Friday, November 28, 2008

JIKA ABDULLAH PUTARKAN SEJARAH KITA BENAMKAN ABDULLAH MENERUSI GAMENYA SENDIRI

Bingung, bingung, bingung! Dua tiga hari lalu cuma RPK dalam Malaysia Today dan blogger Hambali Latiff berkata yang Najib Razak mungkin tak akan jadi PM. Sebaliknya Abdullah Badawi akan perintah Malaysia sampai tengah malam 7 Mac 2013.

Hari ni dah macam-macam cerita lagi mengenai tema yang sama. Aku pun jadi lebih bingung dan bingung dan bingung! Apa taknya? Semua pihak dah set cantik-cantik, tiba-tiba ada orang kata chup dan tui.

Lengitlah kita semua dibuatnya. Lengitlah Najib. Lengitlah warga UMNO. Lengitlah rakyat Malaysia yang dah tak sabar-sabar nak tengok Abdullah angkat punggung dan tinggal kita semua!

Ada orang kata Abdullah akan putar 360 darjah keputusannya mengenai peralihan kuasa. Dia akan batalkan keputusan tu dan terus berkuasa. Ada orang kata ini semua atas kehendak sesetengah pihak tertentu - mungkin menantu Abdullah, dan boleh jadi juga towkey-towkey kepada menantunya.

Apa yang kita boleh buat waktu ni cuma satu – tunggu dan lihat. Kita tunggu sama ada ramalan yang agak liar ni jadi kenyataan. Kita juga akan lihat macam mana Abdullah nak putar sejarah dan apa akan jadi kalau sejarah peralihan kuasa ni diputarkan.

Paling penting lagi, kita semua mesti tau apa nak kita buat bila Abdullah berjaya memutarkan sejarah ini. Fikir-fikirlah mulai sekarang, apakah tindakan paling berkesan untuk kita semua nak buat bagi memutarkan sejarah supaya Abdullah pula yang akan dihina, dikutuk dan ditenggelamkan oleh serajah mainan politiknya sendiri! – http://politica-net.blogspot.com/

Wednesday, November 26, 2008

WARGA UMNO PERLUKAN STREET JUSTICE?

Ini kata-kata Mohd Hafarizam Harun, lawyer UMNO merangkap anggota lembaga disiplin parti berkenaan mengenai amalan rasuah politik: badan itu (Lembaga Disiplin UMNO) berpendapat adalah lebih baik orang yang bersalah terlepas daripada menghukum orang yang tidak bersalah.

Kah, kah, kah…. Lucu sungguh kata-kata di atas. Geli geleman kita dibuatnya. Nak muntah ada. Nak marah pun ada. Kalau macam inilah caranya, lantaklah engkau orang semua. Teruskanlah kerja-kerja rasuah politik ni. Apa lagi? Teruskan sampai UMNO berkubur tanpa nisan!

Kita tau, hari ini bertimbun-timbun kes politik wang diadukan kepada UMNO Malaysia. Kini terdapat 1000 aduan pasal jenayah ini. Dah tu, 30 peratus, atau 300 kes, dikatakan fitnah. Yang 700 ratus lagi macam mana agaknya?

Kalau dah lawyer UMNO sendiri pun cakap macam di atas, apa lagi yang kita nak harapkan? Kalau pembelaan dan keadilan yang diperlukan daripada UMNO pun seolah-olah diperlucukan, perlukah kita melaksanakan street justice?

Kalau macam ni keadaannya, silap haribulan, semua pengamal politik wang yang akan menang pemilihan pucuk pimpinan tertinggi UMNO kali ini. Kalau ini terjadi, siaplah kita semua. Orang kaki rasuah akan pimpin kita. Adakah kita perlu berdiam diri kalau ini jadi kenyataan? – http://politica-net.blogspot.com/

Monday, November 24, 2008

ABDULLAH BADAWI TERUS JADI PM HINGGA 2013?

