Tuesday, December 30, 2008

MAY I SAY, GO TO HELL WITH THE PROPOSED NEW LCCT IN LABU?


Lepas satu kisah lahabau, satu lagi cerita kalut-malut sampai ke telinga kita semua. Kali ni berita pasal Sime Darby (yang ura-ura nak swastakan IJN) nak bina terminal penerbangan tambang murah - LCCT - di Labu, Negeri Sembilan. LCCT itu kemudiannya akan dijual kepada Air Asia.

Kabinet Abdullah Badawi meluluskan pembinaan projek ini di mesyuaratnya, Jumaat, 19 Disember 2008.

Kan hairan bin ajaib! LCCT kat Sepang tu tengah diperbesar dan diperindahkan. Belum pun siap. Tup-tup, Sime Darby pulak nak buat LCCT baru di Labu untuk dijual kepada Air Asia.

Boleh masuk akal ke keputusan dan tindakan macam ni? LCCT yang ada sekarang nak buat apa? Kalau dah tau nak buat baru di Labu, buat apa repair dan renovate yang di Sepang? Lebih serius lagi, apa pasal Sime Darby yang jadi pembina LCCT tu? Mana Bumiputera yang lainnya?

Saya suspek ada sesuatu yang tak kena dalam hal ni. Mungkinkah ini cara Sime Darby dan pengerusinya nak cari duit pencen untuk Abdullah? Mungkinkah Khairy yang dilibatkan dengan Air Asia, nak cari dana kempen Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Mungkinkah ada cerita lain yang songsang dan mungkar di sebalik projek ini?

Satu lagi, Labu tu kan dekat dengan LCCT yang ada sekarang? Tak jauh. Kalau ikut kereta kira-kira 20 minit je! Jadi apa jadah dan apa rasionalnya nak pindah ke Labu? Kalau rakyat miskin naik Air Asia dari kampung dia orang, lepas tu nak ambik pesawat lain di KLIA untuk ke destinasi akhirnya, macam mana? Kan siksa? Kan ini mendera dan satu kezaliman? Kan mereka akan kena hisap darah oleh pengusaha teksi airport?

Bila saya dapat info kes ni, saya tanya seorang sahabat saya, kenapa tak ada orang bantah atau bangkang habis-habisan? Katanya, Abdullah smart. Projek ni diumumkan selepas sessi Dewan Rakyat baru-baru ni selesai!

Maka, jahanamlah kau rakyat Malaysia. Jahanamlah kau orang-orang miskin macam saya yang hanya terbang dengan Air Asia. Jahanamlah sesiapa jua yang memikirkan projek LCCT di Labu ni baik. And, may God bless you Abdullah and your cabinet for approving such a questionable project on the very pretext of doing a good service to the rakyat.

Untuk info you all, la ni Sime Darby masih tunggu surat Kerajaan Malaysia. So, kalau nak bangkang, bangkanglah sekarang. Tapi bangkang kaw-kaw punya sampai ianya dibatalkan.

Saya salah seorang rakyat yang selalu guna Air Asia. Saya tak rasa LCCT di Labu itu perlu kerana yang ada sekarang dah cukup memuaskan. So, may I say, GO TO HELL WITH THE PROPOSED NEW LCCT?http://politica-net.blogspot.com/

Sunday, December 28, 2008

SERTA MERTA BATALKAN PENSWASTAAN IJN – RAKYAT

Dah, jangan buat-buat pekak, jangan buat-buat bodoh. Penswastaan IJN is a no go deal – satu usaha yang dibangkang keras oleh rakyat jelata.

Rakyat Malaysia dah bersuara dan terus bersuara. Tak putus-putus. Di mana-mana saja. Mereka bangkang penswastaan IJN. Verdict atau keputusan mereka – batalkan penswastaan IJN dengan serta merta.

Suara rakyat adalah suara keramat. Dalam PRU13 nanti, suara mereka cukup penting. Dalam hal IJN ni, dah ada yang kata, kalau IJN terus diwastakan, dalam PRU13 nanti, mereka akan lupakan BN.

Lantas, batalkanlah penswastaan IJN ni serta merta. Ini bukan kerana rakyat menang dan kerajan kecundang. Ini kerana rakyat mahu kerajaan buktikan yang kerajaan benar-benar prihatin dan sensitif kepada suara rakyat.

Kalau tak, banyak lagi akan dibongkar. Setakat ni pun banyak pihak dah tau apa kata-kata Dr. Izzani sewaktu mesyuarat pengurusan IJN dua-tiga hari lalu. Dr. Izzani ni dikatakan bertindak sebagai pendorong IJN diswastakan. Sapa dia ni? Adakah dia ni proksi menantu Abdullah Ahmad yang secara kebetulan berbua-bual mesra dengan Izzani di lobi IJN tempoh hari?

Kita juga dapat info, baki saham IJN 49 peratus yang kononnya akan dipegang sepenuhnya oleh IJN kalau penswastaan ini terjadi, bukan solid untuk IJN sahaja. Sebaliknya akan diagih-agihkan sedikit sepada sesetengah pihak sebagai beneficiary atau penerimanya. Jangan sapa-sapa cuba nafikan ura-ura ini.

Oleh itu, sebelum rakyat bersuara dan bertindak lebih serius lagi dengan pembongkaran demi pembongkaran perkara tak betul di sebalik ura-ura penswastaan ini, lebih elok batalkan penswastaan ini dengan serta merta. – http://politica-net.blogspot.com

Wednesday, December 24, 2008

IJN: ORANG SUSAH BELAKANG KIRA, ORANG PENCEN PUN BELAKANG KIRA!

Dah betullah tu. Sime Darby nak control IJM sebab nak sediakan servis first class – peralatan first class, doktor pakar first class. Itu maksud Musa Hitam bila dia pecahkan elegent silencenya hari ini.

Alah, waktu nak meminang, cakap mesti lawa, bahasa mesti manis, tutor kata mesti lembut. Lepas dah dapat IJN, lu sapa, gua sapa? No money, no talk! Itu dia!

Tapi, apa guna melalut banyak sangat. Kalau dah hajat nak ambik, ambik aje lah IJN tu! Esok, belakang kira. Orang bangkang, belakang kira. Orang susah, belakang kira. Orang pencen, belakang kira. Semua belakang kira!

Apa nak peduli sangat kat orang miskin atau orang pencen? Biarkan dia orang semua terkejang dan kojol pasal kempunan nak masuk ke IJN. Peduli apa? Sifatkan aje dia orang ni collateral damage kepada penswastaan ni!

