, kalau Bangsa Melayu dah tak tau cakap Bahasa Melayu, Orang Melayu malu nak cakap Bahasa Melayu. Ini semua boleh jadi.

Muka Anak Melaka tu serius. Dia ingatkan saya yang dia tu anak Melaka. Dia dari Kampung Duyong, kampung asal Hang Tuah. Kata dia, ramai orang Duyong turun temurun keluarga Hang Tuah. Tapi, ramai orang Duyong pun tak tau jawab soalan ni.

Saya pun ikut serius. Cukup serius. Kalau orang Duyong pun banyak yang tak tau, saya apa lagi? Saya pun senyap. Soalan Anak Melaka tu betul-betul buat saya bengang. Bengang habis.

Anak Melaka tu sambung cakapnya. Nah… sebab banyak Orang Melayu tak tau maksud kata-kata hikmat Hang Tuah ni, sebab tu ada Orang Melayu dah tak berani nak kata, cium keris tu adat warisan Melayu. Sebab tu bila kena balun oleh bukan Melayu, dia orang gelabah sampai mintak maaf. Orang Melaka panggil Melayu macam ni Melayu celanat, lahabau, cencalok! Istiadat pertabalan Raja-Raja Melayu, cium keris. Kalau ni bukan adat, suruhlah bukan Melayu buat demo ke Istana Sri Menanti tak lama lagi. Suruh dia orang desak, dalam istiadat pertabalan tu, jangan sapa-sapa cium keris. Takut perbuatan tu provokasi bukan Melayu.

La, ke situ pulak Anak Melaka tu melencong. Nak pendekkan cerita, dia pun jelaskan pada saya. Katanya, kenapa perkataan MELAYU dalam jawi dieja gunakan LIMA abjad – MIM-LAM-ALIF-YA-WAU? Rukun Islam, LIMA. Rukun iman, ENAM. Ejaan Melayu dalam jawi guna LIMA abjad. Semua, LIMA, ENAM, LIMA kan? Nah, inilah kuncinya kalau nak tau, Melayu itu apa?

Saya surrender. Saya biarkan Anak Melaka tu terus cakap. Anehnya, sampai takat tu, dia kata, kalau nak tau lebih, kita perlu guna ILMU. Tak ada ilmu, kita jahil. Tak ada ilmu, Bangsa Melayu pupus. Tak ada ilmu, Orang Melayu hanyut. Tak ada ilmu, Bahasa Melayu lingkup.

Lepas tu, dia terus berhenti. Dia menyerahkan penjelasan itu kepada saya dengan penuh tanda tanya – adakah bila Hang Tuan kata, Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia, maksudnya Bangsa Melayu ke, Orang Melayu ke, Bahasa Melayu ke, Empayer Melayu ke, Kuasa Melayu ke, semua akan pupus jika Bangsa Melayu tidak ada ilmu, enggan menuntut ilmu, tak mahu menguasai ilmu, tak mau gunakan ilmu? Itu ke maksud Anak Melaka tu? Harap-harap ada professor-professor baca posting ni dan kaji soalan ni. Tapi, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui segala-galanya! – http://politica-net.blogspot.com/

Friday, January 2, 2009

BAHASA JIWA BANGSA - BAHASA MELAYU ADALAH BAHASA ILMU BERKURUN LAMANYA

Tema tulisan saya kali ini berat dan serius. Ia merujuk kepada peruntukan Perlembagaan Malaysia yang memaktubkan Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara. Ia merujuk kepada dasar sekolah satu aliran di mana hanya Bahasa Melayu digunakan untuk semua subjek kurikulumnya. Ia juga merujuk kepada persoalan mengapakah subjek matematik dan sains mesti diajar dalam bahasa Inggeris.

Sempena tahun baru ini, semua pihak perlu memikirkan tema Bahasa Jiwa Bangsa. Pada awal 1970-an, tema ini dijadikan lagu perjuangan di Radio Malaysia. Tema ini melandasi perjuangan mewujudkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tema ini diperjuangkan secara gigih dan gagah oleh pencinta serta pejuang bahasa.

Hari ini, bagaimana? Kenapakah dinafikan bahawa Basasa Melayu sudah terbukti menjadi bahasa ilmu sejak berkurun lamanya? Di manakah suara pencinta dan pejuang bahasa mengenai hal ini? Di manakah azam dan cita-cita kita semua untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu? Sudah berakhirkah perjuangan kita menuntut supaya subjek matematik dan sains diajar semula dalam bahasa ibunda tercinta? – http://politica-net.blogspot.com