Pening, bingung, bercelaru otak. Itulah reaksi saya sesudah membaca posting blogger Hambali Latiff yang memetik tulisan blogger sensasi – Raja Petra Kamarudin (RPK) – kononnya Abdullah Badawi akan terus jadi Perdana Menteri Malaysia sehingga “tengah malam 7 March 2013.”

Hambali menetik tulisan RPK dalam Malaysia Today 21 November 2008 dengan tajuk BALASUBRAMANIAM’S STATUTORY DECLARATION REVISITED.

Pokoknya di sini, adakah ramalan RPK yang dicedok oleh Hambali itu benar? Asas kesimpulan RPK memang tidak salah. Iaitu Perlembagaan Persekutuan tidak memaktubkan bahawa Presiden UMNO (mulai Mac 2009 adalah Najib Razak) perlu dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sebaliknya, Perlembagaan Persekutuan memaktubkan bahawa Yang DiPertuan Agong mesti melantik Ahli Dewan Rakyat yang mendapat keyakinan atau sokongan daripada majoriti Ahli Dewan sebagai Perdana Menteri.

Saya tidak berniat menghuraikan soal ini. Anda yang ingin membaca kedua-dua posting mengenai hal ini silalah baca sendiri di link berikut: http://hambali1.blogspot.com/2008/11/amaran-najib-tidak-akan-jadi-pm.html dan http://mt.m2day.org/2008/content/view/15161/84/

Oleh itu, kalau apa yang ditulis oleh RPK adalah benar, sanggupkah kita semua mengizinkan Abdullah terus jadi Perdana Menteri sehingga “tengah malam 7 March 2013”? Kalau apa yang ditulis oleh RPK juga benar, tidak mungkinkah Malaysia akan dilanda oleh krisis kepimpinan yang amat dahsyat?

Lebih serius lagi, mungkinkah DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuang Agong akan meneruskan khidmat Abdullah sebagai Perdana Menteri walaupun Baginda amat insaf bahawa kerajaan di bawah Abdullah pada ketika ini adalah kerajaan yang terumbang-ambing dan kucar-kacir?

Oleh itu, kita semua perlu pandang serius ramalan di atas. Kita mesti kaji sejauh manakah kebenarannya. Kita mesti berbuat sesuatu. Kita mesti bersuara. Kita mesti bertindak. Kita tak mau Abdullah terus bermaharajalela. Kita tak mahu Malaysia jadi porak-peranda. Kita tak rela BN kalah teruk dalam PRU ke-13 kelak. – http://politica-net.blogspot.com/

Saturday, November 22, 2008

BLOGGERS ADA TELOR LAWAN BLOGGERS PUCOI?

Majoriti bloggers sosio-politik tanahair kini dilabelkan sebagai anti-kerajaan. Segelintir mereka pula menjadi pembodek kerajaan secara membabi buta. Itulah kesimpulan pendapat seorang sahabat saya baru-baru ini.

Sahabat saya berpendapat demikian kerana dia kesal mengapakah kini perlu wujud pelbagai puak dalam dunia blogging sosio-politik di Malaysia. Katanya, dunia blogging sosio-politik berlandaskan kesukarelaan. Dunia blogging sosio-politik juga diwarnakan oleh komitmen para bloggers terbabit. Sama ada seseorang bloggers sosio-politik itu dianggap berpendirian kanan, kiri atau lalang, itu pilihan masing-masing.

Label haluan kanan atau kiri juga adalah subjektif. Ianya bergantung kepada siapa yang memberikan label itu. Kalau yang melabelkan seseorang bloggers sosio-politik itu kumpulan yang menerima ganjaran material daripada kerja-kerja bloggingnya, maka label itu dibuat semata-mata untuk justify sejumlah wang yang diterimanya daripada kerja-kerja itu.

Kelompok ini kelompok askar upahan. Jadi, buatlah apa yang perlu dibuat setimpal dengan ganjaran yang diterima. Tapi, jangan pula labelkan puak lain yang berblogging atas komitmen diri terhadap kesejahteraan negara dan bangsa menerusi tulisan yang pedas dan menyengat sebagai berhaluan kiri, tidak ada telor atau anti-establishment.