Anehnya, PNB selaku towkey besarnya kata, dia orang tak boleh nak halang nafsu buas Sime Darby. Apa hal? Sapa lebih besar? Anak Pak Hitam ke Hamat Kama Piah? Anak Pak Hitam ke Ahmad Sarji? Atau, mungkinkah KJ ada di sebalik take-over ini? Sime Darby memang tak ada record dalam industri perubatan macam J-Corps. Lantaklah. Bahagialah hendaknya Sime Darby. Peduli apa kat orang susah dan orang pencen! – http://politica-net.blogspot.com

Tuesday, December 23, 2008

GUNA BLOG SALAH, GUNA DUIT JUTA-JUTA TAK SALAH. KOLOT, KOLOT, KOLOT, MALU, MALU, MALU!

Kolot, kolot, kolot. UMNO ni memang betul-betul kolot dan obsolete. Ahlinya kempen guna blog salah. Kempen guna duit juta-juta ringgit – politik wang - hahal, tak salah. Kalot-malot betul jadinya!

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Mana-mana calon yang menggunakan blog untuk berkempen sebarang jawatan parti sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan UMNO Mac depan boleh dikenakan tindakan disiplin kerana ia melanggar Tataetika Ahli UMNO.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, ahli-ahli parti masih dibenarkan memiliki blog sendiri tetapi ia tidak boleh sama sekali memiliki sebarang unsur yang boleh ditafsirkan sebagai berkempen untuk diri sendiri atau pihak lain.

Nah, itu dia kata Kudin – orang lama yang saya hormati. Tapi, pasal Kudin yang buat kenyataan di atas, tentu orang akan tuduh Kudin ni antik dan ketinggalan zaman.

Saya mintak jangan kita kata apa-apa pada Kudin. Kita kena hentam pemimpin besar UMNO – Abdullah Badawi. Dalam hal ni Abdullah merupakan barang antik yang paling tidak berharga sekali. Kalau kat kedai antik di Melaka, jenis-jenis antik macam Abdullah ni kot-kot dah layak dihumban ke tepi longkang!

Sebabnya, dia tak ikut zaman. Dia masih di takok pemikiran kuno, kolot, kalot-malot. Sebab tu waktu PRU12 dia kata jangan peduli bloggers dan blogs. Lepas PRU12 baru nyesal tak sudah! Apa dah jadi? BN kalah teruk!

Saya harap UMNO insaflah. Ubahlah etika atau undang-undang ikut zaman. Saya tau, Abdullah ni nak buka komputer pun mungkin tak tau. Ini tercermin dari kenyataan di atas. Malu, malu, malu!!!! – http://politica-net.blogspot.com

Sunday, December 21, 2008

BIARLAH BULAN BICARA LAWAN ENGKAU LAKSANA BULAN?

Bila saya siarkan senikata lagu Biarlah Bulan Bicara, ada pulak pembaca hantar senniaka lagu Engkau Lksana Bulan. Gamat jadinya. Dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu kali ini, nampaknya lagu nyanyian Broery Marantika sedang dipertandingkan dengan lagu nyanyian seniman agung, P. Ramlee.

Saya harap taklah sampai tercabut serban Haji Hadi menjerit terlolong nyanyikan kedua-dua lagu ini. Mata Wan Farid juga harap-harap tidak sampai terbelolok dengan lebih besar lagi sampai nanti orang ingat dia jadi gondorowo (maksudnya: puaka jembalang)

Jadi, senikata: biarlah bulan bicara sendiri, biarlah bintang kan menjadi saksi, tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti, cukup derita sampai di sini, pastinya akan berentap populariti dengan senikata: engkau laksana bulan, tinggi di atas kayangan, hatiku dah kau tawan, hidupku tak keruan.

Begitulah ulasan saya kepada pandangan blogger Amir Hamzah daripada Batu Pahat. Sebahagian daripada pandangannya adalah di bawah ini:

Berdasarkan keputusan PRU12 Mac 2008, pertandingan dalam PRK Kuakala Terengganu dijangka lebih sengit daripada PRK Permatang Pauh. Kalau PRK Permatang Pauh kita boleh agak keputusannya semasa hari penamaan calon, bagi PRK Kuala Terengganu agak berlainan sedikit. Ini keputusan undi Parlimen Kuala Terengganu dalam PRU12:

Datuk Razali Ismail (BN-UMNO): 32562
Mohamad Sabu (PAS): 31934
Maimun Yusof (BEBAS): 685
Undi Rosak: 931
Majoriti: 628

Berdasarkan statistik di atas, tidak ada siapa boleh mendabik dada. Saya tidak tahu apakah isu tempatan di Kuala Terengganu. Kalau adapun mungkin isu-isu PRU12 lalu yang tak 'sejuk-sejuk'. Isu layanan polis melayan demontrasi di Kuala Terengganu mungkin ada parutnya lagi. Isu royalti minyak Terengganu, piala Monsoon, dan pembangunan-pembangunan yang tidak memberi keuntungan kepada rakyat Terengganu mungkin relevan lagi sepanjang kempen nanti. Tetapi, isu besar di peringkat negara bagaimana pula?

Pengundi Kuala Terengganu seramai 80325 orang perlu duduk di tepi Pantai Batu Buruk berfikir sejenak tentang Kerajaan Pusat kita. Sebab calon yang menang akan ke Parlimen. Dalam keadaan kuasa politik Melayu yang semakin tipis, masih mampukah kita menyerahkan P 36 ini kepada Pakatan Rakyat (PR)? Orang Kuala Terengganu sendiri tahu benar tentang kebiadapan, kecabulan, kurang ajar, tidak sedar diri, sombong, bongkak mereka, terutama DAP, yang anti Melayu dan Islam.

Kalau POLITICA suka menyanyi lagu Biarlah Bulan Bicara, saya pula suka dengar P.Ramlee menyanyi lagu Engkau Laksana Bulan:

engkau laksana bulan
tinggi di atas kayangan
hatiku dah kau tawan
hidupku tak keruan

mengapaku diseksa
mengapa kita bersua
berjumpa dan bercinta
tetapi menderita

oh...oh...oh...oh..
kau tinggalkan diriku
oh tuhanku mengapakah
kau bezakan hidupku
oh tuhanku mengapakah
manusia begitu

mengapa ku diseksa
kenapa kita bersua
berjumpa dan bercinta
tetapi menderita

oh...oh...oh...oh...
kau tinggalkan diriku
oh tuhanku mengapakah
jadi miskin hidupku
oh tuhankuu mengapakah
sangat buruk nasibku

mengapaku diseksa
kenapa kita bersua
berjumpa dan bercinta
tetapi menderita


Saya tak kisah. Nak dengar lagu Biarlah Bulan Bicara atau Engkau Laksana Bulan, itu pilahan orang Kuala Terengganu. Kalau dia orang suka, boleh juga pilih lagu Di kala Malam Bulan Terang Di angkasa, nyanyian Ismail Ali Muda - orang Terengganu.

Apa jua pilihannya kelak, waspadalah. Wan Farid tu konco Khairy dan konco Patrick Badawi. Bijaksanalah dalam mengundi! – http://politica-net.blogspot.com/

BIARLAH BULAN BICARA

Hari ini ramai orang Terengganu seronok dan gembira. Orang UMNO seronok. Orang PAS gembira. Orang PKR pun sama juga. Mereka seronok dan mereka gembira pasal Wan Farid Wan Salleh jadi calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009.

Orang UMNO seronok, katanya sebab yakin Farid boleh menang besar. Orang PAS gembira, katanya pasal Mat Sabu boleh sapu bersih. Orang PKR pun sama seronok dan gembira, kononnya kerana kemenangan Mat Sabu boleh jamin Anwar Ibrahim kuasai Parlimen Malaysia.

Tapi, kalau semua parti seronok dan gembira, sapa yang akan duka nestapa? Sapa yang akan kecundang di Kuala Terengganu? Sapa yang akan gigit jari dan kempunan nak duduk dalam Dewan Rakyat?

Untuk membahkan keseronokan dan kegembiraan ini, saya poskan di sini lagu Broery Marantika berjodol Biarlah Bulan Bicara. Lagu ini didedikasikan khas kepada Abdullah Badawi, Khairy Jamaluddin dan Farid, dengan ucapan semoga hayatilah senikatanya dengan sedalam-dalamnya.

Kalau Najib Razak, Ahmad Said dan Idris Jusoh nak ikut sama menikmati senikata lagu ini pun tak apa. Dengarlah dan hayatilah.

Kalau ada para pengundi dalam Parlimen Kuala Terengganu yang nak curi-curi menikmati lagu ni pun silakan. Tapi ingat, bila merenung bulan di langit, jangan lupakan rumput di bumi!

Kepada jentera BN, saya harap haramkan lagu ini dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu mulai esok sampai waktu mengundi. Kalau tak, manalah tau Mat Sabu akan kempen dan kata, lagu biarlah bulan bicara ini adalah lagu untuk mendorong seluruh pengundi memangkah PAS dalam PRK kali ini.

BIARLAH BULAN BICARA

Nyanyian Broery Marantika

bulan sabit yang jatuh di pelataran
bintang redup tanpa cahaya gemintang
langkah tanpa arah
sesat di jalan yang terang
aku yang terlena dibuai pelukan dosa

ingin pulang membalut luka hatimu
ku pun tahu betapa pedih batinmu
beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
andai maaf pun tak kau berikan

air mata tulus jatuh di sudut bibirmu
tak terlintas dendam di bening mata indahmu
aku yang merasa sangat berdosa padamu
masih pantaskah mendampingimu

biarlah bulan bicara sendiri
biarlah bintang kan menjadi saksi
tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti
cukup derita sampai di sini

http://politica-net.blogspot.com

Saturday, December 20, 2008

MUHYIDDIN TERSELAMAT SEBAB ABDULLAH TANGGUH ROMBAKAN?

Jadi betullah desas-desus dua tiga hari yang lalu kononnya Abdullah Badawi nak rombak kabinetnya Rabu baru ni. Sebab tu Abdullah buat kenyataan yang dia belum bercadang berbuat demikian.

Apa pun, bengang saya nak jawab soalan kawan-kawan kalau desas-desus itu benar. Saya kata, tak tau! Mereka kata, macam mana tak tau?

Tapi dalam mereka kata macam mana saya tak tau, mereka pulak info saya yang Muhyiddin Yassin adalah target utama rombakan itu. Sebabnya, Muhyiddin didendam oleh anak lelaki Abdullah. Sebabnya, kerana Muhyiddin desak-desak Abdullah cepat berundur diri, anak lelaki Abdullah hilang banyak peluang bisnes. Sebab anak lelaki Abdullah hilang peluang bisnes, dia pun nak singkirkan Muhyiddin dan sokong Ali Rustam. Dengan sokong Ali, anak lelaki Abdullah harap boleh jadikan Ali tu lembu dia dalam bisnes. Itulah info sahabat-sahabat saya.

Jadi, Muhyiddin kena waspada. Dia kena tawakal kepada Allah dan ambil prinsip berani kerana benar. Manusia boleh rancang apa saja ikut nafsu mereka. Tapi, Allah SWT jua yang maha berkuasa.

Blog ni dah ulas panjang lebar kisah kemungkinan Muhyiddin disingkirkan oleh Abdullah menerusi satu rombakan kabinet. Untuk manfaat pembaca yang terlepas pandang kisahnya seperti berikut:

Wednesday, November 12, 2008

ABDULLAH NAK PANCONG ANAK PAK YASSIN?

Ini bukan fitnah. Desas-desusnya kini malah semakin kencang. The Malaysian Insider dah tau. Orang Kelantan dah tau. Orang Sabah pun dah tau. Kononnya, Abdullah Badawi akan singkirkan Muhyiddin Yassin daripada Jemaah Menteri menerusi satu rombakan dalam masa terdekat ini.

Seorang daripada Setpol Abdullah dengan angkuhnya berkata baru-baru ini yang bos dia terlalu amat marah dengan Muhyiddin. Sebabnya, ikut kata Setpol itu, Muhyiddin jadi trouble-maker paling utama yang menyebabkan tarikh peralihan kuasa disingkatkan daripada Jun ke Mac 2009.

Apa ni? Muhyiddin hanya menyuarakan keresahan warga UMNO akar umbi. Ini salah ke? Ini dosa ke? Macam mana Abdullah tuduh Muhyiddin trouble-maker semata-mata kerana dia jadi jurucakap ahli-ahli UMNO yang resah dan gelisah? Heh, songsang betul!

Tapi, kenapa Abdullah pernah kata yang dia pilih Mac dan bukan Jun 2009 untuk serah kuasa pada Najib Razak atas perkiraannya sendiri? Betul-betul dolak-dalik tak sudah-sudah.

La ni Abdullah nak hukum Muhyiddin. Dia rancang nak pancung Muhyiddin dari Kabinet. Apa lagi, buatlah. Kalau betul-betul Abdullah jantan, buatlah segera.

Kita pun apa lagi? Kita pakat-pakatlah buat apa yang patut kita buat. Paling akhir sekali, kita ramai-ramai keluar UMNO. Itu saja. Senang. Tak pening kepala!

Harap-harap Najib pun dah dengar rancangan Abdullah ni. Harap-harap Najib juga akan berusaha mati-matian halang rancangan ni dari berlaku.

Sekarang terserahlah kepada kebijaksanaan Najib. Sebagai seorang yang bijaksana, takkan Najib nak pilih Mat Taib atau Ali Rustam jadi Timbalannya. Kiamat Malaysia kalau antara dua ni jadi Timbalan Najib!