Bloggers sosio-politik, khususnya mereka yang tidak bertopeng atau gunakan nama samaran adalah golongan yang berjuang untuk mempertahankan keadilan, kebenaran dan membanteras kesongsangan perilaku manusia yang boleh menjahanamkan bangsa dan negara. Kelompok ini tidak mengharapkan satu sen habuk pun daripada sesiapa. Sebaliknya, mereka mendedikasikan masa, tenaga dan wang ringgit sendiri secara sukarela.

Jadi, apa yang kecoh-kecoh nak ajak bloggers ada telor dengan tak ada telor untuk berbahas? Apa hal nak adakan pertemuan dan bagai-bagai lagi? Jalan sajalah. Nafsu-nafsi. Hang buat kerja hang kerana hang makan upah, kami pula teruskan dengan perjuangan kami demi negara dan bangsa. Biar rakyat jelata mengadili kita semua. Biar mereka mengenali siapa jadi askar upahan dan siapa pula yang berjuang secara sendirian, tanpa upah, tanpa ganjaran, tanpa takut, tanpa gentar dan dengan conscience yang telus.

Saya golongan blogger bertopeng. Saya guna topeng kerana saya tak mau exposed hantu tembok dan pemberi maklumat saya selama ini. Mereka orang besar-besar belaka. Mereka orang yang berpengaruh dan tahu apa yang berlaku di sebalik tembok-tembok di Sri Perdana, di Tingkat Empat, di PWTC dan lain-lainnya.

Orang-orang ini jadi hantu tembok dengan niat membetulkan kepincangan dan kesongsangan perjuangan sesetengah pemimpin kita. Mereka ada yang simpan pen-drive mengenai sesuatu peristiwa. Mereka ada yang simpan DVD untuk sesuatu adegan. Mereka tau apa yang dicakap dan dilafazkan dalam sesuatu pertemuan. Mereka berada di mana-mana, di seluruh tanahair, di seluruh tempat. Mereka adalah die-hard yang mahu negara kita sejahtera dan bangsa kita bahagia.

So what? Nak ajak orang-orang dan bloggers macam ni supaya dapat dipastikan mereka ni golongan ada telor atau manusia pucoi? Buang masa. Golongan ini tak akan mendabik dada dan gelarkan dirinya panglima perang cyber kononnya. Mereka jadi bloggers sosio-politik bukan untuk cari gelaran panglima. Mereka jadi bloggers sosio-politik dengan misi nasional tanpa sebarang manfaat diri.

Kalau ada kalangan bloggers nak gelar diri mereka sebagai panglima, gelarlah sesuka hati masing-masing. Tetapi ingat, seseorang panglima tak akan terjerit dan terlolong dan mengatakan diri mereka panglima. Orang macam ni mungkin orang yang suka melondehkan telor sendiri di khalayak ramai kerana mereka gila! – http://politica-net.blogspot.com

Thursday, November 20, 2008

DISKAUN TOL: APALAH BAHALOL SANGAT KEPUTUSAN NI….

Pengguna kenderaan persendirian Kelas 1 yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Elite dari 12 tengah malam hingga 7 pagi akan menerima diskaun tol 10 peratus untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari tahun depan. Begitulah kata Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed, di Kuala Lumpur, pada Selasa, 18 November 2008.

Selain itu, diskaun tambahan 10 peratus juga akan turut diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas dalam tempoh dan waktu yang sama.

Kata Mohd. Zin, PLUS Expressways Berhad yang mengendalikan kedua-dua lebuh raya itu memberikan insentif tersebut bagi mengurangkan beban orang ramai yang menggunakan lebuh raya tersebut.

Keputusan di atas adalah bahalol punya keputusan. Bayangkan, rakyat jelata sibuk lalu-lalang gunakan lebuhraya waktu siang, daripada jam 6.00 pagi sampai 6.00 petang. Sebelah pagi, mereka keluar cari makan. Sebelah petang mereka pulang ke pangkuan keluarga.