Begitulah kisahnya Abdullah, anak lelakinya, Muhyiddin dan Ali. Kita tunggu dan lihatlah apa yang kelak jadi kenyataannya. – http://politica-net.blogspot.com/

Thursday, December 18, 2008

KALAU ROBOH KOTA MELAKA, TOWKEY KHINZIR BOLEH BINAKAN?

Siap kau Ali Rustam. Hari ni kita orang nak fokus kepada anda. Orang kata anda loaded. Orang kata, anda powerful. Orang kata, anda boleh kasi title datuk pada sapa saja yang anda suka. Orang kata, kapitalis Singapura yang buka ladang khinzir kat Melaka tu ramai yang kamcing dengan anda.

Kalau betul bagai dikata, wahai Ali Rustam, anda ni betul-betul hebat - loaded, powerful, boleh bagi-bagi datukship, ramai geng towkey babi.

Tapi, kita orang tak peduli semua ni? Kita orang nak tulis pasal anda bukan pasal kita nak sapu duit anda, bukan pasal kita nak cekau datukship anda, bukan pasal kita nak suruh anda bakar semua kandang babi kat Melaka, bukan pasal kita nak bodek anda yang jadi calon Timbalan Presiden UMNO dan boleh jadi Timbalan Perdana Menteri.

Kita orang tulis pasal anda sebab anda ni macam ada satu kuasa bangang untuk memendiangkan orang yang belum mati. Kita orang juga nak tulis pasal anda sebab anda ni nampaknya takut sangat nak cakap pasal soal politik wang dalam UMNO.

Jadi, kita orang tulis pasal anda wahai Ali Rustam, sebab kita nak tau: bila masanya Nelson Rolihlahla Mandela - bekas presiden Afrika Selatan – tu mati? Kalau belum mati, apa lahabaunya anda kata orang tua 90 tahun ni dah jadi mendiang? Kita yakin anda tak bangang. Tapi, tidakkah ini kenyataan yang bangang?

You all semua tak percaya? Ini bunyinya kenyataan Ali Rustam pasal Nelson Mandela: Saya menjadi Presiden World Assembly Youth atau Presiden Perhimpunan Belia Sedunia (Way) sejak 1993 hingga sekarang. Pertubuhan yang diasaskan bersama mendiang Nelson Mandela, John F Kennedy, Martin Luther King dan Allahyarham Tun Abdul Razak ini dianggotai 130 negara.

Kalau you all nak baca kenyataan penuh Ali Rustam bahawa Nelson Mandela ni dah jadi mendiang, kliklah http://www.mohdalirustam.com/?p=425.

Sebab kedua kita orang nak fokus kat anda, wahai Ali Rustam, ialah pasal politik wang. Soal ni lebih penting dari Nelson Mandela. Perkara ni lebih kritikal. Lebih besar impaknya kepada UMNO.

Kita orang nak timbulkan soal ni sebab semalam kita ramai-ramai baca blog anda, wahai Ali Rustam. Dalam blog tu ada sedutan interbiu anda dengan Berita Minggu. Dalam interbiu tu anda cakap berjela-jela pasal macam-macam hal. Kalau you all nak tau, kliklah link di atas tadi.

Dalam banyak-banyak soalan tu, wahai Ali Rustam, anda pun ditanya soalan ini: (Apa) pendapat Datuk Seri mengenai politik wang?

Kita orang rasa aneh. Kalau anda, wahai Ali Rustam, boleh beri jawapan panjang lebar kepada soalan-soalan lainnya, kenapakah bila anda ditanya soalan di atas, anda hanya beri jawapan singakat pasal politik wang seperti ini: Bagi saya, politik wang perlu dibanteras dan semua mesti ikut tata cara yang ditetapkan parti.

Betul-betul hairan bin ajaib kan? Apa sebab anda tak berani nak ulas panjang-panjang kepada soalan pasal politik wang dalam UMNO? Anda takut apa wahai Ali Rustam? Anda takut bayang-bayang anda sendiri? Anda takut jawapan yang panjang lebar boleh jerat leher anda?

Waduh, waduh, waduh, lahabau betul calon Timbalan Presiden UMNO ni ya? Wartawan tanya: (Apa) pendapat Datuk Seri mengenai politik wang?, anda hanya jawab: Bagi saya, politik wang perlu dibanteras dan semua mesti ikut tata cara yang ditetapkan parti.

Jadi, soalan cepu emas kepada you all semua mengenai hal ini ialah: kenapakah Ali Rustam takut nak jawab panjang-panjang pasal politik wang?

You all boleh pilih mana-mana satu jawapan berikut:

Sebab waktu Ali Rustam kena tanya soalan tu, dia jadi terkedu. Tiba-tiba dia teringat apa yang sebenarnya dah dia lakukan pasal politik wang baru-baru ni.

Sewaktu diajukan soalan itu, Ali Rustam tiba-tiba teringat yang sekarang ni dah ada desas-desus mengatakan ada lebih 400 laporan pasal politik wang mengenai dirinya yang sudah pun sampai kepada BPR.

Bila kena tanya soalan tu, Ali Rustam tiba-tiba terpandang wajah malaikat pencatat dosa dan pahala berada di depan matanya.

Bila dengar je soalan tu, Ali Rustam teringat betapa bahagianya dia sebab ada orang besar dah tahan BPR dari menyiasat kesnya mengenai politik wang yang dah ada di meja BPR.

Kemungkinan besar semua jawapan di atas adalah jawapan yang betul kepada soalan di atas!

Jadi, you all bolehlah claim hadiah berjuta-juta ringgit daripada Ali Rustam. Kalau dia ni tangkai jering sangat, mintak je pada towkey-towkey babi yang kamcing dengan dia, bayar hadiah yang you all menangi.

Lepas tu, you all tunggulah sama ada Ali Rustam ni berani tak jawab soalan di atas atau berani berikan pengesahan bahawa kesemua jawapan di atas adalah betul belaka!

Kalau roboh Kota Melaka, towkey babi boleh binakan, kalau hodoh perasan lawa, hensem macam you all susahlah cari makan… Lahabau!!!!!http://politica-net.blogspot.com/

Tuesday, December 16, 2008

HAMBA ZIONIS KENA BALING KASUT?

Hari ni syok betul baca kisah Presiden Bush kena baling kasut di Iraq. Padan muka si penipu ni. Dia ingat umat Islam semuanya pengecut. Dia ingat dia boleh terus kotak-katikkan kita buat selama-lamanya.