Kalau gitu, apa punya bahalol bagi diskaun bayaran tol sebanyak 10 peratus daripada 12.00 tengah malam hingga 7.00 pagi? Bukankah dalam tempoh waktu ini ramai pengguna lebuhraya dah balik ke rumah masing-masing?

Kalau gitu, diskaun di atas hanya untuk orang yang keluar malam dan balik lewat pagi sajalah. Macam orang yang balik dari menyundal, dari karaoke, dari bar, dari rumah mistress, dari berjudi dan lain-lainnya. Hanya golongan ini sajalah yang dapat manfaat diskaun yang diumumkan di atas.

Sapa punya otak yang cadangkan diskaun macam ni? Adakah ini ikut otak bahalol-bahalol di PLUS atau otak sapa? Kalau macam inilah bentuk keputusannya, apa halnya kerajaan setuju? Kerana kerajaan fakir kononnya untuk kurangkan beban rakyat jelata, pi jalanlah…

Jangan bodohkan rakyat. Jangan tipu rakyat. Kalau nak beri diskaun berilah kepada majoriti pengguna lebuhraya pada peak-hours, waktu orang sibuk pergi kerja dan balik kerja. Beri diskaun tol kepada pengguna lebuhraya di malam buta apa gunanya? – http://politica-net.blogspot.com

Wednesday, November 19, 2008

KITA NAK TUBUHKAN PARTI POLITIK BARU?

Hari ini banyak pihak fed-up dengan UMNO, PAS dan PKR. Mereka sangat ternanti-nantikan kewujudan sebuah parti siasah Melayu yang baru. Kata mereka, kalau ada parti baru, mereka sanggup berkorban apa saja. Benarkah begitu?

Orang Melayu fed-up dengan UMNO pasal Abdullah Badawi dan Khairy Jamaluddin serta kroni-kroninya. UMNO juga terlalu dikuasai oleh pihak-pihak yang rasuah dan gelojoh material. Kata orang tua-tua, UMNO kini dah jadi terlalu mata duitan!

PAS pula penuh kepura-puraan. Tetapi tidaklah seteruk UMNO. Cuma banyak pihak fobia dengan PAS sebab dulu parti ni halalkan darah orang Islam yang bersekongkol dengan lain-lain etnik bukan Melayu. Fobia ini susah nak dilupakan!

PKR lain pula ceritanya. Parti ini nak gadai Melayu dan Islam kepada Hindraf dan pihak liberal yang menentang asas-asas Perlembagaan Persekutuan. Sebab itu mereka nak bela Islam diizinkan murtad, UiTM dibuka kepada bukan Melayu dan sebagainya. Kalau lamalah PKR berkuasa, konsep Malaysian Malaysia acuan Lee Kuan Yew akan jadi kenyataan. Nak nafi cara manapun, inilah matlamat akhir PKR!

Habis tu kita nak tubuhkan parti yang macam mana? Parti Melayu yang bertegas dengan asas-asas utama dalam Perlembagaan Persekutuan? Parti yang tidak bertolak ansur dengan puak demokrasi liberal? Parti yang sensitif kepada kehendak Melayu bandar dan luarbandar yang kini hampir digadaikan maruahnya oleh PKR dan Abdullah & Son Sendirian Berhad? Atau, parti yang mampu menangani kehendak serta tuntutan Melayu di era globalisasi, geopolitik barat yang kian mendesak di wilayah kita dan pengaruh zionis yang semakin bertapak di Malaysia?

Nak tubuhkan sebuah parti politik memang amat mudah. Isi borang dan daftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan. Tapi, nak gerakkan politik sesebuah parti yang baru memerlukan dukungan semangat dan material yang kukuh. Ini mungkin aral dan konstrain kita yang paling strategik dan besar.

Tapi, kalau kita betul-betul serius, ayuh kita bangkit dan tubuhkan parti yang kita kehendakki. Lepas tu kita pakat-pakat dermakan sebulan gaji kita untuk tabung asas bagi menggerakkan parti ini. Ataupun, kita dermalah sebanyak mana yang termampu hasil dari jualan kelapa sawit, nenas, ubi kayu, ikan kering, songket, batik, nasi lemak, belacan, budu, cencalok, keropok, kerepek, opak dan lain-lainnya.

Macam mana? Anda semua setuju? Kalau setuju, kirimkanlah komen ke blog ini dengan cadangan dan jumlah derma yang anda semua janjikan. Kalau tidak, kita pendamkan saja angan-angan ni dalam lipatan sejarah hidup kita semua! – http://politica-net.blogspot.com/

Tuesday, November 18, 2008

MUNGKINKAH SEJARAH MENGINGATI ABDULLAH SEBAGAI PEMUSNAH UMNO?

Hairan sungguh. Mengapa agaknya Abdullah Badawi mati-matian tak mau berganjak. Mengapa Perhimpunan Agung UMNO mesti diadakan pada Mac 2009, bukannya Disember 2008? Ini tak pernah berlaku. Tak pernah, melainakan di zaman kepimpinan Abdullah.

Apa halnya Abdullah ni dah jadi bingung tak tentu pasal? Pasal Khairy Jamaluddin nak pastikan dia cukup masa untuk tabor wang berjuta-juta ringgit untuk menang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Untuk Ali Rustam tabor wang memenangi kerusi Timbalan Presiden UMNO? Atau untuk menjahanamkan UMNO seperti diidam-idamkan oleh Lee Kuan Yew suatu ketika dulu?

Habis tu kenapa semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO ikut saja kehendak Abdullah? Mereka pun turut jadi mengong pasal nak jaga periuk nasi masing-masing? Atau, pasal mereka pun dah kena jampi serapah pihak-pihak yang suka berjampi serapah baik menerusi bomoh Kerinci, bomoh Jawa, bomoh Siam atau bomoh West Indies yang popular dengan voodoonya?

Alahai UMNO. Hari ni sudah ada suara-suara anak-anak muda professional yang fed-up dengan UMNO mau tubuhkan parti baru. Ini bukan sebab mereka tak kenangkan jasa dan budi UMNO. Ini kerana mereka sudah muak dan mual dengan UMNO yang jadi elitis, jadi korup dan hilang pedoman dalam perjuangan.

Anak-muda muda ni majoritinya anak-anak warga UMNO. Mereka tak percaya dengan PAS, PKR atau lain-lainnya. Sebab tu mereka nak tubuh parti baru.

Niat macam ni tak pernah berlaku dulu-dulu. Tapi niat ni makin memuncak hari ini. Semua pasal Abdullah menguruskan UMNO dengan cara yang sangat mengecewakan. Ini kerana Khairy memualkan anak-anak muda ini.

Ada orang kata Khairy adalah pemimpin harapan di abad ke-21 ini. Mungkin benar kata-kata itu. Tapia apa guna ada orang yang mendakwa bijak pandai macam dia kalau UMNO jadi hancur-lebur?

Pemimpin abad ke-21 adalah pemimpin yang bijak memperjuangkan agama, bangsa dan tanahairnya dari diperkotak-katikkan oleh kuasa asing. Pemimpin abad ke-21 mesti curiga terhadap hegemoni kuasa asing, kuasa zionis atau kuasa apa saja yang cuba ganggu-gugat kedaulatan dan kemerdekaan negara.

Bolehkah Khairy yang dikelilingi Kalimullah Hassan dan Brendon Priera beri jaminan bahawa dia akan berjuang mempertahankan kedaulatan negara dari digadaikan kepada Singapura? Bukankah Khairy kini sangat-sangat didampingi oleh kedua-dua makhluk ini? Bukakah Kalimullah dan Brendon ni didakwa oleh banyak orang sebagai proksi Singapura? Benarkah begitu?