Dalam gitu-gitu, saya pun macam blogger Husin Lempoyang. Saya senyum bila baca kisah Bush kena baling kasut. Sambil-sambil senyum, saya tanya diri sendiri - macam mana agaknya kalau Khairy Jamaluddin atau Abdullah Badawi yang kena baling dengan selipar atau telor busuk?

Soalan ni membuak-buak keluar kerana orang kata, Bush, Khairy dan Abdullah ada persamaan mereka. Kalau Bush kaki kelentong, ikut kata orang, yang saya sebut namanya di sini pun agak sama. Kalau Bush alat zionis, yang kat sini pun didakwa sebagai teman zionis.

Ini yang bikin saya bagai nak gila memikirkannya. Macam mana kita ada manusia yang kononnya jadi sahabat zionis? Rupa-rupanya, Singapura tu pangkalan zionis paling utama di Asia Tenggara. Kalau gitu, habislah kita.

Tapi, mintak-mintak sangkaan ni salah dan fitnah semata-mata. Mana mungkin Abdullah cucu ulamak jadi sahabat zionis? Abdullah jadi sahabat Singapura memang betul.

Sebab tu dia buka Wilayah Iskandar. Sebab tu dia batalkan Jambatan Bengkok. Sebab tu dia tunda perbincangan seluruh isu tertunggak dengan Singapura. Sebab tu kes Pulau Batu Putih pun dikatakannya sebagai win-win situation.

Tapi, kalau kita ambik kira Singapura tu sahabat zionis, salah ke kalau kita kata Abdullah bersahabat dengan sahabat zionis di Asia Tenggara? Ini yang buat saya bengang tak sudah.

Apa kita nak kata pasal kisah macam ni? Lantaklah, itu dia punya hal? Tak boleh. Zionis ni zalim, kejam dan tamak. Semua dia nak conquer. Semua dia nak sapu. Semua dia nak kuasai.

Kalau sesiapa menghalang, dia akan ugut. Tak dapat ugut, dia guna cara halus. Dia akan usaha kuasai kita menggunakan kelemahan kita. Kalau kita kaki betina, dia akan guna betina lemahkan kita. Kalau kita kaki joli, dia akan tabor wang berkodi-kodi biar kita joli katak.

Bila kita dah syok, bila kita dah leka, dia pun tarik tali untuk jerat leher kita. Kalau kita tak mau terjerat, kenalah kita menari ikut rentak zionis. Akhirnya, kita pun jadi puppet dan zionis jadi dalangnya.

Tindakan-tindakan macam ni yang bikin orang lemah. Bila kita serius tentang strategi zionis, orang kata kita ni mabuk dengan teori konspirasi. Bila kita cakap lantang sangat, ada je pihak akan takut-takutkan kita. Bila kita diam menikus, dia pun panjat kepala kita.

Sebab tu saya syok sangat baca berita Bush kena baling kasut. Sebab tu saya tanya diri sendiri, macam mana agaknya kalau Khairy atau Abdullah yang kena begitu?

Sebab tu, kita semua mesti waspada pasal zionis ni. Kita tak mau ada pemimpin kita jadi puppet zionis atau puppet sahabat karib zionis. Kita kena cari jalan supaya sapa-sapa saja sahabat zionis atau sahabat kepada sahabat zionis di negara ini tidak akan berkuasa di Malaysia. – http://politica-net.blogspot.com

TUDUHAN RASUAH POLITIK: BPR NAK SIASAT TAPI DISEKAT?

Singkatan perkataan BPR ni apa ertinya? Badan Pencegah Rasua atau Badan Pelindung Rasuah? Kalau BPR ertinya Badan Pencegah Rasuah, BPR kenalah kerja kuat banteras rasuah. Kalau ada aduan mengenai dakwaan rasuah, BPR kenalah siasat aduan tu. Jangan siasat main-main. Siasat betul-betul.

Hari ni kita memang kurang pasti BPR ni Badan Pencegah Rasuah atau Badan Pelindung Rasuah. Sebabnya, ada salah seorang calon Timbalan Presiden UMNO dikatakan sudah dibabitkan dengan hampir 400 dakwaan rasuah. Dakwaan ini dipercayai sudah pun dilaporkan kepada BPR. Tapi, kata yang punya cerita, BPR langsung tidak bertindak. Betul ke ni? Kalau betul, kenapa jadi bengini?

Ikut ceritanya, BPR memang dah ready nak siasat seluruh dakwaan yang dah dilaporkan kepadanya. Malangnya, ada orang besar dikatakan halang BPR jangan siasat seluruh dakwaan itu. Betul ke ni? Kalau betul, kenapa jadi begini? Kalau betul, sapa agaknya orang besar yang powerful tu? Sapa?

Kesian betul pegawai BPR. Orang mana tau BPR nak siasat dakwaan-dakwaan tu tapi BPR kena halang dek seorang orang besar? Yang kita orang tau, BPR lah yang tak mau siasat. Rupa-rupanya dak. Yang halang siasatan rupa-rupanya orang besar.

Dan, betul ke orang besar yang halang BPR buat siasatan tu berkata bahawa siasatan cuma boleh dilakukan kalau ada saksi ketiga tampil buat keterangan.

Bukan ke syarat macam ni syarat bodoh? Dalam kegiatan rasuah, cuma ada si pemberi dan si penerima. Kalau ada orang ketiga selain si pemberi dan si penerima rasuah, orang ketiga tu pun boleh jadi saksi kepada pihak si pemberi atau saksi kepada pihak si penerima. Maknanya, orang ketiga tu pun turut bersubahat dalam jenayah rasuah yang sama.

Jadi, apa punya bangang orang besar tu kata, siasatan hanya boleh dilakukan oleh BPR jika ada orang ketiga yang sanggup jadi saksi? Tapi, tak mungkinkah syarat bangang ini disengajakan untuk menggagalkan BPR lakukan siasatan? Tak mungkinkah begitu?

Kalau ginilah bentuk kisahnya, jahanamlah UMNO. Pemimpin yang dah ada hampir 400 laporan mengenai dakwaan rasuah pun masih nak dilindungi oleh pembesarnya. Apa hebatnya orang yang ada dakwaan rasuah ni? Sebab dia pandai bodek dan angkat telor? Sebab dia ni boleh dijadikan perkakas oleh pihak-pihak tertentu? Sebab dia ni orang harapan pembesar terbabit?

His.. Rosak-rosak. Habis rosak binasalah UMNO kalau ada manusia rasuah seperti ni. Habis jahanamlah UMNO kalau ada pembesarnya nak lindungi kaki rasuah macam ni.

Lantaklah. Kita orang apa nak peduli lagi? Kita orang dah puas cakap pasal rasuah. Tapi ada lagi pembesar UMNO yang nak lindungi kaki rasuah.