Orang-orang UMNO hanya boleh mengeluh dan membebel. Kuncinya hari ini ada di tangan Abdullah. Kalau dia pemimpin Melayu tulen yang cintakan UMNO dia kenalah fikir panjang-panjang untuk pendekkan kempen pemilihan UMNO kali ini. Kalau tidak, dia akan jadi satu pemimpin yang akan dicatat oleh sejarah sebagai seorang yang bertanggungjawab menghancurkan UMNO. – http://politica-net.blogspot.com/

Wednesday, November 12, 2008

ABDULLAH NAK PANCONG ANAK PAK YASSIN?

Ini bukan fitnah. Desas-desusnya kini malah semakin kencang. The Malaysian Insider dah tau. Orang Kelantan dah tau. Orang Sabah pun dah tau. Kononnya, Abdullah Badawi akan singkirkan Muhyiddin Yassin daripada Jemaah Menteri menerusi satu rombakan dalam masa terdekat ini.

Seorang daripada Setpol Abdullah dengan angkuhnya berkata baru-baru ini yang bos dia terlalu amat marah dengan Muhyiddin. Sebabnya, ikut kata Setpol itu, Muhyiddin jadi trouble-maker paling utama yang menyebabkan tarikh peralihan kuasa disingkatkan daripada Jun ke Mac 2009.

Apa ni? Muhyiddin hanya menyuarakan keresahan warga UMNO akar umbi. Ini salah ke? Ini dosa ke? Macam mana Abdullah tuduh Muhyiddin trouble-maker semata-mata kerana dia jadi jurucakap ahli-ahli UMNO yang resah dan gelisah? Heh, songsang betul!

Tapi, kenapa Abdullah pernah kata yang dia pilih Mac dan bukan Jun 2009 untuk serah kuasa pada Najib Razak atas perkiraannya sendiri? Betul-betul dolak-dalik tak sudah-sudah.

La ni Abdullah nak hukum Muhyiddin. Dia rancang nak pancung Muhyiddin dari Kabinet. Apa lagi, buatlah. Kalau betul-betul Abdullah jantan, buatlah segera.

Kita pun apa lagi? Kita pakat-pakatlah buat apa yang patut kita buat. Paling akhir sekali, kita ramai-ramai keluar UMNO. Itu saja. Senang. Tak pening kepala!

Harap-harap Najib pun dah dengar rancangan Abdullah ni. Harap-harap Najib juga akan berusaha mati-matian halang rancangan ni dari berlaku.

Sekarang terserahlah kepada kebijaksanaan Najib. Sebagai seorang yang bijaksana, takkan Najib nak pilih Mat Taib atau Ali Rustam jadi Timbalannya. Kiamat Malaysia kalau antara dua ni jadi Timbalan Najib! – http://politica-net.blogspot.com

Sunday, November 9, 2008

CITERA ABDULLAH-ALI RUSTAM-MAT TAIB DAN KELANSUNGAN UMNO

Tahniah Mat Taib. Tahniah Ali Rustam. Tahniah Abdullah Badawi. Anda bertiga dah berjaya. Muhyiddin Yassin tak menang kerusi Timbalan Presidan UMNO tanpa bertanding. Hantu dan pelesit anda bertiga menang handal. Nombor satu. A one.

Dengan ini harapan UMNO untuk jadi tulangbelakang Barisan Nasional yang unggul nampak samar-samar. Apa taknya. Walau Najib Razak dah menang tak bertanding, peluang dia Perdana Menteri masih belum terjamin.

Lebih-lebih lagi bila kes Altantuya belum berakhir. Kita tak tau apa akan jadi bila perbicaraan diteruskan minggu depan. Kita belum tau apa kata dua pegawai polis yang tertuduh dalam kes ini.

Kita belum tau apa Raja Petra Kamaruddin akan cakap. Lepas bebas dari ISA, RPK hampir pasti dijadikan saksi dalam kes ini. Jadi, apa keputusan muktamad kes ini dan apa akan jadi kepada Najib?

Oleh itu, bagaimanakah jika Najib jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri dengan persepsi umum yang sangat negatif terhadap dirinya?

Oleh itu, bagaimanakah jika Muhyiddin dikecundangkan oleh rasuah politik? Bagaimanakah jika Ali atau Mat Taib yang jadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri bila dia orang ni nak cakap Inggeris pun tunggang langgang?