Inilah kepura-puraan. Inilah kemunafikan. Inilah tanda-tanda kehancuran UMNO. Kita orang semua apa boleh buat? Tunggu dan lihat?

Tapi, dalam kita kata apa kita boleh buat, harap-harap pihak yang dah buat laporan kepada BPR mengenai calon Timbalan Presiden UMNO berkenaan, teruskanlah tindakan anda.

Kalau dah buat laporan dan BPR dihalang untuk lakukan siasatan, sebarkanlah salinan laporan anda kepada BPR tu kepada semua pihak berkenaan.

Taborkanlah salinan laporan tu kepada bloggers, kepada akhbar-akhbar nyamok atau kepada semua pemimpin UMNO. Lepas tu, kita sama-sama tengok dan tunggu apa akan terjadi. – http://politica-net.blogspot.com

Monday, December 15, 2008

AIDS MENULAR BAGAIKAN API MEMBAKAR BELUKAR

Penyakit ADIS kian menular di Malaysia. Ramai anak Melayu yang mati katak akibatnya. Ibu bapa mereka turut dihina masyarakat kerananya. Bilangan bayi serta kanak-kanak yang dijangkiti penyakit ini juga kian meningkat.

Tetapi, keprihatinan masyarakat kita mengenainya tidak menonjol. Perjuangan parti-parti siasah membanteras penyakit ini amat lesu. Kisah penyakit ini jarang-jarang sekali diperbesarkan oleh pihak media.

Sebagai renungan kita bersama, bacalah berita di bawah ini:

ALOR STAR 13 Dis. - Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim melahirkan rasa prihatin dengan kadar penularan AIDS yang tinggi di negara ini.

Beliau selaku Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) berkata, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai kadar yang tinggi dalam penularan AIDS di kalangan negara Asia Tenggara dan Pasifik.

“Menurut Joint United Nations Programmes on HIV/Aids (UNAIDS), setiap hari lebih kurang 12 orang di negara ini diuji positif dengan virus HIV/AIDS.

“Sehingga Jun 2008, sebanyak 1,766 kes baru jangkitan HIV/AIDS telah dikesan dan sehingga kini seramai 82,704 rakyat negara ini dijangkiti virus itu sejak ia mula dikesan pada 1986,” katanya.

Orang kata, AIDS menular di kalangan penagih dadah. AIDS juga merebak dikalangan pengamal seks homoseksual.

Jadi, adakah merebaknya AIDS ini kerana strategi anti-dadah di Malaysia tidak berkesan? Adakah merebaknya AIDS dikalangan homoseksual juga kerana kita gagal mengatasi maksiat ini? Siapakah bertanggungjawab dalam hal ini?

Seterusnya, adakah sejumlah bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti penyakit di negara ini kerana ayah mereka pengidap AIDS atau ibu mereka menerima transfusi darah yang mengandungi virus HIV sewaktu mereka bersalin? Berapa seriuskah kes-kes seperti ini? Apakah pula masa depan bayi dan kanak-kanak ini?

Hari ini para pemimpin Malaysia asyik berpolitik. Mereka hanya memikirkan masa depan diri masing-masing. Mereka dikatakan menabur wang berjuta-juta ringgit untuk memenangi sesuatu jawatan.

Tetapi, apakah soal jumlah pengidap AIDS yang kian meningkat dan soal bayi serta kanak-kanak yang kini jadi pengidap AIDS pernah menjentik keninsfan mereka? Apa perlu kita lakukan dalam hal ini? Biarkan sahaja lebih ramai Melayu, termasuk belia, remaja, bayi dan kanak-kanaknya mati katak akibat AIDS? – http://politica-net.blogspot.com

Thursday, December 11, 2008

SURAH YASIN DIBACA DI TOKONG CINA DI PORT DICKSON?

Kisah ini betul-betul melampau. Baru-baru ini saya terima satu maklumat mengenai satu tokong Cina di Port Dickson yang kononnya memutarkan keset bacaan surah Yasin di suatu acara pemujaan tahunannya.

Tokong berkenaan tidak jauh daripada satu balai polis di peKan tersebut. Tetapi, pihak polis dikatakan tidak menyedari tentang dakwaan ini.

Bagaimanapun, ramai penduduk setempat berhampiran tokong itu mendakwa ada terdengar suara bacaan surah Yasin daripada tokong berkenaan.

Satu risikan yang dijalankan secara sulit oleh sebuah agensi kerajaan mendapati bahawa bacaan surah Yasin itu diputarkan menerusi keset kerana “datuk” di tokong itu kononnya keturunan Arab.

Kisah di atas adalah umpama satu bom jangka yang akan meletup bila-bila masa jika tidak diberhentikan serta-merta.

Oleh itu, pihak kerajaan - baik polis, baik Jabatan Agama Islam - mestilah bertindak tegas dan pantas untuk mempastikan kebenaran perkara ini.

Umat Islam setempat di Port Dickson yang mendakwa mengenai perkara di atas juga perlu membuat aduan kepada pihak berkuasa secara jelas dan pantas.

Jangan dibiarkan perkara seperti ini menjejaskan keharmonian beragama dan perpaduan nasional di negara berbilang agama ini. – http://politica-net.blogspot.com

Tuesday, December 9, 2008

POLITIK UMNO ZAMAN ABDULLAH = POLITIK WANG, POLITIK SEKS DAN POLITIK SAMSENG?

Di zaman Abdullah Badawi macam-macam boleh jadi. Politik wang menggila-gila. Politik seks sudah bermula. Hari ini ada pula ugut-mengugut dan politik samseng. Haru-biru betul keadaannya!

Kes terbaru sekali mengenai politik samseng ini membabitkan Rizalman Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Tenom, Sabah.

Pada 8 Disember 2008, Rizalman buat laporan di Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu, di Karamunsing, kerana dia menerima ugutan akan dibalun dan dicederakan.

Mesyuarat UMNO Bahagian Tenom dah banyak kali ditangguhkan. Adalah dipercayai ini kerana Rizalman tidak memihak kepada Musa Aman. Orang yang dikatakan bertanggungjawab memporak-perandakan Bahagian Tenom pimpinan Rizalman adalah Setiausaha Kerja UMNO Sabah.

Kalau gitu, mungkinkah Setiausaha Kerja UMNO Sabah juga yang mengupah seseorang dengan $11,000 untuk membalun dan mencederakan Rizalman?

Orang Musa Aman ini jugakah yang main batu sembunyi tangan tanpa memikirkan impak tindakannya kepada UMNO?

Diharap Musa Aman nafikan penglibatan Setiausaha Kerja UMNO Sabah ini. Kalau tidak, sah Musa Aman memang menggunakan Setiausaha Kerja UMNO Sabah ini untuk mempermainkan Rizalman dan UMNO Bahagian Tenom.

Apa agaknya komen Abdullah mengenai kes politik samseng ini? Adakah Abdullah akan melenting dan membalun Musa Aman supaya memecatkan Setiausaha Kerja UMNO Sabah dengan seberapa segera? – http://politica-net.blogspot.com/

Saturday, December 6, 2008

POLITIK SEKS DALAM UMNO?

Orang kata, UMNO dah nak karam. Dah nak kojol. Dah nak gol. Dah nak bungkus. Itu kata orang. Betul tidaknya, belum pasti lagi. Tapi riak-riak perlambangannya sudah terpampang di depan mata.

Di bawah ini contoh kemungkaran terbaru membabitkan UMNO. Sesudah bergelumang dengan politik wang buat kesekian lamanya, kini ada segelintir pemimpin UMNO mengamalkan politik seks. Mereka minta habuan seks daripada anggota Puteri UMNO yang perlukan pertolongan berkempen bagi jawatan di peringkat nasional.

Hakikat ini didedahkan oleh Sritribuana dalam komennya kepada posting di blog ini pada Rabu, 19 November 2008, bertajuk Kita Nak Tubuhkan Parti Politik Baru?

Sritribuana mengirimkan komennya pada jam 11.36 malam, 5 Disember 2008, seperti berikut:

Dalam musim pemilihan, ada pemimpin UMNO yang hebat-hebat. Apabila para Putri UMNO minta pertolongan dan bantuan berkempen untuk jawatan peringkat nasional, ada pemimpin yang menjawab: “tak kan tolong aje. You boleh bagi apa kat I?” Dengan ikhlas, para Putri akan jawab, tidak ada duit. “Duit I dah ada..” Apa yang mereka mintak dari remaja-remaja yang baru nak berjinak-jinak dengan UMNO, kalau tidak tubuh badan para remaja berkenaan? Ajak bercuti. Jangan ajak kawan. Ini bukan sketsa dogeng di zaman moden. Ada kebenarannya. Tidakkah para Putri itu dari kalangan bangsanya sendiri? Sebab itulah kebanyakkan para Putri UMNO, lebih-lebih lagi yang terpelajar, apabila menghadiri seminar, perjumpaan di mana para pemimpin UMNO yang berapi-api berucap tentang bangsanya, mereka merasa jijik. - Sritribuana

Saya yakin komen di atas datangnya dari lubok kalbu Sritribuana sendiri. Ia adalah kisah benar yang sebenar-benarnya. Ia bukannya “sketsa dogeng di zaman moden.” Tetapi realiti kebobrokan UMNO yang hampir karam dengan kemungkaran, jenayah dan maksiat.

Saya cadangkan Sritribuana adukan kes rasuah seks ini kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO. Itu pun kalau mereka percaya. Kalau tak, berilah perincian yang lebih mendalam kepada blog ini supaya boleh didedahkan seluas-luasnya.

Begitulah UMNO ketika ini. Politik wang menjadi-jadi. Kemungkaran kian meluas. Presidennya dikatakan asyik main politik ikut telunjuk menantu serta dalangnya. Bahtera perjuangan yang dah nak karam dibiarkan tanpa usaha membaikinya. Warga UMNO yang kian meluat ke mana akhirnya kesetiaan mereka? – http://politica-net.blogspot.com/

Thursday, December 4, 2008

KETUANAN MELAYU: GUNAKAN STRATEGI API LAWAN API?

Utusan Malaysia 4 Disember 2008 melaporkan bahawa NGO bukan Melayu menolak cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan yang bertujuan menyatupadukan rakyat.

Anehnya, dalam gitu-gitu, Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (UCSTAM) dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (UCSCAM) yang menolak cadangan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, pula mendakwa kononnya cadangan itu boleh menjejaskan perpaduan.

Kenyataan di atas membawa maksud: cadangan mewujudkan sistem pendidikan untuk menyatupadukan rakyat ditolak dengan alasan cadangan itu boleh menjejaskan perpaduan rakyat!

Cakap macam ni mana boleh masuk akal? Usaha menyatupadukan rakyat mana boleh ditolak atas sebab kononnya boleh menjejaskan perpaduan rakyat? Ini kenyataan gila. Inilah namanya kenyataan hairan bin ajaib. Kenyataan pusing-pusing macam cakap orang mabuk samsu.

Kumpulan orang yang seolah-olah mabuk samsu macam ni mana boleh diajak berdiskusi atau berdebat secara intelektuil? Mana boleh diajak bersemuka secara baik? Mana boleh kita tahan kemabukan cakap-cakap kelompok seperti ini?

Habis tu apa yang boleh kita buat? Biarkan aje kelompok ni mabuk dengan samsunya? Biarkan dia orang terus mendidihkan kesabaran kita semua? Biarkan, biarkan sampai bila-bila?

Rasanya, api perlu dipadamkan dengan simbahan api. Api kegilaan seperti ni tak akan padam oleh semburan air. Api kegilaan macam ni hanya akan mati bila dibalas dengan semburan api yang merah bersemarak. Orang kata, biar buku bertemu ruas – menang jadi arang, kalah jadi debu.

Tapi, strategi api lawan api ni cukup bahaya. Maklumlah api, waktu kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan. Jadi, kerajaan tak mungkin bertindak dengan pendekatan ini. Takut orang Cina tak sokong BN kononnya.

Habis tu nak guna pendekatan apa? Nak belai emosi songsang orang Cina dengan kedingin salju? Kalau gitu, api yang membakar di dada orang Melayu macam mana nak diredakan? Nak biarkan api ni terus menyemarak sepanjang usia?

Oleh itu, wahai pemimpin-pemimpin Melayu sekalian, gunakanlah kebijaksanaan anda sepenuh-penuhnya. Pokoknya, macam saya tulis semalam, jangan sampai bumi yang kita pijak ini akhirnya jadi milik orang! – http://politica-net.blogspot.com/

BUMI DIPIJAK MILIK ORANG?

Dia orang ni dah melampau. Betul-betul melampau. Macam anjing gila. Hari-hari melalak dan menyalak. Semua orang nak digigitnya.

Inilah tabiat segelintir cauvinis Cina mutakhir ini. Melayu dikatakan bangsa pendatang. Bila Melayu bersuara, dituduhnya Melayu bersikap rasis. Bila dia orang pertikaikan Melayu, dia orang tak rasis. Banyak cantik punya muka!

Apa lagi yang dia orang mau? Nak provoke Melayu biar mengamuk? Nak provoke Melayu biar naik angin? Nak apa lagi?

Contoh terbaru adalah mengenai sekolah jenis kebangsaan. Tidak ada satu negara dalam dunia macam Malaysia. Dah ada sekolah kebangsaan, kerajaan izinkan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil diwujudkan.