Saya serahkan seluruh persoalan di atas kepada warga UMNO yang insaf akan masa depan agama, bangsa dan tanahair. Terserahlah kepada mereka untuk menangani dan mengatasi segala-galanya.

Mungkin selepas seluruh bahagian UMNO selesai dengan perwakilan masing-masing, semua pihak wajar mendesak Majlis Tertinggi UMNO mempercepatkan proses pemilihan pucuk pimpinan parti.

Mungkin juga mereka perlu mengadakan mesyuarat bahagian masing-masing untuk mengeluarkan usul ke arah ini.

Terserahlah. Kalau UMNO nak terus perkasa dan berkuasa, buatlah sesuatu secara segera dan bijaksana. Jika tidak, biarkan saja Abdullah dan kesongsangan perjuangannya terus memandu UMNO ke zaman kehancurannya. – http://politica-net.blogspot.com/

Thursday, November 6, 2008

POLITIK KJ-AR SENDIRIAN BERHAD

Budak yang nama Khairy Jamaluddin (KJ) ni sapa dia? Terhegeh ke sana, terhegeh ke sini, berlagak macam dialah Tengku Makhota UMNO. Naik mual kita dibuatnya.

Hari ni budak mentah ni gila nak jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Dia jadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pun menang pondan. Dia menang tak bertanding pasal mertua dia turunkan wahyu supaya budak mabuk ini kuasa tidak ditandingi.

Banyak warga UMNO kata, jahanam UMNO kalau budak ni jadi Ketua Pemuda. Negara kita mungkin digadai. Rahsia negara mungkin dikomersilkan.

Apa tidaknya. Warga UMNO tak buta mata dan tak pekak telinga. Mulai 2004 banyak kisah budak ni diketahui umum. Dia kuasa di sebalik takhta Abdullah. Dia ada link dengan kuasa asing. Dia menentukan sapa patut jadi calon PRU12. Dia di sebalik ECM Libra. Dia di sebalik NST. Dia banyak duit untuk ditabur.

Budak ni juga antara punca kejatuhan Abdullah dan porak-perandanya UMNO hari ini. Dia main mata dengan Hindraf. Dia kenyit mata dengan Singapura. Senaraikanlah apa saja masalah yang kita hadapi sekarang, nama budak ni tentu terbabit.

Hari ni banyak warga UMNO merungut. Budak mentah ni ada banyak taktik nak bunuh politik Najib Razak dan Muhyiddin Yassin. Dia nak Ali Rustam (AR) jadi Timbalan Presiden UMNO. Sebabnya kerana AR boleh dijadikan kuda dia. AR juga dah pandai kenyit-kenyit mata dengan Singapura. Budak mentah dan AR ni dah satu regu. Mereka tubuhkan POLITIK KJ-AR SENDIRIAN BERHAD dengan sebahagian sahamnya di kuasai orang luar.

Tapi, walaupun gelagat budak gila kuasa ni macam pelesit, dia tetap ada pengikut. Orang ikut dia kerana duitnya berguni-guni. Orang ikut dia pasal dia menantu Abdullah. Orang ikut dia kerana mahu harta dan takhta.

Majoriti warga Pemuda UMNO bukan tak tau akan hal ini. Mereka tau. Tapi, ada Pemuda UMNO ikut budak ni pasal mereka nak cari jalan pintas ke gerbang kuasa. Sebab itu mereka pun ikut jadi gila kuasa macam budak mentah ini.

Tanpa memihak kepada Mukhriz Mahathir atau Khir Toyo, tanyalah diri sendiri. Layakkah budak gila kuasa ni jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Tidakkah budak macam ni boleh bawa sial kepada UMNO yang sedang mahu diperkasakan semula? – http://politica-net.blogspot.com/

Monday, November 3, 2008

THE MALAYSIAN INSIDER VS DATA KEMUNGKARAN ABDULLAH

Kebelakangan ini nampak sangat Abdullah Badawi seolah-olah berdendam dengan Muhyiddin Yassin. Apa halnya? Apa yang tak kena dengan Muhyiddin sampai Abdullah mati-mati sangat nak burukkan Muhyiddin?