Cuba buka mata-mata luas-luas. Cuba pasang telinga lebar-lebar. Di Indonesia tak ada sekolah Cina. Di London tak ada sekolah Cina. Di USA tak ada sekolah Cina. Di Jepun tak ada sekolah Cina. Di Malaysia ada!

Sebab apa? Nak tau sebabnya? Pasal orang Melayu baik hati sangat! Itu pun dia orang tak kenang budi. Bagi betis nak peha. Lepas tu panjat kepala!

Sebab itulah hari ini Mukhriz Mahathir teruk kena bedal. Dia cuma kata hapuskan sekolah jenis kebangsaan. Apa yang dia kata tak salah. Tapi pihak yang rasa pedas menyalak macam anjing gila.

Bukan itu saja. Sekolah wawasan yang diwujudkan oleh kerajaan pun diboikotnya. Kononnya anak Cina tak boleh campur dengan anak-anak keturunan lain. Apa punya alasan ni? Bukankah ini ertinya puak ini anti-perpaduan?

Abdullah Badawi pun tak tegas. Kena tekan sikit, sekolah Cina yang dah ditutup pun diarah buka balik. Contohnya sekolah di pinggir Seksyen 17 PJ. Sekolah tu dah tutup beberapa tahun lalu. Waktu PRU12 ada masyarakat Cina desak minta sekolah tu dibuka semula. Abdullah pun arah Hishamuddin Hussein buka balik sekolah tu. Awal 2009 ni sekolah tu mula dibuka dan ambil pelajar semula. Apa punya cerita ni?

Jadi, apa nak kita buat? Tengok je? Sakit hati tak? Oh, Melayu sakit hati tak apa? Berapa lama kita boleh macam ni? Selama-lamanya?

Anehnya, bila Orang Cina dan India sakit hati, Abdullah terus ubati mereka. Contohnya Hindraf. Pertubuhan tu pertubuhan haram. Tapi Abdullah layan juga dia orang. Lepas tu dia orang gigit tangan kerajaan! Padan muka!

Nasiblah kau Melayu. Kalau macam ni terus-menerus, bumi dipijak jadi milik orang juga akhirnya! Mungkinkah ini kenyataannya hari ini! – http://politica-net.blogspot.com

Tuesday, December 2, 2008

BILA MCA TERUS MELALAK, ORANG MELAYU TENTU MAKIN HILANG SABAR

Tak sudah-sudah. Asyik-asyik nak melalak pasal ketuanan Melayu. Sampaikan anak dara tua yang jadi Ketua Wanita MCA pun pandai mempertikaikan ketuanan Melayu. Itulah MCA yang dah bengkerap idea. Itulah MCA yang buta sejarah. Itulah MCA yang sengaja menghiris dan mengguris hati orang Melayu kononnya untuk perkukuhkan politiknya sendiri.

Sedihnya, cara orang-orang UMNO mematahkan keceluparan MCA ni pun cara yang bodoh, cara orang tak sekolah. Buatlah cara intelektuil. Ajak dia orang debat. Cabar dia orang apakah erti ketuanan Melayu? Adakah ketuanan Melayu itu satu bentuk kepimpinan negara atau satu konsep keindukan Melayu yang berasaskan sejarah dan geopolitik silam di wilayah nusantara.

Ketuanan Melayu yang sedang dipertikaikan dengan bodohnya oleh MCA dan dipertahankan dengan bodohnya oleh segelintir orang UMNO, bukannya soal Melayu jadi tuan di negara ini. Tetapi adalah soal Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan hak-hak istimewa pribumi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Soal-soal induk ini pernah dipertikaikan oleh MCA sewaktu parti ini mula menganggotai Perikatan untuk memperjuangkan kemerdekaan negara. Bagaimanapun, satu jawatankuasa yang mewakili Kerajaan British, Raja-Raja Melayu dan Perikatan kemudiannya memutuskan bahawa soal Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan keistimewaan pribumi dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dikekalkan dan tidak boleh dipertikaikan. Inilah ertinya ketuanan Melayu.

Keputusannya begitu kerana sewaktu Mac Michael memperkenalkan Malayan Union, orang Cina di Malaya ketika itu pun mana pernah bantah. Ini kerana mereka memang suka Malayan Union terlaksana supaya terhapus Raja-Raja Melayu, terhapus Agama Islam, terhapus Bahasa Melayu dan terhapus keistimewaan pribumi.

Tetapi, bila orang Melayu berjaya mematahkan penubuhan Malayan Union, barulah orang Cina ketika itu wujudkan MCA dan join UMNO dan MIC untuk merdekakan Malaya. Dalam gitu-gitu, MCA tetap tak setuju bahawa soal Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan keistimwewaan pribumi dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hanya selepas jawatankuasa di atas memutuskan keseluruhan perkara berkenaan dikekalkan dan tidak boleh dipertikaikan barulah MCA secara tidak sepenuh hati menerimanya.

Kini cucu cicit MCA ni sekali lagi nak menuntut ketuanan Melayu dihapuskan. Ini bermakna mereka meminta keempat-empat perkara penting dalam Perlembagaan Persekutuan dihapuskan. Cissss!!! Kurang ajar!!!!

Jadi, cara orang UMNO nak ajar MCA yang mulut celupar ni bukannya dengan mencabar mereka keluar dari BN. Tapi, panggil mereka duduk semeja dan biar bijak pandai kita jelaskan kepada mereka apakah ertinya konsep ketuanan Melayu.

Ketuanan Melayu bukan pada simbol kerisnya. Ketuanan Melayu bukan pada keindukan UMNO dalam parti pemerintah. Ketuanan Melayu adalah pada kemuliaan Raja-Raja Melayu, ketinggian Islam sebagai agama persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan keistimewaan pribumi.

Sesiapa sahaja yang mempertikaikan keempat-empat perkara di atas mestilah ditentang secara tegas. Mula-mula ditentang secara ilmuan, secara intelektuil dan menerusi process of engagement. Kemudian, kalau dia orang masih bengal dan terus nak cari pasal, kita tentang dengan suara. Lepas itu, kalau dia orang masih belum gerun dengan kelantangan suara kita, mestilah mereka ditentang dengan pencak dan silat yang lemah lembut, berhemah dan bersopan santun.

Lepas tu, kalau mereka masih terus mahu berkuntau dengan kita, sama-samalah kita peringatkan kepada mereka, bahawa majoriti orang Melayu akar umbi sebenarnya dah hilang sabar terhadap mana-mana pihak yang kini mempertikaikan konsep ketuanan Melayu secara membabi buta. Oleh itu, jangan bikin orang Melayu berang. Kalau Melayu jadi berang, siap, bujur lalu melintang patah, apa nak jadi, jadilah! – http://politica-net.blogspot.com