Apa dia sebabnya? Pasal Muhyddin vokal mengenai UMNO pasca PRU12? Sebab Muhyiddin mewakili suara akar umbi? Sebab Muhyiddin mengatakan yang benar?

Kisah Abdullah mendendam Muhyiddin ni memang tak tersiar dalam akhbar perdana. Tapi ada sebuah portal berita internet yang sering kenen-kenen citer Muhyiddin. Portal ni dipercayai dikendalikan oleh seorang Hamba Allah yang pernah menjadi boss di NST. Kata orang, sidia tu sahabat Kalimullah, sahabat KJ. Kata sesetengah pihak yang lain, sidia tu juga member Temasik.

Sebab itulah portal berita internet ni sering menyiarkan berita yang kononnya diperolehi daripada empat tembok bilik mesyuarat UMNO Malaysia di Kuala Lumpur dan bilik mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya.

Sebenarnya memang tak masuk akal kalau Abdullah geram dengan Muhyiddin pasal Muhyiddin mewakili suara akar umbi. Sebabnya, apa yang Muhyiddin cakap adalah keluhan dan rintihan warga UMNO akar umbi.

Contohnya, warga UMNO banyak yang termangu-mangu, kenapakah Abdullah nak sangat-sangat pemilihan pucuk pimpinan tertinggi UMNO diadakan pada mac 2009. Bukankah ini satu keputusan yang tak masuk akal dan tak lojik?

Abdullah tak sedarkah keputusan itu akan menyebabkan calon-calon desperado mengamalkan politik wang habis-habisan? Abdullah tak terfikirkah keputusan ni akan sebabkan UMNO hilang kredibiliti?

Kalau gitu, salahkah Muhyiddin selaku Naib Presiden UMNO menyuarakan sesuatu yang benar? Nak harapkan Naib Presiden UMNO yang lagi satu tu, sidia tu kaki ampu dan kaki bodek nombor satu. Nak harapkan Ketua Penerangan, sidia tu pun dua kali lima.

Jadi, salahkah kalau Muhyiddin yang bersuara? Atau, adakah Muhyiddin berdosa semata-mata sebab dia dikatakan menerima sokongan Tun Mahathir Mohamad?

Kita pun dengar dan kita pun tahu akan banyak kisah di mana Abdullah sebenarnya mahukan Ali Rustam lanyak Muhyiddin kali ni. Sebab tu Abdullah sendiri dikatakan ada buat panggilan telefon kepada sesetengah ketua bahagian mengarahkan Ali Rustam diberikan pencalonan Timbalan Presiden UMNO.

Janganlah nak nafikan cerita ni. Kalau Abdullah ada The Malaysian Insider, kita pun ada hantu tembok yang boleh bagi info. Kalau tak percaya, tanyalah Abdullah, hari ini ada berapa data maklumat sudah terhimpun mengenai diri Abdullah dan keluarganya. Macam-macam ada dalam data maklumat tu. Kalaulah seluruh data ni dilepaskan kepada rakyat Malaysia, lunyai Abdullah jadinya!

Oleh itu, Abdullah perlu ingat. UMNO ni milik ahli-ahlinya. Kalau Muhyiddin menyampaikan keluhan dan kekecewaan ahli-ahli UMNO, tindakan itu jangan dimarahi. Kalau nak marah, bubarkan UMNO atau jadikan UMNO parti anak beranak atau parti sendirian berhad!

Insaflah Abdullah. Kalau anda ada the The Malaysian Insider untuk lanyak Muhyiddin, rakyat jelata ada banyak data maklumat sahih yang menyimpan pelbagai karenah dan kemungkaran anda sekeluarga. Makanya, eloklah anda berundur esok atau lusa. Jangan tunggu lama-lama, nanti anda kena selsema akibat serangan data-data kemungkaran anda yang kategori A1 tarafnya! – http://politica-net.blogspot.com/